Monday, February 10, 2014

JANGAN KAMU HAMPIRI ZINA. ANALISIS SITUASI SEMASA.





PENGENALAN

Dalam kamus dewan bahasa zina bermaksud persetubuhan yang tidak sah bukan antara suami isteri. Perkataan zina dari huruf (zai, nun, ya) yang bermaksud hubungan badan antara lelaki dan perempuan secara tidak sah. Ini menunjukkan perbuatan zina ini adalah satu perbuatan yang amat keji dan tergolong dari salah satu dosa-dosa besar di sisi Islam. Perbuatan zina ini dapat dibuktikan melalui firman Allah s.w.t :


وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬
(Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan sesuatu yang buruk. Surah al-Isra’ ayat 32).


Dalam konteks masyarakat pada masa kini perbuatan zina telah menjadi fenomena biasa menyebabkan implikasi yang besar kepada masyarakat umumnya.


HUKUM ZINA



Berdasarkan al-quran dan hadis, bagi pesalah penzina terdiri dari dua pecahan iaitu zina muhsan dan zina bukan muhsan.


Zina muhsan bermaksud pesalah zina tersebut adalah lelaki atau wanita tersebut telah berkahwin akan tetapi melakukan persetubuhan dengan bukan suami atau isteri yang telah dinikahi olehnya, hukuman kepada pesalah zina muhsan ini adalah direjam dengan batu sehingga meninggal dunia. Bagi penzina bukan muhsan bermaksud pesalah zina yang belum berkahwin akan tetapi telah melakukan persetubuhan tanpa berkahwin dengan sah, hukuman yang diterima golongan ini adalah disebat sebanyak satu ratus kali tanpa belas kasihan.


Selain itu bagi golongan wanita yang di rogol oleh lelaki secara paksa, hukuman tidak dikenakan kepada wanita tersebut akan tetapi bagi perogol iaitu lelaki tersebut akan dikenakan hukuman setelah terdapat bukti-bukti yang kukuh berdasarkan syarak oleh hakim yang mengadili, dengan erti kata lain, lelaki yang merogol tersebut perlu dilaksanakan hukuman berdasarkan zina muhsan atau zina bukan muhsan untuk keadilan wanita tersebut yang telah di rogol.


Sebelum dilaksanakan hukuman seperti diatas, syarat hukuman pelaksanaan adalah perlu di ambil kira sebelum dijatuhi hukuman. Penzina tersebut merupakan seorang yang waras atau berakal adalah salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh Islam, bagi penzina yang tidak waras hukuman tersebut tidak perlu dilaksanakan. Penzina tersebut juga merupakan telah baligh atau pernah bermimpi basah juga adalah syarat kedua sebelum melaksanakan hukuman tersebut, bagi penzina yang tidak baligh tidak perlu dikenakan hukuman akan tetapi perlu dipukul atau dipenjarakan sebagai pengajaran berdasarkan hadis


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ عَنْ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنْ الْمُبْتَلَى حَتَّى يَبْرَأَ وَعَنْ الصَّبِيِّ حَتَّى يَكْبُرَ -سنن أبي داود
(dari siti Aisyah, sesungguhnya rasulullah s.a.w bersabda, diangkat kalam (tidak dicatat) dari tiga perkara; dari tidur hingga bangun; dari hilang ingatan sehingga sedar; dari anak kecil hingga baligh)


Bagi syarat ketiga pesalah penzina tersebut bukan terpaksa dalam menerima hukuman ini, jika pesalah penzina tersebut terpaksa menerima hukuman ini maka hukuman ini akan di hentikan. Ini menunjukan hukum hudud yang akan dilasanakan ini tiada paksaan dalam Islam walaupun telah dihadapi bersalah.


FAKTOR


Perbuatan zina ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menyebabkan perbuatan zina ini berleluasa, antaranya faktor media masa memain peranan dalam mengalakkan perbuatan zina tersebut. Pengaruh-pengaruh filem, maklumat pronografi dan media cetak adalah penyumbang tidak langsung dalam perbuatan zina. Melalui teknologi tanpa sempadan ini secara tidak langsung memberi kesan buruk terutamanya golongan remaja ke alam dewasa yang mempunyai sifat ingin mencuba, statistik kes rogol pada tahun 2005 telah menunjukan bahawa dalam tujuh bulan sahaja terdapat 672 kes rogol dilaporkan disebabkan pengaruh media masa.


Kurang didikan agama yang sempurna juga merupakan salah satu faktor menyumbang kepada perbuatan zina, nilai-nilai keislaman pada diri masyarakat kurang diambil berat disebabkan peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak mengenai hukum-hukum Islam yang sebenar, ini dapat dibuktikan apabila terdapat kes bapa merogol anak sering dilapor oleh media masa. Ini disebabkan iman seseorang itu menjadi lemah disebabkan kurangnya penghayatan mengenai Islam dalam kehidupan seharian, ini menyebabkan zina terus berleluasa dalam masyarakat pada masa kini.
Faktor kemasukan budaya luar juga merupakan salah satu faktor perbuatan zina ini menjadi punca penyakit di dalam masyarakat, kumpulan muzik seperti black metal, punk, dan skinhead adalah salah satu budaya luar yang mengamalkan seks bebas sebagai budaya kehidupan, melalui pengaruh ini akan menyebabkan perbuatan zina telah menjadi salah satu budaya dalam masyarakat pada masa kini.


Selain itu juga, terdapat faktor perkembangan pesat pusat-pusat maksiat dalam komuniti masyarakat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Rumah-rumah pelacuran, rumah urut, kelab malam, pusat perjudian yang dibuka tanpa pemantauan dengan ketat dari pihak berkuasa juga salah satu penyumbang amalan zina dalam masyarakat pada masa kini, justru itu dapat dilihat di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Penang, Johor Baharu merupakan bandar yang mempunyai pusat-pusat hiburan yang tertinggi. Hakikatnya secara tidak langsung menjadikan negara Malaysia sebagai hub hiburan adalah salah satu punca penyebab amalan zina berleluasa di dalam masyarakat pada masa kini.


Pakaian ketat, sendat atau menampak bentuk badan menjadi tren kepada golongan wanita pada masa kini. Melalui pemakaian yang menampakan bentuk badan ini secara tidak langsung akan menaikkan ghairah kepada golongan lelaki untuk mendekati golongan wanita seperti ini, melalui cara ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada amalan zina di sebabkan godaan syaitan menyesatkan umat Islam dalam kancah maksiat, firman Allah s.w.t


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا


(Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Surah Al-‘Ahzab:59)

Di dalam dunia globalisasi, dunia cinta alam remaja merupakan saat-saat paling indah dalam kehidupan mereka, golongan remaja pada masa kini beranggapan bahawa dunia percintaan mereka seperti Romeo dan Juliet yang penuh dengan keindahan yang sangat bermakna dalam kehidupan dalam menempuhi alam remaja sebelum ke alam dewasa, percintaan tanpa pemantauan ibubapa ini sedikit sebanyak akan melibatkan pergaulan bebas di kalangan remaja. Secara tidak langsung, remaja lelaki dan perempuan akan membuat temu janji seperti tempat-tempat sunyi atau taman-taman bunga untuk bermadu kasih dalam dunia percintaan remaja. Justru itu, secara tidak langsung akan berlaku zina diantara lelaki dan perempuan dalam membukti cinta palsu yang ditabur oleh ilbis sebagai kemenangan runtuhnya keimanan mereka.


4. KESAN

Amalan zina jika tidak dibendung mengikut hukum-hukum Allah s.w.t akan mengakibatkan kesan yang amat buruk kepada individu, masyarakat dan negara. Melalui zina juga secara tidak langsung akan mendapat kemurkaan Allah s.w.t. Akibat zina ini juga membawa kesan di dunia dan akhirat mendapat pembalasan dari Allah s.w.t


Perbuatan zina ini akan mengundang dosa-dosa besar yang lain yang turut akan dilakukan oleh penzina, oleh demikian secara tidak langsung akan hilang sifat warak (menjaga diri dari dosa) terhadap diri seseorang, secara tidak langsung akan menunjukan moral yang amat buruk dan hilangnya sifat cemburu di dalam diri. Maksudnya melalui zina akan mengakibatkan jati diri sebagai seorang muslim yang baik akan hilang disebabkan perbuatan zina yang dilakukan, secara tidak langsung dengan perbuatan zina juga akan mengundang perbuatan dosa besar yang lain seperti membunuh bayi dalam kandungan atau membuang bayi. Ini dibuktikan melalui laporan pada 7 April 2010 di akhbar Utusan Malaysia,di mana telah dilaporkan bahawa negeri Selangor merupakan statistik pembuangan bayi paling tinggi iaitu mencatatkan 105 kes berbanding 407 kes direkodkan keseluruhan kes pembuangan bayi yang dilaporkan.


Bagi seseorang wanita sifat malu merupakan satu anugerah yang diberi oleh Allah s.w.t menunjukan kemulian kaum hawa. Amalan zina yang dilakukan oleh golongan wanita ini secara tidak langsung akan menggambarkan sifat malu telah beransur hilang dalam diri mereka. Kesan dari zina ini menunjukkan sifat malu akan terhapus dengan sendirinya akibat perbuatan zina yang telah dilakukkannya. Perbuatan ini juga telah mengakibatkan gadis-gadis yang melakukan zina tanpa segan silu melakukan perbuatan dosa lain seperti minum arak, berpegang tangan malah telah berani bercumbu di khalayak ramai tanpa berfikir sensitiviti masyarakat.


Dengan perbuatan zina juga akan menyebabkan perpecahan keluarga jika dilihat melalui keruntuhan institusi rumahtangga. Kesan ini amat buruk kepada sesebuah rumahtangga menyebabkan berlaku keretakan rumahtangga, penderaan kanak-kanak dan sebagainya. Statistik Jabatan Pendaftaran Negara menyatakan kebanyakan anak luar nikah didaftar telah meningkat saban tahun, akibat zina ini akan memberi kesan terhadap emosi kanak-kanak tersebut pada masa hadapan, kesan buruk terhadap kanak-kanak zina tersebut tidak dapat mendaftar nama bapak mereka sebagai waris yang berhak, terutamanya kepada kanak-kanak wanita tidak dapat diwalikan oleh bapaknya. Ini akan menyebabkan sifat dendam dan malu terhadap kanak-kanak tersebut disebabkan masalah yang berlaku terhadapnya.


Implikasi zina juga akan menyebabkan penyebaran penyakit seperti aids, gonorea dan siflis. Penyakita ini berpunca dari seks bebas yang diamalkan oleh penzina ini, secara tidak langsung penyakit ini juga akan turut diwarisi terhadap anak yang dikandung oleh ibunya. Aids buat masa sekarang tiada ubatnya jika penzina tersebut dijangkiti oleh virus ini, justru itu perbuatan zina ini merupakan satu implikasi yang amat buruk jika diamalkan. Melalui laporan dada akhbar, pelacuran merupakan penyumbang yang terbesar dalam penyebaran penyakit aids ini. Ini menunjukan Allah s.w.t memberi amaran yang keras terdapat kesan zina melalui kesan-kesan penyakit ini jika terus diamalkan.


Kesan membuangan bayi turut juga menyumbang akibat zina yang terhadap pasangan yang melakukan zina tersebut, masalah ini timbul akibat zina tanpa nikah ini menyebabkan perempuan zina tersebut malu menerima kehadiran bayi yang dikandung tersebut, ini menyebabkan sifat kemanusia telah hilang kepada insan yang tidak berdosa tersebut. Perbuatan zina ini adalah di keji oleh masyarakat disebabkan perbuatan haram, sifat masyarakat yang suka membuka perbuatan yang salah ini kepada umum menimbulkan malu kepada keluarga menyebabkan perempuan zina atau lelaki zina tersebut mengambil jalan mudah membuang bayi tersebut. Fakta pembuangan bayi ini dapat dilihat seperti di negara Arab Saudi telah merekodkan bahawa menunjukan 16 kes bayi telah dibuang telah dicatatkan, 4 rekod menunjukan telah ditemui mati, kebanyakan bayi tersebut merupakan bayi berumur 10 bulan ke bawah. Belanda juga mencatatkan pembuangan bayi sebanyak 1 kes, walaupun kes pembuangan bayi kurang dilaporkan ini Belanda mengamalkan polisi melahirkan anak zina ini di hospital menggunakan nama samaran untuk mengelakkan penzina tersebut melindungi identiti mereka kepada pengatahuan umum, secara tidak langsung kes pembuangan tersebut dapat dikurangkan, Negara China adalah negara yang tertinggi kes pembuangan bayi zina ini, ini disebabkan negara tersebut telah mengamalkan polisi 1 keluarga mempunyai seorang anak untuk menghadkan penduduk negara tersebut, untuk mengelak dikenakan tindakan dari kerajaan penzina tersebut membuang bayi tersebut untuk mengelak dikenakan tindakan oleh kerajaan.


Diakhirat nanti, penzina ini akan memberi kesan yang amat buruk jika tidak bertaubat pada masa dunia ini, Allah s.w.t telah memberi amaran keras mengenai perbuatan zina, oleh itu setiap penzina yang tidak bertaubat akan digelombangi oleh dosa-dosa besar. Dalam Islam zina merupakan dosa besar yang ketiga paling ditakuti, oleh demikian perbuatan zina ini adalah perbuatan yang paling keji di sisi Allah s.w.t dalam ketegori dosa besar. Jelas menunjukan perbuatan zina ini telah menyebabkan perbuatan pembuangan bayi di dalam sesebuah masyarakat umumnya.


5. PENCEGAHAN


Setiap negara berusaha mengurangkan perbuatan zina ini, akibat perbuatan zina ini telah menyebabkan berlaku keruntuhan moral dan akhlak di dalam masyarakat tersebut. Disamping itu, terdapat kerajaan di dunia mengambil pelbagai insitif untuk mengelakkan perbuatan zina ini terus bermaharajalela di dalam masyarakat. Ini menunjukan perbuatan zina ini merupakan satu perbuatan yang sangat keji dari sesi Allah s.w.t.


Mewujudkan tempat pembuangan anak hasil perbuatan zina ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan seperti Jerman, Austria, Republic Czech, Hungrary serta Malaysia mewujudkan tempat ‘Baby Hatch” adalah salah satu langkah perbuatan murni untuk mengelakkan ibu bayi tersebut membunuh hasil anak zina tersebut. Kerajaan tersebut mengambil langkah untuk membendung perbuatan buang anak di tempat tidak sepatutnya tersebut ke tempat yang lebih terjamin, bayi tersebut akan dihantar kepada pihak bertanggunjawab menguruskan ‘baby hatch’ tanpa mengetahui identiti pembuang anak tersebut. Bayi tersebut akan dijaga sesuatu badan yang bertanggungjawab sebelum di beri kepada ibubapa yang ingin mengambil anak angkat sebelum dipelihara. Melalui baby hatch ini walaupun seperti menggalakkan perbuatan zina akan tetapi dari segi sudut positifnya anak tersebut tidak akan dibuang di tempat seperti tandas, longkang atau meninggal di tempat yang tidak sepatutnya dapat di jamin di organisasi tersebut sebelum diserahkan kepada keluarga yang memerlukan anak angkat untuk dipelihara.


Mewujudkan peraturan melahirkan anak di hospital juga merupakan salah satu langkah yang baik untuk mengelakkan bayi tersebut dibuang oleh perempuan zina tersebut. Sesebuah kerajaan akan menguatkuasa peraturan ini secara tidak langsung anak hasil zina tersebut dapat mengurangkan kes pembuangan bayi zina tersebut. Polisi ini wujud seperti negara Malaysia, Belanda dan Jerman merupakan salah satu negara mengamalkan polisi ini untuk mengelakkan kes pembuangan bayi terus meningkat. Walaupun terdapat ibubapa penzina ini enggan pergi ke hospital untuk melahirkan anak zina ini di hospital, akan tetapi kerajaan tersebut mengambil insintif yang lain agar masyarakat melahirkan anak di hospital seperti kempen kesedaran, penguatkuasa undang-undang tidak boleh mendaftar anak kepada kerajaan, serta mendenda yang kepada ibubapa penzina tersebut dengan lebih keras agak dapat bayi tersebut dapat dilahirkan di hospital.


Selain itu, terdapat organisasi NGO mencadangkan kepada kerajaan agar polis dapat memeriksa telefon bimbit remaja dibawah umur, ini kerana terdapat melalui kecangihan teknologi pada masa kini, remaja pada masa sekarang menyalahi kemudahan yang terdapat pada sekarang, remaja-remaja ini menggunakan telefon bimbit sebagai tempat pemyimpanan ponografi atau bahan lucah di telefon bimbit, melalui telefon binbit ini juga remaja pada masa kini juga turut menjadikan kemudahan tersebut sebagai tempat pemyebaran bahan lucah yang telah dirakam atau memperolehi dari sumber yang lain. Jelas melalui penggunaan teknologi ini juga merupakan salah satu ejen penyebaran menyumbang perbuatan zina ini di dalam masyarakat pada umumnya. Selain itu juga, kerajaan juga perlu menguatkuasa menyekat laman web lucah, penjualan perisian tidak bermoral dan sebagainya untuk mengelakan perbuatan zina ini terus berluasan, jelas sekali melalui kecangihan teknologi ini telah menyebabkan perbuatan zina terus bercambah di dalam masyarakan umumnya pada masa kini. pencegahan dari kerajaan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbuatan zina di kalangan remaja pada masa kini.


Pihak berkuasa juga boleh melaksanakan peraturan menghalang golongan remaja keluar rumah selepas pukul 12 malam ke atas, pelaksanaan ini perlulah dibuat dengan kerajaan tempatan iaitu Majlis Bandaran untuk mengelakan berlaku genjala zina ini. Peraturan ini perlu digubal di dalam perlimen atau dewan undangan negeri bagi melaksanankan peraturan ini. Kutu rayau yang berkeliaran ini perlu diambil tindakan melalui tangkapan atau operasi bersepadu bersama polis dengan pihak berkuasa lain seperti pejabat agama negeri hendaklah sering dilakukan, operasi ini perlulah dijalankan dari semasa ke semasa untuk mengelakan ganjala tidak sihat ini. Negeri seperti perlis telah melaksanakan peraturan ini terdapat keberkesanan yang amat darstik dalam menyelesaikan jenayah di dalam negeri tersebut, secara tidak langsung melalui pengkuatkuasaan ini golongan remaja perlu memikirkan akibat yang akan di terima jika perlaksanaan undang-undang ini. Bagi pesalah-pesalah ini perlu diambil tindakan undang-undang tindakan seperti penjara, denda dan kaunseling bagi meningkat kesedaran, ibubapa juga perlu dipanggil untuk dimaklumkan perbuatan anak remaja mereka mengenai salah laku tersebut bagi meningkatkan kesedaran kepada institusi keluarga bahaya zina ini.


Di dalam perlimen telah dibentangkan mengenai pendidikan seks secara formal di peringkat sekolah rendah dah menengah bagi tujuan mewujudkan kesan buruk perbuatan zina ini, langkah-langkah ini merupakan salah satu insitif kerajaan mewujudkan kesedaran kepada golongan remaja dari peringkat kanak-kanak lagi bahayanya perbuatan zina yang terkutuk ini. Melalui pembelajaran ini secara tidak langsung akan mendedah serta pendidikan seks agar golongan remaja didedahkan akibat berbuatan zina seperti penyakit aids, penyakit kelamin dan perpecahan keluarga disebabkan menghampiri zina ini. Walalupun terdapat pelbagai reaksi yang positif dan negetif dari masyarakat pendidikan seks di sekolah ini secara tidak langsung golongan remaja dapat didedahkan mengenai pendidikan seks ini. Perbuatan zina ini secara tidak langsung telah membawa keruntuhan sesebuah tamadun jika terus diamalkan tanpa tindakan ini telah menyebabkan kerajaan mengambil pelbagai insitif agar masyarakat tidak menghampiri perbuatan zina ini.


Peranan ibubapa dalam memberi pendidikan yang sempurna juga perlu ditekankan dalam menyelesaikan penyakit sosial ini, sebelum golongan remaja melangkah ke alam perkhawinan, mereka perlulah didedahkan seperti di dalam Kursus perkhwinan dalam mendidi anak menjadi anak yang soleh berdasarkan garis panduan mengikut ajaran islam yang sebenar. Statitik menunjukan kebanyakan perbuatan zina ini dilakukan terdapat pelbagai faktor seperti kurang mendapat didikan agama, perpecahan keluarga mahupun kesempitan kemiskinan juga menjadi institusi keluarga berpecah, secara tidak langsung memberi kesan kepada anak-anak untuk menghampiri zina disebabkan kurangnya didikan di rumah atau di dalam institusi keluarga. Jelas sekali, peranan ibubapa dalam mendidik anak amatlah ditekan dari rumah dalam menyelesaikan perbuatan zina ini. Ini menunjukan kesan zina ini amatlah jelas dan sangat dikeji samada di dalam masyarakat mahupun di sisi Allah s.w.t.


6. PENYELESAIAN MENGIKUT AL-QURAN DAN HADIS MENGENAI ZINA.


Dalam Islam telah menggariskan dalam mengelak berlaku di dalam masyarakat mahupun umat Islam. Penyelesaian ini perlu dirujuk melalui Al-quran dan hadis yang telah dibawah oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umat Islam. Iman merupakan aspek penting ditekan dalam kehidupan berdasarkan al-quran dan hadis ditekan dalam penyelesaian berbuatan zina ini. Dalam menghadapi keseronokan duniawi ini, berpunca sikap manusia lebih mementingkan dunia berbanding akhirat, ini menyebabkan berlaku pergaulan bebas secara tidak langsung aka menyebabkan sifat ingin mencuba sesuatu yang baru akan menimbulkan syawat kepada golongan remaja pada masa kini. Ini disebabkan manusia tidak dapat menguasai pencara indera yang telah dikurnai oleh Allah s.w.t untuk menikmati nikmat yang telah diberi kepada hambanya. Nikmat panca indera ini seperti deria pendengaran, deria penglihatan dan deria bau, yang menghantar maklumat kepada hati tanpa memikirkan rahmat yang telah diberi oleh Allah s.w.t sehingga batasan-batasan hukum Allah s.w.t di langgari. Ini menyebabkan perbuatan zina ini menjadi punca kepada semua permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat tanpa menggunakan hukum Allah s.w.t sebagai landasan hidup.


Melalui deria pertama iaitu deria penglihatan adalah nikmat yang telah diberikan kepada manusia untuk melihat kekuasaan Allah s.w.t mengenai kekuasaannya terhadap alam ini, jelas sekali melalui pandangan ini menjadi senjata kepada iblis sebagai racun untuk memusnahkan keimanan anak cucu Nabi Adam, Nabi Muhammad s.a.w bersabda


“Pandangan mata itu satu anak panah beracun daripada anak-anak panah iblis (laknatullah)”


Melalui pandangan ini Iblis menggunakan senjatanya untuk mengoda manusia agar ke lembah kehancuran. Oleh itu, iblis akan menjalankan dakyahnya untuk mengoda anak adam melalui perempuan untuk mendakati zina, secara tidak langsung perbuatan zina ini akan terjadi disebabkan pandangan mata berdasarkan syawat yang tidak diredha oleh Allah s.w.t.


Nabi Muhammad s.a.w telah diriwayatkan iman muslim ditanya oleh Jarir Bin Adullah (al-Bajali) melihat perempuan dengan secara tidak sengaja hendaklah berpaling untuk melihat perempuan kali kedua.


melalui hadis tersebut menunjukan kesan pandangan terhadap wanita akan menyebabkan iblis terus mengoda jika pandangan berikutnya terus menyesuri dengan syawat, perbuatan ini secara tidak langsung akan mendakati perbuatan zina yang dikutuk tersebut. Penyair budiman juga turut melihat pandangan dari mata ini juga berpunca semua permasalahan, ini kerana percikan api juga akan menyebabkan api yang marak, ungkapan ini menunjukan pandangan mata boleh menyebabkan perbuatan zina akan terjadi.


Dalam mazhad Syafie, hukum pandangan mata terdiri tujuh bahagian iaitu perempuan melihat lelaki kepada ajnabi (bukan mahramnya) hanya dibenar melihat anggota badan kecuali anggota di antara pusat dan lutut sahaja, bagi lelaki melihat kepada isterinya dan hambanya adalah keseluruhan tubuhnya kecuali faraj tanpa hajat bersetubuh, bagi lelaki melihat mahramnya pulak diharus melikat anggota badan selain antara pusat dan lututnya dengan syarat tidak timbul syahwat, bagi lelaki ingin melihat wanita untuk berkahwin atau menikahnya di sunat melihat wajah dan tapak tangan sahaja, bagi tujuan perubatan pula, jika isteri tersebut memerlukan perkhidmatan doktor lelaki, suami perempuan tersebut juga perlu berada bersama isterinya semasa perubatan tersebut, bagi tujuan persaksian atau muamalat adalah diharus melihat tempat faraj tersebut sebagai saksi zina, dan yang terakhir melihat hamba abdi ketika hendak membelinya adalah diharuskan melihat angota hamba tersebut. Melalui deria melihat ini boleh didapati bahawa penzinaan akan berlaku jika tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh al-quran dan hadis.


Dari sudut deria bau, Islam mengharamkan pemakaian wangian kepada wanita yang kuat bahunya kecuali suaminya sahaja. Haram memakai bauan yang kuat ini boleh dilihat melalui hadis Nabi yang telah diriwayatkan dari Iman Ahmad dalam musnadanya, dan iman al-nasa’ie bermaksud


“ Daripada sabda Nabi: “ Mana-mana perempuan yang memakai wangian semerbak kemudian ia keluar (rumahnya), lalu berjalan melintasi sesuatu kaum supaya mereka dapat menghidu baunya maka dia adalah perempuan yang berzina, dan setiap mata itu adalah zina ( jika memandang sesuatu yang tidak halal baginya)”


Selain itu terdapat juga hadis nabi yang diriwayat Iman Muslim daripada Zainab al-Thaqafiyyah bermaksud


“ Daripada sabda Nabi: “Apabila salah seorang kamu (perempuan pergi ke masjid maka jangan ia menyentuh (memakai) wangian”


Ini menunjukkan wangian yang dipakai oleh wanita juga memain peranan punca perzinaan berlaku kerana ia menimbul berahi kepada orang lelaki.


7. GAMBARAN KEHIDUPAN AKHIR ZAMAN MENGENAI ZINA


Zina dianggap perkara yang biasa merupakan gambaran menunjukkan hari kiamat akan berlaku. Gambaran ini adalah salah satu menyatakan bahawa perbuatan zina menjadi satu budaya yang dihalalkan. Pendapat ini boleh dilihat di barat seperti Amerika Syarikat, Jerman, Rusia dan sebagainya yang mempunyai bangsa yang memiliki moral yang rendah dan rosak. Ini dapat dilihat artis-artis barat dan masyarakat barat mengamalkan seks bebas tanpa batasan. Seks bebas atau zina yang dilakukan tersebut juga turut dibangga oleh mereka kerana telah memasuki ke alam dewasa dengan melakukan zina, perbuatan zina ini boleh lihat melalui di dalam hadis Muttafaq ‘Alaihi dalam Hitab Miraqah Al-Mafaatih Syarah Miskah al Masaabiah no. 5437, Kitab al-fitan Bab Asyraat al-Saa’ah muka surat 74 Jld 10 iaitu:

Daripada Anas berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya daripada tanda-tanda kiamat itu ialah ilmu agama diangkat oleh Allah (imam kerana ramai ulama yang meninggal, wa imam ulamanya ketika itu tidak dihargai oleh pemerintah), banyak bercambah kejahilan, perbuatan zina berleluasa, minum arak berlaku sana sini, bilangan kaum lelaki sedikit sementara bilangan kaum hawa pula ramai, sehingga ketika itu seorang lelaki memikul tanggungjawabnya menjaga 50 orang perempuan.”


jelas menunjukan hadis diatas merupakan tanda-tanda kiamat kerana perbuatan zina ini seperti telah dihalalkan oleh masyarakat pada zaman kini, justru itu, tidak diherankan bahawa perbuatan zina ini telah menjadi budaya hidup disebabkan runtuhnya nilai-nilai keislaman pada masyarakat serta rahmat tersebut telah hilang.
Selain itu, terdapat juga hadis daripada riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:


“ Rasulullah s.a.w bersabda” Demi Zat yang diriku berada ditanganNya, tidak akan tiba masa dunia ini musnah (kiamat) sehingga suatu hari nanti terdapat seorang lelaki melintas di atas kubur, lantas menangis berguling-guling di atasnya, dan katannya: “Aduhai eloknya kalau aku yang jadi penghuni kubur ini” wal hal dia melakukan yang sedemikian itu bukan kerana alasan yang benar dari sudut agama, melainkan semata-mata kerana dia sudah tidak tertahan lagi menanggung sengsara bala-bencana ketika itu.” Hadis Riwayat Muslim


Melalui hadis tersebut menunjukkan bahawa kehidupan dunia ini sudah dekat dengan kiamat disebabkan tiada kedamaian dan keharmonian terhadap umat manusia, ini disebabkan jiwa mereka kosong serta tiada kebahagiaan kehidupan, selain itu anak-anak sering kedengaran telah menderhakai kedua ibubapa mereka, sikap jiran tetangga lebih mementingkan diri, sahabat-sahabat tidak dipercayai, ibubapa sibuk mencari wang dan mengejar impian sehingga lupa tanggungjawab terhadap anak, ulamak banyak membisu daripada amar makruf nahi mungkar kerana menjaga kepentingan diri, pemimpin yang diangkat yang mempunyai moral yang rendah dan suka berfoya-foya, peperangan sesama manusia, wujudnya fitnah dan urusan agama adalah sesuatu yang ganjil dalam kehidupan. Jelaslah melalui hadis ini menunjukkan keruntuhan akhlak adalah punca zina terus berluasa seperti amalan kehidupan seharian.


8. KESIMPULAN


Kesimpulanya, perbuatan zina disisi Allah s.w.t sangat dikeji dan tergolong dalam dosa-dosa besar. Melalui perbuatan zina ini bukan sajaha menyebabkan individu tersebut berdosa besar malah menyebabkan hati atau jiwa sesorang tersebut tidak tenteram, dari segi masyarakat juga akan menyebabkan perpecahan disebabkan perbuatan zina. Zina juga secara tidak langsung memberi kesan yang buruk kepada umat Islam kerana ia tidak melahirkan zuriat yang bersih, ini menyebabkan berlaku pelbagai masalah atau bala yang diturun oleh Allah s.w.t kepada umat Islam disebabkan dosa ini.


RUJUKAN


Adbul Latif Hajis Al Ghomodo Asyraf. (2007). Mengekang Gelora Nafsu. Pustaka Azhar.


Mustafa Suhaimi, (2007). Halal & Haram. Progressive Publishing House Sdn. Bhd.


Iman Az-Zahabi. (2008). Dosa-dosa Besar. Sakina Begum bt. Zainal Abidin (Ed.), Berlian
Publications Sdn Bhd.


Farhan Bin Hj. Hasyiri. (2010). Dilema anak zina. Alor Setar, Kedah. Pustaka Darul Hikmah


sumber: http://azlanyusof.blogspot.com/2011/03/jangan-kamu-hampiri-zina-analisis.html

No comments:

Post a Comment