Tuesday, December 31, 2013

APAKAH SEBENARNYA WAHABI?




Kaum sufi berdoa  kepada orang mati.


Oleh: Ust. Idris Sulaiman

Soalan: Benarkah wahabi tidak sesat?

Jawapan:

Kena tahu apa itu Wahabi dululah. Kalau Wahabi maksudnya hantu, hantu memang syaitan dan syaitan memang sesat. Jadi kena tahu apa itu Wahabi.


Saya melihat rata-rata masyarakat Islam sedunia telah dimomokkan, dipermainkan, dan ditipu dengan istilah Wahabi. Sesiapa yang mengajak kepada pemahaman para Sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in, mengajak kepada pemahaman Salaf Al-Soleh dikatakan Wahabi.


Saya pun tidak kenal siapa Wahabi. Tidak pernah jumpa pun. Saya mengajak kepada Nabi dan para Sahabat. Saya tidak tahu ada sahabat yang bernama Pak Wahab. Saya tidak tahu ada di kalangan para Salaf Al-Soleh yang diberi gelaran Wahabi. Siapa yang kamu maksudkan?

Mereka memaksudkan seorang Ulama, namanya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab datang jauh kemudian, iaitu kira-kira 200 tahun yang lepas. Baru lagi. Islam zaman Salaf Al-Soleh lebih 1000 tahun yang lepas. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab baru 200 tahun yang lepas.

Apa isunya dengan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab ini?


Dia menghadapi cabaran dan dugaan pada zamannya di Semenanjung Tanah Arab, berdekatan dengan Riyadh, Arab Saudi pada hari ini, di mana pada zamannya banyak perbuatan Khurafat, banyak perbuatan Syirik, Kufur, menyembah selain daripada Allah, menyembah kubur, menyeru wali-wali, menyeru orang mati.

Apabila sakit tidak berdoa kepada Allah, mereka menyeru wali-wali. Ini semua perbuatan kufur, tidak boleh. Maka Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab merasakan kewajipan untuk mengajak umat Islam di Tanah Arab kepada Agama Islam yang sebenar, Agama Islam yang berteraskan Tauhid (mengesakan Allah) di dalam ibadah, di dalam berdoa, di dalam meminta, dan bertawakkal (berserah) kepada Allah.

Itu dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab.

Tetapi adakah hal ini disenangi oleh orang-orang sufi, orang-orang tarikat, penyembah-penyembah kubur, orang-orang yang tawaf di keliling kubur? Orang-orang yang tawaf di keliling kubur masih ada sehingga ke hari ini. Orang yang pergi ke kubur untuk meminta dan bermunajat masih ada sampai ke hari ini. Boleh atau tidak? Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan bagimu.” (Surah Ghafir/Al-Mukmin: 60)

Kenapa mencari perantaraan?  Kubur entah sesiapa. Adakah dia soleh atau tidak soleh pun kita tidak tahu. Silap hari bulan dia orang yang paling tidak betul, dia di dalam kubur sedang disiksa, engkau seru dia. Sedangkan dia sendiri tidak mampu untuk membantu diri sendiri, bagaimana dia hendak membantu kita.

Maka akhirnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab yang mengajak kepada Tauhid dituduh atau diberikan gelaran yang negatif iaitu “Wahabi”. Dari situ datangnya istilah itu.

Kalau kita lihat, siapa yang lebih menggunakan perkataan Wahabi? Mengikut sejarahnya, orang British yang membawa istilah ini, dan dalam masa yang sama orang Syiah. Mereka yang mempelopori dan menyebar-nyebarkan gelaran Wahabi ini. Kita orang Islam yang tidak tahu hujung pangkal cerita mengikut orang British, mengikut orang Syiah.

Orang British adalah musuh kepada Islam, bagaimana engkau boleh bersama-sama dengan dia? Orang Syiah musuh kepada orang Sunnah. Orang Syiah menganggap orang Sunnah seperti kita ini sebagai seburuk-buruk orang, lebih buruk daripada Yahudi dan Nasrani.

Mengapa kita hendak bersekongkol dengan mereka? Jadi kita kena sedar tentang permasalahan-permasalahan seperti ini.

(Disalin dari rakaman sesi soal jawab, kuliah Berpegang Dengan Manhaj Salaf, 21/04/2013, Lahad Datu)

sumber:  ustazidrissulaiman.wordpress

3 comments:

  1. Saya setuju dgn ustaz,syiah sering menggunakan wahabi untuk menjalankan taqiyya mereka

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dgn ustaz,syiah sering menggunakan wahabi untuk menjalankan taqiyya mereka

    ReplyDelete
  3. assalamu'alaikum,,,
    ustad, sya bermimpi bertmu dgn imam di suatu masjid. cra shalatnya berbda/tdak sprti shalat pda umumnya. ada satu org yg ngmg kpda sya, "itu imam wahabi". tp dlam pnampiln pke jubah serba hitam, kuping pnjang, hitam orangnya, pke anting di kuping kiri, pke dua , pke sorban hitam, tp itu sperti bkan mnsia. apa arti dr mmpi itu. mnta pnjlasnnya Ustad.

    ReplyDelete