"Hukum Tentera Mesir Membunuh Rakyat Atas Arahan Kementerian"
Dr Yusuf al-Qaradhawi memberikan fatwa bahawa mana-mana tentera yang
bertindak dengan membunuh rakyat Mesir yang berhimpun secara aman adalah
haram dan ia merupakan maksiat kepada Allah walaupun mereka ditekan
atas arahan dari Kementerian.
Hal ini jelas dengan nas-nas yang mengharamkan pembunuhan jiwa tanpa hak
serta menolong dan bersubahat ke atas perkara zalim. antara nas-nas
berikut ialah :
- Surah Hud : 113
- Surah al-Nisa : 93
- hadis riwayat al-Tirmidzi, al-Nasai dan Ibnu Majah daripada Abdullah
bin Amru. Nabi SAW menyatakan bahawa hancurnya dunia lebih ringan
daripada membunuh seorang lelaki muslim
- hadis riwayat
al-Tirmidzi daripada Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah. Nabi SAW
menyatakan jika penduduk langit dan bumi bekerjasama menumpahkan darah
seorang mukmin maka Allah akan bumban ke dalam neraka
bahkan tiada ketaatan dalam perkara maksiat sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi SAW.
"Bagi sesiapa dalam bidang ini (tentera) maka hendaklah takutkan Allah,
dan jangan jadi pembantu kepada pihak yang zalim, jangan bunuh rakyat
Mesir, dan jangan bantu kezaliman ke atas seseorang." - Dr Yusuf
al-Qaradhawi
sumber : qaradawi.net
No comments:
Post a Comment