Wednesday, July 31, 2013
HINDU MEMBINGUNGKAN.....AASIYA PILIH ISLAM
Aasiya Inaya, dilahirkan dalam lingkungan keluarga yang menganut agama Hindu yang meyakini bahwa Tuhan itu ada dalam berbagai wujud mulai dari air, sungai, batu sampai pepohonan. Oleh sebab itu, Asiya mengaku bangga sebagai penganut politheis, yang meyakini bahwa semua obJek ciptaan Tuhan layak disembah kerana menurutnya, di setiap benda ada bahagian Tuhan di dalamnya.
Tuesday, July 30, 2013
KOMPLOT GULING DR. MURSI DIBONGKAR...
Rencana ini memaparkan rancangan menjatuhkan Morsi dilakukan secara terancang bermula dari peringkat awal pengunduran Mubarak lagi. Perancangan ini dilakukan secara menyeluruh dan dilakukan oleh rangkaian perisikan Saudi dan UAE. Berbanggalah Saudi ketika ini melihat darah umat Islam sedang membasahi bumi Mesir hanya kerana mereka mahukan NUR Islam menyinari Mesir. Boleh dikatakan setiap musibah menimpa umat Islam di rantau tersebut terdapat sumbangan yang besar dilakukan oleh Saudi.
ALASAN MENGAPA MURSI DIGULINGKAN...KETAKUTAN ISRAEL
Ketua intelijen Israel menyebutkan diantara sebab utama penggulingan Mursi adalah kerana ia membawa pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah; di Mesir, Turki, Tunisia, Maroko, Libya, Gaza, dll. Kini mereka berupaya untuk membangun kekuatan di Syria dan Jordan.
Kekuatan Ikhwanul Muslimin ada di berbagai bidang, tak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.
APAKAH BAYARAN UNTUK MASUK SYURGA? Kisah wali Allah....
Hari ini adalah hari ke 21 bulan Ramadhan. Aku berlegar-legar di ruangan Fb melihat posting yang berguna untuk dikongsikan bersama. Tiba-tiba terjumpa kisah ini, yang aku kira sangat memberi kesan bagi hati yang mahu mengambil iktibar. Rupanya bagi hati yang dekat dengan Allah ini, apa saja petanda yang ada di depannya akan membawa dia kembali kepada Allah. Walaupun kisah seringkas masuk ketandas ini:
Monday, July 29, 2013
'DITIKAM' ORANG KANAN SENDIRI...
Kaherah:
Kali terakhir wartawan menjejakkan kaki ke Kaherah pada Disember tahun lalu, sudah wujud bibit-bibit tentangan senyap terhadap presiden baru Mesir, Muhamed Mursi Isa’ Al-Ayyat.
Ketika itu golongan penentang yang tidak menyukai Mursi terus berkhemah di Dataran Tahrir walaupun Mursi sudah memenangi pilihanraya umum dan dipilih rakyat untuk membawa perubahan kepada negara itu.
Sunday, July 28, 2013
KENYATAAN DR YUSUF AL QARADAWI BERKENAAN PEMBUNUHAN DI MESIR
(1) Pernyataan #Alqardhawi sekitar pembunuhan orang awam tak berdosa di Nasr City subuh Sabtu tadi (27/7/2013). Disiarkan Al Jazeera.
(2) #Alqardhawi mengkritik Sisi yang hanya menganggap demo puluhan/ratusan ribu di Tahrir dan Ittihadiyah dan melupakan puluhan juta di jalan-jalan.
(3) Puluhan juta rakyat yang berdemo tolak rampasan kuasa tidak dianggap rakyat Mesir oleh Sisi, sehingga dia menumpahkan darah rakyatnya.
(4) Menumpahkan darah abriya' (sivil takberdosa) adalah kriminal berat dalam agama. Ia (pelakunya) harus bertanggungjawab. #Alqardhawi
(5) Apapun alasan dan klaim dukungan rakyat, tidak membenarkan melakukan pembunuhan orang yang sedang shalat tarawih, qiyam. Mereka dibunuh zhalim.
(6) Korban syuhada itu bukan hanya dari kelompok Ikhwan, tapi semua elemen rakyat turun ke jalan menuntut konstitusi dan legitimasi dikembalikan.
(7) Boleh jadi pembunuhan juga terjadi di jalan2 dan di medan2, merek pendemo damai. Apakah kalian tega membunuh orang yang sedang Shalat? #Alqardhawi
(8) Kalian, yang mendukung pembunuhan ini, termasuk polis dan tentera ingatlah, TIDAK BOLEH membunuh muslim! Kalian tidak boleh mengulangi ini.
(9) Kalian, polis dan tentera , tidak boleh mentaati pemimpin kalian yang menyuruh maksiat dan zhalim. "Tidak ada keta'atan terhadap makhluk dalam bermaksiat".
(10) Anda, bertaubatlah pada Allah. Begitu juga Ulama Azhar, putra-putra Azhar untuk menolak pembunuhan. Ini tidak boleh terjadi.
(11) Sebab, membunuh satu orang berarti membunuh umat manusia semua. Saya serukan semua keluarga besar Azhar utk menyelamatkan kemanusiaan.
(12) Kepada Media Massa, di bahu kalian tugas mulia, jangan sampai melacurkan diri dengan memfitnah dan memutarbalikkan fakta. Beritakan yang benar!
(13) Untuk muslim di seluruh dunia; di Indonesia dan Malaysia, (beliau sebut banyak negara...) agar menghentikan pembunuhan ini. #Alqardhawi
(14) Umat muslim di seluruh dunia mempunyai tanggungjawab untuk menolong saudaranya di Mesir. #Alqardhawi
(15) Teruntuk umat manusia secara umum, kalian mempunyai kewajiban kemanusiaan untuk menghentikan pertumpahan darah ini. Apapun bahasa dan agama kalian.
(16) Tapi, ingat "Para Syuhada itu, mereka TIDAK MATI, mereka HIDUP di sisi Rabb mereka". #Alqardhawi
(17) Saya seru rakyat Mesir semua, agar takut pada Allah. Semua rakyat Mesir yang meminum air NIL mereka manusia merdeka. #Alqardhawi
(18) Kalian, tuntut konstitusi dan legitimasi dengan cara damai. Semuanya: lelaki, perempuan, bahkan Nashrani Koptik yang merdeka, mereka bersama saudara muslim.
(19) Amr Musa, Elbaradi, Shabbahi dll sedarlah, kalian tidak boleh memaksakan kehendak kalian. Kalian telah ikut pilihanraya umum dan kotak suara memilih Mursi.
(20) Saya serukan pimimpin dunia Arab, anda Raja Abdullah, wahai Khadim Haramain, juga pemimpin Emirat, kembalilah ke jalan Allah. #Alqardhawi
(21) Kenapa kalian danai rampasan kuasa dan kerana itu kalian turut serta membunuh sivil takberdosa! kalian, bertaubatlah! #Alqardhawi
(22) Wahai saudaraku di Rabi'ah Adawiyah, lanjutkan perjuangan kalian dengan damai. "Kalian akan menang, meski kuffar benci". #Alqardhawi
(23) Sekian.
*https://twitter.com/ulistofa
Saturday, July 27, 2013
PENYOKONG MURSI DIBEDIL MENJELANG SAHUR
Bumi Mesir terus berdarah apabila 10 orang termasuk wanita menjadi korban bedilan peluru hidup polis dan tentera menjelang waktu sahur.
Insiden itu juga menyebabkan 300 yang lain turut cedera. Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital awam Raba'ah.
Laporan Ikhwanonline menyebut, pasukan penempak tepat polis Mesir mengambil posisi di atas bangunan Fakulti Dakwah, Universiti Al-Azhar Madinah Nasr bagi menembak rakyat dalam situasi kelam-kabut selepas ditembak gas pemedih mata sebelum itu.
Thursday, July 25, 2013
NASIB MESIR DI TANGAN RAKYATNYA SENDIRI
“Mesir
sekarang bukan lagi negara yang berkat. Dr Morsi mengambil masa paling
kurang 30 tahun untuk mengubah sikap rakyat Mesir,” begitu kata
seorang rakyat Mesir yang kami temui semasa berada di Mahmodiyah
beberapa bulan yang lalu.
Benar sekali kata-katanya itu. Jika
kita pergi ke Mesir dapat melihat bagaimana sikap pengguna jalan
rayanya yang seolah tidak ada peraturan dan undang-undang, para
peniaganya yang suka mengambil kesempatan, orang ramai yang suka
membuang sampah merata-rata dan banyak lagi perkara yang sepatutnya
tidak berlaku di sebuah negara yang bertamadun. Semuanya kerana sudah
berpuluh tahun berada di bawah pemerintah diktator dan sekular.
“Mesir sekarang bukan lagi negara yang berkat. Dr Morsi mengambil masa paling kurang 30 tahun untuk mengubah sikap rakyat Mesir,” begitu kata seorang rakyat Mesir yang kami temui semasa berada di Mahmodiyah beberapa bulan yang lalu.
Benar sekali kata-katanya itu. Jika kita pergi ke Mesir dapat melihat bagaimana sikap pengguna jalan rayanya yang seolah tidak ada peraturan dan undang-undang, para peniaganya yang suka mengambil kesempatan, orang ramai yang suka membuang sampah merata-rata dan banyak lagi perkara yang sepatutnya tidak berlaku di sebuah negara yang bertamadun. Semuanya kerana sudah berpuluh tahun berada di bawah pemerintah diktator dan sekular.
Wednesday, July 24, 2013
5 PERKARA YANG MENGHAPUSKAN PAHALA PUASA
Di bulan suci Ramadhan ini semua umat Islam diwajibkan untuk menunaikan Ibadah Puasa. Sebagaiman firman Allah dalam Al-qur’an surat Al-baqarah ayat 183 yang artinya “Hai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”.
Berpuasa
disini dalam erti puasa sebagaimana yang telah dicontohkan oleh Nabi
Muhammad SAW iaitu Imanan Wa Ihtisaban, berpuasa kerana iman dan
mengharapkan pahala dari Allah dengan perantara niat yang ikhlas. Dan
jangan sampai kita tergolong kepada orang yang disebutkan nabi dalam
hadisnya iaitu“berapa banyak dari orang yang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa kecuali hanya mendapatkan lapar dan haus saja”,
Ada
beberapa perbuatan yang sering sekali dilakukan oleh orang bahkan tidak
menafikan kemungkinan diri kita sendiri yang dapat menyebabkan
terhapusnya pahala puasa diantaranya adalah:
Saturday, July 20, 2013
JUMAAT KE 2 RAMADHAN: JUTAAN PENYOKONG MURSI BERHIMPUN
Penyokong Mursi di Dataran Rabiah Adawiyah semalam (Jumaat)
Thursday, July 18, 2013
IBADAH DAN LAPANG DADA
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
"Wahai anak Adam! Luangkan dirimu untuk beribadat, nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan, dan Aku menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya Aku membuatkan diri kamu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiran kamu." (Riwayat al-Tirmizi)
Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa mencari rezeki yang halal, disamping itu ia tetap melakukan amal ibadah samada yang wajib atau yang sunat. Apabila mereka mendapat rezeki mereka tahu dan sedar bahawa ianya datang dari Allah. Lalu mereka bersyukur dan hati mereka lapang kerana kelapangan itu didatangkan oleh Allah.
Manakala mereka yang tidak mahu mengerjakan ibadat yang wajib apalagi yang sunat, maka mereka kehilangan fokus terhadap rezeki yang dikurniakan Allah. Mereka lalai dari bersyukur, lupa untuk berterimakasih, lalu Allah sempitkan dadanya dengan keresahan dan tak sudah2 mengejar kekayaan. Maka jadilah ia seperti orang yang fakir yang sentiasa rasa tidak mencukupi. Lalu hilanglah rasa lapang di dalam hatinya dan sentiasa kelihatan resah dan gelisah.
Maka sebaik2 orang mukmin itu adalah yang kaya hatinya dan kaya tangannya. Ia tak lupa mengerjakan ibadah walaupun wang dan harta ada disekelilingnya. Ia sentiasa bersyukur dengan menginfakkan hartanya dijalan Allah. Berwakaf, bersedekah dan berderma. Maka Allah lapangkan hidupnya di dunia dan akhirat.
Monday, July 15, 2013
ULAMA AZHAR SIAP UNTUK SYAHID
Kesediaan untuk mati syahid dalam menolak kudeta/rampasan kuasa militer bukan hanya dilakukan oleh kader-kader Ikhwanul Muslimin. Sejumlah ulama Al Azhar tampak memimpin sebuah long march menuntut dikembalikannya legitimasi Presiden Muhammad Mursi sambil membawa kain kafan, Ahad (14/7) .
Munculnya para ulama Al Azhar ini sangat mengejutkan kerana sebelumnya beredar berita mereka “dikuarantin” di kompleks masjid Al Azhar oleh pasukan keamanan.
Memetik Nabdh Ar Rabi’ah, laman Mesir Kini mengabarkan bahwa pasukan keamanan telah melarang azan dikumandangkan di Masjid Al Azhar dan menutup pintu masjid di hadapan para jamaah untuk kali pertama dalam sejarah Mesir. Hal itu dilakukan untuk menghalang para ulama' dan Imam Al Azhar yang dijadualkan melakukan long march dari Masjid Al Azhar selepas shalat Dzuhur menuju ke Medan Rabiah adawiyyah dalam rangka mendukung legitimasi Presiden Mursi dan menolak kudeta militer.
sumber: muslimina
Saturday, July 13, 2013
WASHINGTON MEMINTA MURSI DILEPASKAN..
Washington meminta Presiden Dr Mursi dibebaskan selepas tekanan yang kuat diberikan rakyat Mesir di mana kebanyakan penyokong beliau mula berhimpun di dua tempat iaitu medan Rabiatul Adawiah dan Medan An Nahdhah berhadapan Universiti Kaherah, berikut merupakan berita seperti dikhabarkan oleh siaran langsung al-Jazeera :
IM: TERUSKAN PERLAWANAN DAMAI
Ikhwanul Muslimin Mesir bersumpah pada Khamis semalam untuk melanjutkan perlawanan “damai” atas penggulingan Presiden Mohammed Mursi.
Sebuah pernyataan dari Ikhwanul Muslimin agar menjauhkan massa Ikhwan dari upaya pembunuhan seorang komandan militer senior di Semenanjung Sinai.
Pernyataan itu muncul sehari setelah pemerintah sementara yang didukung militer Mesir untuk bertindak keras pada Ikhwan, dan memerintahkan penangkapan pemimpin Ikhwan dalam upaya untuk mematahkan kempen untuk mengembalikan Mursi, yang ditahan di fasiliti Kementerian Pertahanan yang dirahsiakan.
“Kami akan melanjutkan perlawanan kami secara damai terhadap kudeta militer berdarah terhadap legitimasi konstitusional,” kata Ikhwan. “Kami percaya bahwa kehendak rakyat akan menang atas kekuatan dan penindasan.”
Wednesday, July 10, 2013
TIGA SITUASI YANG MENGGERUNKAN ASKAR DI RABA'AH MALAM INI
Saya kira pada malam pertama bulan Ramadhan, telah terdapat tanda-tanda kemenangan di pihak yang benar. Perhatikan situasi berikut:
1) Apabila Syeikh 'Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy telah sudi turun ke dataran Raba'ah dan seterusnya mengimami solat terawih bersama-sama rakyat.
Beliau turun bagi menyatakan sokongan kepada Presiden yang sah Dr. Mursi dan menolak rampasan kuasa. Bukan itu sahaja, Dr.Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam terawih di dataran Raba'ah sepanjang Ramadhan.
PEMBUHUNAN KEJAM TANPA PERI KEMANUSIAAN TENTERA MESIR
Dalam
kejadian pembunuhan penyokong Morsi di hadapan Bangunan Pengawal
Republik waktu subuh semalam juga, turut menyaksikan terdapat ramai
tentera yang tidak sanggup bersekongkol dengan Al-Sisi.
Difahamkan mereka enggan melepaskan tembakan ke arah penyokong Morsi
walaupun diarah berbuat demikian oleh pihak atasan tentera.
10 PERUBAHAN DRASTIK PASCA KUDETA...
Baru lima hari Presiden Muhammad Mursi dikudeta/rampasan kuasa , Mesir telah berubah sedemikian rupa. Sekurang-kurangnya 10 perubahan drastik terjadi di negeri seribu menara itu. Antaranya:
1. Penutupan pintu perlintasan Rafah. Akibatnya, umat Islam Gaza kini kembali “terpenjara” di balik blokade. Juga umat Islam yang ingin membantu saudaranya kini tak dapat memasuki Gaza. Bantuan juga tertahan.
Tuesday, July 9, 2013
KUDETA, MOMENTUM KEBANGKITAN IKHWANUL MUSLIMIN....
Banyak yang berfikir bahwa kudeta militer atas pemerintahan Presiden Mursi merupakan akhir dari sejarah Ikhwanul Muslimin dalam politik di Mesir. Para pendukung faksi liberal pun berpesta merayakan kudeta militer tersebut. Tak kurang, pendukung Ikhwanul Muslimin di tanah air pun dilanda kesedihan, seakan Ikhwanul Muslimin akan habis dan para pemimpinnya akan masuk penjara militer Mesir. Kita hanya mampu mengutuk dan membayangkan masa depan yang suram bagi Ikhwanul Muslimin.
Namun dalam waktu dua hari, keadaan berubah 180 darjah . Suatu perubahan politik yang luar biasa cepat. Dalam sekejap massa pendukung Mursi datang dari berbagai daerah, bergabung dengan jutaan orang yang telah bertahan di Rabiah Al Adawiyah, Kairo, untuk berdemo menentang kudeta militer dan menuntut pembatalan penahanan Mursi. Selain itu, massa yang berdemo juga tersebar dan meluas di berbagai daerah di seluruh Mesir. BBC melaporkan jumlah rakyat Mesir yang mendukung Mursi mencapai 30 juta orang. Mereka mendukung kepemimpinan sah Presiden Mursi dan menolak tegas kudeta militer.
Monday, July 8, 2013
RAMADHAN BULAN LATIHAN TAQWA...
Ramadhan datang lagi menjengukkan wajahnya. Adakah kita telah bersedia zahir dan bathin menyambutnya? Ramadhan adalah bulan hadiah daripada Allah. Kenapa bulan hadiah? Kerana dibulan ini Allah gandakan pahala bagi setiap amal baik yang kita lakukan. Mungkin dalam gandaan 10, 100, 1000 atau 70,000 kita tak tahu, kerana ia rahsia Allah.
Sunday, July 7, 2013
PRESIDEN MURSI KEMBALI BERKUASA?
Khabar angin?
Rally oleh para penyokong president Mursi yang bersungguh-sungguh dan sanggup mati kerana mempertahankan seorang ulama yang diangkat menjadi pemimpin utama negara mereka yang diadakan serentak di seluruh pelusuk negara Mesir pada haji Jumaat 5.7.2013 telah membuatkan beberapa pegawai tentera buka mata.
Saturday, July 6, 2013
MAJLIS SYURA MESIR AKUI MURSI MASIH PRESIDEN YANG SAH
Majlis tinggi Syura Mesir dengan suara majoriti sepakat untuk tidak mempercayai Abdul Fatah As-Sisi, ketua angkatan bersenjata Mesir yang baru saja melakukan kudeta sepihak terhadap kepemimpinan presiden sah terpilih Muhammad Mursi. As-Sisi dianggap banyak pihak melakukan pengkhianatan besar terhadap negara.
Pertemuan tertutup Dewan itu menghasilkan kesimpulan Majlis Syura menolak kudeta sepihak yang dilakukan Abdul Fatah As-Sisi.