Tuesday, June 26, 2012

MELAKAR MESIR BARU....

Assalamualaikum,
 
   
    Saya sedang  berada di tengah lautan manusia di malam itu, di Padang Datuk Abdullah Ahmad Badawi di Butterworth  saat diisytiharkan secara rasmi kemenangan Dr. Mursi sebagai presiden Mesir yang baru. Bendera2 dikibarkan dan trompet2 dibunyikan seolah2 kemenangan itu  berlaku di Malaysia ini. Pemandu2 berhenti dan turun ketanah untuk sujud syukur. Semangat jadi berkobar2, sambil hati menangis kegembiraan bila mendengar perisytiharan itu. Ianya bagai hujan anugerah  Allah yang turun dari langit setelah lebih 80 tahun menanti,  bermula saat kesyahidan Hassan al Banna tahun 1948. Ianya ditunggu2, ianya diperjuangkan sejak sekian lama. Banyak darah yang telah tumpah, banyak nyawa yang jadi taruhan, banyak isteri yang telah menjadi janda dan banyak anak yang jadi yatim kerana ingin mencatat sejarah ini.
sujud syukur Dari Mesir ke Baitul Maqdis....! 
               
 Sujud syukur di Medan Tahrir.....lautan manusia

        Tapi kemenangan bukan bererti kesenangan, bukan bererti kerehatan. Musuh yang terdiri dari kafirin dan munafiqin sentiasa mencari jalan dan peluang untuk memberi pukulan yang boleh membawa mudharat kepada kemenangan yang masih muda ini. Itu  belum lagi dari musuh yang ada di dalam negeri Mesir sendiri yang terdiri dari kroni2 Hosni Mubarak yang kini telah patah kaki sebelah dek kekalahan puak Hosni Mubarak. Mereka akan berbuat apa saja hatta bersengkongkol dengan AS dan Israel bagi memuaskan nafsu serakah mereka. Manakala AS pasti akan mengkaji kelemahan kerajaan yang baru ini untuk dieksplotasi.


Perayaan menjalar keseluruh Mesir
       

Perkara yang dekat dan menakutkan (moga ia dijauhi) adalah perpecahan dikalangan pejuang2 yang telah menggulingkan Hosni Mubarak dulu. Kerana saya ada mendengar bahawa sebelum ini telah berlaku perpecahan di kalangan Ikhwanul sendiri kerana berbeza fahaman disebabkan latar belakang pendidikan yang berbeza. Apa yang boleh dipanggil golongan liberal berpendidikan barat. Mereka telah menubuhkan parti yang baru tapi akhirnya masih kalah di pusingan pertama dahulu. Jadi, ini adalah anasir2 yang harus diperhatikan kerana musuh mungkin akan menggunakan mereka untuk melemahkan kerajaan pimpinan yang ada.


       Membangun ekonomi rakyat yang sekian lama terpinggir, campurtangan kuasa dari pihak tentera, menguruskan perjanjian yang berat sebelah sebelum ini terutama dengan penaung seperti AS dan Israel, menjawab segala tuduhan dan tohmahan dari pihak luar dan lain2 lagi, adalah satu beban yang bukan kepalang yang akan ditanggung oleh Dr. Mursi dan pasukannya nanti.. Namun kita sentiasa mendoakan akan kejayaan dan kemudahan dalam menangani segala perkara yang akan timbul nanti. Kerana bagi pejuang itu setiap titik peluh dan kepenatan dalam menegakkan kalimah Allah akan dikira sebagai pahala yang tidak ada pada orang kafir dan munafiqin.

        Moga Allah memberi kamu ketenangan dan idea2 dalam setiap langkah mu. Amin ya rabbal alamin....

No comments:

Post a Comment