ADAKAH DEMONSTRASI AMAN ITU KHAWARIJ?
Penjelasan
oleh tokoh pemikir Islam Mesir, Dr Muhammad 'Imarah tentang video fatwa
bahawa orang yang keluar berdemonstrasi adalah khawarij dan terbunuhnya
penunjuk perasaan. Berikut beberapa point penting dalam ucapan beliau;
- Menghukumkan khawarij maksudnya ialah keluar menentang pemerintah
yang sah dengan bersenjata. Mereka yang keluar berdemonstrasi secara
aman menentang rampasan kuasa tentera tidaklah dihukum begitu kerana
mereka keluar untu mempertahankan perlembagaan dan hak-hak mereka.
- Walaupun mereka keluar bersenjata menyokong Dr Morsi, itu tidaklah
menjadikan mereka kafir tetapi disebut sebagai 'bughoh' (ingkar) dan
tidak mengeluarkan mereka dari agama. Tidak layak untuk seseorang
menghukum seseorang yang bergaduh dengannya sebagai terkeluar dari agama
(kafir).
- Penunjuk perasaan secara aman menentang rampasan kuasa apabila dibunuh dikira syahid.
- Tiada ketaatan pada makhluk yang menyuruh kepada maksiat pada
Pencipta. Dan ke atas tentera dan pegawai yang tidak menuruti perintah
membunuh penunjuk perasaan, walaupun mereka dibunuh kerana enggan
menaati perintah, dia dikira syahid.
- Penentangan secara aman
ke atas rampasan kuasa adalah wajib. Kerana jika kita tidak menentang
rampasan kuasa ini, pasti negara akan menjadi mangsa kepada negara polis
yang dibuat Mesir.
*video (arab) penuh klik sini
http://www.youtube.com/watch?v=t2ru5Qfm_bo
Sumber: FJP
No comments:
Post a Comment