TAWASSUL
Dalam kehidupan seharian kita, dua perkara terpenting yang wajib kita titik beratkan adalah ibadat dan doa, kerana dua perkara inilah yang menjadi tunjang utama bagi kebahagian kita di dunia dan juga di akhirat. Kehidupan kita seharian pun sebenarnya berlegar antara dua perkara ini: ibadat dan doa. Kepentingan ibadat dan doa ini Allah zahirkan melalui intipati surat Al-Fatihah, iaitu ayat kelima yang juga merupakan ayat terpenting di dalam surah ini.
Iyyaka Na’budu Waiyyaka Nasta’in
إِيَّاكَ نَعْبُدُ
"Hanya kepada Engkaulah kami sembah"
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
"dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan."