Friday, April 18, 2014

BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH





Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun mempunyai harta yang banyak.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman,

“Bukankah aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?”

Nabi Ayub menjawab,
“Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu”.

Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.


Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari.
“Carilah anak-anak yatim untuk diberikan sedekah. Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari”.

6. Ikhlaskan pemberian atau sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya.
“Pemberian tangan kanan tanpa diketahui oleh tangan kiri”

Sedekah mulakanlah dengan keluarga sendiri terlebih dahulu. Selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak orang lain.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib iaitu zakat perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.

Ini jelas dalam suran Al-Imran ayat,92:


لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنلَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ


“92.You will not attain unto piety until ye spend of that which ye love . And what ever you spend , Allah is aware thereof”

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat.
“Dunia untuk akhirat dan bukannya dunia untuk dunia”

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan).

Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%).

Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.

Yang satu menyeru,
“Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah”.

Yang satu lagi menyeru,
“Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)”

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.

Dalam hadith lain, nabi bersabda,
“Takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar”.

Dan sabdanya lagi,
“Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api”.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.
“Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan lagi ilmu itu”

Begitu juga harta.

“Belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui”
Sama samalah kita menyebarkan ilmu agama kerana Allah.


Sumber:  http://rahsiasedekah.wordpress.com/2010/06/15/berkat-rezeki-kerana-bersedekah/

Saturday, April 5, 2014

MUKMIN YANG KUAT: SYARAH HADITH



Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal


Alhamdulillah wa shalaatu wa salaamu ‘ala Rosulillah wa ‘ala alihi wa shohbihi ajma’in.


Dari Abu Hurairah, Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,


الْمُؤْمِنُ الْقَوِىُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِى كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلاَ تَعْجِزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَىْءٌ فَلاَ تَقُلْ لَوْ أَنِّى فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا. وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

Friday, April 4, 2014

PSIKOLOGI DAKWAH: TERAPI RELIGIUS SEBAGAI METOD DAKWAH ALTERNATIF





PENDAHULUAN


Kehidupan modern yang materialistik dan hedonistik hanya menekankan aspek-aspek lahiriyah semata, yang mengakibatkan kehidupan manusia mengalami kegersangan spiritual dan dekandensi moral serta stres menjadi fenomena yang lumrah. Pada titik jenuhnya, manusia akan kembali mencari kesegaran rohaniah untuk memenuhi dahaga spiritualnya dan yang menarik bagi mereka adalah kehidupan yang memberikan ketenteraman hati dan kebahagiaan rohani. Oleh kerana itu banyak diantara mereka yang melirik ke dunia mistisisme, Tao, Budhis dan Tasawuf.