Sunday, February 2, 2014
KISAH KANAK-KANAK VS KHALIFAH
Pada zaman pemerintahan khalifah Hisyam bin Abdul Malik, negara dilanda kemarau yang panjang. Orang Arab datang berjumpa dengan beliau, tetapi masing-masing takut hendak bercakap dengannya. Dalam kumpulan mereka terdapat seorang kanak-kanak yang bernama Wardas bin Habib. Hisyam terpandang kanak-kanak itu lalu ia bertanya kepada pengawalnya : " Apakah yang mereka mahukan dariku hinggakan kanak-kanak turut bersama?" Kanak-kanak itu bersuara : " Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya kita telah ditimpa bencana selama tiga tahun."
Setahun telah cair segala lemak, dan setahun lagi telah musnah daging-daging, manakala pada tahun yang ketiga pula telah kering segala tulang. Sedang kan tuan hamba memiliki harta yang berlebihan. Sekiranya harta-harta itu milik Tuhanmu, maka bahagi-bahagikanlah kepada hambaNya dan dan sekiranya harta itu milik mereka , maka mengapakah tuan hamba menyekat atau menahan mereka dari memilikinya? Sekiranya harta itu milik tuan hamba, maka sedekahkanlah kepada mereka.
Sesungguhnya Tuhan memberi balasan kepada mereka yang bersedekah dan tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebajikan. Kemudian Hisyam pun berkata: " Budak ini langsung tidak mengecualikan kita dari tiga perkara tersebut." Lalu beliau terus memerintahkan supaya disedekahkan kepada penduduk Biwadi sebanyak seratus dinar dan diberikan kepada kanak-kanak itu seratus ribu dirham.
Mendengar hal itu, kanak-kanak itu berkata: "Hai Amirul Mukminin kembalikan harta milik kepunyaan Arab itu kerana saya bimbang keperluan mereka tidak mencukupi. " Lalu Hisyam bertanya: "Apakah sebenarnya hajatmu?" Kanak-kanak itu menjawab:" Saya tidak berhajatkan sesuatu melainkan untuk kepentingan muslimin seluruhnya." Maka jadilah kanak-kanak itu sebagai seorang yang paling cerdik, bijak dan mulia ditengah-tengah kaumnya.
sumber: Al lu' lu' lil mukminin
No comments:
Post a Comment