Monday, April 23, 2012

REZEKI DAN BUAH ISTIGHFAR



Rezeki adalah suatu yang besar dan mustahak dalam kehidupan manusia. Jikalau ia satu yang besar , tidak mungkin Islam tidak memberi panduan dalam hal ini. Tentulah bagi seorang muslim mahukan petunjuk dari Islam dalam mencari dan membelanjakan rezeki ini. Kerana hidup ini hanyalah sekali, maka tentulah seorang muslim itu tidak mahu ia terbabas dalam hal yang penting ini. Sedangkan telah ramai orang yang menempuh jalan yang salah  semata-mata ingin mengejar satu habuan yang di panggil rezeki.

Sedangkan Islam telah memberi solusi yang begitu jelas sekali dalam hal ini. Di antara tuntunan yang ditawarkan untuk menggapai tujuan tersebut adalah :

Memperbanyak istighfar.

Dalil tuntunan tersebut adalah firman Allah ta'ala,:
"فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّاراً . يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَاراً . وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَاراً" (نوح: 10-12)
Artinya: "Aku (Nabi Nuh) berkata (pada mereka), "Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Niscaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu". QS. Nuh: 10-12.
Ayat di atas menjelaskan dengan jelas bahwa di antara buah istighfar: turunnya hujan, lancarnya rezki, banyaknya keturunan, suburnya kebun serta mengalirnya sungai.

Kerananya, dikisahkan dalam Tafsir al-Qurthubi, bahwa suatu hari ada orang yang mengadu kepada al-Hasan al-Bashri tentang lamanya hidup susah, maka beliaupun berkata, "Beristighfarlah kepada Allah".

Kemudian datang lagi orang yang mengadu tentang kemiskinan, beliaupun memberi solusi, "Beristighfarlah kepada Allah". Terakhir ada yang meminta agar didoakan punya anak, al-Hasan mengajukan , "Beristighfarlah kepada Allah". Ar-Rabi' bin Shabih yang kebetulan hadir di situ bertanya, "Kenapa engkau menyuruh mereka semua untuk beristighfar?".

Maka al-Hasan al-Bashri pun menjawab, "Aku tidak mengatakan hal itu dari diriku sendiri. Namun sungguh Allah telah berfirman dalam surat Nuh: "Aku (Nabi Nuh) berkata (pada mereka), "Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Niscaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu".

Adapun dalil dari Sunnah Rasul shallallahu'alaihiwasallam yang menunjukkan bahwa memperbanyak istighfar merupakan salah satu kunci rezki,adalah  suatu hadits yang berbunyi:

"مَنْ أَكْثَرَ مِنْ الِاسْتِغْفَارِ؛ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ"
"Barang siapa memperbanyak istighfar; niscaya Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezki dari arah yang tidak disangka-sangka" HR. Ahmad dari Ibnu Abbas dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim serta Ahmad Syakir.

Maka silakan perbanyaklah istighfar, serta tunggulah buahnya… Jika buahnya belum terlihat juga, perbanyaklah terus istighfar dan jangan pernah berputus asa! Di dalam setiap kesempatan, bila  dan di manapun memungkinkan; di waktu-waktu kosong saat berada di pejabat , ketika menunggu dagangan dikedai, saat menunggu burung di sawah dan lain sebagainya..


Catatan penting:
1. Pilihlah redaksi istighfar yang ada tuntunannya dalam al-Qur'an ataupun hadits Nabi shallallahu'alaihiwasallam dan hindarilah redaksi-redaksi yang tidak ada tuntunannya. Di antara redaksi istighfar yang ada haditsnya: أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ Astaghfirullâh. HR. Muslim. [3]
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه
Astaghfirullôhal 'azhîm alladzî lâ ilâha illâ huwal hayyul qoyyûm wa atûbu ilaih. HR. Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Albani.[4]
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْت
"Allôhumma anta robbî lâ ilâha illa anta kholaqtanî wa anâ 'abduka wa anâ 'alâ 'ahdika wa wa'dika mastatho'tu. A'ûdzubika min syarri mâ shona'tu, abû'u laka bini'matika 'alayya, wa abû'u bi dzanbî, faghfirlî fa innahu lâ yaghfirudz dzunûba illa anta". HR. Bukhari.[5]
Redaksi terakhir ini kata Nabi shallallahu'alaihiwasallam merupakan sayyidul istighfar atau redaksi istighfar yang paling istimewa. Menurut beliau, fadhilahnya: barangsiapa mengucapkannya di siang hari dengan penuh keyakinan, lalu meninggal di petang harinya maka ia akan dimasukkan ke syurga. Begitu pula jika diucapkan di malam hari dengan meyakini maknanya, lalu ia meninggal di pagi harinya maka ia akan dimasukkan ke syurga.
2. Tidak ada hadits yang menentukan jumlah khusus tatkala mengucapkan istighfar, semisal sekian ratus, ribu atau puluh ribu. Yang ada: perbanyaklah istighfar di mana dan bila pun kita berada, jika memungkinkan, tanpa dibatasi dengan jumlah sekian dan sekian, kecuali jika memang ada tuntunan jumlahnya dari sosok sang maksum shallallahu'alaihiwasallam.
3. Hendaklah tatkala beristighfar kita menghayati maknanya sambil berusaha memenuhi tuntutannya  berupa menghindarkan diri dari berbagai macam bentuk perbuatan maksiat. Hal itu pernah diisyaratkan oleh al-Hasan al-Bashri tatkala berkata, sebagaimana dinukil al-Qurthubi dalam Tafsirnya,
"استغفارنا يحتاج إلى استغفار"
"Istighfar kami memerlukan untuk diistighfari kembali". Semoga Allah senantiasa melancarkan rizki kita dan menjadikannya berbarokah serta bermanfaat dunia akherat, amien. Wallahu ta'ala a'lam. Wa shallallahu 'ala nabiyyina Muhammadin wa 'ala alihi wa shahbihi ajma'in.

Oleh: Abdullah Zaen, Lc, MA

Thursday, April 19, 2012

RIBA RUNTUHKAN AMERIKA - BUKTI KEBENARAN ISLAM

28 10 2009
Oleh MOHD. NAHAR MOHD. ARSHAD
 
KEDUDUKAN ekonomi Amerika Syarikat (AS) semakin buruk. Meskipun Washington cuba menutup kedudukan ekonominya, namun data dan fakta sudah lama melaungkan kegagalan ekonomi kapitalis itu.

Dengan kedudukan defisit akaun semasa yang terus pincang, hutang kerajaan yang menggunung, pengangguran yang tinggi, nilai hartanah dan portfolio yang merudum, rakyat AS melihat ekonomi kapitalis yang kononnya menjanjikan seribu satu impian bertukar menjadi ekonomi parasit meratah kekayaan yang ada.

Amerika Syarikat sebenarnya sudah ditelan lubang hitam krisis hutang yang parah, mungkin paling parah dalam sejarah kemanusiaan.

Pelbagai punca dicari bagi menjelaskan krisis yang berlaku. Namun, fakta sebenarnya ialah sistem ekonomi yang berpaksikan riba pasti akan hancur.

Melihat kepada krisis di AS, sesungguhnya benarlah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 276, “Allah susutkan riba dan mengembangkan sedekah”.

Semuanya berpunca daripada kaedah mengembangkan ekonomi dengan menggalakkan pemberian hutang dan hutang itu pula meningkat dari masa ke masa kerana adanya riba. Maka, si kaya yang menyimpan di bank khayal dengan janji kekayaan yang meningkat oleh riba. Di satu pihak lagi, si miskin yang berhutang terus miskin kerana hutang dan beban riba.

Institusi kewangan yang menjadi agen riba ibarat badut yang membaling bebola berwarna. Bebola tersebut ibarat produk-produk kewangan yang menarik. Tangan kanan badut ibarat si kaya dan tangan kirinya ibarat si miskin.

Kewangan
Kedua-duanya inginkan produk kewangan tersebut. Tepuk sorak penonton adalah upah buat si badut. Semakin banyak bebola di baling dan disambut, semakin kuatlah tepuk sorak penonton dan semakin ghairahlah si badut.

‘Pengembangan’ oleh riba bermakna semakin banyak dan pantaslah bebola berwarna yang perlu dibaling dan disambut oleh si badut. Sehingga ke satu tahap, pasti kesemua bebola akan terjatuh!

Pengibaratan di atas menjelaskan konteks modus operandi institusi kewangan masa kini. Hakikatnya, jumlah kekayaan ‘sebenar’ adalah terhad untuk satu masa tertentu. Namun, riba telah memperdayakan kita dengan ‘menggandakannya’ meskipun pada realitinya, gandaan dari riba itu sebenarnya tidak bernilai – ibarat buih.

Panik dalam sistem kewangan tercetus apabila si kaya cuba menterjemahkan kekayaan yang ada dalam nilai yang sebenar. Maksudnya, bukan kekayaan dalam bentuk jumlah pada helaian kertas atau angka yang tercatat.

Untuk memenuhi tuntutan si kaya, si miskin dikerah oleh institusi kewangan untuk membayar hutang termasuk dengan ribanya sekali. Malang kerana si miskin tidak mempunyai apa-apa untuk dipersembahkan. Maka, rumah, kereta dan apa sahaja milik si miskin dirampas oleh institusi kewangan untuk dinilai semula.
Tetapi, tidak ada sesiapa yang mampu dan ingin membeli harta-harta yang dirampas itu. Ini kerana si kaya sudah hilang yakin pada kekayaan yang dimilikinya, dan si miskin pula sudah jatuh papa. Pinjaman juga sukar untuk diperolehi di mana-mana. 

Lantaran, semakin merudumlah nilai harta-harta tersebut.
Maka tembelang modus operandi institusi kewangan pecah terbongkar. Institusi kewangan rupanya memberi pinjam berlipat kali ganda daripada jumlah aset yang ada. Ketidakseimbangan aset-liabiliti semakin membesar apabila impak riba diambil kira. Panik berlaku di mana-mana.

Apabila kerajaan AS cuba menyelamatkan institusi-institusi kewangannya dengan pakej AS$700 bilion, kerajaan itu juga sebenarnya sudah lama dihimpit beban hutang dan riba. Kelulusan pakej menyelamat itu dilihat melengkapkan episod terakhir kejatuhan AS sebagai kuasa ekonomi dunia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

Wednesday, April 18, 2012

KEROSAKAN OTAK AKIBAT PORNOGRAFI

 
  Peringatan keras bagi penghobi tayangan porno. Ahli bedah saraf dari San Antonio, AS, Donald Hilton Jr MD, menyatakan kerosakan otak kerana ketagihan  pornografi dalam diskusi memahami dahsyatnya kerosakan otak akibat ketagihan  pornografi dan dadah dari tinjauan kesihatan di Departemen Kesihatan kemarin.

Menurut pakar neuro science dari Metodist Speciality and Transplant Hospital San Antonio itu, sebenarnya semua ketagihan (adiktif) berpengaruh terhadap kerosakan otak. Misalnya, ketagihan  makanan (obesitas), judi, dadah, maupun pornografi.

Hanya, tingkat kerosakan otak akibat ketagihan pornografi dinilai paling tinggi. Jika dibiarkan, hal itu boleh  mengakibatkan penyusutan (pengecilan) otak. Ujung-ujungnya, terjadi kerosakan otak. Permanen atau tidaknya kerosakan tersebut bergantung intervensi medik yang dilakukan.

Hilton menyatakan, penyusutan otak boleh beransur-ansur kembali normal asalkan dilakukan pengubatan secara intensif. Setidaknya diperlukan waktu sekitar 1 ke 5 tahun. Sebab, pada dasarnya, otak terus mengalami regenerasi jaringan. ''Dengan demikian, otak yang mengecil itu boleh  kembali lagi. Namun, cepat atau lambatnya pemulihan tersebut bergantung tingkat  ketagihan  yang diderita,'' ujarnya.

Kerosakan otak akibat ketagihan makanan (obesitas) maupun dadah  cenderung lebih mudah diatasi berbanding pornografi.

Menurut dia, ada perbezaan antara otak yang sudah ketagihan terhadap sesuatu dan yang tidak. Otak yang telanjur ketagihan memiliki mekanisme kontrol yang kecil terhadap rangsangan. Sebaliknya, otak yang belum ketagihan masih memiliki kontrol yang besar untuk mencegah perintah agar tidak ketagihan . ''Sehingga, masih boleh dihentikan ,'' cetusnya.

Berdasar hasil penelitian yang dilakukan Hilton bersama isterinya, di antara semua tingkat ketagihan , pornografi merupakan salah satu yang tersulit. Bahkan melebihi ketagihan  ubat. Menurut dia, majoriti kanak-kanak  maupun remaja menonton  tayangan pornografi dari internet.

Lantaran masukan itu hanya datang satu arah atau tanpa melalui diskusi maupun saringan dari orang tua, anak cenderung menerima informasi tersebut secara mentah. Di AS, 10 persen anak muda mengakses laman  pornografi.

Apakah kita mahu anak-anak kita mengalami kerosakan otak kerana melayari laman pornografi? Yang mana hasilnya , otak yang  rosak ini akan lebih terangsang menyuruh peribadi tersebut melakukan perkara-perkara maksiat dan kotor.