Friday, February 10, 2012

SIFAT LELAKI/SUAMI YANG DIBENCI WANITA:

                                                     "Siapakah lelaki terbaik?"

Mungkin secara sedar atau tidak, beberapa sikap dan perangai lelaki tidak disukai wanita. Cuba lihat penampilan dan gaya anda dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...

Adakah sesuatu yang tak kena? Gaya rambut, misai, gigi atau pakaian, adakah semuanya dalam keadaan baik?

Mungkin bagi sesetengah lelaki perkara-perkara begini dianggap remeh tetapi tidak bagi wanita. Pun begitu ada beberapa sikap atau perangai yang tidak menyenangkan kaum wanita atau si isteri, antaranya:


PENIPU
Sikap ini memang sinonim dengan lelaki. Menipu sekali sekala tidak mengapa tak kira dalam apa jua keadaan tetapi jika sudah selalu, wanita akan mengetahuinya juga. Wanita dapat menghidu segala kecurangan anda. Jangan buat seribu alasan. Ia akan menampakkan anda sangat biasa berbohong.


Penipuan paling besar ialah jika anda sudah berpunya tetapi mengaku solo, tidak kira samada anda sudah berkahwin ataupun sudah mempunyai teman istimewa. Tetapi jika anda tidak mengaku dan wanita dapat tahu selepas itu, sampai bila-bila pun dia tidak akan mempercayai anda!

PERASAN

Ada yang sanggup jalan mendabik dada tatkala lalu dihadapan wanita kononnya dirinya macho. Mulalah 'control macho' tidak tentu pasal. Itulah dinamakan perasan.


Lelaki yang tidak perasan akan bersikap low profile dan tidak menunjuk-nunjuk dan akan merendah diri sahaja. Paling penting cara anda menampilkan diri anda dikhalayak ramai. Lelaki kacak tidak semestinya disukai wanita. Ingat juga jika anda berduit, ada wanita yang hanya inginkan wang anda dan bukannya diri anda sebenarnya.



PELUPA

Ini adalah satu masalah yang sering melanda lelaki. Mereka sering lupa segala hal berkaitan dengan tarikh harijadi atau ulang tahun menyebabkan wanita sering merasa kecil hati. Lelaki sering memandang remeh temeh hal-hal sebegini tetapi lain bagi wanita. Lebih-lebih lagi jika tarikh harijadi atau ulang tahun tidak diambil kisah. Wanita akan cepat marah kerana bagi mereka, jika tarikh pun susah nak ingat, bagaimana pula dengan hal-hal lain yang lebih besar dan berat. Oleh itu kaum lelaki jangan ambil ringan hal ini.



PANAS BARAN

Ini adalah satu sikap yang sememangnya tidak disukai oleh mana-mana wanita. Mereka cukup takut jika terpilih teman lelaki yang panas baran kerana silap gaya diri sendiri yang merana. Lebih-lebih lagi jika lelaki yang mudah angkat tangan setiapkali hal yang tidak disukai berlaku. Ingat!
wanita bukan tempat untuk melepaskan geram dan anda tidak berhak menampar atau menendang sesuka hati. Jika tidak dapat menahan geram, tumbuk sahaja dinding batu, baru tahu mana yang lebih kuat, tangan anda atau batu.


Tubuh wanita bukan tempat melepaskan geram. Jadi sangat malu jika wanita yang anda kasihi sentiasa dikeji atau dimaki. Lebih baik jangan mengasihi jika diri sendiri tiada sifat penyayang itu. Jadi gentlemen dan bukannya gangster.


Amat malu jika anda melayan wanita sebegitu rupa jika dibandingkan dengan kekuatan anda. Silap gaya anda sendiri akan dibawa ke lokap kerana wanita sekarang lebih bijak. Banyak badan kemasyarakatan yang bertindak jika mereka didera. Jadi fikirkanlah.... jika tidak mahu merasa tidur dilokap, jangan biarkan sikap panas baran anda itu merasuk fikiran anda.

PENGOTOR

Sesetengah lelaki tidak sedar bahawa mereka sebenarnya pengotor. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan amalan itu dulu. Antara perbuatan yang dianggap pengotor ialah tidak mengemas misai, bulu hidung panjang, meludah, batuk, membuang kahak merata-rata, mencungkil gigi, membuang putung rokok bersepah, bau ketiak yang tidak menyenangkan, memakai baju yang sama setiap kali keluar bersama. Ada juga yang berbau rokok setiap kali bercakap. Itupun sudah dikira pengotor. Jadi tukarkan penampilan anda yang pengotor itu jika ingin menambat hati wanita yang anda sukai.

AWAS lelaki, walaupun anda merasa ia perkara biasa, ia tidak bagi wanita.............


Untuk renungan dan ikutan para suami , kita lihat suasana yang berlaku dalam rumahtangga Nabi s.aw
  yang terpuji ini:



Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
 "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan  keluar melalui celah-celah jari mereka". 

Rasulullah s.a.w. selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda s.a.w. acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri Baginda s.a.w. pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

 Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah s.a.w. agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga.  

Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri -isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

No comments:

Post a Comment