Monday, August 12, 2013

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI...




Assalamualaikum,
sahabat, kenalan, keluarga, peminat, pembaca sekalian....

     Walaupun agak terlambat kerana sebab2 yang tak dapat di elakkan, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri , tahun 1434 hijrah. Ramadhan telah kita tinggalkan lagi dengan seribu kenangan manis yang tak mungkin terulang lagi. Kita telah mengerjakan ibadah2 wajib dan sunat dengan sehabis upaya kita, walaupun ditengah2 kesibukan kerja dan tanggungjawab sebagai ibu atau bapa dan sebagainya. Semoga apa yang kita telah usahakan akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda di sisi Allah SWT.

     Kini tiba masa untuk kita bermaaf-maafan sesama kita. Kita buangkan segala karat di hati dengan setulus hati. Tanpa ada dendam dan tanpa ada niat yang buruk lagi. Kerana kita akan hanya membawa hati yang sejahtera di hadapan Allah nanti.

    Tentang nasib dan suasana masyarakat Islam yang tak habis2 ditimpa malang baik di Syria, Mesir , Palestin dan sebagainya, marilah kita sama berpadu tenaga membantu apa saja kekuatan yang kita ada. Baik akal fikiran, tulisan, wang ringgit, harta, tenaga atau apa saja. Kerana umat tidak akan dapat berdiri kuat untuk berdepan dengan segala macam ancaman yang melanda tanpa kita memberi sokongan dan kekuatan. Sekurang-kurangnya secebis doa di kala malam yang sunyi. Ancaman kepada umat amat besar, maka dokongan pun perlu besar atau lebih besar pula. Kita mungkin rasa berat melihat nasib umat Islam yang tersiksa, namun berat lah lagi bahu yang memikul.

      Jangan lah berhenti memberi sokongan dan kekuatan  sehinggalah ajal menjemput kita....
Salam aidilfitri, teruskan perjuangan....

Yang dhaif,
Abusyafie.....

No comments:

Post a Comment