Friday, December 20, 2013
BAHAYA SYIAH!
Oleh : Ust. Idris Sulaiman
Saya tertarik dengan satu kenyataan seorang Ustaz yang bernama Ahmad Fauzan. Dia menyebutkan tentang Syiah yang menarik perhatian saya, “Tak kenal maka tak benci”. Ini realiti tentang Syiah, di mana kita merasa dukacita apabila tak kurang ramai orang yang kurang maklumat, kurang pengetahuan, kurang kesedaran tentang siapa sebenarnya Syiah ini; apakah pegangan mereka, apakah ideologi yang mereka bawa, sejauh mana mereka boleh diserasikan dengan Islam, adakah mereka ini dianggap masih dalam Islam, ataupun mereka ini perlu ditolak sama sekali dalam Islam. Masih ada yang kurang jelas, masih ada yang teragak-agak apabila hendak menyatakan pendirian mereka terhadap Syiah.
Maka insyallah dengan pertemuan pada malam ini, mudah-mudahan masalah tentang Syiah ini dapat kita rungkai dan jelaskan supaya kita berdiri teguh dan jelas dalam masalah besar seperti Syiah yang telah menimpa Umat Islam seluruh dunia termasuklah negara kita.
DEFINISI SYIAH
Untuk lebih mengenal Syiah, kita perlu kembali kepada asal usulnya. Saya tidak mahu bercerita panjang tentang sejarahnya, tetapi paling tidak kita sebutkan sedikit latar belakang mereka supaya berdasarkan latar belakang mereka ini kita akan dapat mengenal Syiah dengan lebih jelas.
Kalau kita lihat nama Syiah, dari segi bahasa arab ia bermaksud penyokong serta teman atau pengikut. Tapi yang lebih penting adalah dari segi istilahnya; ia merujuk kepada kumpulan manusia atau fahaman yang mengangkat Saidina Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anh melebihi para Sahabat yang lain, khususnya di dalam masalah khalifah, di mana mereka mengatakan bahawa Saidina Ali yang paling layak menjawat jawatan khalifah sesudah kewafatan junjungan besar kita Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
Mereka menolak ketiga-tiga khalifah yang datang sebelum Sayyidina Ali, kerana Sayyidina Ali adalah khalifah keempat selepas Abu Bakar, Omar Al-Khattab, dan Othman bin Affan. Mereka menolak ketiga-tiga khalifah ini dengan menganggap mereka telah memikul jawatan khalifah itu secara tidak sah, bahkan secara zalim.
Ini defenisi orang Syiah. Mereka mengangkat Ali, bahkan menganggap hanya keturunan Ali sahaja yang layak untuk memegang jawatan Khalifah.
SEJARAH KEMUNCULAN SYIAH
Adapun dari segi sejarah kemunculan Syiah, mereka telah lama wujud dalam sejarah Islam, bahkan mereka telah muncul sejak zaman Khalifah Ali bin Abi Talib sendiri. Beliau yang memerintah pada tahun 36H sebelum wafat pada tahun 40H. Lebih kurang 1400 tahun dahulu.
Sejarah menyebutkan pada tahun 37H, berlaku salah faham yang memuncak sehingga berlaku pertempuran antara dua orang sahabat yang mulia iaitu Saidina Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu dan Saidina Muawiyah bin Abi Sufyan radhiyallahu ‘anhuma. Berlaku perselisihan sehingga berlaku peperangan Siffin.
Dipendekkan cerita, akhirnya dua orang sahabat ini mencapai satu kata sepakat untuk berdamai mencari jalan penyelesaian. Akhirnya kedua-dua kumpulan ini berpisah dan kembali ke negeri masing-masing. Muawiyah kembali ke Damsyiq di Syria, dan Ali kembali ke Kufah di Iraq.
Sejarah mencatatkan bahawa ketika Ali bersama tenteranya dalam perjalanan kembali ke Kufah, sebahagian besar dari tentera Ali berpisah dan keluar dari tentera Ali. Mereka tidak setuju dengan apa yang dicapai antara Ali dan Muawiyah. Dikatakan seramai 12 ribu orang keluar dari tentera Ali. Mereka ini diistilahkan oleh para Ulama sebagai kumpulan Khawarij.
Kumpulan-kumpulan ini walaupun telah lama wujud, tetapi sehingga ke hari ini, fikrah-fikrah atau ideologi-ideologi mereka terus subur di kalangan masyarakat Islam. Keluarnya kumpulan Khawarij yang tidak setuju dengan perdamaian dan kata sepakat antara Ali dan Muawiyah ini, mereka akhirnya mengkafirkan Saidina Ali dan mengkafirkan Muawiyah.
Tetapi di sini kita tidak mahu bercerita tentang kumpulan Khawarij. Yang kita hendak faham adalah Syiah.
Dari perselisihan Khawarij dengan Saidina Ali, bermulalah bibit-bibit Syiah. Mereka bermula dalam keadaan ‘innocent’. Mereka tidak salah, tidak ada penyimpangan atau kesesatan, iaitu mereka yang bersama dengan Ali. Ali di satu pihak bersama penyokongnya, dan Khawarij di satu pihak lain yang menentang. Sejarah Syiah bermula dari orang-orang yang menyokong Ali pada ketika itu.
Mereka pada mulanya menyokong Ali, dan ini tidak ada masalah kerana ramai di kalangan para Sahabat yang juga menyokong Ali, walaupun ada juga yang menyokong Muawiyah. Di situ tidak ada masalahnya. Perselisihan bermula dalam masalah perbezaan ideologi politik, ada yang menyokong Muawiyah dan ada yang menyokong Ali. Tetapi lama kelamaan, sifat ta’assub (fanatik) mula meresap di kalangan sebahagian penyokong Ali.
Pada mulanya mereka sokong sahaja, tetapi peringkat seterusnya mereka mula mengangkat Ali. Mereka mengatakan Ali yang paling bagus. Tetapi pada peringkat ketiga dan seterusnya, di sini berlaku penyimpangan dan kesesatan yang jelas.
Sejarah mencatatkan bahawa orang-orang Syiah pada peringkat ketiga dan seterusnya mula menyimpang secara jelas dari Islam apabila mereka mula terkesan dengan satu hasutan dari seorang yang bernama Abdullah bin Saba’.
Abdullah bin Saba adalah seorang Yahudi dari Yaman. Dia pergi ke Iraq kononnya masuk Islam. Tetapi betapa cepatnya dapat dilihat kesesatannya, apabila dia menyeru penyokong-penyokong Ali ini supaya mengangkat Ali dan menolak sahabat yang lain, bahkan mencela para sahabat yang lain sehingga mengkafirkan para Sahabat yang lain. Ini adalah kemuncak kesesatan orang Syiah, iaitu apabila mereka mengkafirkan para Sahabat.
Kita kena faham kedudukan sahabat Rasulullah. Mereka bukan calang-calang orang. Mereka adalah orang-orang yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk berdamping dengan utusanNya iaitu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan membantu Baginda dalam dakwah. Tetapi orang Syiah mencela sehingga mengkafirkan mereka.
Mereka tidak berhenti di situ. Sebahagian mereka sampai ke peringkat keempat yang paling dahsyat. Dari kalangan pengikut Abdullah bin Saba’ juga yang sehingga mengangkat Ali sebagai Tuhan. Mereka mendakwa Allah menjelma dalam diri Ali bin Abi Talib. Ini semua berlaku pada zaman Ali. Betapa sesatnya pemikiran orang-orang Syiah pada peringkat ketiga dan keempat ini.
Apabila Ali melihat sikap mereka yang terlalu mengagung-agungkan dirinya, tentu sahaja Ali tidak berdiam diri. Siapa sahaja yang mengangkat dia sebagai Tuhan, jelas itu adalah jelas perbuatan kufur, mengeluarkannya dari Islam. Maka Ali memberi amaran kepada mereka supaya bertaubat. Tetapi disebabkan pemikiran sudah rosak, mereka terus mengatakan Ali Tuhan.
Ali akhirnya menghukum mereka dengan sedahsyat-dahsyat hukuman iaitu dibakarnya mereka. Tetapi pengikut Syiah yang melampau, apabila melihat Ali memberikan hukuman begitu, adakah mereka bertaubat? Tidak, bahkan sebaliknya. Mereka berkata, “Kami pada hari ini lebih beriman dengan engkau wahai Ali sebagai Tuhan, kerana tidaklah yang menyiksa dengan api kecuali Tuhan api iaitu Allah. Maka engkau adalah Allah.”
PECAHAN-PECAHAN SYIAH
Sunnatullah (ketetapan Allah dalam alam ini), bahawa mana-mana kumpulan yang keluar dari jalan yang lurus seperti yang dibawa oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah, mereka ini tidak akan sepakat dalam penyimpangan mereka. Mereka akan bertelagah sesama mereka juga, seperti mana yang berlaku di kalangan pengikut Syiah juga.
Syiah turut berpecah sehingga ada yang mengatakan mereka berpecah kepada 70 kumpulan. Ada kumpulan Zaidiyyah, Mukhtariyyah, Ja’fariyyah, ini semua pecahan-pecahan kumpulan Syiah. Tetapi apabila kita berbicara tentang Syiah, kita perlu fokus pada kumpulan yang dominan dan tersebar pada hari ini. Dukacitanya, ajaran Syiah yang paling dominan dan tersebar hingga hari ini bahkan memegang sebuah negara; iaitu Iran, adalah fahaman Syiah yang paling melampau, iaitu Syiah Rafidhah.
Rafidhah adalah satu pecahan dari Syiah, ia adalah kumpulan yang melampau. Dinamakan Rafidhah kerana sikap mereka yang رَفَضَ (rafadha yakni menolak). Mereka menolak para Sahabat dan menolak khalifah sebelum Ali bin Abi Talib. Mereka bukan sekadar menolak bahkan mengkafirkan para sahabat.
Mazhab utama di Iran pada hari ini adalah pecahan dari Rafidhah iaitu Syiah Rafidhah Imamiyyah Itsna Asyariyyah (Syiah Rafidhah Imam 12).
Ini mazhab mereka, dan ini mazhab yang dominan di banyak negara-negara yang pengikutnya terkesan dengan Syiah. Mereka menganut ajaran Syiah Rafidhah Imam 12. Disebabkan itu bila berbicara tentang Syiah, kita kena fokus pada Syiah Imam 12, kerana fahaman ini yang tersebar sehingga sampai ke bumi Malaysia pada hari ini. Kerana itu kita tidak boleh mengambil sikap memandang ringan masalah ini, kerana ia telah sampai ke negara kita.
SYIAH RAFIDHAH IMAM 12
Apa fahaman Syiah Rafidhah Imam 12? Mereka berpegang dengan 12 Imam. Ini ajaran pokoknya. Hanya 12 orang sahaja yang layak menjadi khalifah. Yang pertama adalah Saidina Ali, kemudian anaknya, cucunya, cicitnya, dan seterusnya. Semuanya mestilah dari silsilah keturunan Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu. Lebih tepat lagi, ia mestilah dari keturunan anak Ali yang bernama Husein, bukan Hasan.
Kenapa Husein? Ulama sejarah mengatakan bahawa kemungkinan besar adalah kerana apabila Husein menjadi penguasa, membuka kota-kota besar khususnya di bumi Asfahan, Iran, dia telah berkahwin dengan anak perempuan Raja Parsi. Orang Syiah ada semangat ta’assub perkauman, maka mereka memilih keturunan Parsi, orang-orang mereka.
Bermula dari Ali, Husein, sehinggalah yang terakhir iaitu yang ke-12, namanya Muhammad Al-Hasan Al-Askari. Ajaran Syiah ajaran yang karut, penuh dengan khurafat. Mereka mendakwa Imam yang ke-12 ini telah ghaib (hilang) dari muka bumi ini, menyorok dan akan datang semula pada akhir zaman nanti sebagai Imam Mahdi. Ini Imam Mahdi versi Syiah Imam 12.
Ini akidah mereka dari segi khalifah. Mereka membawa fahaman politik dan dalam masa yang sama akidah. Seperti yang kita sebutkan tadi; khalifah hanya 12 orang, atau wakil-wakilnya yang sah. Di sini bahaya orang Syiah, mereka tidak mengiktiraf mana-mana pemerintah selain imam-imam mereka. Baik raja, sultan, perdana menteri atau apa juga gelaran, semua ini dianggap tidak sah jika bukan daripada 12 imam mereka atau wakil-wakilnya.
KAHWIN MUT’AH UNTUK KEMBANGKAN FAHAMAN
Bila sebut tentang Syiah, kita mungkin hanya tahu tentang kahwin mut’ah. Ini antara cara mereka mengembangkan fahaman mereka. Kadang-kadang jika mereka kembangkan melalui ideologi, orang tidak boleh terima ideologi mereka kerana tidak senonoh. Tetapi dengan cara kahwin mut’ah, dukacitanya ramai yang jatuh dalam perangkap ini.
Kahwin mut’ah adalah kahwin kontrak, kahwin untuk tempoh sekejap walaupun sejam, yang penting bayar duit kononnya mahar. Tetapi sebenarnya jika dilihat dari perspektif Islam, ini adalah pelacuran. Pelacuran yang diselimuti pakaian Islam, na’uzubillah.
Mut’ah ini hanya sebahagian sahaja dari ajaran Syiah Rafidhah Imam 12, ada yang lebih besar dan lebih berat dan lebih parah, iaitu dalam bab akidah.
SUMBER AGAMA SYIAH
Kalau kita tanya kepada mana-mana orang Islam, apa sumber agama kita? Kita semua akan sepakat mengatakan Al-Quran dan Hadis. Kalau kita tanya orang Syiah, mereka akan jawab yang sama juga; Al-Quran dan Hadis.
Tetapi jangan tertipu, kita kena lihat perinciannya.
Adapun tentang Al-Quran, mereka mengatakan Al-Quran yang ada pada kita sekarang ini hanya satu pertiga dari Al-Quran yang sebenar. Mereka kata, para Sahabat telah sembunyikan atau musnahkan dua per tiga yang selebihnya.
Mereka mendakwa para Sahabat musnahkan dua per tiga Al-Quran itu kerana di dalam dua per tiga itu ada surah Al-Wilayah (Pemerintahan), dan di dalam surah ini ada ayat di mana Rasulullah secara jelas melantik Ali sebagai khalifah selepas kewafatan Baginda. Oleh kerana para sahabat cemburu dan dengki serta zalim, mereka menyorokkan Al-Quran ini.
Kita bukan mentohmah mereka, kita tidak sekadar mendakwa, ini adalah apa yang terkandung di dalam kitab-kitab mereka, apa yang disebut oleh syeikh-syeikh mereka, ulama-ulama mereka.
Ini tentunya masalah, mendakwa Al-Quran tidak sempurna. Secara tidak langsung mereka mendakwa agama Islam yang sampai kepada kita tidak sempurna. Itu dari segi Al-Quran.
Bagaimana dengan hadis?
Dalam hadis lebih dahsyat. Mengapa? Ini kerana orang Syiah mengkafirkan para Sahabat. Bagaimana Al-Quran dan Hadis sampai kepada kita pada hari ini? Ia daripada Rasulullah, tetapi daripada Rasulullah, kemudian sampai kepada generasi berikutnya, dan generasi berikutnya dan berikutnya sehingga ke hari ini, bagaimana ia bersambung dan diwarisi kalau bukan melalui para Sahabat.
Para sahabat adalah orang beriman dan bertemu dengan Rasulullah. Apabila Syiah mengkafirkan para sahabat, secara tidak langsung dia akan menolak semua hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat. Ini automatik.
Jadi boleh kita bayangkan, contohnya, kalau kita hendak merujuk hadis kita kembali kepada buku hadis seperti Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, buku-buku hadis yang lain. Bagaimana Sahih Bukhari, Sahih Muslim ini di sisi orang-orang Syiah? Tidak ada nilainya sama sekali.
Kenapa? Kerana semua perawi-perawinya telah kafir. Abu Bakar yang merupakan sebaik-baik sahabat pun dikafirkan, Omar pun kafir, kalau bukan dengan macam-macam lagi tuduhan yang lain; Korupsi, menyeleweng, tak senonoh, khianat, merampas harta, macam-macam tuduhan lagi. Kita sebut tuduhan kafir sebab itu yang paling dahsyat.
Aisyah isteri Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam; orang-orang Syiah kata pelacur, yang bermain dengan lelaki selepas kewafatan Rasulullah. Itu sebahagian dari tuduhan. Tetapi apa yang pasti Aisyah juga dikafirkan. Sedangkan ini semua perawi-perawi hadis.
Sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis; Abu Hurairah, dikafirkan kesemuanya oleh orang-orang Syiah Rafidhah Imam 12. Maka hadis-hadis yang disampaikan mereka tidak ada nilainya. Dengan itu, dengan sendirinya mereka menolak hadis, kerana di kalangan sahabat yang terselamat dari hukuman kafir orang Syiah ini hanya boleh dikira dengan jari[1] (cuma 10 orang); 1. Ali bin Abi Talib, 2. Fathimah, 3. Hasan, 4. Husein, 5. Salman Al-Farisi (mungkin kerana orang Parsi dari Iran), 6. ‘Ammar bin Yasir, 7. Al-Miqdad, 8. Abu Amrah, 9. Abu Dzar Al-Ghifari, 10. Hudzaifah.
Mereka yang boleh dibilang dengan jari ini sahaja terselamat dari hukum kafir. Sahabat yang lain semuanya dikafirkan oleh orang-orang Syiah.
Apabila mereka mengatakan Al-Quran tidak sempurna, hadis mereka tolak, apa lagi yang tinggal?
KEDUDUKAN IMAM
Di antara akidah mereka, mereka mengatakan para Imam mereka maksum, bebas dari salah silap. Kata-kata imam mereka itu menjadi pengganti kepada Al-Quran dan hadis. Kata-kata imam mereka menjadi wahyu, itu maknanya maksum.
Bagi Ahli Sunnah, selepas Al-Quran, buku yang utama adalah Sahih Al-Bukhari. Tetapi bagi orang Syiah, Sahih Bukhari tidak ada nilai kerana perawinya semua kafir. Mereka ada satu buku berjudul Ushul Al-Kaafi, ditulis oleh tokoh hebat mereka bernama Al-Kulaini (wafat 328H).
Buku Al-Kaafi ini menjadi rujukan orang-orang Syiah sejak lebih 1000 tahun dahulu sehingga hari ini.
Apa kandungan buku ini? Ia adalah buku hadis, hendak menyaingi buku hadis Ahli Sunnah. Tetapi bagaimana kedudukan hadisnya? Adakah sahih? Jauh sekali. Kebanyakan hadis-hadisnya dhaif (lemah), tidak bersambung sanadnya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Kebanyakannya bukan kata-kata Nabi, tetapi kata-kata sahabat, dan bukan sebarang sahabat, tetapi hanya terkumpul di kalangan sahabat seperti Ali bin Abi Talib dan lain-lain.
Persoalannya, benarkah Saidina Ali yang berkata dalam buku Usul Al-Kaafi ini? Ini semua dusta semata-mata. Ditempelkan kepada Saidina Ali, ditempelkan kepada Saidina Husein, sedangkan hakikatnya mereka semua berlepas diri dari Syiah yang menyimpang jelas dari ajaran Islam yang sebenar.
Boleh kita nukilkan sedikit di antara riwayat yang terkandung dalam buku Al-Kaafi ini, supaya kita jelas tentang akidah mereka.
Satu bab dalam kitab Al-Kaafi:
بَابُ أَنَّ الْأَئِمَّةَ ( عليهم السلام ) يَعْلَمُونَ عِلْمَ مَا كَانَ وَ مَا يَكُونُ وَ أَنَّهُ لَا يَخْفَى عَلَيْهِمُ الشَّيْءُ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِمْ
“Bab: Bahawasannya para imam (‘alaihim al-salaam) mengetahui ilmu yang telah terjadi, dan yang sedang terjadi, dan tidak ada suatu pun yang tersembunyi dari mereka salawatullah ‘alaihim”.
Satu bab yang lain yang juga dalam kitab Al-Kaafi:
بَابُ أَنَّ الْأَئِمَّةَ ( عليهم السلام ) إِذَا شَاءُوا أَنْ يَعْلَمُوا عُلِّمُوا
“Bab: Bahawasannya para imam (‘alaihim al-salam) apabila ingin mengetahui, mereka akan tahu”.
Disebut dalam buku mereka, “Para Imam (imam Syiah) tahu tentang apa yang berlaku, dan apa yang akan berlaku, dan segala sesuatu yang ada.”
Para Imam mereka jelas sudah dinaikkan martabat sampai tahu benda ghaib. Dalam riwayat lain, “Para imam kita tahu bila dia akan mati, di mana dia akan mati, bahkan dia hanya akan mati dengan pilihannya.”
(Lihat: http://www.youtube.com/watch?v=BxuHVIZ0rvA di mana seorang tokoh Syiah, Dr. Al-Qazwini pada minit 0:44-0:53 mengatakan: الله تعالى عليم بذات الصدور، الإمام أيضا في هذه الرواية عليم بذات الصدور، فعلم الإمام من الله… “Allah Mengetahui segala isi hati, Imam juga mengetahui segala isi hati. Ilmu Imam berasal dari Allah..”)
Subhanallah. Ini kalau siapa-siapa yang cakap, kita akan kata ini karut. Tetapi ini terkandung di dalam kitab mereka. Ada juga (riwayat mereka mengatakan), “Barangsiapa yang menziarahi kubur Imam Hussein, menyamai 20 kali haji.”
Jadi lepas ini pergi kubur sahaja tidak perlu pergi haji. Ganjarannya 20 kali haji. Ini semua mengarut. Ini nukilan-nukilan yang jelas menyimpang dari ajaran Islam. Al-Quran dan Hadis menyanggah riwayat-riwayat mereka dalam kitab Al-Kafi ini.
DI MANA BAHAYA SYIAH?
Mungkin ada yang tertanya-tanya. Bahayanya di mana? Seorang pensyarah di Universiti Islam Madinah di Arab Saudi, Dr. Ghalib Al-‘Awaji dalam kitabnya Al-Firaq Al-Mu’aasarah, apabila membicarakan tentang Syiah, dia kata, bahaya Syiah ini boleh terangkum dalam tiga aspek;
Bahaya pertama: Taqiyyah.
Apa ertinya taqiyyah? Taqiyyah maknanya berbohong. Berkata dusta dibolehkan dalam ajaran Syiah. Bahkan sehingga digalakkan. Bahkan dalam kitab Al-Kaafi, Al-Kulaini (tokoh Syiah) meriwayatkan dari Ja’far Al-Sadiq,
التقية من ديني ودين آبائي ولا إيمان لمن لا تقية له
“Taqiyah adalah sebahagian dari agamaku dan agama nenek moyangku. Dan tidak ada iman bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.”
Al-Kulaini juga meriwayatkan dari Abdullah bin Ja’far,
إن تسعة أعشار الدين في التقية , ولا دين لمن لا تقية له
“Sesungguhnya sembilan persepuluh (90%) agama adalah taqiyyah. Tidak ada agama bagi orang yang tidak melakukan taqiyyah.” (Ushul Al-Kaafi, Biharul Anwar, dan Wasail Syiah)
Tidak beriman bagi sesiapa yang tidak berdusta. Dianjurkan berdusta dalam ajaran Syiah. Ini kerana muslihat mereka, ajaran-ajaran mereka memang tidak boleh diterima oleh akal yang waras, apatah lagi akal yang dipimpin oleh wahyu Al-Quran dan Sunnah. Mereka perlu kepada taqiyyah (berdusta).
Maka jangan terkejut kalau kita tanya orang Syiah, “Adakah engkau Syiah?” Dia akan jawab bahawa dia Sunni (Ahli Sunnah). Jangan terkejut. Bohong orang Syiah ini macam selawat, macam zikir bagi mereka. Bahkan mereka menganggap dapat pahala dengan bertaqiyyah.
Bahaya kedua: Menzahirkan kecintaan kepada Ahlul Bait.
Ini juga ramai orang-orang Sunnah terpedaya. Kita kadang-kadang sebagai manusia, apatah lagi sebagai orang Islam, kita dituntut memiliki sifat-sifat yang baik. Antara sifat yang baik adalah jangan berkata buruk tentang orang, jangan sangka buruk. Dan antara sangka buruk adalah dengan kita mengatakan orang ini mengkafirkan orang, orang ini memusuhi orang.
Syiah mengambil kesempatan atas sifat fitrah manusia ini iaitu bersangka baik. Maka mereka menzahirkan kepada masyarakat awam bahawa mereka mencintai Ahlul Bait (keluarga Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam).
Mereka menzahirkan bahawa merekalah orang yang paling cinta kepada Rasulullah, kepada anaknya, kepada menantunya Ali bin Abi Talib, kepada cucu cicitnya. Bahkan mereka mengatakan bahawa keluarga Rasulullah telah dirampas hak mereka, keluarga Rasulullah tidak diberikan kedudukan yang sepatutnya, tidak dimuliakan, bahkan mereka telah dihina, dizalimi.
Ini propaganda Syiah. Kita katakan awal-awal supaya jangan jatuh dalam perangkap mereka. Ini muqaddimah sahaja. Dia belum lagi tunjuk taringnya, kerana taringnya ada dalam bahaya mereka yang ketiga.
Bahaya ketiga: Kebencian kepada Ahli Sunnah (Sunni).
Siapakah Ahli Sunnah wal Jamaah? Orang Islam adalah Ahli Sunnah. Masyarakat Islam di dunia ini adalah Ahli Sunnah. Orang-orang Syiah sangat benci kepada orang Sunnah.
Bukan kita yang mencari gaduh, bukan kita yang hendak memburuk-burukkan orang Syiah. Bukan kita yang tidak mahu berbaik-baik dengan orang Syiah. Bahkan kita mengharapkan mereka kembali ke pangkal jalan, tinggalkan ajaran-ajaran dan perbuatan yang menyimpang dari Al-Quran dan Hadis.
Kalau boleh itu yang kita mahu. Tetapi bagaimana dengan orang Syiah? Mereka sangat benci dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka memberi gelaran kepada kita. Kalau kita memanggil diri kita Sunni atau Ahli Sunnah, sebaliknya mereka menamakan kita sebagai ‘Nashibi’. Itu gelaran mereka terhadap kita.
Bagaimana mereka melihat orang Nasibi ini? Kita boleh kembali kepada buku-buku mereka yang menjelaskan tentang kedudukan orang Nasibi di sisi Syiah.
Seorang tokoh Syiah apabila menghukum orang Nasibi, dia ditanya seperti yang tercatat dalam kitab-kitab mereka,
وروى في العلل في الصحيح عن داود بن فرقد قال: قلت لأبي عبد الله ع: ما تقول في قتل الناصب ؟ قال: حلال الدم ولكن اتقى عليك فإن قدرت أن تقلب عليه حائطا أو تغرقه في ماء لكي لا يشهد به عليك فافعل . قلت فما ترى في ماله ؟ قال: أتوه ما قدرت عليه
Diriwayatkan dalam Al-’Ilal fi Al-Sahih dari Daud bin Farqad, dia berkata, “Aku bertanya kepada Abu Abdillah ‘alaihissalam, Bagaimana pendapatmu tentang membunuh Al-Nasibi (Ahli sunnah)? Dia berkata, “Darahnya halal (boleh dibunuh), tetapi aku khuatirkan keadaanmu dan aku berpesan supaya kamu berhati-hati, maka jika engkau mampu untuk meruntuhkan tembok ke atas mereka atau menenggelamkan mereka ke dalam air, supaya tiada orang yang menyaksikannya, maka lakukanlah.” Aku berkata, “Bagaimana pendapatmu mengenai harta mereka?” Dia berkata: “Ambillah hartanya semampumu.” (Al-Hadaiq An-Nadhirah)
Dianjurkan dalam agama Syiah untuk membunuh Ahli Sunnah, dengan cara meruntuhkan bangunan, atau meruntuhkan rumahnya supaya tidak diketahui siapa yang bunuh, supaya orang menganggap orang itu terkena runtuhan, sedangkan sebenarnya orang Syiah yang meruntuhkan. Dan kalau boleh lemaskan dalam air supaya orang tidak tahu. Boleh bunuh tapi jangan bunuh terang-terang.
Imam Syiah, Ayatollah Al-Khomeini (ingat nama ini!!!) tokoh Syiah semasa yang menggerakkan revolusi Iran pada tahun 1979, yang menjatuhkan Raja Iran yang terakhir (Raja Syah Iran), dia mati tahun 1989M. Khomeini ketika memberi komen terhadap kata-kata yang kita bacakan tadi berkata,
وإن استطعت أن تأخذ ماله وترسل إلينا الخمس
“Dan kalau boleh (selepas membunuhnya), engkau ambillah hartanya, dan berikan kepada kami satu perlima.”
Dalam Tahrir Al-Wasilah, Khomeini berkata,
والاقوى إلحاق الناصب بأهل الحرب فى إباحة ما اغتنم منهم و تعلق الخم به ، بل الظاهر جواز أخذ ماله أين وجد و بأي نحو كان ، و وجوب إخراج خمسه
“Dan pendapat yang kuat mengatakan bahawa Nashibi (Ahli Sunnah) boleh diperangi dalam kehalalan rampasan perang yang diambil dari mereka dengan syarat menyisihkan satu perlima, bahkan jelas kebolehan mengambil hartanya di manapun berada dengan cara apapun serta kewajipan mengeluarkan satu perlimanya.”
Seorang lagi tokoh Syiah, Ni’matullah Al-Jazairi (mati 1700M), dalam kitabnya Al-Anwar Al-Nu’maniyah berkata tentang kedudukan orang-orang Nasibi (yang mereka maksudkan adalah Ahli Sunnah),
(إنهم كفار أنجاس بإجماع علماء الشيعة الإمامية، وإنهم شرّ من اليهود والنصارى، وإن من علامات الناصبي تقديم غير علي عليه في الإمامة) الأنوار النعمانية/206، 207
“Sesungguhnya mereka (Ahli Sunnah) adalah kafir dan najis menurut ijma’ seluruh ulama Syiah Imamiyah, dan sungguh mereka lebih buruk dari Yahudi dan Nasrani, dan sesungguhnya di antara ciri orang Nasibi adalah mendahulukan selain Ali ke atasnya dalam Imamah.” (Al-Anwar Al-Nu’maniyyah)
Bagi Ahli Sunnah, apabila membicarakan kedudukan sahabat, tentu sahaja kita meyakini bahawa sahabat paling mulia adalah Abu Bakar, Omar, Othman, dan kemudian Ali. Ali di kedudukan keempat. Kita mengiktiraf Ali, tetapi orang Syiah mengangkat kedudukan Ali melebihi sahabat-sahabat yang lain, bahkan sehingga mengkafirkan sahabat yang lain.
Di sini saya bawakan nukilan yang lebih berat, dari seorang bekas pengikut Syiah zaman ini bernama Dr. Musa Al-Musawi, yang dulunya seorang tokoh di dalam Syiah kemudian dia telah bertaubat, dalam kitabnya Lillahi Tsumma Lit Tarikh (Untuk Allah dan kemudian Untuk Sejarah). Dr. Musa Al-Musawi ada kelebihannya iaitu dia dapat berdamping dan bersahabat dengan Al-Khomeini yang menggerakkan revolusi Iran. Akhirnya dia berpaling tadah apabila Allah memberi hidayah kepadanya untuk kembali ke jalan yang benar, kembali kepada Islam (Sunnah). Dia membongkar rahsia-rahsia, rancangan-rancangan, matlamat-matlamat yang selama ini disembunyikan oleh orang-orang Syiah.
Dia menukilkan kata-kata Imam Al-Khomeini kepadanya di dalam bukunya Lillahi Tsumma Lit Tarikh, kata Khomeini kepadanya,
سنسفك دماء النواصب ونقتل أبناءهم ونستحيي نساءهم، ولن نترك أحداً منهم يفلت من العقاب، وستكون أموالهم خالصة لشيعة أهل البيت، وسنمحو مكة والمدينة من وجه الأرض لأن هاتين المدينتين صارتا معقل الوهابيين، ولا بد أن تكون كربلاء أرض الله المباركة المقدسة، قبلة للناس في الصلاة وسنحقق بذلك حلم الأئمة عليهم السلام، لقد قامت دولتنا التي جاهدنا سنوات طويلة من أجل إقامتها، وما بقي إلا التنفيذ
“Kita akan tumpahkan darah orang-orang Nasibi, dan kita akan bunuh anak-anak mereka, dan kita akan cabul wanita-wanita mereka, dan kita akan hancurkan Makkah dan Madinah dari muka bumi kerana dua Bandar ini menjadi pusat kepada orang Wahabi, dan kita akan pastikan bahawa Karbala’ (sebuah kota di Iran) menjadi kiblat manusia di dalam solat,….” (Baca di sini: http://shamela.ws/browse.php/book-3952/page-90)
Apa rancangan Ayatollah Al-Khomeini? Mereka hendak hancurkan Makkah dan Madinah. Mungkin ada yang kata ini karut. Hakikatnya mereka telah cuba meletupkan Kaabah sebelum ini.
CUBAAN SYIAH MELETUPKAN KA’BAH PADA 1987
Mungkin ada yang tidak tahu, pada tahun 1987, pada zaman Khomeini masih hidup, jemaah-jemaah haji dari Iran membawa beg-beg yang di bahagian bawahnya dialas dengan bahan letupan C4, warna putih. Allah masih menjaga orang Sunnah, Allah masih menjaga Makkah dan Madinah, mungkin kita tidak suka dengan orang Makkah dan Madinah yang kasar dan ada benarnya juga, tetapi Allah menjadikan mereka, dengan pihak berkuasa mereka, berjaya mematahkan cubaan orang-orang Syiah ini hendak meletupkan Kaabah.
Saya melihat sendiri pihak imigresen di situ berkata, “Aku telah mengeluarkan semua baju-baju jemaah haji Iran itu daripada beg mereka, tetapi beg itu masih berat. Itu yang membuatkan aku mengesyaki sesuatu, kerana itu aku mengorek alas beg tersebut. Dan aku melihat benda putih.”
Selepas mereka selidik, rupa-rupanya benda putih itu adalah bahan letupan C4, terdapat dalam setiap beg Jemaah haji dari Iran. Saya kira pihak tuan-tuan lebih tahu, bahan letupan C4 ini diguna sikit sahaja, tetapi kesan letupannya sangat dahsyat.
Mereka telah cuba melaksanakan rancangan jahat mereka untuk meruntuhkan Kaabah supaya orang-orang Islam berpaling dan solat menghadap Karbala.
Jika ada yang masih tidak tahu, di dunia sekarang sudah ada dua Ka’bah. Mungkin selama ini kita fikir Ka’bah cuma ada satu di Makkah, tapi sebenarnya orang Syiah telah membina satu lagi Ka’bah di Karbala, sebiji macam Kaabah di Makkah. Sudah ada orang yang tawaf di keliling Kaabah di Karbala. Mereka telah cuba meruntuhkan Ka’bah di Makkah, cuma Allah menggagalkan rancangan mereka.
Bencinya mereka kepada Sahabat, apatah lagi kepada orang Sunnah, doktrin mereka ini dipupuk sejak kecil, kepada anak-anak yang masih kecil, diajar anak-anak mereka supaya benci kepada Abu Bakar dan Omar.
Kebiasaan orang Melayu, apabila hendak menakutkan anak-anak supaya jangan buat nakal, mereka menakutkan anak-anak dengan hantu. Orang syiah juga ada hantunya, hantu mereka adalah Abu Bakar dan Omar. Bila anaknya main dengan mainan, dia ambil mainan anaknya itu secara senyap-senyap. Anak itu bila sayang pada suatu mainan, mereka akan tercari-cari mana mainan itu, mak ayah mereka mengatakan, Abu Bakar dan Omar ambil. Jadi anak itu dari kecil lagi telah membenci Abu Bakar dan Omar.
Betapa bencinya mereka kepada Abu Bakar dan Omar, sampai pada tandas duduk mereka pun tertera nama Abu Bakar, Omar. Mungkin ada yang tertanya-tanya. Kalau mereka benci sangat kepada Abu Bakar dan Omar, kalau mereka jumpa orang bernama Abu Bakar dan Omar, bagaimana agaknya sikap orang Syiah? Apa yang pasti, di Iran pada hari ini, tidak ada lagi orang yang bernama Abu Bakar atau Omar. Sebab jika mereka jumpa, pasti mereka akan bunuh. (Lihat: http://www.youtube.com/watch?v=a54XJpmdw60 )
Mengikut statistik beberapa tahun lepas, penduduk Sunnah di Iran masih ramai, 35%. Tetapi pelik tapi benar, di Tehran, ibukota Iran, tidak ada satu pun masjid Sunnah. Tidak dibenarkan. Menunjukkan bahawa orang-orang Sunnah diperangi, kalau bukan sampai dibunuh. Ini berlaku. Tetapi tempat ibadat Yahudi di Tehran sahaja ada 200 paling kurang.
Tempat ibadat Yahudi dibiarkan, orang yahudi dibiarkan melaksanakan upacara agama mereka dengan bebas. Tetapi orang Sunnah diperangi habis-habisan. Ini adalah bahaya Syiah sehingga ke hari ini.
SYIAH MEMPORAK PERANDAKAN NEGARA ISLAM SUNNAH
Sebelum kita akhiri majlis, kita boleh sebut muslihat orang Syiah yang dapat kita lihat sepanjang sejarah sehingga ke hari ini. Kita boleh lihat perkembangan yang berlaku baru-baru ini.
Orang-orang Syiah ini tidak lebih dari musuh dalam selimut. Musuh dalam selimut lebih bahaya dari musuh yang jelas. Musuh yang jelas seperti Yahudi dan Nasrani, yang menzahirkan permusuhan terhadap kita. Tetapi masalahnya dengan orang Syiah adalah mereka mengucapkan dua kalimah Syahadah, tetapi mendokong akidah seperti yang telah kita sebutkan sedikit sebanyak.
Antara muslihat mereka yang dapat kita lihat baru-baru ini, di mana beberapa negara Islam dilanggar, diserang oleh tentera kafir Nasrani. Amerika baru-baru ini menyerang negara Islam di Afghanistan, Iraq, yang terbaru Mesir, dan beberapa negara yang masih bergolak.
Kita kena ambil tahu. Di Afghanistan, apabila tentera Amerika hendak serang, adakah dia serang begitu saja? Tidak. Mereka mendapat bantuan dari puak pemberontak, dari bahagian Utara Afghanistan yang bersempadan dengan Iran. Ada pemberontak dari penduduk Afghanistan sendiri. Siapa pemberontak ini? Mereka adalah orang-orang Syiah, yang memang mendapat bantuan terus dari Iran.
Kita memang tidak setuju dengan Taliban, Taliban pun tak betul juga, tetapi apa yang pasti mereka bukan Syiah. Mereka orang Sunnah walaupun banyak yang tidak betul. Tetapi orang Syiah, mereka tidak bezakan. Sama ada awak orang Syiah, atau awak musuh kita. Mereka tidak ada pilihan ketiga. Maka orang Syiah bersekongkol dengan Amerika dalam berperang dengan Afghanistan.
Peperangan Iraq; Kita pun tidak setuju dengan Saddam Hussein. Dia zalim, tindas rakyatnya. Tetapi bila Amerika hendak jatuhkan Saddam, Amerika takkan senang-senang hantar tentera daratnya serang. Dia sayang tenteranya. Buat apa dia gadaikan tentera yang dia latih, guna senjata, bagi wang, pelaburan yang banyak, kalau dia boleh guna puak pemberontak yang sedia dengan rela membantu dengan percuma, dari penduduk Syiah di Iraq.
Boleh dikatakan 60% Sunni, 40% Syiah pada masa itu. Seburuk-buruk Saddam, tetapi dia Sunni, bukan Syiah. Bahkan dia benci Syiah. Jadi orang-orang Syiah yang 40% ini berdendam dengan Saddam. Maka apabila datang tentera Amerika, mereka bersekongkol dan membantu tentera Amerika.
Di Mesir baru-baru ini, kena tengok juga siapa yang bantu menggulingkan Husni Mubarak. Mungkin tuan-tuan akan kata itu Ikhwanul Muslimin. Ya, saya setuju. Tetapi Ikhwanul Muslimin dapat bantuan dari siapa? Mereka dapat bantuan dari Iran. Ini terang-terang. Sebaik Hosni Mubarak jatuh, beberapa hari selepas itu, delegasi khas dari Ikhwanul Muslimin dihantar ke Iran. Bukan ke Arab Saudi, bukan ke Kuwait, bukan ke Qatar, jauh sekali Malaysia.
Delegasi pertama yang dihantar oleh Ikhwanul Muslimin yang baru menjatuhkan Hosni Mubarak dihantar ke Iran. Dan selepas itu buat pertama kali dalam sejarah, julung-julung kalinya, tidak pernah berlaku dalam sepanjang sejarah Hosni Mubarak, tidak pernah ada mana-mana penguasa dari Iran yang datang menziarah Mesir. Tetapi apabila Hosni Mubarak jatuh, presiden Mesir yang baru, Mursi menjemput dan menyambut kedatangan Presiden Iran, Ahmadinejad. Presiden Iran dijemput secara rasmi oleh Morsi, diberikan sambutan rasmi. Ini semua tuan-tuan boleh semak dalam surat khabar, media.
Biasanya ketua-ketua negara ini kalau melawat negara-negara tak lama, dalam 2-3 hari. Tetapi Ahmadinejad melawat Mesir satu minggu penuh. Ini semua boleh beri isyarat kepada kita bagaimana peranan yang dimainkan oleh Syiah dalam memporakperandakan negara-negara Sunnah; Afghanistan, Iraq, Mesir, Yaman.
Yaman itu tak usah kata. Yaman itu penduduknya Syiah juga sebahagiannya. Presidennya diguling, kita boleh kata Syiah di Yaman ada sekongkol.
Bahrain; beberapa tahun yang lepas berlakunya demonstrasi. Negara-negara teluk seperti Bahrain, Qatar, Kuwait, Oman, Arab Saudi, negara mereka negara Raja, tidak ada demokrasi seperti negara kita. Jadi jarang ada demonstrasi. Pemerintah pegang semua. Tetapi baru-baru ini berlaku demonstrasi di Bahrain. Dan Bahrain ini negaranya kecil, penduduknya sikit (Sekitar 1-2juta), FRU pun tak ada. Puak-puak pendemonstrasi ini datang dari mana? Penduduk Syiah juga di Bahrain. Hendak mengatakan bahawa Syiah ini tersebar. Ada di Yaman, Oman, Bahrain, mereka ini yang buat demonstrasi. Raja Bahrain terkejut bila berlaku demonstrasi, dia terpaksa minta bantuan dari kerajaan Arab Saudi. Arab Saudi hantar tenteranya. Sampai saja tentera Arab Saudi di Bahrain, dalam seminggu saja habis. Mereka buat demonstrasi lama juga. Tetapi bila tentera Saudi hantar bantuan, dalam beberapa hari selesai demonstrasi.
Tengok bagaimana peranan Iran membantu orang-orang Syiah di serata pelusuk dunia untuk menggulingkan kerajaan-kerajaan yang ada.
Syria masih bergolak sehingga ke hari ini. Presidennya Bashar Al-Assad ini berideologi Syiah. Tetapi Syiah yang lebih melampau daripada Rafidhah Imam 12 tadi. Dia dari mazhab ‘Alawiy. ‘Alawiy ini sudah memang sampai kemuncak kesesatan. Bashar Al-Asad itu dianggap Tuhan.
Tetapi Syria seperti negeri-negeri Teluk yang lain, ada orang Syiah dan ada orang Sunnah. Di Bahrain tadi, majoriti penduduk Bahrain adalah Syiah. Tetapi pemerintahnya Sunnah. Di Syria terbalik; majoriti penduduknya Sunnah, tetapi presidennya Bashar Al-Asad itu Syiah Alawiy. Apa yang berlaku tuan-tuan boleh nampak sampai ke hari ini.
Siapa yang menyokong negara Syria? Kita tengok semua negeri-negeri Syiah; Iran, Hasan Nasrallah, Hizbullah di Lubnan, mereka semua membantu kerajaan Bashar Asad, kerana musuh mereka sama iaitu orang Sunnah.
Kita boleh tengok di Youtube bagaimana orang-orang Sunnah di Syria dahsyat dibunuh, bukan saja orang yang mengangkat senjata, tetapi orang-orang perempuan, budak-budak kecil, ditoreh, disiksa dengan sangat dahsyat. Ini bukan rekaan.
Lebih penting yang kita perlu tahu adalah sejauh mana perkembangan Syiah di Negara kita. Dukacitanya, sejak kebelakangan ini, Syiah mula menular di Malaysia. Lebih berat lagi apabila kita melihat ia menular melalui parti-parti politik di sebelah sana. Bahkan mereka sudah mula memegang tampuk kekuasaan (dalam parti politik). Itu yang kita risau. Ditambah lagi dengan pelajar-pelajar dari Iran terus bertambah di Malaysia.
Jadi saya ingat kita boleh menyuarakan kekhuatiran kita bahawa mereka ini bukan datang tanpa tujuan. Kita kena hati-hati. Kalau kita sudah faham akidah orang Syiah, maka janganlah kita tertipu dengan taqiyyah mereka. Datang sebagai student, datang sebagai pelancong, baru-baru ini dadah diseludup dengan jumlah yang begitu banyak.
Dadah diseludup dari Iran. Ini secara sengaja atau tidak sengaja? Dalam dunia ini tidak ada benda yang tak sengaja. Lebih-lebih lagi kalau dengan kuantiti yang banyak. Apa tujuannya? Tidak lain dan tidak bukan untuk memporak perandakan negara-negara Sunnah, termasuklah Malaysia ini, yang mana kalau kita lihat, Malaysia memang memiliki keistimewaan yang tidak ada pada negara-negara Islam yang lain. Itu yang kita kena bersyukur. Walaupun ada yang tak bersyukur juga.
Kita di Malaysia ini makmur, kaya, kita hidup aman, masyarakat hidup dengan selesa, harmoni. Jadi kita kena kekalkan keharmonian serta kesejahteraan yang ada di Malaysia ini. Apa yang pasti, orang-orang Syiah sangat cemburu bahkan berusaha sekeras-kerasnya hendak menukar keadaan, hendak memporak perandakan negara-negara sunnah termasuklah Malaysia.
Cukup sekadar itu, saya ingat telah sampai mesej yang hendak disampaikan, saya mengalu-alukan supaya tuan-tuan terus menyelidik, tambahkan maklumat supaya kita jelas tentang bahaya yang ada di sekeliling kita, supaya kita dapat membezakan siapa lawan dan siapa kawan.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
(Disalin dari rakaman ceramah Bahaya Syiah di IPD Serdang, 06.12.2013)
[1] Dari buku rujukan hadis Syiah;
عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ ( عليه السلام ) قَالَ كَانَ النَّاسُ أَهْلَ رِدَّةٍ بَعْدَ النَّبِيِّ ( صلى الله عليه وآله ) إِلَّا ثَلَاثَةً فَقُلْتُ وَ مَنِ الثَّلَاثَةُ فَقَالَ الْمِقْدَادُ بْنُ الْأَسْوَدِ وَ أَبُو ذَرٍّ الْغِفَارِيُّ وَ سَلْمَانُ الْفَارِسِيُّ رَحْمَةُ اللَّهِ وَ بَرَكَاتُهُ عَلَيْهِمْ
“Dari Abu Ja’far ‘alaihissalam, dia berkata, “Manusia (iaitu para sahabat) menjadi murtad selepas kewafatan Nabi sallallahu ‘alaihi wa-aalihi kecuali tiga orang”. Aku berkata: “Siapa tiga orang tersebut ?” Dia menjawab, “Al-Miqdaad, Abu Dzar Al-Ghiffari, dan Salman Al-Farisi rahimahullah wa barakaatuhu ‘alaihim…” (Al-Kaafi, 8/245).
Juga dari buku hadis Syiah;
عَنْ أَبِي عبد الله عليه السلام قال: …….والله هلكوا إلا ثلاثة نفر: سلمان الفارسي، وأبو ذر، والمقداد ولحقهم عمار، وأبو ساسان الانصاري، وحذيفة، وأبو عمرة فصاروا سبعة
Dari Abu ‘Abdillah ‘alaihis-salaam, dia berkata : “…….Demi Allah, mereka (para sahabat) telah binasa kecuali tiga orang : Salman Al-Farisi, Abu Dzar, dan Al-Miqdad. Kemudian menyusul mereka ‘Ammar, Abu Sasan (tabi’in), Hudzaifah, dan Abu ‘Amrah sehingga jumlah mereka menjadi tujuh orang” (Al-Ikhtisas oleh Al-Mufid; lihat: http://www.al-shia.org/html/ara/books/lib-hadis/ekhtesas/a1.html)
عَنْ أَبِي بَصِيرٍ عَنْ أَحَدِهِمَا عليهما السلام قَالَ إِنَّ أَهْلَ مَكَّةَ لَيَكْفُرُونَ بِاللَّهِ جَهْرَةً وَ إِنَّ أَهْلَ الْمَدِينَةِ أَخْبَثُ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ أَخْبَثُ مِنْهُمْ سَبْعِينَ ضِعْفاً .
Dari Abu Basir, dari salah seorang dari dua imam ‘alaihimassalaam, dia berkata : “Sesungguhnya penduduk Makkah kafir kepada Allah secara terang-terangan. Dan sesungguhnya penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Makkah sebanyak 70 kali.” (Al-Kaafi, 2/410)
sumber: http://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/12/13/bahaya-syiah/
No comments:
Post a Comment