Monday, July 29, 2013

'DITIKAM' ORANG KANAN SENDIRI...





Kaherah:
Kali terakhir wartawan menjejakkan kaki ke Kaherah pada Disember tahun lalu, sudah wujud bibit-bibit tentangan senyap terhadap presiden baru Mesir, Muhamed Mursi Isa’ Al-Ayyat.

Ketika itu golongan penentang yang tidak menyukai Mursi terus berkhemah di Dataran Tahrir walaupun Mursi sudah memenangi pilihanraya umum dan dipilih rakyat untuk membawa perubahan kepada negara itu.


Ketika itu rata-rata penduduk Mesir yang penulis temui menadah syukur kerana dianugerahkan seorang presiden yang tidak hanya mampu menghafal 30 juzuk al-Quran, malah diyakini akan membawa Mesir ke arah kegemilangan.


Malangnya pemimpin berjiwa rakyat itu akhirnya digulingkan genap setahun memerintah oleh orang kanannya sendiri, Abdul Fatah As-Sisi.


Agak mengecewakan apabila Mursi dijatuhkan oleh pengkhianat yang mengikut telunjuk golongan Tamarrud selepas seminggu mereka mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di Medan Tahrir.

Namun persoalan yang menjadi kemusykilan hingga kini adalah mengapa Mursi dibenci, apa kekurangannya dan apakah sebab munasabah dia wajib digulingkan rakyat? Ada penyokong Mursi yang bertanya, jika rakyat boleh bertahan dengan pemerintahan kuku besi, Hosni Mubarak selama 30 tahun mengapa mereka tidak mampu menerima Mursi yang baru diberi amanah selama setahun. Itu persoalannya. - Jamilul Anbia

sumber: myMetro

No comments:

Post a Comment