Ramadhan datang lagi menjengukkan wajahnya. Adakah kita telah bersedia zahir dan bathin menyambutnya? Ramadhan adalah bulan hadiah daripada Allah. Kenapa bulan hadiah? Kerana dibulan ini Allah gandakan pahala bagi setiap amal baik yang kita lakukan. Mungkin dalam gandaan 10, 100, 1000 atau 70,000 kita tak tahu, kerana ia rahsia Allah.
Bulan Ramadhan adalah bulan puasa . Kita bukan saja di suruh berpuasa dari makan dan minum, tetapi berpuasa juga dari kata2 yang kotor, mata yang liar , telinga yang tak di kawal, dan perasaan yang jahat. Ramadhan ini adalah bulan latihan Taqwa dimana kita melatih diri kita menjadi orang bertaqwa. Ia adalah satu kesempatan yang paling penting dalam siri hidup kita. Jadi , ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian dan jangan dilalaikan:
Antara amalan-amalan di bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan adalah :
- Lebihkan amalan solat sunat seperti solat sunat Isyrak, Dhuha, Rawatib, Taubat, Tarawih, Tahajjud dan Witir.
- Tidak meringankan amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal waktu.
- Membiasakan solat Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
- Memperbanyakkan bacaan dan bertadarus Al Quran dan azam untuk khatam Al Quran.
- Memperbanyakkan iktikaf di Masjid atau surau.
- Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
- Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadiri majlis ilmu dimana sahaja diadakan.
- Bangun awal seawal 4.30 pagi untuk bersahur dan beramal menjelang subuh.
- Mengurangkan dan meninggalkan hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
- Banyakkan sedekah.
- Banyakkan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
- Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
- Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran.
- Dan jangan terlupa zakat fitrah
Ramadhan yang mulia tiba dan pergi. Apakah kita mendapat keampunan Tuhan di hujung bulan ini nanti? Adakah kita akan dapat mengekalkan amal2 yang kita latih sepanjang bulan ini?
Hanya kita sendiri yang dapat menentukannya.....
Salam Ramadhan....
No comments:
Post a Comment