Tuesday, January 28, 2014

LARANGAN MEMBERI HORMAT DENGAN CARA BERDIRI





Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam bersabda:


مَنْ أَََََََحَبَّ أَنْ يَتَمَثَّلَ النَّاسُ لَهُ قِيَامًا فَلْيَتَبَّوَأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ


“Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,

“Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam (hadir), mereka tidak berdiri untuk beliau. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa beliau membenci perkara tersebut.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, hadis sahih)

Sunday, January 26, 2014

KHURAFAT DAN PENYELESAIANNYA





1. Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan,  pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.

2. Di antara faktor-faktor yang mendorong berlakunya khurafat ialah :
a). Mudah mempercayai benda-benda tahyul
b). Kecetekan ilmu agama
c). Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda

Wednesday, January 22, 2014

MENJAWAB FATWA DR. ZAHARUDDIN





Oleh : Ust. Muhammad Fauzi b Asmuni


Saya ingin mengulas sedikit berkenaan fatwa yang dikeluarkan oleh Dr. Zaharuddin di http://www.youtube.com/watch?v=f3PFVD12OzI. Ulasan ini saya kemukakan kerana ada beberapa kekeliruan yang timbul hasil dari fatwa tersebut.

Dr Zaharuddin mengulas mengenai firman Allah di dalam Al-Quran:

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.”(Aali Imran: 28)

DEMONSTRASI : KEBEBASAN BERSUARA ATAU JENAYAH?


Oleh :Ust. Muhammad Fauzi b Asmuni
turun dataran merdeka1

Apabila Tuan Mufti Perak mengaitkan peserta demonstrasi TURUN dengan jenayah bughah, pelbagai reaksi mula diberikan oleh orang ramai. Ada yang menerimanya dan ada yang menolaknya. Pihak yang menolak mempersoalkan kenapa satu demonstrasi yang aman tidak boleh diterima oleh syarak? Pada saya, kenyataan Tuan Mufti tersebut ada asasnya yang tersendiri dari segi syarak walau pun mungkin ada beberapa istilah yang digunakan oleh beliau mungkin boleh diperbaiki untuk lebih tepat.

TOKOH SUNNAH YANG WAJIB DIKENALI OLEH PARA PENCINTA DAN PEJUANG SUNNAH DI MALAYSIA





Dilahirkan pada 5hb. Julai 1927 di Kampung Sungai Dua Kecil, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ibunya bernama Aishah Bte Abdul Wahid dan ayahnya bernama Imam Abdul Ghani bin Salam seorang Imam masjid yang terkenal di daerah Kuala Pilah.


Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah tahun 1937 dan kemudiannya menyambung pelajaran di Madrasah Aliah Islamiah, Pelangai. Di sana, beliau mengenali Shamsiah Fakeh seorang pejuang wanita yang gigih. Masa pendudukan Jepun, beliau membantu bapanya berniaga dan mempelajari Bahasa Jepun.

Monday, January 20, 2014

DOA UNTUK ELAK GANGGUAN MAKHLUK





Bacakan doa ini dan ajarkan anak-anak.
Baca juga ketika bagi mengelakkan anak kecil diganggu waktu pagi dan petang. Juga untuk diri sendiri.
Nabi Muhammad salla Allahu 'alaihi wasallam melindungi cucu baginda Hasan dan Hussain dengan bacaan ini dan baginda nabi turut menyebut ia juga amalan nabi Ibrahim a.s yang dibacakan kepada Nabi Ismail a.s & Nabi Ishak a.s.
Apa bacaannya? ini dia.....

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ

Ertinya : Aku berlindung dengan (berkat) kalimah Allah yang sempurna (dan melindungi serta menyembuh) dari segala Syaitan dan yang beracun (memudaratkan) dan dari segala jenis 'Ayn (penyakit & kecacatan fizikal & aqal disebabkan dari manusia & jin) dan Lammah (sejenis gangguan pada aqal).

(Riwayat Al-Bukhari, terjemahan berdasarkan penjelasan Ibn Hajar dan al-Khattabi)

Sumber: Dr. Zaharuddin Abd Rahman

JUMHUR ULAMA: POLIGAMI CUMA RUKHSAH, TIDAK DIGALAKKAN




Oleh: Fatimah Syarha



ANALISIS PANDANGAN SYUYUKHUL AZHAR BERKENAAN POLIGAMI


Pada zaman moden ini, di saat amalan poligami secara realitinya tidak lagi memperlihatkan faktor keadilan, moral dan kemampuan ekonomi sebagaimana yang digariskan Al-Quran, akibatnya kaum wanita menjadi mangsa. Ia menjadi perhatian ulama moden seperti Abduh, Syaltut, Al-Ghazali dan Al-Qaradhawi. Kesemuanya adalah syuyukhul azhar (Syeikh-syeikh lepasan Universiti al-Azhar).

Sunday, January 19, 2014

MENGAPA NAMA TUHAN DI SETIAP AGAMA BERBEZA? Dr. ZAKIR NAIK MENJAWAB



http://1.bp.blogspot.com/-fwIO76wny7s/UKnfx4umMKI/AAAAAAAAAx0/G_9FUFZSV0I/s1600/drzakirnaik.jpg


Adam Khan bertanya:

Saya bekerja sebagai insinyur mesin.
Pertama,
saya ingin menyampaikan ucapan selamat saya atas presentasi yang sangat menarik yang telah anda sampaikan. Sekarang, pertanyaan saya adalah, zat ‘air’ memiliki nama-nama sebutan yang berbeda-beda dalam beragam bahasa. Seperti di dalam bahasa Inggeris, air disebut dengan ‘water’, dalam bahasa India disebut dengan ‘panil’, dalam bahasa Tamil disebut dengan ‘tanni’. Demikian juga dengan Tuhan, jika Ia boleh  disebut dengan ‘Ram’ atau ‘Yesus’, bukanlah sebenarnya Ia adalah satu dan sama saja?

Dr. Zakir Naik berpidato tentang sekolah yang bercampur antara laki-laki dan perempuan


http://1.bp.blogspot.com/-fwIO76wny7s/UKnfx4umMKI/AAAAAAAAAx0/G_9FUFZSV0I/s1600/drzakirnaik.jpg

Pertanyaan:
Apakah co-education dibolehkan dalam Islam?


Dr. Zakir Naik menjawab:
Co-education ertinya bercampurnya lelaki  dan wanita di sekolah. Ada laporan dari Inggeris yang meniliti tentang sekolah yang khusus untuk laki-laki atau wanita dan sekolah yang dicampur. Penelitian menunjukkan bahawa tingkat kemajuan yang didapat lebih tinggi di sekolah khusus dibandingkan dengan sekolah yang dicampur.

MENYEKUTUKAN ALLAH ADALAH DOSA & KEZALIMAN PALING BESAR


Oleh:
Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman hafizahumullah


بسم الله الرحمٰن الرحيم




Syirik secara prinsipnya dikategorikan kepada dua bahagian;
Syirik besar: Pelakunya terkeluar daripada Islam, kekal dalam Neraka jika tidak bertaubat (Baca bhg. 1 untuk melihat bentuk-bentuknya).
Syirik kecil: Secara prinsipnya tidak menyebabkan pelakunya terkeluar dari Islam, tetapi boleh membawa kepada Syirik besar.


Syirik kecil terbahagi kepada dua jenis;

1. Syirik kecil yang zahir. Ia boleh terjadi dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan.

Contoh syirik kecil yang dilakukan melalui perkataan, di mana kata-katanya itu syirik, tetapi tidak semestinya mengeluarkan pelakunya dari Islam. Ia banyak berlaku dalam masyarakat kita. Contohnya dalam sebuah hadis,

Saturday, January 18, 2014

FENOMENA GHULUW (MELAMPAUI BATAS) DALAM AGAMA





Oleh
Ustadz Abu Ihsan al-Atsari



Sikap ghuluw (melampaui batas atau berlebih-berlebihan) dalam agama adalah sikap yang tercela dan dilarang oleh syariat. Sikap ini tidak akan mendatangkan kebaikan bagi pelakunya; juga tidak akan membuahkan hasil yang baik dalam segala urusan. Terlebih lagi dalam urusan agama.

Banyak sekali dalil-dalil al-Qur'ân dan Sunnah yang memperingatkan dan mengharamkan ghuluw atau sikap melampaui batas tersebut.

Thursday, January 16, 2014

JESUS BUKAN TUHAN


http://3.bp.blogspot.com/-4YYoLdRKHcs/TdgHE6W1x_I/AAAAAAAAAN4/G3maO5gjqRc/s1600/wrongwaygoback0197.jpg


Umat Islam bukanlah satu-satunya golongan yang percaya bahawa Jesus (a.s.) adalah manusia dan bukannya Tuhan. Bangsa Yahudi juga mempercayai perkara yang sama. Begitu juga penganut-penganut terawal Kristian seperti golongan Ebonit, Cerinthia, Basilidia, Capocrations dan Hypisistaria. Golongan Airan, Paulicia dan Goth juga menerima Jesus (a.s.) sebagai seorang nabi. Malahan, dalam era moden juga terdapat gereja-gereja di Asia, Afrika, gereja-gereja Unitari, Jehovah’s Witness dan majoriti Biskop Gereja England pada hari ini yang tidak menyembah Jesus (a.s.) sebagai Tuhan.

MENGENALI HADIS MAUDHU'


http://3.bp.blogspot.com/-DZxoO4EPhQo/T08abxy3C-I/AAAAAAAAAQg/mXDHZLFDCOU/s1600/hadis-palsu.jpg
Hadis Palsu atau istilah hadisnya dikenali sebagai Hadith al-Maudhu' . Ia dibincangkan secara mendalam di dalam disiplin ilmu yang dikenali sebagai Mustalah al-Hadith. Para ulama telah menjelaskan pengertian Hadis Maudhu' ini, sebagai contoh Imam Muhammad Jamaluddin al-Qasimi dalam Qawa'id al-Tahdith fi Funun Mustalah al-Hadith, beliau menyatakan bahawa ia hadis dusta atau yang direka oleh seseorang perawi secara sengaja dan disandarkan hadis tersebut kepada Rasulullah SAW.

Tuesday, January 14, 2014

Kalangan Habaib Seru Supaya Tidak Merayakan Maulid Nabi




Jajaran Ulama dari kalangan Habaib menyerukan Ahlul Bait Rasulullah untuk tidak memperturuti hawa nafsu mereka. Karena Perayaan yang mereka sebut dengan Maulid Nabi dengan dalih Cinta Rasul, dan berbagai acara yang menyelisih syari’at, yang secara khusus dimeriahkan/ diperingati oleh sebagian anak keturunan Nabi yang mulia ini jelas merupakan sebuah penyimpangan, dan tidak sesuai dengan Maqasidu asy-Syar’I al-Muthahhar (tujuan-tujuan syari’at yang suci) untuk menjadikan ittiba’ (mengikuti) kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai standar utama yang dijadikan rujukan oleh seluruh manusia dalam segala sikap dan perbuatan (ibadah) mereka.

KRITERIA MEMBEZAKAN IBADAH, ANTARA SUNNAH DAN BID'AH



Oleh Hafiz Firdaus Abdullah

Bagaimanakah caranya membezakan antara ibadah yang sunnah atau yang bid‘ah ? Berikut ini saya akan sampaikan garis panduan yang diterangkan oleh Syaikh al-islam Ibn Taimiyyah untuk menilai sama ada sesuatu amalan itu adalah sunnah atau bid’ah.


Setiap amal ibadah yang khusus kepada Allah, juga disebut sebagai al-Ibadah al-Badaniyah, seperti solat, puasa, zikir, umrah, membaca Qur’an dsbgnya, tidak akan terlepas daripada memiliki 3 unsur di dalamnya:

[1] Masa
[2] Tempat
[3] Kaedah.

Sunday, January 12, 2014

DARI MANAKAH HARTA ANDA?





DARI Abu Hurairah
ra dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
“Benar-benar akan datang kepada manusia suatu masa, pada saat itu orang tidak lagi mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta kekayaan, apakah dari jalan yang halal ataukah jalan yang haram. “1)

Musibah, bencana alam, keserakahan manusia, gaya hidup hedonis yang tamak dan rakus, semuanya merupakan pemicu munculnya ketidakseimbangan, baik pada alam maupun secara sosial. Dari sudut pandang sunnatullah, semua itu merupakan bentuk ujian yang Allah berikan kepada setiap manusia. Namun, dari sudut pandang human’s behaviour (perilaku manusia), maka semua musibah itu adalah akibat tingkah laku mereka.


UMAT ISLAM PASTI BERPECAH-BELAH AKAN TETAPI WAJIB BERSATU




Oleh
Al-Ustadz Aunur Rofiq bin Ghufron



Fitnah yang muncul pada akhir zaman bahwa umat Islam berpecah-belah menjadi beberapa golongan, masing-masing mengaku kelompoknya yang benar, seperti halnya orang Yahudi dan orang Nasrani, mereka berpecah-belah dan mengaku bahwa hanya golongannya yang benar

“Dan orang-orang Yahudi berkata : ‘Orang Nasrani itu tidak mempunyai suatu pegangan’, Dan orang-orang Nasrani berkata : ‘Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan’. Padahal mereka (sama-sama) membuat Al-Kitab” [Al-Baqarah : 113]

Saturday, January 11, 2014

PENGAKUAN SYAIKH AL-QORDOWI : ULAMA SAUDI LEBIH FAHAM DARI PADA DIRINYA




(oleh : Syaikh Abdurrahman Dimasyqiyah hafizohulloh)

Syaikh Al-Qordhowi berkata :

مشايخ السعودية كانوا أنضج مني لأنهم عرفوا حقيقة ما يسمى “حزب الله” في حين كنت أدافع عنه إنه حزب الشيطان

“Para ulama Saudi mereka lebih matang dari pada saya, karena mereka mengetahui hakekat kelompok yang disebut Hizbullah, di saat aku membela kelompok tersebut, sesungguhnya kelompok tersebut adalah Hizbus Syaithon”

MAULID NABI MENURUT SYAIKH AL-UTSAIMIN





Syaikh Muhammad bin Shaleh Al Utsaimin pernah ditanya tentang hukumnya memperingati  maulid Nabi?


Syaikh Muhammad bin Shaleh Al Utsaimin menjawab:


Malam kelahiran Rasulullah tidak diketahui secara qath’i (pasti), bahkan sebagian ulama kontemporer menguatkan pendapat yang mengatakan bahwa ia terjadi pada malam ke-9 Rabi’ul Awal, bukan malam ke-12. Jika demikian, peringatan maulid Nabi Muhammad pada malam ke-12 Rabi’ul Awal tidak ada dasarnya, bila dilihat dari sisi sejarahnya.

Friday, January 10, 2014

KENYATAAN DR YUSOF AL-QARDHAWI BERHUBUNG ISU KALIMAH ALLAH






Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar. Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian.

UMAT ISLAM DIMOMOKKAN DENGAN WAHABI


Umat Islam dimomokkan dengan Wahabi


RATA-RATA masyarakat Islam sedunia dimomokkan, dipermainkan dan ditipu dengan istilah Wahabi.

Sesiapa mengajak kepada al-Quran dan sunnah mengikut pemahaman sahabat Nabi Muhammad SAW, mengajak kepada akidah mentauhidkan ALLAH dan menjauhi syirik dan khurafat, beramal mengikut sunnah dan meninggalkan amalan bidaah yang meresap dalam masyarakat, mereka ini tidak akan terlepas daripada digelar Wahabi.


Thursday, January 9, 2014

MANHAJ AKIDAH IMAM SYAFIE



Oleh: Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Al-‘Aqil hafidzahullah

(Pensyarah di Jabatan Aqidah, Universiti Islam Madinah Arab Saudi dan pengarang kitab Manhaju Al-Imam Al-Syafi’i fi itsbati Al-Aqidah – Edisi Terjemahan Melayu: Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi’i)

Penterjemah: Ustaz Abu Omar, Idris bin Sulaiman

(Teks disediakan berdasarkan rakaman Daurah Manhaj Akidah Al-Imam Al-Syafi’i, 23.05.2013)




RINGKASAN PERJALANAN HIDUP IMAM AL-SYAFI’I RAHIMAHULLAH

Tajuk perbahasan pada kali ini akan membincangkan tentang seorang tokoh Islam yang agung dan dikenali oleh rata-rata umat Islam di Timur dan Barat sehingga tidak ada majlis-majlis ilmu melainkan disebutkan di dalamnya nama beliau, iaitu Imam Al-Syafi’i rahimahullahu Ta’ala. Beliau rahimahullah cukup dikenali oleh Umat Islam.

PENDAPAT IMAM SYAFIE TENTANG TAUHID



Oleh

Dr. Muhammad Abdurrahman Al-Khumais

[1]. Imam al-Baihaqi meriwayatkan dari ar-Rabi’ bin Sulaiman, katanya, Imam Syafi’i mengatakan : “Barangsiapa yang bersumpah dengan menyebut salah satu asma’ Allah, kemudian melanggar sumpahnya, maka ia wajib membayar kaffarat. Dan barangsiapa yng bersumpah dengan menyebut nama selain Allah, misalnya, “Demi Ka’bah”, “Demi ayahku” dan sebagainya, kemudian melanggar sumpah itu, maka ia tidak wajib membayar kaffarat.”


Allah wujud tanpa bertempat ,Aqidah Muktazilah & Jahmiyyah



Oleh: Abu Syu’aib




Secara umumnya di Malaysia mazhab yang diikuti dalam fiqh ialah mazhab al-Syafie sementara mazhab di dalam beraqidah ialah aqidah yang disebut sebagai al-‘Asyairah yang disandarkan namanya kepada Imam Abul Hassan al-Asy’ari.

Tuesday, January 7, 2014

PENGARUH SYIAH DALAM TARIQAT DAN TASAWUF



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah kita dapat dipertemukan oleh Allah dalam ruangan ini. Tajuk ini tidak kurang pentingnya iaitu Pengaruh Syiah Dalam Tasawuf dan Tarekat.
Pada dasarnya kita menerima tasawuf sebagai ajaran nabi berupa akhlak dan ihsan. Tetapi tasawuf sebagaimana fiqh, tauhid dan usul telah diresapi dengan aqidah Syiah. Adapun perkataan tasawuf itu tidak tersebut di mana-mana al-Quran mahupun hadis. Firman Allah:


Monday, January 6, 2014

MEMBONGKAR KEBOHONGAN TERHADAP SYAIKHUL ISLAM IBNU TAIMIYAH [Studi Kritis Buku ‘...Itiqad Ahlu Sunnah Wal-Jamaah” Oleh KH Sirajuddin Abbas]



Siapa tidak mengenal nama lbnu Taimiyyah, seorang tokoh ulama yang telah berjuang untuk Islam dengan lidah dan pedangnya. Keharuman namanya semerbak dikenang generasi selanjutnya. Hampir-hampir sejarah Islam tidak pernah melupakan nama beliau sekaligus karangan-karangannya yang menyebar ke seluruh pelosok dunia.

Sunday, January 5, 2014

Dr ZAKIR DITANYA: MENGAPA MUSLIM TAK PERCAYA JESUS ANAK TUHAN?



Patrick.. Pemuda Eropah  Masuk Islam dalam sebuah Diskusi Agama di Television

Dalam sesi tanya jawab Patrick bertanya kepada Dr.Zakir Naik :


"Kenapa Muslim tidak percaya bahwa Jesus adalah anak tuhan,
jika manusia lahir dengan keberadaan ayah dan ibu maka Dia (Jesus) lahir hanya dengan ibu saja, jadi kenapa dia tidak boleh disebut sebagai anak tuhan?

Saturday, January 4, 2014

HUKUM PERAYAAN HAUL





Muqoddimah


Di tanah air Indonesia ini, perayaan haul seorang syaikh, wali, sunan, kiai, habib, atau tokoh lainnya bukanlah hal yang asing bagi kebanyakan kita. Di pinggir-pinggir jalan sering dipajang spanduk bertuliskan “Hadirilah acara peringatan haul Syaikh—fulan—yang ke—sekian kalinya.”

Acara haul sudah merupakan upacara ritual seremonial yang biasa dilakukan oleh umumnya masyarakat Indonesia untuk memperingati hari kematian seseorang. Awalnya, acara ini biasanya diselenggarakan setelah proses penguburan, kemudian berlanjut setiap hari sampai hari ke-7. Lalu diselenggarakan lagi pada hari ke-40 dan ke-100. Untuk selanjutnya acara tersebut diadakan tiap tahun di hari kematian si mayit atau yang masyhur dikenal dengan “haul” yang berarti “tahun” dalam bahasa Arab.

'A MUST READ'




Your Mother carried you inside of her womb for nine whole months, she felt sick for months with nausea, then she watched her feet swell and her skin stretch and tear.
She struggled to climb stairs, she got breathless quickly and even a simple task like putting her shoes on was a huge struggle for her.

KESESATAN KITAB BARZANJI, QASHIDAH BURDAH DAN MAULID SYARAFIL ANAM

       Mendedahkan penyelewengan yang ada dalam Kitab Barzanji dan lain-lainnya bukanlah bermaksud hendak menghalang sebahagian umat ini dari mencintai dan memuji Rasulullah s.a w. Tetapi adalah bertujuan memberitahu beberapa kesalahan yang serius dalam memuji baginda secara berlebihan (ghuluw) yang boleh mengakibatkan menyamakan baginda dengan kuasa Allah. Ikuti beberapa contoh yang di paparkan di bawah.





Muqaddimah


Kitab Barzanji adalah kitab yang sangat popular di kalangan kaum Muslimin di Indonesia  dan Malaysia. Kitab ini merupakan bacaan wajib pada acara-acara Barzanji atau diba’ yang merupakan acara rutin bagi sebagian kaum muslimin di Indonesia.

Kitab Barzanji ini terkandung di dalam kitab Majmu’atau Mawlid wa-Ad’iyyah yang merupakan kumpulan dari beberapa tulisan seperti: Qoshidah Burdah, Maulid Syarafil Anam, Maulid Barzanji, Aqidatul Awwam, Rotib al-Haddad, Maulid Diba’i, dan yang lainnya.

Kitab yang popular ini di dalamnya banyak sekali penyelewengan-penyelewengan dari syari’at Islam bahkan berisi kesyirikan dan kekufuran yang wajib dijauhi oleh setiap Muslim. Kerana itulah Insya Allah dalam pembahasan kali ini akan kami jelaskan kesesatan-kesesatan kitab ini dan kitab-kitab yang menyertainya dalam kitab, sebagai nasehat keagamaan bagi saudara-saudara kaum muslimin dan sekaligus sebagai jawaban kami atas permintaan sebagian pembaca yang menanyakan isi kitab ini. Dan sebagai catatan bahwa cetakan kitab yang kami jadikan acuan dalam pembahasan ini adalah cetakan PT. Al-Ma’arif Bandung.


5 AMALAN PENGHAPUS DOSA





SETIAP manusia berbuat dosa. Pepatah Arab mengatakan, manusia itu tempat salah dan lupa (al-insanu mahalul khoto wan nisyan). Namun, kerana kasih-sayang-Nya, Allah SWT Maha Pengampun. Allah SWT dapat  menghapus dosa hamba-hamba-Nya.

“Katakanlah! Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa” (QS. Az-Zumar:53).

TELAH KAHWIN MENGAKU BUJANG

 

 
  Ada sesetengah lelaki mengaku bujang kerana sesuatu tujuan, samada baik ataupun sebaliknya, tetapi sebenarnya telah berkahwin. Adakah perbuatan bohongnya itu akan membuatkan jatuh talak kepada isterinya yang ada? Kita cari jawapannya dari Majlis Fatwa Kebangsaan.


Tarikh Keputusan: 29 May, 1988

Huraian Tajuk/Isu:

Jatuh atau tidak talak, jika seseorang yang sudah kahwin tetapi mengaku bujang dengan tujuan bergurau sahaja.

Keputusan:

Seseorang yang menyatakan ia masih bujang atau belum berkahwin sedangkan ia telah berkahwin samada dengan tujuan memperolok-olokkan atau mempersenda gurau, mesyuarat berpendapat bahawa ia adalah termasuk dalam erti kata pembohongan dan tidak membabitkan gugur talak.


sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/telah-kahwin-tetapi-mengaku-bujang
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Friday, January 3, 2014

MUHAMMAD PASTI MENGGUNAKAN MIKROSKOP!





DR. Keith L. Moore MSc, PhD, FIAC, FSRM adalah Presiden AACA (American Association of Clinical Anatomi ) antara tahun 1989 dan 1991. Ia menjadi terkenal kerana literaturnya tentang mata pelajaran Anatomi dan Embriologi dengan puluhan kedudukan dan gelaran kehormatan dalam bidang sains.

BAHAYANYA BIDAAH KEPADA ISLAM



Oleh: Ust. Abid Annuriy

SESETENGAH penghafaz hadis mentakrifkan bidaah sebagai perkara yang menyalahi al-Quran, sunnah atau ijmak Salaf dalam kepercayaan dan ibadat, seperti keyakinan khawarij, rawafidh, qadariyyah, jahmiyyah dan seperti orang-orang yang beribadah dengan tarian, nyanyian di masjid-masjid, juga seperti orang-orang yang beribadah dengan mencukur janggut, makan ganja atau lalang, dan lain-lain yang menyalahi al-Quran dan sunnah.

Bidaah mendapat perhatian besar ulama Islam kerana ia adalah satu bentuk syirik, menyamai sifat Tuhan dalam mencipta agama (yakni seolah-olah agama ALLAH belum sempurna).