Oleh: Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Cabaran paling besar dalam kalangan sesetengah yang memakai gelaran ‘agamawan' atau tokoh agama adalah apabila mereka tidak memiliki manhaj atau method yang betul dalam memahami sesuatu fakta yang dikaitkan dengan Islam.
Lalu,
atas kurang teliti, atau ‘kurang fikir' atau ‘memang tak mahu fikir'
mereka menelan semua perkara yang dikaitkan dengan agama, sama ada hasil
percakapan orang atau bahan bacaan yang mereka temui.
Dari situlah lahirnya khurafat, karut marut, tokok tambah, kekartunan pemikiran yang diberikan lebel agama. Jika hal itu berterusan, maka kekeliruan terhadap agama akan berkembang lantas agama akan dipersenda dan didustai.