Sunday, June 30, 2013

Tiga Negara Diperintah Dajjal Sudah Bergabung




Kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syria) di UKM, menerangkn keadaan saudara kita di sana..

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat Palestine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yang ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yang tidak direkod berpuluh2 ribu lagi kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka berdasarkan Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. di mana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

Saturday, June 29, 2013

Tips Untuk Kebahagiaan Anak


Photo: Tips Untuk Kebahagiaan Anak 
==================

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Share l Like
Dari airmuka seorang anak,
  kita dapat meneka bahawa ia adalah anak yang bahagia dan yang lain mungkin menderita walau tak ia luahkan. Mahukah anda memiliki anak2 yang bahagia?

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tips yang boleh kongsi bersama.



Wednesday, June 26, 2013

10 FITNAH (UIJIAN) AGAMA DI FACEBOOK...



Facebook dan beberapa media sosial  sudah menjadi keperluan asas  bagi sebahagian orang. Bagi mereka sehari saja tidak membuka facebook seakan-akan ada yang kurang sekali dalam kehidupan. Alhamdulillah jika bijak, maka facebook dan media sosial boleh  sangat bermanfaat bagi agama dan masyarakat.

Berikut 10 fitnah dan ujian agama yang sering terjadi bagi pengguna facebook:



1.Fitnah berlainan jantina


Di facebook dan dunia maya orang-orang bebas berinteraksi dan bermuamalah. Bagi mereka yang peduli dengan batasan syariat maka mereka akan patuh dengan aturan syariat iaitu membatasi dan meminimakan interaksi lawan jenis yang bukan mahram, berinteraksi jika ada keperluan yang mendesak saja. Nah di dunia nyata mungkin mereka akan malu dan tidak berani akan tetapi di dunia maya lebih mudah dan tersembunyi.


Monday, June 24, 2013

APABILA KAMU....






Apabila kamu teringat & rindukan seseorang,
Perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR

Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,
Perbanyakkanlah SELAWAT

Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang,
Perbanyaklah SOLAT DHUHA

Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati,
Perbanyaklah TAHAJJUD dan...

Apabila kamu inginkan Malaikat mendampingimu &
Mengelak dari pandangan nafsu Syaitan,
Hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU ♥ ♥

sumber: Mazura Ali

Sunday, June 23, 2013

4 PERKARA



Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong.
2. rajin bersugi (gosok gigi).
3. bercakap dengan orang soleh.
4. bergaul dengan para ulama.

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK BUSUK



SEMUA yang bernyawa
pasti akan merasakan mati. Dan jika sudah mati, maka jasad akan membusuk dalam tanah. Namun Rasulullah SAW menyebutkan bahwa ada sepuluh orang yang mayatnya tidak akan busuk.

Disebutkan dalam hadits Rasulullah Saw bahwa sepuluh orang yang mayatnya tidak busuk dan akan bangkit dalam keadaan tubuh seperti semula pada hari kiamat sebagai berikut:


Thursday, June 20, 2013

APA BERLAKU JIKA MAKAN TAK MEMBACA BASMALAH?



Suatu hari Rasulullah s.a w
  duduk bersama para sahabat untuk makan, kemudian datang seseorang dengan bergegas dan ingin makan bersama mereka. Ia tidak mengucap Bismillah dan langsung  menghulurkan tangannya ke makanan itu, dan disaat itu para sahabat ada namun mereka tidak melihat sesuatu, namun nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam memegang tangan lelaki itu,


Wednesday, June 19, 2013

MAKAN SEPERLUNYA AKAN MENINGKATKAN DAYA INGATAN




MASIH suka
memakan makanan dengan kalori berlebihan  atau sebaliknya  sangat menghindari makanan berkarbohidrat? Sekali-kali mungkin tidak berpengaruh besar, tapi hati-hati jika kerap  akan berakibat   fatal.



Saturday, June 15, 2013

3 GAYA WANITA YANG TAK MENCIUM BAU SYURGA...




Ada tiga gaya, penampilan atau mode yang membuat wanita muslimah diancam tidak akan mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat dicium dari jarak sekian dan sekian. Di antara penampilan yang diancam seperti itu adalah gaya wanita yang berpakaian namun telanjang. Yang kita saksikan saat ini, banyak wanita berjilbab atau bertudung masih berpenampilan ketat dan seksi.


SERUAN JIHAD DI SYRIA



PARA ulama Sunni
pada hari Khamis semalam (13/6/2013) membuat seruan bersama untuk Jihad di Syria dalam usaha mendukung pasukan penentang  melawan tentera Presiden Bashar al-Assad dan sekutunya Syiah Hizbullah serta Iran.

Para ulama berkumpul di Kairo untuk menyatukan sikap mereka berhubung  krisis Syria  dan mengeluarkan pernyataan mengecam rejim “mazhab ” yang ada di Syria.


Wednesday, June 12, 2013

PENGAKUAN SYEIKH AL QARADHAWI: IRAN MENIPU SAYA







Oleh: Abdulrahman Al-Rashed

Ucapan koreksi dari ulama besar Sunni, Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi merupakan sebuah perkembangan penting. Minggu lalu, Syeikh Al-Qaradhawi berdiri dan berkata, “Selama bertahun-tahun saya menyerukan agar doktrin-doktrin Islam dapat  bersatu. Saya pergi ke Iran se masa pemerintahan mantan Presiden Iran, Mohammad Khatami. Namun mereka ternyata menipu saya dan banyak orang lainnya seperti saya. Mereka selalu mengatakan bahwa mereka juga ingin menyatukan doktrin-doktrin yang berbeda.”

Syeikh Al-Qaradhawi mengakui kesalahannya dengan mengatakan, “Saya dulu membela Hasan Nasrallah (pemimpin Hizbullah) dan partinya, parti tirani di depan para ulama Arab Saudi. Tampaknya para ulama Arab Saudi ini lebih dewasa dibandingkan saya.”



Thursday, June 6, 2013

5 TIPS MENDIDIK ANAK TANPA MEMARAHI MEREKA..






Memarahi anak
dengan berlebihan apalagi dengan kekerasan fizikal bukanlah solusi untuk mendisiplinkan anak. Setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan, begitu pula  dengan anak. Apalagi jika kesalahannya dilakukan tanpa sengaja. Sesungguhnya kekerasan yang kita lakukan dapat memicu anak untuk melakukan kekerasan juga. Bahkan mungkin akan masuk ke alam bawah sedarnya hingga terbawa hingga ke masa dewasanya kelak.

Berikut adalah beberapa tips saat anak melakukan kesalahan :


ISLAM DI JEPUN BAGAI LEDAKAN...



Masjid Kobe

PENJAJAHAN asing di negara kita telah memberi impak positif kepada penyebaran Islam di benua lain termasuklah Jepun yang turut tidak terlepas tempiasnya. Di sebalik tempoh penjajahan itu, sebenarnya telah mendatangkan 1001 hikmah kepada dakwah Islamiah.

Hal ini diketahui apabila terdapat fakta yang mengatakan asimilasi agama Islam di Jepun disebabkan oleh penjajahan negara matahari terbit itu di Malaysia, selain daripada kesan orang Melayu yang berkhidmat di atas kapal-kapal British dan Belanda pada abad ke-19.

Wednesday, June 5, 2013

SIKAP ORANG JEPUN VS SIKAP ORANG MELAYU



Menulis mengenai sikap orang Jepun (yang patut di contohi) berbanding dengan sikap kita sebagai orang Melayu yang majoritinya beragama Islam. Terdapat pelbagai etika , perangai , akhlak atau pun sikap masyarakat Jepun yang terpuji yang sedikit saja ada pada masyarakat Melayu.


Etika mereka ada pada Syariat Islam walau pun mereka tidak ada agama atau pun menganut agama lain.Walaubagaimana pun terdapat juga minoriti Islam di Jepun dimana sekarang tidak kurang dari 100 ribu orang Islam, 40 buah masjid di Jepun.


Tuesday, June 4, 2013

SALAH FAHAM FEMINIS...


http://1.bp.blogspot.com/-53t2cUlvpaA/UazyDbx4dbI/AAAAAAAATj8/Ui79gotv93A/s1600/feminis-300x225.jpg
Ramai kaum hawa
yang kurang faham , keliru dan salah faham
apabila memikirkan  mengapa sesetengah peraturan Islam nampak seperti tidak adil dan berat sebelah. Seolah-olah Tuhan banyak memihak kepada kaum Adam dalam hal tersebut.

Kaum feminis
kata susah jadi wanita, lihat saja peraturan dibawah ini:

Sunday, June 2, 2013

ISLAM BERSEMI DI CELAH2 VOODOO DAN KRISTIAN DI HAITI





Guru sekolah
Darlene Derosier kehilangan rumahnya dalam gempa bumi 2010 yang menghancurkan negaranya. Suaminya meninggal sebulan kemudian setelah menderita apa yang dia katakan adalah trauma emosional dari gempa. Dia dan dua anak perempuannya sekarang tinggal di khemah  di luar ibukota Port-au-Prince, dikelilingi oleh ribuan orang lain yang kehilangan tempat tinggal dan putus asa oleh bencana.


Saturday, June 1, 2013

BUDAYA PENGAGUNGAN KUBURAN ADALAH MENIRU SYIAH


Pengagungan kuburan dan komplek makam sudah menjadi kebiasaan sebahagian masyarakat, bahkan menjadi sebagian amalan  keagamaan mereka yang tak terpisahkan dengan kehidupan sehari-hari. Di antaranya, dengan membuatkan bangunan makam dan memperindahnya, menjadikannya sebagai tempat shalat, mengkhatamkan baca al-Qur`ân di sampingnya dan memanjatkan do’a kepada penghuni kubur (bukan kepada Allâh Azza wa Jalla), [atau berdo'a kepada Allah dengan perantaraan penghuni kubur].