Sunday, December 8, 2013
ASAL DALAM IBADAH ITU HARAM, BUKAN SEBALIKNYA
Oleh : Saifuddin Hamizan
Diantara sebab atau faktor yang mencetuskan salah faham masyarakat terhadap hukum bid'ah ialah mereka dikelirukan oleh sebahagian agamawan 'pendusta' yang tidak memberitahu garis panduan dalam tasawwur ( gambaran ) atau denfinisi atau 'guide line' dalam sesuatu bab sebelum pergi membahaskan satu bab fikah yang lain seperti isu yasinan jumaat dan sebagainya. Mereka ini kalau menulis risalah atau buku terus melangkah isu furu' ( cabang ) namun mengabaikan bab takrifan ataupun panduan kaedah fiqh dalam hal yang berkaitan dengan bid'ah lalu munculnya salah faham dikalangan orang awam tentang konsep bid'ah sehingga mereka sering berhujah dengan hujah yang masyur iaitu antaranya :
"Apakah dalil kamu untuk melarang perbuatan sekian ? Kalau tiada dalil jangan sibukkan diri untuk menghalang orang lain buat benda baik !"
Atas ketidak jujuran para ustaz dalam menyingkapi maksud bid'ah natijahnya lahir pemikiran sebegini dikalangan masyarakat islam, inilah jenayah ilmiyah yang telah dilakukan ke atas ilmu agama ini, inilah sejahat-jahat dakyah yang berjaya diterapkan sebagaimana kaum yahudi yang mentahrif ( mengubah-ubah ) syariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam perkara ta'abbud ( hubungan insan dengan tuhan ) .
Kaedah dalam ibadat khususiyah/ ta'abbud memerlukan kepada dalil :
1. Kaedah yang masyur dikalangan ulama' usul dan fuqaha' :
الأصل في العبادات التحريم
“Hukum asal ibadah adalah haram (sampai adanya dalil).”
Penjelasan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi :
"Ibadah adalah urusan agama yang mesti diambil daripada jalan wahyu (al-Quran dan Sunnah), ini telah dijelaskan di dalam hadis nabi yang sahih maksudnya: “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu (amalan) dalam urusan (agama) kami yang bukan dari kami, maka (amalan) itu tertolak.” (Muttafaqun Alaih). Demikian hakikat urusan agama ini meliputi pada dua perkara: Tidak menyembah melainkan hanya pada Allah SWT, dan tidak beribadah melainkan dengan apa yang disyariatkan oleh Allah SWT, maka sesiapa yang mereka-reka atau mengada-adakan ibadah walau siapa pun dia, maka ia sangat tercela dan tertolak, hal ini kerana Allah sahaja yang layak untuk menentukan ibadah demi mendekatkan hamba kepadanya." [1]
Dalil Yang Terbina Daripada Kaedah Di Atas :
Di antara dalil kaedah adalah firman Allah Ta’ala :
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ
“Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?” (QS. Al Ahzab: 21).
Juga didukung dengan hadits ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak.” (HR. Bukhari no. 20 dan Muslim no. 1718).
Dalam riwayat lain disebutkan,
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim no. 1718).
Begitu pula dalam hadits Al ‘Irbadh bin Sariyah disebutkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,
وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“Hati-hatilah dengan perkara baru dalam agama. Kerana setiap perkara baru (dalam agama) adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” (HR. Abu Daud no. 4607, Tirmidzi no. 2676, An Nasa-i no. 46. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Ada sebahagian orang mengatakan "Jadi kami semua ni sesat masuk nerakalah ?" Sedangkan perkataan ini bukan diciptakan oleh kita sebagaimana mereka yang mencipta amalan baru dalam agama, sebab perkataan ini ada hadis daripada Nabi saw yang berupa riwayah dan dirayah serta dinilai sahih !
Perkataan Para Ulama' Syafi'iyyah Tentang Kaedah Di Atas :
اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف
“Hukum asal ibadah adalah tawaqquf (diam sampai datang dalil).” Perkataan di atas disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari [2]
Ibnu Hajar adalah di antara ulama besar Syafi’i yang jadi rujukan. Perkataan Ibnu Hajar tersebut menunjukkan bahawa jika tidak ada dalil, maka suatu amalan tidak boleh dilakukan. Maksudnya disini asal ibadah adalah haram sampai ada dalil yang memerintahkan. Di tempat lain, Ibnu Hajarrahimahullah juga berkata,
أَنَّ التَّقْرِير فِي الْعِبَادَة إِنَّمَا يُؤْخَذ عَنْ تَوْقِيف
“Penetapan ibadah diambil dari tawqif (adanya dalil)”
Ibnu Daqiq Al ‘Ied, salah seorang ulama besar Syafi’i juga berkata,
لِأَنَّ الْغَالِبَ عَلَى الْعِبَادَاتِ التَّعَبُّدُ ، وَمَأْخَذُهَا التَّوْقِيفُ
“Umumnya ibadah adalah ta’abbud (beribadah pada Allah). Dan patokannya adalah dengan melihat dalil”. Kaedah ini disebutkan oleh beliau dalam kitab Ihkamul Ahkam Syarh ‘Umdatil Ahkam. [3]
Dalam buku ulama Syafi’iyah lainnya, yaitu kitab Ghoyatul Bayan Syarh Zubd Ibnu Ruslan disebutkan,
الأصل في العبادات التوقيف
“Hukum asal ibadah adalah tawqif (menunggu sampai adanya dalil).”
Ibnu Muflih berkata dalam Al Adabu Asy Syar’iyah,
أَنَّ الْأَعْمَالَ الدِّينِيَّةَ لَا يَجُوزُ أَنْ يُتَّخَذَ شَيْءٌ سَبَبًا إلَّا أَنْ تَكُونَ مَشْرُوعَةً فَإِنَّ الْعِبَادَاتِ مَبْنَاهَا عَلَى التَّوْقِيفِ
“Sesungguhnya amal diniyah (amal ibadah) tidak boleh dijadikan sebagai sebab kecuali jika telah disyari’atkan kerana standard ibadah boleh dilakukan sampai ada dalil.” [4]
Maka hasil daripada penelitian tasawwur ( gambaran ) pokok pangkal dalam isu bid'ah telah jelas disini bahawa mengamalkan sesuatu yang berhubung dengan ibadah ta'abbud memerlukan kepada wahyu bukan binaan akal, ini berbeza dengan kaedah dalam muamalat dan siyasah yang mana manusialah yang mencetuskan kehidupan di dunia sehingga bila-bila, perubahan serta penambahan malah pengurangan yang dilakukan manusia terhadap kehidupan duniawi tidak mampu terhalang oleh sesiapun dan ini merupakan ketetapan Allah swt .
Saya ingin memetik perkataan Dr Zaharuddin Abd Rahman tentang perbezaan antara fiqh ibadat dan muamalat [5] :
Bagi semua hukum hakam dan cara serta bentuk dalam fiqh muamalat pula, Allah s.w.t hanya meletakkan beberapa INTI sebagai asas utama yang tidak berubah (ia dinamakan thawabit), namun kebanyakan cara dan bentuk pelaksanaannya boleh berubah dengan perubahan zaman serta tempat. Namun begitu, sebarang perubahan hukum mestilah diawasi oleh para ulama berkelayakan melalui kaedah-keadah tertentu yang sukar untuk diterangkan di sini.
Displin ini penting agar kebebasan itu tidak disalahgunakan oleh sebahagian manusia yang berkepentingan. Hasil dari prinsip muamalat yang tetap dan pelaksanaan yang flexible, Islam dapat menyelesaikan pelbagai masalah kemanusian yang sentiasa berkembang dan pelbagai di setiap pelusuk dunia.
Keadahnya disebut :
الأصل في المعاملات والعادات الإلتفات إلى المعاني
Ertinya : Hukum ghalib dan asal bagi hal ehwal mu’amalat dan adat adalah kembali kepada penelitian objektifnya ( Imam Syatibi Dalam al-Muwafaqat )Wallahu'alam
________________Rujukan :
1. Membedah Akar Bid'ah ( Ilmu Ushul al-Fiqh al-Bidaa' Dirasah Taklimiyyah Muhimmah Fi Ilmi Ushul Fiqh ) Syaikh Ali Hasan al-Halabi, M/s 36 , cet pertama, terbitan Pustaka al-Kautsar
2. http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1130&idto=1133&bk_no=52&ID=395
3. http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=210&startno=0&start=0&idfrom=210&idto=210&bookid=80&Hashiya=2
4. http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=266254
5. Jangan Keliru : Hukum Politik, Dakwah,
Muamalat & Ibadah : http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/983-jangan-keliru-hukum-politik-dakwah-muamalat-a-ibadah.html
No comments:
Post a Comment