Saturday, June 30, 2012

DUNIA DI PENGHUJUNG KEKUASAAN AMERIKA



Buku apakah yang di pegang Obama....?

Beberapa hari yang lalu ketika Presiden Obama turun dari pesawat, juru kamera sempat memfokuskan lensa kameranya ke arah buku yang di bawa Obama, buku tersebut berjudul " THE POST AMERICAN WORLD" yang di tulis oleh seorang muslim bernama "FARID RAFIQ ZAKARIA".
Tahukah anda buku ini berisi tentang "DUNIA DI PENGHUJUNG KEJATUHAN KEKUASAAN AMERIKA" ya tentu saja Obama khawatir pasca terpilihnya tokoh Ikhwanul Muslimin sebagai Presiden Mesir.

Selama ini Mesir merupakan salah satu sekutunya di Timur Tengah selain Israel, kekhawatiran Obama sangat beralasan karena Mesir memiliki pengaruh yang besar di Timut tengah, kerana Mesir memiliki kekuatan tentera   yang cukup kuat.

Apakah rancangan Amerika seterusnya terhadap Mesir?


sumber: zilzaal

Wednesday, June 27, 2012

KEMENANGAN YANG DITUNGGU....

 
Dr Muhammad Mursi


Alhamdulillah....

           Gelombang kemenangan Dr. Mursi kini menjalar keseluruh dunia. Muslim dan non-muslim berkata2 mengenainya. Dada2 para pejuang kini penuh dengan harapan dan keyakinan. Para musuh mengira2 langkah seterusnya. Israel juga tak duduk diam memikirkan untung nasib seterusnya.

          Dr Mursi tidaklah setaraf para sahabat maupun tabie. Tetapi auranya dan harumnya melangkaui gunung dan lautan. Bayangkan bagaimana aura jika para sahabat yang mendapat kemenangan dulu, raja2 pun akan tunduk . Itulah tanda2 kebesaran Tuhan. Jika ia menghendaki, itu mudah. Tapi ia mau melihat dulu gugurnya titik peluh para pejuang, supaya kemenangan itu akan lebih manis.

         Ini membawa  maksud para pejuang jangan undur dan mundur dalam perjuangan. Setiap kepenatan dan     pengorbanan mereka  tidaklah sia2. Semua nya dikira sebagai buah tangan yang akan dibawa di akhirat nanti. Walaupun telah gugur Hassan al Banna, Syeikh Ahmad Yassin, Dr Azzam dan lain2, namun nama mereka tetap harum di kalangan orang2 beriman. Sedangkan Hosni Mubarak kian dilupakan dan ditinggalkan. Harta kekayaan yang berbillion itu tidak dapat membeli untung nasibnya sendiri.  Seperti tumbangnya Shah Iran dulu, terbuang dan dilupakan.

        Gendang perang baru di mulakan. Kini seluruh orang2 beriman sedang menyahut paluan gendang ini. Anak-anak muda mula mengatur langkah yang padu. Semuanya mahu paluan ini menjadi pembakar semangat yang akan membawa mereka ke kemenangan yang seterusnya. Para pekerja akan memerah keringat dengan lebih giat bagi membantu kemenangan yang akan datang. Pemimpin2 akan terus sabar dan bijaksana dalam menangani segala masalah. Para abid terus berdoa dengan bersungguh2.


Pidato Perdana Presiden Mursi

"Saya tidak mungkin berdiri di hadapan anda sekalian kecuali berkat rahmat Allah SWT
Terima kasih dan penghormatan kepada syuhada dan luka-luka teriring doa atas jasa mereka yang telah membuka pintu

Terima kasih kepada masyarakat Mesir dan tentera yang saya cinta. Tidak ada yang mengetahui dalamnya cinta kecuali Allah SWT

Terima kasih kepada hakim-hakim Mesir yang tengah mengawasi dan melancarkan pilihan raya

(Dalam pidato Mursi menyebut wilayah-wilayah yang tidak mendapat perhatian dari Mubarak selama 30 tahun)


Para pekerja, pemandu bas, para pelajar, semuanya adalah keluarga saya. Saya tidak akan membeza-bezakan

Mari kita melanjutkan perjalanan, agar semua tuntutan revolusi tercapai

Dahulu kita selalu bertanya-tanya: bila-bila rakyat akan menjadi sumber kuasa sebagaimana di negara-negara lain?
Sekarang, anda sekalian adalah penguasa

Rakyat dan penguasa sama di sisi undang-undang

Saya tidak mempunyai hak. Semua yang saya punya hanyalah kewajipan

Apabila saya tidak melaksanakan semua janji-janji saya, maka janganlah patuhi saya

Wa'tashimu bihablillahi jami'an wa laa tafarraqu. Shadaqallahul Adzim

Mari bersama-sama kita pikul projek kebangkitan. Demi masa depan Mesir

Kita semua bangsa Mesir, Muslim mahupun Kristian, kita semua pelaku peradaban

Saya akan menjaga semua perjanjian dengan semua negara. Saling menghargai. Saya tidak izinkan campur tangan asing

Ketahuilah semuanya, bahawa semua keputusan Mesir bergantung pada keinginan rakyatnya

Saya faham bahawa kita semua dalam keadaan yang sulit. Tapi dengan taufik Allah kita akan melalui semua ini.

Saya tidak akan mengkhianati kamu semua. Wattaqu yauman turjauuna fihi ilallahi
Semua orang melihat itu jauh. Tapi kita memandang semua itu dekat."


PRU 13

        PRU ke 13 Malaysia hampir tiba. Para pejuang siang dan malam mahu memastikan undi rakyat tidak tersalah lagi memilih pihak yang lebih baik dan adil. Kita berdoa dan berkerja semoga negara kita juga akan merasai kemanisan seperti mana yang dirasai oleh rakyat Mesir.  Amin...ya Allah.  

Tuesday, June 26, 2012

MELAKAR MESIR BARU....

Assalamualaikum,
 
   
    Saya sedang  berada di tengah lautan manusia di malam itu, di Padang Datuk Abdullah Ahmad Badawi di Butterworth  saat diisytiharkan secara rasmi kemenangan Dr. Mursi sebagai presiden Mesir yang baru. Bendera2 dikibarkan dan trompet2 dibunyikan seolah2 kemenangan itu  berlaku di Malaysia ini. Pemandu2 berhenti dan turun ketanah untuk sujud syukur. Semangat jadi berkobar2, sambil hati menangis kegembiraan bila mendengar perisytiharan itu. Ianya bagai hujan anugerah  Allah yang turun dari langit setelah lebih 80 tahun menanti,  bermula saat kesyahidan Hassan al Banna tahun 1948. Ianya ditunggu2, ianya diperjuangkan sejak sekian lama. Banyak darah yang telah tumpah, banyak nyawa yang jadi taruhan, banyak isteri yang telah menjadi janda dan banyak anak yang jadi yatim kerana ingin mencatat sejarah ini.
sujud syukur Dari Mesir ke Baitul Maqdis....! 
               
 Sujud syukur di Medan Tahrir.....lautan manusia

        Tapi kemenangan bukan bererti kesenangan, bukan bererti kerehatan. Musuh yang terdiri dari kafirin dan munafiqin sentiasa mencari jalan dan peluang untuk memberi pukulan yang boleh membawa mudharat kepada kemenangan yang masih muda ini. Itu  belum lagi dari musuh yang ada di dalam negeri Mesir sendiri yang terdiri dari kroni2 Hosni Mubarak yang kini telah patah kaki sebelah dek kekalahan puak Hosni Mubarak. Mereka akan berbuat apa saja hatta bersengkongkol dengan AS dan Israel bagi memuaskan nafsu serakah mereka. Manakala AS pasti akan mengkaji kelemahan kerajaan yang baru ini untuk dieksplotasi.


Perayaan menjalar keseluruh Mesir
       

Perkara yang dekat dan menakutkan (moga ia dijauhi) adalah perpecahan dikalangan pejuang2 yang telah menggulingkan Hosni Mubarak dulu. Kerana saya ada mendengar bahawa sebelum ini telah berlaku perpecahan di kalangan Ikhwanul sendiri kerana berbeza fahaman disebabkan latar belakang pendidikan yang berbeza. Apa yang boleh dipanggil golongan liberal berpendidikan barat. Mereka telah menubuhkan parti yang baru tapi akhirnya masih kalah di pusingan pertama dahulu. Jadi, ini adalah anasir2 yang harus diperhatikan kerana musuh mungkin akan menggunakan mereka untuk melemahkan kerajaan pimpinan yang ada.


       Membangun ekonomi rakyat yang sekian lama terpinggir, campurtangan kuasa dari pihak tentera, menguruskan perjanjian yang berat sebelah sebelum ini terutama dengan penaung seperti AS dan Israel, menjawab segala tuduhan dan tohmahan dari pihak luar dan lain2 lagi, adalah satu beban yang bukan kepalang yang akan ditanggung oleh Dr. Mursi dan pasukannya nanti.. Namun kita sentiasa mendoakan akan kejayaan dan kemudahan dalam menangani segala perkara yang akan timbul nanti. Kerana bagi pejuang itu setiap titik peluh dan kepenatan dalam menegakkan kalimah Allah akan dikira sebagai pahala yang tidak ada pada orang kafir dan munafiqin.

        Moga Allah memberi kamu ketenangan dan idea2 dalam setiap langkah mu. Amin ya rabbal alamin....

Thursday, June 21, 2012

SEJARAH RINGKAS JEMAAH IKHWANUL MUSLIMIN







Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam yang mengajak dan menuntut agar tertegaknya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW , dan diserukan oleh para salafus-soleh, bekerja denganNYA dan untukNYA, keyakinan yang bersih yang berakar teguh dalam hati, pemahaman yang benar pada  akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Kini, gerakan IM tersebar ke seluruh dunia.

Pengasas IM adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa Islam. Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid. HAB dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna, seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang diwarisi HAB.

Bapa HAB merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh juga penyusun hadis imam 4 serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai benyak koleksi kitab-kitab dan buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama’ dan cendekiawan.

Adik beradik HAB adalah:
1. Abd Rahman – pengasas Persatuan Tamadun Islam dan kemudiannya bergabung dengan IM
2. Fatimah
3. Muhammad
4. Abdul Basit – merupakan polis di Kaherah tetapi kemudian berhenti berpindah ke Saudi (ana tak ingat pulak bila dan mengapa beliau berhenti)
5. Zainab – meniggal dunia ketika kecil
6. A. Jamaluddin – dikenali sebagai Jamal Banna dan merupakan seorang penulis dan pengarang
7. Fauziah – isteri kepada Abd Karim Mansur, seorang peguam yang menemani HAB dan ditembak di hadapan Pejabat Syabab Al-Muslimun bersama Imam HAB.

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al ‘Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)

Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama’atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-’Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi “penasihat dan guru” bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka “matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan”. Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab
di sekolah rendah kebangsaan di Isma’iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6)

Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.

Sebagai anak sulung dalam keluarganya, HAB sangat ambil berat pendidikan adik-beradiknya. Beliau merupakan penasihat peribadi ayah dan adik-beradiknya. Beliau juga berperanan dalam perkembangan pendidikan abang-abangnya. Kerana peribadinya, beliau menekan disiplin dalam keluarganya serta beliau juga mengatur perbelanjaan dalam keluarganya. Ketika bekerja sebagai guru, beliau sanggup memotong sebahagian gajinya dan peruntukkan untuk keluarganya. Hal ini menjadikan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.

Kepintaran HAB dan pendidikannya tidak dibatasi masa, sebaliknya beliau mengurus masa beliau dengan sistematik. Ketika siangnya, beliau akan belajar di sekolah, setelah tamat sesi pembelajran, beliau akan belajar membaiki jam dengan ayahnya sehingga isya’. selepas Isya’ adalah waktunya untuk mengulangkaji pelajaran dan waktu subuh adalah waktunya menghafal Quran.

Jamaah Ikhwanul Muslimin berdiri di kota Ismailiyyah, Mesir pada tahun 1928 iaitu 4 tahun selepas kejatuhan sistem khalifah Islam terakhir iaitu Khalifah Turki Uthmaniyyah,  oleh HAB, bersama keenam tokoh lainnya, yaitu Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz dan Zaki al-Maghribi.
Ikhwanul Muslimin pada saat itu dipimpin oleh Hassan al-Banna. Pada tahun 1930, Anggaran Dasar Ikhwanul Muslimin dibuat dan disahkan pada Rapat Umum Ikhwanul Muslimin pada 24 Sep 1930
. Pada tahun 1932, struktur administrasi Ikhwanul Muslimin disusun dan pada tahun itu pula, Ikhwanul Muslimin membuka cabang di Suez, Abu Soweir dan al-Mahmoudiya. Pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin menerbitkan majalah mingguan yang dipimpin oleh Muhibuddin Khatib.

Pemikiran IM adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu : -

1. Baiki diri – 10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain

2. Baitul Muslim – didik keluarga dengan cara Islam & hormat fikrah Islam
- Dahulukan hak & Tanggungjawab

3. Bimbing Masyarakat -kembang aspek dan budaya Islam dalam masyarakat
- Amar Makruf Nahi Munkar

4. Kerajaan Islam

5. Bebas tanah air daripada kuasa asing

6. Satukan negara-negara Islam

7.Panji Islam kembali berkibar – satu suara, perpaduan ummah

MOTTO IM:
-Allahu Ghayatuna
-Ar-Rasul Qudwatuna
-Al-Quran dusturuna
-Al-jihadu sabiluna
-Al-mautu fisabilillah asma’ amanina

Ruang lingkup dakwah IM:
-Dakwah Salafiah
-Tariqah Sunniah
-Hakikah Sufiyah
-Hai’ah Siyasiah
-Jamaah Riyadiah
-Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
-Syirkah Iqtisodiyah
-Fikrah ijtimaiah

yang melingkipu seluruh aspek….

Pimpinan IM:

1.Hassan Al Banna (1928-1949)



2. Hassan Al-Hudaibi (1949-1972)


3.Umar Tilmisani (1972-1986)


4.Muhammad Hamid Abu Nasr (1986-1996)


5.Mustafa Masyhur (1996-2002)


6. Ma’mun Al-Hudaibi (2002-2004)


7. Muhammad Mahdi Akif (2004 – current)



sumber: inijalanku.wordpress

Tuesday, June 19, 2012

REZEKI JAMINAN ALLAH

 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Muktakhir ini, ramai yang sakit jiwa, hidup dalam tekanan, jiwa gelisah tidak keruan, suka bertempik-tempik tatkala mendapat surat-surat peringatan hutang. Bahkan ada yang mengancam membunuh anak-anak jika di nasihat dan menerima surat hutang piutang.

Begitulah keadaan mereka  yang hidup dengan resah dan gelisah. Bukanlah tidak boleh berhutang, tapi biarlah terancang dan dalam kemampuan. Mahligai mana sangat untuk dibeli dengan hutang keliling pinggang. Kebanyakan adalah mereka yang punyai rumah dan kereta menjalar melebihi dari yang diperlukan. Sedangkan pemerhatian ana, mereka yang menjual ais krim, kerja alam flora, kerja pengawal keselamatan, masih boleh membina kehidupan. Bahkan anak-anak mereka berderetan. Mereka tidak bising dengan hutang. Kenapa mereka masih boleh menjalani kehidupan. Rumah mereka, disitulah tempat makan dan disitu juga tempat anak bergelimpangan tidur dalam gurau-gurauan. Sempat berceloteh dengan penuh senyuman.


Sayangnya, yang bermasalah , suka marah-marah, mengherdik bila hutang di tuntut, adalah mereka yang bergaji atas 4 angka. Cara hidup mereka tidak seperti yang di gambarkan. Hidup mereka ala mewah. Bila berbincang pasal hutang, meraih simpati bagai orang yang terbuang. Bila balik kampung halaman, mereka-mereka inilah yang gah di sisi rakan taulan, jiran sewaktu persekolahan. Pandai sungguh mereka ini berlakon. Inilah yang berlaku pada peminjam-peminjam. Perkara ini, di bongkar oleh mereka yang memberi jaminan. Betapa meradang penjamin dengan lagak gaya mereka bila pulang bertandang ke kampung halaman. Sedang mereka inilah yang sangat liat membayar hutang.


Kebanyakan insan hari ini, lupa rezeki adalah jaminan Allah bagi orang-orang yang bertaqwa. Kebanyakan manusia hari ini disibukkan mencari rezeki, namun masa untuk datang ke rumah Allah berbagai alasan di beri. Bandingan orang bertaqwa dalam mencari rezeki, mereka punyai masa mengabdi diri, menghadiri majlis-majlis ilmu dan berbakti kepada jiran tetangga. Berapa banyak di kaji selidik baik pelajar sekolah begitu juga ibubapa kepada pelajar ramai yang tidak mendiri kan solat, dan tidak sempurna solat 5 waktunya. Bila kita banyak menghampir diri kepada Allah, maka banyaklah pula pemberian Allah kepada kita.


Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


Begitu jugalah dalam sibuk menjalani kehidupan harian, ramai yang mengabaikan kedua ibubapa. Bukan setakat mereka tidak pernah di tanyai makan ke?, tidak ke? mereka, sakit ke?, sihat ke?mereka.

Masing-masing terlalu kurang, dan berkira-kira walau menghantar suara buat kedua orang tua. Bahkan tidak ramai yang mendoakan kedua ibubapa mereka untuk kesejahteraan kehidupan mereka dunia akhirat. Ini juga menjadi penyebab kenapa ramai hari ini, mencari kesenangan, tetapi bukan bertambah senang, tetapi hanya menambah hutang.
Adakalanya rezekinya terputus terus, dan sudah tua bangka masih bergantung dengan ibu bapa yang telah lemah Qudratnya. Ibubapa ini yang berusaha dengan titik peluh mereka, hasil mereka kadang-kadang dapat lagi menyara anak-anak yang telah cukup dewasa bahkan telah berumah tangga dan beranak pinak pula. Malunya mereka yang telah terputus rezeki dari Allah, pasti kena kembali muhasabah semula dimana silapnya. Sebuah hadis menyebutkan di mana maksudnya,


“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


Maka koreksi diri, perbaiki segala hubungan, kerana memutuskan hubungan akan memutuskan rezeki yang Allah anugerahkan untuk hamba-hambanya. Ini jelas di sebutkan di dalam sebuah hadis,

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)


Sekiranya anda ingin hajat-hajat anda dipenuhi, seboleh-bolehnya penuhilah hajat-hajat mereka yang memerlukan. Hindarkan dari hidup mementingkan diri sendiri, orang yang mementingkan diri sendiri, tidak akan mendapat pertolongan baik dari manusia, maupun dari Allah yang menciptakan semua makhluknya yang semata-mata diturunkan untuk di uji siapakah yang paling baik amalannya.


“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)


Kembalilah kepada keyakinan sebenar, yang memberi rezeki adalah Allah semata. Tatkala seseorang mulai melupakan Allah, Allah juga akan melupai mereka. Janganlah terlalu mengejar kehidupan dan perkara-perkara yang hendak di tinggalkan di dunia, sehingga anda semua meninggalkan perkara-perkara yang pastinya menjadi perkiraan di sisi Allah untuk kembali bertemu denganNya untuk kesudahan kehidupan samada syurga atau neraka. Barang siapa yang menginginkan keselamatan di akhirat, hidup yang kekal selama-lamanya samada memilih bahagia atau untuk menghindarkan kecelakaan, bangkitlah, sedarlah, ketuklah pintu hati .. ayuh segera kembali mengutip segala bekalan, kerana dalam beberapa ketika lagi, pasti kita akan bertemu dengan Tuhan yang menciptakan. JanjiNya sangat benar. Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita di kembalikan.


sumber: Julia Yacob

Sunday, June 17, 2012

TIDUR SELEPAS SUBUH DAN SELEPAS ASAR

Hukum Tidur Selepas Waktu Subuh:
 

Nabi Muhammad saw bersabda: "Berpagi-pagilah (subuh) didalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan merupakan kejayaan."

(Hadis Riwayat Tabarani dalam al-Awsath).

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya telah tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:

"Bangun! Apakah kamu tidur di waktu rezeki dibahagi-bahagikan?"

Di dalam Riwayat yang lain, yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yang empat dan Ibnu Hibban di dalam Sohihnya. Nabi Muhammad saw telah melihat anaknya Fatimah r.anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar sehingga terbit matahari.'

(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

- Para fuqaha telah menetapkan "Hukum Makruh" tidur selepas subuh.

"Dimakruhkan tidurmu, Wahai Mukallaf selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang berakal."
(Dinukilkan oleh Imam as-Safarini)


Hukum Tidur Selepas Waktu Asar:

Dalam kitab Miskatul Masabih menyebutkan:

Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.

Ibnu Qaiyyim menambah:

"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ianya akan mewarisi penyakit kebengkakan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya), malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Jadi, hukumnya juga makruh iaitu dikeji.

Setengah Alim Ulamak mengatakan:

"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah dia mencaci selain dari dirinya sendiri."


sumber: 
Zaid Acerz Maskor

______________________________________________________


Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:
Pertama:

Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba.

Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat

kerana mengganggu orang yang solat.


Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.

Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
 (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)


Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.

Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)


Kelima:

Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق

“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم

“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”



Keenam:

Tidur sebelum isya,

kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari – sahih)


Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.

Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

” Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
 (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)


Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah.

Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.


Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang.

Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.


Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap.

Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
 (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)


Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)


Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.

Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)

sumber: jalanakhirat

PEMBUNUHAN ETNIK MUSLIM DI MYANMAR

rohingya 1 dihina Thailand1 Ummah yang dilupakan..... 
Pelarian Rohingya yang dilayan seperti hamba di Thailand.


Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat Islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

Siapakah umat Islam Rohingya?



Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, danBengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.




Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran

e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.

Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.



Diheret ke tengah lautan dalam dan dibiarkan di dalam kapal yang telah dicabut enjinnya

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.



Pelarian Rohingya di Acheh.

Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Kalau bukan kita, siapa lagi ?

Kenapakah kami dilupakan ?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud:

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangan kami”

Beberapa saranan :
Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.
Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancong dari beberapa negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.
NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.
Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.
Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.



Keceriaan mereka, kegembiraan kita….

Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”

Hadith riwayat Muslim.

Ps: Wahai umat Islam Rohingya, mintalah pertolongan dari Allah dengan solat dan sabar
     Selepas kesedihan pasti ada kegembiraan.


sumber: zainurrasyid.com

Saturday, June 16, 2012

BENARKAH ORANG-ORANG MULIA SEMUANYA BERJANGGUT?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِهِ وَ أَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ وَ بَعْدُ:



Dari dulu hingga sekarang orang-orang mulia suka membiarkan dan memelihara janggutnya. Berikut pembuktiannya:

Para Nabi dan Rasul ‘Alaihimus Salam Berjanggut
[1]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berjanggut:

قَالَ جَابِرُ بْنُ سَمُرَةَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ شَمِطَ مُقَدَّمُ رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ، وَكَانَ إِذَا ادَّهَنَ لَمْ يَتَبَيَّنْ، وَإِذَا شَعِثَ رَأْسُهُ تَبَيَّنَ، وَكَانَ كَثِيرَ شَعْرِ اللِّحْيَةِ.

Jabir bin Samurah berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah beruban rambut kepala dan janggutnya. Apabila beliau meminyakinya, ubannya tidak nampak, dan apabila rambut kepalanya kusut, nampaklah uban itu. Rambut janggut beliau amat lebat.”
 [Shahih: Shahih Muslim (no. 4326)]


Saat menyifati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا قَصِيرٌ وَلا طَوِيلٌ، عَظِيمَ الرَّأْسِ رَجِلَهُ، عَظِيمَ اللِّحْيَةِ.

“Rasululluh shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak berpostur pendek, tidak pula tinggi, dan lebat janggut beliau.”
 [Hasan lighairi: Musnad Ahmad (no. 946). Lihat Tahdzibul Kamal (XII/53) dan at-Tarikh al-Kabir (IV/282) oleh al-Bukhari]


قَالَ أَبُوْ مَعْمَرٍ: قُلْنَا لِخَبَّابٍ أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِى الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ؟ قَالَ: نَعَمْ. قُلْنَا: بِمَ كُنْتُمْ تَعْرِفُونَ ذَاكَ؟ قَالَ: بِاضْطِرَابِ لِحْيَتِهِ.

Abu Ma’mar berkata, “Aku bertanya kepada Khabbab, ‘Apakah Rasulullah membaca (surat) dalam shalat Zhuhur dan Ashar?’ Dia menjawab, ‘Ya.’ Aku bertanya, ‘Dengan apa anda mengetahui itu?’ Jawabnya, ‘Dengan gerakan janggut beliau.’”
[Shahih: Shahih al-Bukhari (no. 746), Sunan Abu Dawud (no. 801), dan Sunan Ibnu Majah (no. 826)]

[2]

Nabi Harun ‘alaihis salam Berjanggut:
Allah Yang Mahatahu mengabarkan:

(( قَالَ يَا ابْنَ أُمَّ لَا تَأْخُذْ بِلِحْيَتِي وَلَا بِرَأْسِي ))

“Dia (Harun) berkata (kepada Musa), “Hai putra ibuku! Janganlah kamu pegang janggutku dan jangan pula kepalaku.”
 [QS. Thaha [20]: 94]

Para Shahabat Radhiyallahu ‘Anhum Berjanggut
[3]

Utsman bin Affan Radhiyallahu ‘Anhu Berjanggut:

قَالَ شَقِيقُ بْنُ سَلَمَةَ: رَأَيْتُ عُثْمَانَ تَوَضَّأَ فَخَلَّلَ لِحْيَتَهُ وَقَالَ: هَكَذَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ.

Syaqiq bin Salamah berkata, “Aku melihat Utsman berwudhu lalu menyela-nyela janggutnya dan berkata, ‘Demikian aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berwudhu.’”
 [Hasan: Sunan ad-Darimi (no. 731). Dinilai hasan oleh Syaikh Husain Salim Asad]

[4]

Ibnu ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhuma Berjanggut:


قَالَ مَرْوَانُ ابْنُ سَالِمٍ الْمُقَفَّعَ: رَأَيْتُ ابْنَ عُمَرَ يَقْبِضُ عَلَى لِحْيَتِهِ.

Marwan bin Salim al-Muqaffa’ berkata, “Aku pernah melihat Ibnu ‘Umar memegang janggutnya.”
 [Hasan: Sunan Abu Dawud (no. 2357). Dinilai hasan oleh Syaikh al-Albani]

[5]

Abdullah Ayah Jabir bin Abdillah Radhiyallahu ‘Anhuma Berjanggut
قَالَ جَابِرٌ: دُفِنَ مَعَ أَبِي رَجُلٌ فَكَانَ فِي نَفْسِي مِنْ ذَلِكَ حَاجَةٌ فَأَخْرَجْتُهُ بَعْدَ سِتَّةِ أَشْهُرٍ، فَمَا أَنْكَرْتُ مِنْهُ شَيْئًا إِلَّا شُعَيْرَاتٍ كُنَّ فِي لِحْيَتِهِ مِمَّا يَلِي الْأَرْضَ.

Jabir berkata, “Ayahku dikubur bersama seseorang, sehingga muncul keinginan pada diriku untuk membongkarnya setelah enam bulan lamanya. Aku tidak melihat perubahan padanya selain rambut-rambut janggutnya menempel tanah.”
 [Shahih: Sunan Abu Dawud (no. 3232). Dinilai shahih oleh Syaikh al-Albani]

[6]

Mughits Radhiyallahu ‘Anhu Berjanggut

قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: أَنَّ زَوْجَ بَرِيرَةَ كَانَ عَبْدًا يُقَالُ لَهُ مُغِيثٌ كَأَنِّى أَنْظُرُ إِلَيْهِ يَطُوفُ خَلْفَهَا يَبْكِى، وَدُمُوعُهُ تَسِيلُ عَلَى لِحْيَتِهِ.

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Suami Bararah ada seorang budak yang bernama Mughits. Aku pernah melihatnya berjalan di belakang isterinya sambil menangis dan air matanya menetes hingga ke janggutnya.”
 [Shahih: Shahih al-Bukhari (no. 5283)]

Para Ulama dan Orang Shalih Berjanggut
[7]

Imam al-Baghawi Berjanggut
Berkata Imam al-Baghawi saat menafsirkan firman Allah, “Sungguh Kami telah memuliakan anak keturunan Adam”:

الرِّجَالُ بِاللِّحَى وَالنِّسَاءُ بِالذَّوَائِبِ.

“Kaum lelaki dengan janggut dan kaum perempuan dengan rambut kepala yang indah.”
 [Tafsir al-Baghawi (V/108), cet. ke-4 Darut Thayyibah]

[8]

Imam an-Nawawi asy-Syafi’i Berjanggut
Imam an-Nawawi berkata:

وَيَنْبَغِي لِلْمُعَلِّمِ أَنْ يَتَخَلَّقَ بِالْمَحَاسِنِ الَّتِي وَرَدَ الشَّرْعُ بِهَا ... وَمُلَازَمَةُ الْوَظَائِفِ الشَّرْعِيَّةِ كاَلتَّنْظِيْفِ وَتَقْلِيْمٍ بِإِزَالَةِ الْأَوْسَاخِ وَالشُّعُوْرِ الَّتِي وَرَدَ الشَّرْعُ بِإِزَالَتِهَا كَقَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيْمِ الظَّفْرِ وَتَسْرِيْحِ اللِّحْيَةِ وَإِزَالَةِ الرَّوَائِحِ الْكَرِيْهَةِ وَالْمَلَابِسِ الْمَكْرُوْهَةِ.

“Dan sepatutnya bagi seorang guru untuk berakhlak mulia sesuai tuntunan syar’i ... dan senantiasa menjalankan agama seperti membersihkan badan dari kotoran-kotoran dan memotong rambut-rambut yang diperintahkan syariat untuk dipotong, seperti memangkas kumis, memotong kuku, memanjangkan janggut, menghilangkan bau badan yang tidak sedap, dan pakaian yang tidak selayaknya.”
 [At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Qur`an (hal. 37) oleh Imam an-Nawawi, cet. Dar Ibnu Hazm, tahqiq: Muhammad al-Hijar]

Para ulama yang lurus aqidahnya tidaklah memerintahkan sesuatu melainkan mereka adalah orang yang pertama kali mengamalkannya karena meniru Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Akhirnya, kita menjadi tahu bahwa di antara kemulian bagi kaum lelaki adalah janggut. Untuk itulah Allah menjadikan janggut bagi para nabi dan orang-orang shalih. Dengan janggut ini pula, Allah memuliakan kaum muslimin dan melarang mereka mengikuti orang rendahan yang memotong janggutnya layaknya orang-orang musyrik. Tentang mereka, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

«خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ، وَفِّرُوا اللِّحَى، وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ»

“Berbedalah kalian dengan orang-orang musyrik, biarkan janggut, dan pangkaslah kumis.”
[Muttafaqun ‘Alaihi: Shahih al-Bukhari (no. 5892) dan Shahih Muslim (no. 259)]

Maka, jalan mana yang anda pilih?  Mengikuti jalan orang-orang mulia ataukah jalan orang-orang rendahan???

Semoga Allah Yang Mahamulia memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang shalih lagi mulia.

sumber: zilzaal

Monday, June 4, 2012

DOSA SIAPAKAH ATAS KEJAHILAN MANUSIA





Oleh:
Dr. MAZA

Apabila tulisan saya ‘Bolehkah Bukan Muslim Selamat Dari Neraka’ keluar minggu lepas, maka ada pula yang berkata bahawa manusia sepatutnya dapat berfikir sendiri untuk mencari agama yang sebenar. Ada yang bertanya ‘jika ada bukan muslim yang terlepas dari hukuman Allah disebabkan hujah Islam yang tidak sampai kepada mereka, maka siapakah yang bersalah?’.




Idea bahawa manusia tanpa wahyu Allah pun boleh berfikir sendiri untuk memahami agama dengan melihat kepada kebesaran Allah di alam ini adalah idea aliran muktazilah. Namun idea ini tertolak dengan bukti terbesar Allah mengutuskan para rasul dan mewajibkan dakwah serta pengajaran. Jika manusia boleh berfikir tentang agama sebenar sendirian, maka apa perlunya pengutusan para rasul? Apa perlunya diwajibkan dakwah?



Melihat alam ciptaan Tuhan membolehkan manusia menyimpul tentang kewujudan dan kebesaran Tuhan. Namun, manusia tidak mungkin tahu agama yang sebenar melainkan dengan kedatangan hujah wahyu. Jika Nabi s.a.w sendiri tidak tahu tentang agama yang sebenar sebelum ketibaan wahyu, bagaimana mungkin manusia di timur dan barat, di hutan dan padang pasir, yang bodoh dan cerdik, yang terpelajar dan buta huruf, yang kuat dan yang lemah difardukan memahami sendiri agama yang sebenar tanpa kedatangan hujah Islam kepadanya? Kemudian mereka dihukum Tuhan? Mustahil.

Firman Allah: (maksudnya)


“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) ruh dari sisi Kami (Al-Quran) sedangkan engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah itu iman ; akan tetapi Kami jadikannya (Al-Quran) cahaya yang Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki dalam kalangan hamba-hamba Kami. dan sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk ke jalan yang lurus. (al-Shura 52)

Tiga Golongan

Rabu lepas saya hadir ke dinner rasmi mingguan anjuran OCIS di Bandar Oxford ini. Di sebelah tempat duduk saya penasihat hak asasi manusia bagi Commonwealth Secretariat. Namanya Treva D Braun. Beliau berbicara dengan saya beberapa tajuk terutama tentang kebimbangan beliau terhadap perlaksanaan Islam akan menjejaskan hak asasi wanita. Saya berbincang tentang salahfaham beliau mengenai wanita dalam Islam. Beliau berkata bahawa mungkin apa yang saya kata itu satu tafsiran namun apa yang berlaku sebaliknya. Beberapa isu dibangkitkan oleh beliau. Ada yang betul, ada yang hanya disebabkan persepsi beliau. Nilai yang berbeza. Apapun gambaran Islam yang ada mengelirukan beliau, atau mungkin sengaja memilih sikap yang demikian.



Semasa mendengar komentar beliau saya sekali lagi teringatkan soalan ‘siapakah yang bertanggungjawab atas terhalangnya hidayah sampai kepada manusia? Ya, secara umumnya tiga golongan paling bertanggungjawab; pertama, mereka yang menghalang hujah Islam atau ajaran Islam yang sebenar sampai kepada manusia. Kedua, mereka yang memutar belitkan kebenaran sehingga manusia keliru dan terhalang maklumat yang sebenar. Ketiga, mereka yang enggan menyampaikan ajaran yang sebenar.

Penghalang ajaran agama bukan sahaja ada di negara bukan muslim seperti beberapa negara komunis, tetapi juga kadang-kala dalam kalangan umat Islam sendiri. Bukan sedikit para pemerintah dalam dunia Islam yang menghalang ajaran yang sebenar. Bukan setakat hari ini; bahkan sejak zaman Islam di bawah khalifah-khalifah dalam pelbagai dinasti, ramai ulama yang ditahan, diseksa dan dibunuh. Bahkan dalam dunia Islam hari ada yang menggunakan nama ‘penguatkuasaan agama’ untuk menghalang hujah-hujah agama.

Jika di China umpamanya, penyebaran Islam secara terbuka tidak dibenarkan, tapi di Malaysia lebih menarik, artis tiada masalah ketika berdansa di khalayak ramai, tetapi didakwa apabila cuba bertazkirah agama atas alasan tauliah. Jika atas alasan ‘ajaran salah’ boleh difikir dan dinilai. Alasan tauliah semata, tidak jauh dengan alasan negara China. Bahkan berapa ramai mereka yang memiliki PhD dan Master pengajian Islam dari institusi pengajian Islam yang diiktiraf dalam dan luar negara tidak mendapat tauliah di Selangor.

Secara umumnya, apabila manusia benar-benar terhalang sehingga ruang cahaya kebenaran tidak dapat ditembusi, sehingga mereka jahil hakikat kebenaran; samada keseluruhan kebenaran atau sebahagiannya, maka kadar kejahilan manusia itu ditanggung dosanya oleh sesiapa yang menghalang hujah kebenaran untuk sampai kepada manusia.

Ini mengingatkan kita kepada surat Nabi s.a.w kepada Hercules:


“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu.

–kemudian baginda menulis firman Allah- (maksudnya):”Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dan kamu; Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam” –Ali ‘Imran: 64. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Disesatkan

Mereka yang menjadi pengikut bawahan terdiri dari dua kelompok; pertama mereka yang benar-benar terhalang cahaya kebenaran. Mereka ini selamat di akhirat Kedua; mereka yang berpeluang mendengar hujah kebenaran tetapi memilih untuk bersama dengan para penentang kebenaran disebabkan kelebihan yang ditawarkan. Mereka tidak selamat. Al-Quran menyebutkan tentang mereka yang menyebabkan orang lain sesat dengan firmanNya: (maksudnya)


“dan sesungguhnya mereka akan menanggung beban-beban dosa mereka dan beban-beban (dosa orang-orang yang mereka sesatkan) bersama-sama dengan beban-beban dosa mereka sendiri; dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada hari kiamat kelak tentang apa yang mereka pernah ada-adakan secara dusta itu”. (al-Ankabut: 13)


Karya-karya di Barat pada era ini sering mengaitkan isu keganasan dan Islam. Ini hasil dari lobi media massa di Barat.

Media di Barat sentiasa memberikan gambaran yang negatif tentang Islam. Kaitan Islam dengan militant akan dibahaskan secara langsung dan tidak langsung. Orang awam ramai menjadi begitu prejudis dan phobia dengan Islam. Tujuan mereka amat halus dan jahat. Islam menjadi begitu kabur bagi sebahagian besar masyarakat dunia. Niat buruk media-media ini dikukuhkan lagi dengan berita-berita tindakan orang Islam sendiri.

Baru-baru ini di UK ada keluarga muslim yang membunuh anak perempuan mereka yang bercinta atas alasanhonor killing. Islam digambarkan tidak menghormati hak asasi, walaupun banyak yang Barat sendiri langgar. Wanita dianggap tertindas berdasarkan takrifan kebebasan yang Barat gunapakai dan juga realiti yang berlaku seperti fatwa wanita tidak boleh memandu kereta di Arab Saudi dan tindakan sebahagian yang memaksa anak perempuan kahwin, paksaan memakai purdah dan lain-lain.

Wajah Islam yang pelbagai juga begitu mengelirukan. Di UK Alhamdulillah tahun ini hariraya adha serentak. Sebelum ini, setiap aliran berlainan hari. Ada salafi, ada sufi, ada brelewi ada syiah dan entah berapa lagi puak. Ditambah lagi dengan Ismaili dan Gadiani yang juga menggunakan nama Islam. Menu yang mengelirukan, boleh menjadikan orang awam hilang selera hendak makan. Di manakah Islam yang sebenar? Media Barat membakar api atas minyak yang mengalir.



Tanggungjawab Dakwah

Tugasan kita yang sebenar menyampaikan Islam yang berasaskan dalil dan hujah. Apabila kita mengetahui kebenaran, haram kita menyembunyikannya sehingga manusia menjadi keliru dan sesat. Cuma cara sesuatu kebenaran hendak disampaikan, hendaklah dengan hikmah agar menepati sasarannya. Dosa menyembunyikan kebenaran tanpa sebab yang sah sehingga manusia sesat akan ditanggung oleh mereka yang Allah kurniakan ilmu pengetahuan tentang kebenaran. Tanpa perlu menoleh kepada gelaran ulama atau bukan ulama. Setiap kita bertanggungjawab menyampaikan kebenaran dengan kadar yang ada padanya. Sama seperti zakat harta, setiap orang membayar dengan kadar hartanya.

Kita perlu jelaskan Islam yang bersumberkan nas yang sahih dan hujah yang munasabah yang sesuai berdasarkan waktu dan tempat. Sesiapa yang menyembunyikan ilmu tentang kebenaran ini sehingga tidak tertegaknya hujah yang teguh untuk manusia memahami kebenaran maka dia akan dihukum oleh Allah. Sudah pasti ulama yang menyembunyi al-haq akan lebih dahsyat dilaknat Tuhan dibandingkan orang lain. Firman Allah : (maksudnya):


“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab (yang diturunkan), mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).



SUMBER: Minda Tajdid Dr MAZA

Friday, June 1, 2012

HUKUM MEMBUNUH BINATANG YANG MENGGANGGU

 

(Soal Jawab Majalah As-Sunnah Edisi 10/Thn. XIII)

Pertanyaan:

Bagaimana hukum membunuh binatang pengganggu seperti lipas, semut, lalat, nyamuk & binatang-binatang serupa lainnya?.

Ummu Ifa 085255975xxx

Jawaban:

Syariat Islam dibangun di atas asas jalbul mashâlih (menciptakan/mendatangkan kemaslahatan) dan dar`ul mafâsid (menghapus semua bahaya dan kerusakan). Semua yang merusak dan mengganggu boleh dihilangkan sesuai dengan tingkatan kerusakan dan gangguan yang timbul. Hal ini dijelaskan dalam sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassallam:

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

“Tidak boleh ada bahaya dan tidak boleh membayakan”
(HR Ibnu Majah dan dishohihkan al-Albani dalam Irwa’ al-ghalil no. 896).

Dari sini, para Ulama menetapkan kaedah yang berbunyi:

الضَرَرَ يُزَالُ

“Semua madharat (bahaya, gangguan) (harus) dihilangkan.”

Sehingga semua yang mengganggu dan merosak harus dihilangkan (dilenyapkan) sesuai dengan tingkat kerosakan yang ditimbulkannya.
Tentang masalah membunuh serangga yang sering ada di dalam rumah seperti lipas, semut dan sejenisnya pernah ditanyakan kepada Syaikh Bin Bâz rahimahullâh dan beliau menjawab:

Serangga-serangga tersebut apabila menimbulkan gangguan maka boleh dibunuh, namun tidak boleh dilakukan dengan menggunakan api (dibakar). Boleh dibunuh dengan berbagai alat pembasmi lainnya dengan dasar sabda Rasûlullâh Shallallahu ‘Alaihi Wassallam:

خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِى الْحِلِّ وَالْحَرَمِ الْحَيَّةُ وَالْغُرَابُ الأَبْقَعُ وَالْفَارَةُ وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ وَالْحُدَيَّا

“Lima (haiwan) perosak yang boleh dibunuh di luar tanah suci dan di tanah suci iaitu: ular, gagak, tikus, serigala dan rajawali.”
(Muttafaqun ‘alaihi)

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassallam telah memberitahukan bahwa sifat pengganggu melekat pada haiwan-haiwan tersebut. Dalam bahasa , binatang-binatang pengganggu itu disebut fawâsiq. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassallam pun mengizinkan untuk membunuhnya.
 Demikian juga serangga-serangga, diperbolehkan membunuhnya di tanah suci dan luar tanah suci apabila binatang-binatang tersebut menimbulkan gangguan, seperti semut, lipas, nyamuk dan haiwan lain menimbulkan gangguan.

(Majmû’ Fatâwa wa Maqâlât Mutanawwi’ah 5/301-302)
sumber: http://majalah-assunnah.com/


Hukum Membunuh Semut Rumah
 

ما حكم قتل النمل القارص ، حتى لو لم يقرص ، وكذا قتل باقي أنواع الحشرات ، التي في المنازل وغيرها ، حتى لو لم يكن منها الأذى ؟

Pertanyaan, “Apa hukum membunuh semut yang suka menggigit meski ketika itu sedang tidak menggigit? Demikian pula, apa hukum membunuh binatang-binatang kecil lain yang biasa ada di rumah atau pun tempat yang lain meski tidak mengganggu?”

الإجابة :
ينتبه أن لا يقتل إلا ما كان مؤذيا ، أما الذي لا يؤذي فلا يقتل ، والأذى أنواع ، ومن الأذى بأن يكون وجودها في البيت ، وفي أماكن الجلوس ، هذا يعتبر نوعا من الأذى ، لا أحد يقبل الحشرات في بيته ، فيجوز إبعادها أو قتلها ، لا حرج إن شاء الله تعالى . والله أعلم .

Jawaban Syaikh Abdul Muhsin bin Nashir al Ubaikan:
 “Perhatikan, tidak boleh membunuh haiwan kecuali yang mengganggu. Sedangkan haiwan yang tidak mengganggu itu tidak boleh dibunuh. Bentuk gangguan haiwan kepada manusia itu beragam bentuknya. Diantara bentuk gangguan haiwan adalah keberadaannya di dalam rumah, atau di tempat-tempat yang biasa diduduki oleh orang. Keadaan  ini dianggap  gangguan. Tidak ada seorang pun yang ingin rumahnya dipenuhi oleh berbagai macam haiwan kecil-kecil. Sehingga haiwan-haiwan yang ada di rumah itu boleh diusir atau pun dibunuh. Sekali lagi, hukumnya adalah tidak mengapa, insya Allah”.

Sumber: http://al-obeikan.com/show_fatwa/3234.html

sumber: http://ustadzaris.com/hukum-membunuh-semut-rumah