1. Fokus sebelum mempelbagaikan perniagaan.
Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.2. Kejayaan perlukan masa
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang.3. Jangan putus asa, sentiasa maju kehadapan.
Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan.4. Bersedia untuk membantu
Beliau pesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membantu.5. Yakin pada diri sendiri
Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita.6. Berniaga untuk memberi manfaat pada orang lain
Jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan.7. Usahawan Muslim ada Akhirat
Setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.Semoga bermanfaat kepada anda. Sila share artikel jika anda ingin memberi inspirasi kepada kawan-kawan anda. Terima kasih
sumber: http://www.ainor.com.my/7-pesanan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary-kepada-usahawan/
No comments:
Post a Comment