Wednesday, June 27, 2012
KEMENANGAN YANG DITUNGGU....
Dr Muhammad Mursi
Alhamdulillah....
Gelombang kemenangan Dr. Mursi kini menjalar keseluruh dunia. Muslim dan non-muslim berkata2 mengenainya. Dada2 para pejuang kini penuh dengan harapan dan keyakinan. Para musuh mengira2 langkah seterusnya. Israel juga tak duduk diam memikirkan untung nasib seterusnya.
Dr Mursi tidaklah setaraf para sahabat maupun tabie. Tetapi auranya dan harumnya melangkaui gunung dan lautan. Bayangkan bagaimana aura jika para sahabat yang mendapat kemenangan dulu, raja2 pun akan tunduk . Itulah tanda2 kebesaran Tuhan. Jika ia menghendaki, itu mudah. Tapi ia mau melihat dulu gugurnya titik peluh para pejuang, supaya kemenangan itu akan lebih manis.
Ini membawa maksud para pejuang jangan undur dan mundur dalam perjuangan. Setiap kepenatan dan pengorbanan mereka tidaklah sia2. Semua nya dikira sebagai buah tangan yang akan dibawa di akhirat nanti. Walaupun telah gugur Hassan al Banna, Syeikh Ahmad Yassin, Dr Azzam dan lain2, namun nama mereka tetap harum di kalangan orang2 beriman. Sedangkan Hosni Mubarak kian dilupakan dan ditinggalkan. Harta kekayaan yang berbillion itu tidak dapat membeli untung nasibnya sendiri. Seperti tumbangnya Shah Iran dulu, terbuang dan dilupakan.
Gendang perang baru di mulakan. Kini seluruh orang2 beriman sedang menyahut paluan gendang ini. Anak-anak muda mula mengatur langkah yang padu. Semuanya mahu paluan ini menjadi pembakar semangat yang akan membawa mereka ke kemenangan yang seterusnya. Para pekerja akan memerah keringat dengan lebih giat bagi membantu kemenangan yang akan datang. Pemimpin2 akan terus sabar dan bijaksana dalam menangani segala masalah. Para abid terus berdoa dengan bersungguh2.
Pidato Perdana Presiden Mursi
"Saya tidak mungkin berdiri di hadapan anda sekalian kecuali berkat rahmat Allah SWT
Terima kasih dan penghormatan kepada syuhada dan luka-luka teriring doa atas jasa mereka yang telah membuka pintu
Terima kasih kepada masyarakat Mesir dan tentera yang saya cinta. Tidak ada yang mengetahui dalamnya cinta kecuali Allah SWT
Terima kasih kepada hakim-hakim Mesir yang tengah mengawasi dan melancarkan pilihan raya
(Dalam pidato Mursi menyebut wilayah-wilayah yang tidak mendapat perhatian dari Mubarak selama 30 tahun)
Para pekerja, pemandu bas, para pelajar, semuanya adalah keluarga saya. Saya tidak akan membeza-bezakan
Mari kita melanjutkan perjalanan, agar semua tuntutan revolusi tercapai
Dahulu kita selalu bertanya-tanya: bila-bila rakyat akan menjadi sumber kuasa sebagaimana di negara-negara lain?
Sekarang, anda sekalian adalah penguasa
Rakyat dan penguasa sama di sisi undang-undang
Saya tidak mempunyai hak. Semua yang saya punya hanyalah kewajipan
Apabila saya tidak melaksanakan semua janji-janji saya, maka janganlah patuhi saya
Wa'tashimu bihablillahi jami'an wa laa tafarraqu. Shadaqallahul Adzim
Mari bersama-sama kita pikul projek kebangkitan. Demi masa depan Mesir
Kita semua bangsa Mesir, Muslim mahupun Kristian, kita semua pelaku peradaban
Saya akan menjaga semua perjanjian dengan semua negara. Saling menghargai. Saya tidak izinkan campur tangan asing
Ketahuilah semuanya, bahawa semua keputusan Mesir bergantung pada keinginan rakyatnya
Saya faham bahawa kita semua dalam keadaan yang sulit. Tapi dengan taufik Allah kita akan melalui semua ini.
Saya tidak akan mengkhianati kamu semua. Wattaqu yauman turjauuna fihi ilallahi
Semua orang melihat itu jauh. Tapi kita memandang semua itu dekat."
PRU 13
PRU ke 13 Malaysia hampir tiba. Para pejuang siang dan malam mahu memastikan undi rakyat tidak tersalah lagi memilih pihak yang lebih baik dan adil. Kita berdoa dan berkerja semoga negara kita juga akan merasai kemanisan seperti mana yang dirasai oleh rakyat Mesir. Amin...ya Allah.
kemenangan itu tanda permulaan kebangkitan Islam.
ReplyDeleteInsya Allah
Deleteitu lah yang kita harapkan