Saturday, December 29, 2012

BERGERAK YANG MEMBATALKAN SOLAT



Tidak semua jenis pergerakan membatalkan solat, namun yang pasti adalah mengurangkan pergerakan yang tidak berkaitan dengan solat adalah cara terbaik bagi menyempurnakannya. Pun begitu, bagaimanakah erti bergerak yang membatalkan solat di dalam mazhab Syafie? Tulisan ini menjelaskan dengan ringkas.


Tamakninah adalah salah satu rukun dalam solat menurut beberapa mazhab dan mazhab Syafie adalah antara yang berijtihad menyatakan solat boleh batal jika bergerak besar berturut-turut melebihi tiga kali gerakan. Ini berdasarkan dalil perlunya tamakninah. Tiada dalil khusus berkenaan hal ini kecuali dalil umum iaitu keperluan untuk menyempurnakan tamakninah yang disebut oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kpeada seorang lelaki yang disuruh ulangi solatnya kerana tidak betul:


فَارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ……ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا


Maksudnya: “ ulangi solatmu dan solatlah sesungguhnya engkau belum menyempurnakan solatmu……kemudian hendaklah kamu rukuk dan sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak dan kemudian sujud sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan sujud.”

(Riwayat al-Bukhari)




Tamakninah adalah rukun menurut tiga mazhab dan wajib dalam mazhab Hanafi. Hasil dari itu, penyempurnaan tamakninah dilihat tidak mampu disempurnakan kecuali dengan menahan diri dan pergerakan besar menurut mazhab Syafie.

Imam An-Nawawi menjelaskan penentuan sesuatu pergerakan itu ‘Besar’ atau ‘Kecil’ mempunyai empat bentuk pandangan dalam mazhab seperti berikut:-

KECIL : adalah yang tidak sampai tempoh pergerakan itu satu raka’at.
BESAR: Jika melebihi, pastinya itu dikira besar dan membatalkan solat.
KECIL : Setiap pergerakan yang tidak memerlukan dua belah tangan, seperti mengangkat serban, menyentuh untuk lantikan imam di hadapan, memegang kepala atau telinga, itu semua dianggap kecil.
BESAR: Jika pergerakan itu memerlukan dua belah tangan seperti mengikat serban, memakai seluar atau kain, itu semua dikira besar.
KECIL : pergerakan yang tidak membuat orang yang melihat bersangka si pelakunya di luar solat.
BESAR : pergerakan yang menyebabkan orang melihat bersangka pelakunya di luar solat.
KECIL : kembali kepada penentuan adat dan uruf setempat yang pada adatnya masyarakat anggapnya kecil.
BESAR : juga berdasarkan adat. Imam An-Nawawi menyebut pandangan yang keempat ini yang paling sahih dan pandangan ulama Syafie yang teramai. Kata beliau

وهو الأصح وقول الأكثرين

Ertinya : ini yang paling sahih dan merupakan pendapat teramai.[1]

Kemudian, Imam An-Nawawi juga menyimpulkan jika dua kali pergerakan besar ia masih tidak membatalkan solat, jika tidak berturut-turut, itu juga tidak membatalkan solat.


KESIMPULAN


Kesimpulannya, saya cenderung kepada menyarankan agar memastikan tidak bergerak banyak sama ada besar atau kecil adalah sifat solat sempurna. Namun jika pergerakan kerana dharurat yang diterima oleh Islam seperti mengelak bahaya, mengelak api dan sepertinya ia tidak membatalkan solat.
Majoriti mazhab lain seperti Hanbali dan Hanafi tidak ada kaedah yang menyatakan pergerakan banyak akan membatalkan solat dan fatwa dan ijtihad mereka tentunya tidak boleh diketepikan begitu sahaja, hasilnya saya suka menasihatkan agar mengelakkan khilaf, dan jika berlaku pegerakan yang banyak berturut-turut dan masih ada waktu untuk mengulangi solat, sebaiknya solat dianggap batal dan diulangi.

Sekian



Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Friday, December 28, 2012

KENALI HADIS PALSU MENERUSI MATAN...




Oleh: Dr Asri Zainul Abidin

Menyebarkan hadis palsu tanpa menerangkan kepalsuannya merupakan dosa yang amat besar. Penipuan dan bersekongkol dengan penipuan adalah dosa menurut ajaran Islam. Apatah lagi jika pembohongan itu menggunakan nama Allah dan Rasul-Nya.

Kesannya besar dan bahaya. Mereka yang terpedaya dengan penipuan tersebut akan mengamalkan sesuatu yang disangkakan bersumber dari Tuhan sedangkan hakikatnya tidak demikian.

Jika isi pembohongan itu sesuatu yang jelas bercanggah dengan hakikat fakta, ataupun sesuatu yang ‘lekeh' maka Tuhan ataupun Rasul-Nya akan dipersalahkan. Mungkin ia akan menghilangkan keimanan manusia terhadap ajaran agama.


Justeru itu, Islam mengharamkan sama sekali perbuatan mengadakan hadis palsu seperti penegasan Nabi SAW dalam hadis mutawatir:

"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka."

Bukan sahaja mengadakan hadis palsu itu dosa besar, menyebarkannya juga berkongsi dosa besar yang sama. Dalam era teknologi ini, begitu mudah sesuatu hadis palsu itu tersebar.

Menerusi SMS, email, Facebook dan Twitter, ramai yang terlibat dengan kegiatan dosa menyebarkan hadis palsu ini. Maka berhati-hatilah. Beberapa klik tanpa penelitian boleh membawa anda menjadi pendusta yang menggunakan nama Allah dan Rasul-Nya.

Mengkritik Matan

Pembaca Internet juga terdedah kepada pelbagai sumber hadis palsu. Saya mengajar di USM kursus Analisa Kritis Matan Hadis untuk para pelajar ijazah tinggi. Saya rasa orang awam juga wajar dibekalkan sedikit sebanyak pengetahuan tentang analisa matan hadis.

Secara umumnya, hadis palsu dapat diketahui melalui dua cara.

Pertama, kajian terhadap sanad (rangkaian perawi).

Kedua, kajian terhadap matan atau kritik teks (textual criticism). Untuk mengkaji para perawi bukan mudah melainkan mereka yang terbabit langsung dalam bidang hadis. Apakah ada cara untuk seseorang biasa mengagak sesuatu hadis itu mungkin palsu hanya dengan membaca matan (teks) sahaja? Maka di sini datang peranan naqd al-matn (kritik teks) atau kajian teks tadi.



Pengetahuan ini amat penting kepada para pengguna Internet hari ini. Ia sekurang-kurangnya dapat menjadikan mereka berhati-hati apabila melihat ataupun mendengar teks hadis yang pelbagai. Jika pun mereka tidak dapat memutuskan kedudukan hadis-hadis tersebut, sekurang-kurangnya mereka akan menangguhkan dulu sebelum mempercayainya sehingga ternyata kedudukannya.

Ibn Qayyim

Ilmuwan hadis yang terbilang al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) pernah ditanya apakah mungkin untuk mengetahui hadis palsu tanpa melihat kepada sanadnya? Untuk menjawab persoalan yang besar itu, beliau telah menghasilkan buku yang amat penting dalam sejarah ilmu mengkritik teks hadis iaitu Al-Manar Al-Munif fi al-Sahih wa al-Da'if.

Sesiapa yang berkemampuan membaca teks Arab, saya mencadangkan mereka membaca buku ini bersama komentar yang dibuat oleh al-Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah.

Bagaimana pun, bagi yang tidak menguasainya, saya ingin memetik beberapa noktah menarik yang disebut oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam buku tersebut bersama sedikit ulasan.

Antara yang disebut oleh Ibn Qayyim, hadis palsu itu antara cirinya mengandungi unsur mujazafah iaitu berlebih-lebihan dalam penetapan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar, ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah.

Contoh hadis palsu yang dibawa oleh Ibn Qayyim ialah:

"Sesiapa yang mengucap lailaha illa Allah; Allah ciptakan kalimah itu menjadi seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah, setiap lidah ada 70,000 bahasa yang beristighfar kepadanya." (ms 51. Halab, Syria: Maktabah al-Matbu‘at al-Islamiyyah)



Logik

Antara ciri lain hadis palsu ialah bercanggah dengan fakta yang nyata. Banyak contoh yang disebut oleh beliau; antaranya hadis palsu: "Terung itu ubat bagi segala penyakit."

Contoh lain: "Hendak kamu memakan kacang dal kerana ia berkat dan melunakkan jantung hati. Memperbanyak air mata dan ia disucikan oleh 70 nabi." (ms 52)

Antara lain beliau menyebut hadis ciri hadis palsu itu ia kelihatan selekeh dan boleh dipersendakan.

Banyak contohnya, antara yang disebut: "Jika beras itu lelaki nescaya dia seorang yang penyantun".

Contoh lain: "Hendaklah kamu memakan garam kerana ia ubat bagi 70 penyakit."

Contoh lain: "Tiada buah delima melainkan bijinya berasal dari syurga." (ms 55)

Contoh lain: "Sesiapa yang membela ayam jantan putih, maka dia tidak akan dihampiri oleh syaitan dan sihir."

Kemudian Ibn Qayyim membuat kesimpulan tentang hadis berkaitan ayam jantan itu:

"Kesemua hadis ayam jantan adalah dusta kecuali satu hadis iaitu: Sesiapa yang mendengar kokokan ayam jantan hendaklah dia memohon kurniaan dari Allah kerana ia melihat malaikat." (riwayat Bukhari dan Muslim). (ms 56)


Dalam masyarakat melayu, terdapat juga mereka yang mempercayai kelebihan ayam jantan putih. Kepercayaan itu mungkin berasal dari hadis-hadis palsu yang seumpama ini.

Bercanggah sumber sahih


Ciri hadis palsu yang lain yang dinyatakan oleh Ibn Qayim apabila ia bercanggah dengan hadis sahih yang lain secara nyata.

Ini seperti hadis-hadis palsu yang memuji orang yang bernama Muhammad ataupun Ahmad, bahawa sesiapa bernama seperti itu tidak akan masuk neraka.

Ini bercanggah dengan prinsip ajaran Nabi SAW yang menegas bahawa neraka itu bukan dapat dielakkan dengan nama dan gelaran sebaliknya dengan iman dan amalan salih. (ms 57)

Antara ciri palsu lain ialah hadis yang menyebut Nabi Khidir masih hidup. Kesemua hadis yang membawa maksud tersebut adalah palsu dan dusta.

Kemudian al-Imam Ibn Qayyim mengemukan banyak hujah dari al-Quran dan al-Sunah yang membuktikan bahawa cerita Khidir masa hidup sehingga kini adalah dusta dan palsu. (ms 67-76)

Pelik

Contoh hadis palsu lain: "Pelangi di langit itu adalah tengkuk ular yang berada di bawah Arsy."

Juga hadis palsu: "Jangan mandi air yang terdedah kepada matahari kerana ia menyebabkan sopak." (ms 60)

Antara ciri hadis palsu ialah apabila terdapat dalamnya penetapan tarikh tertentu seperti pada tahun sekian dan sekian, pada bulan sekian dan sekian akan berlaku peristiwa itu dan ini. Ini ciri kepalsuan sesuatu hadis. Ini seperti hadis bahawa akan berlaku gerhana dalam bulan Muharram kemudian berlaku peristiwa itu dan ini. (ms 64).



Banyak hadis yang seperti ini tersebar dalam Internet lalu dipercayai oleh mereka yang dangkal akal dan pengetahuan.

Antara ciri yang lain hadis yang seakan ucapan ahli perubatan, bukan ungkapan seorang nabi. Ini seperti hadis palsu: "Memakan ikan melemahkan jasad."

Contoh lain: "Ada seseorang mengadu kepada Nabi SAW bahawa dia tiada anak. Nabi menyuruhnya memakan telur dan bawang."

Contoh lain: "Berikan isteri-isteri kamu memakan tamar semasa nifas." (ms 65).

Banyak hadis yang seperti yang kadang-kala dibaca oleh mereka yang bergelar ‘ustaz' dan 'ustazah' yang tidak meneliti ilmu hadis ini. Para peniaga suka hadis- hadis seperti itu untuk melariskan perniagaan mereka.

Banyak lagi ciri-ciri yang disebut oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karya itu. Begitu banyak hadis-hadis palsu yang beliau sertakan sebagai contoh untuk pembaca.

Tulisan saya ini sekadar memberikan kesedaran awal untuk mereka yang kurang memberikan perhatian dalam hal ini. Anda boleh rujuk juga beberapa artikel saya tentang hadis palsu sebelum ini.

Insya-Allah, selepas ini akan saya ikuti dengan beberapa coretan yang lain untuk membantu memahami isu hadis palsu ini.

sumber: malaysiakini

Thursday, December 27, 2012

BERSABARLAH KALIAN IKHWANUL MUSLIMIN....



Syeikh Omar Abdul Kafi


Dalam sebuah siaran television satelit
, Syaikh Omar Abdul Kafi, seorang ulama yang biasa memberikan ceramah agama dibeberapa television mengatakan kepada seluruh anggota Ikhwanul Muslimin dan Parti Kebebasan Keadilan supaya untuk terus bersabar dan sentiasa berjuang.

"Bersabarlah dan terus berjuang, perjuangan kalian saat ini masih jauh dari perjuangan Rasulullah Saw yang lebih berat dan lebih keras hinaannya, mereka bahkan menghina Allah Swt dan sentiasa memerangi Rasulullah Saw. Berhati-hatilah kalian Ikhwan, dalam pertempuran perjuangan kalian."

Sebuah pernyataan yang disiarkan pada saluran television Satelit sekitar 90 minit. Syaikh Omar Abdul Kafi menyatakan pernyataan tersebut atas rasa kecintaannya kepada Ikhwanul Muslimin yang merupakan kelompok Islam terbesar di Mesir dan mempunyai pandangan Wasatan (Moderat) dalam Islam, sebagaimana umat Islam di Mesir.

Menurut Syaikh Omar Abdul Kafi, Ikhwanul Muslimin telah mampu bertahan  di Mesir selama
80 tahun dibawah pemerintahan otoriter, akan tetapi ketika tiba kesempatan untuk ikut bermain dalam perpolitikan dan ikut membangun Mesir, Ikhwanul Muslimin dikhianati

dan diserang oleh beberapa pihak yang tidak menginginkan Ikhwanul Muslimin berkuasa di Mesir.

Syaikh Omar Abdul Kafi

menerangkan bahwa majoriti  masyarakat Mesir telah mendukung Ikhwanul Muslimin untuk memerintah negara dan ini merupakan kehendak rakyat Mesir yang mesti dihormati. Ikhwanul Muslimin juga telah berniat sangat baik untuk  bekerjasama dengan  beberapa fraksi yang kontra dengannya, bukan memeranginya. Namun sayang sikap Ikhwanul Muslimin ini di tentang  dan dikhianati.

Terakhir
Syaikh Omar Abdul Kafi mengatakan ,"Tampaknya bahwa asumsi Ikhwanul Muslimin yang mencuba untuk menangani dengan cara yang baik serta berusaha untuk menghargai seluruh elemen guna menjaga kehancuran Mesir selama beberapa tahun terakhir, ternyata tidak berbuah dengan baik, malah dalam politik Mesir bahwa niat baik tidak berlaku dalam dunia politik.

Seandainya Ikhwanul Muslimin ingin menguasai negara dengan cara kekerasan, tentu tidak sulit untuk melakukannya. Tetapi keindahan akhlaq Ikhwan yang sentiasa bersabar dalam berbagai cubaan merupakan buah yang menghasilkan kenikmatan perjuangan hingga akhirnya mampu langkah demi langkah mewujudkan impiannya, sebuah impian yang diinginkan oleh seluruh anggota Ikhwanul Muslimin."




http://www.suaranews.com

PELANCONG INGGERIS MASUK ISLAM...




Hidayah itu datang bila-bila  saja dan menyapa siapa saja. Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam diberikan oleh Allah sebuah mukjizat yang terbesar iaitu Al-Quranul Karim. Kitab suci ini dari segi aspek menyentuh kehidupan manusia dan juga dalam aspek bahasa dan sastera. Bahkan orang non Arab pun dapat merasakan keindahan Al-Qur’an.

Selasa, 25 Disember 2012, Allah menurunkan hidayah kepada seorang pelancong  warga Inggeris melalui lantunan Al-Qur’an. Wajah para jama’ah sholat masjid Al-Basatin Al-Kabir di kota Kharijah, wilayah
Wadi Jaded, Mesir, diwarnai dengan keceriaan dan kegembiraan yang sangat ketika mereka dikejutkan oleh seorang pelancong  warga Inggeris, Philip Wales, mengumandangkan keislamannya dengan mengucapkan dua kalimat syahadat di depan pintu masjid.

Para jama’ah spontan berdiri dan memekikkan takbir “Allahu Akbar, Allahu Akbar”. Mereka bangun dan membawanya ke hadapan Syaikh Ali Hasan, imam masjid, agar pelancong itu mengucapkan dua kalimat syahadat dan menuntunnya cara mengerjakan shalat.

Syaikh Ali kemudian menyuruhnya untuk mengucapkan syahadat dan ia pun segera mengucapkannya. Kemudian Syaikh Ali bertanya kepada Wales,“Apa yang membuatmu masuk Islam?” ia menjawab kerana mendengarkan lantunan/bacaan  Al-Qur’an, ia sampai masuk Islam.

 Imam kemudian menyuruhnya untuk mandi dan berwudhu. Setelah itu Syaikh Ali Hasan mengajarkan muallaf itu tata cara pelaksanaan shalat. Pria berusia 42 tahun itu sebelumnya juga meminta Syaikh Ali untuk mengulangi bacaan Al-Quran dan membuatnya semakin mantap(voa-islam)

sumber: zilzaal

Tuesday, December 25, 2012

HAKIKAT MENGUCAPKAN SALAM....


http://tausyah.wordpress.com/Assalamu 'alaikumSesungguhnya hakikat daripada mengucapkan salam “Assalamu ‘alaikum” apabila kamu menjumpai lebih dari satu orang, dan suatu majlis atau keramaian,
“Assalamu ‘alaika” apabila kamu menjumpai seorang akhi dan “Assalamu ‘alaiki” apabila kamu menjumpai seorang ukhti. Maka itulah salam sebagai identiti Islam sesama kamu kepada saudara-saudarimu yang lain, iaitu sebagai Rahmat ALLAH atas kamu sekalian mukminin dan mukminah dimuka bumi.

Sedang ALLAH Tabaraka wa Ta’ala menaungi kamu sekalian dengan keselamatan lagi Rahmat-Nya didunia maupun di negeri akhirat kelak, Assalamu ‘alaika “keselamatan bagimu” (akhi), atau Assalamu ‘alaiki “keselamatan bagimu” (ukhti) dan Assalamu ‘alaikum “Keselamatan atas kamu sekalian” (lebih dari 1 orang baik akhi maupun ukhti), kerana sesungguhnya ALLAH Tabaraka wa Ta’ala telah memberi jaminan keselamatan didunia maupun di akhirat kelak bagi seluruh muslimin dan muslimah..

ALLAH Subahana wa Ta’ala Ber-Firman :


سَلَامٌ قَوْلاً مِن رَّبٍّ رَّحِيمٍ

(Kepada mereka dikatakan): “Salam”, sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang. Yaasiin: 058.

maka kamu ucaplah salam dan katakanlah kepada seluruh saudara-saudarimu muslimin dan muslimah bahwasanya keselamatan daripada ALLAH Tabaraka wa Ta’ala-lah baginya dan bagi seluruh mukminin dan mukminah di muka bumi sedang kamu sekalian berada didalam naungan Iman lagi Agama yang benar disisi ALLAH Tabaraka wa Ta’ala.

ALLAH Subahana wa Ta’ala Ber-Firman :

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ إِلاَّ مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْعِلْمُ بَغْياً بَيْنَهُمْ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللّهِ فَإِنَّ اللّهِ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. Ali-’Imraan : 019.

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِيناً فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. Ali-’Imraan : 085.



Mengucapkan Salam Apabila Bertemu Dengan Sesama Muslim

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda :

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Rasulullah s.a.w., sabdanya: “Apabila seseorang di antara engkau semua bertemu saudaranya – yakni sesama Muslim, maka hendaklah mengucapkan salam padanya. Jikalau antara keduanya itu terhalang oleh sebuah pohon, dinding atau batu kemudian bertemu lagi dengan saudaranya itu, maka hendaklah bersalam pula sekali lagi.” (Riwayat Abu Dawud)

Mengucapkan salam hukumnya adalah wajib antara sesama kamu, baik apabila kamu menjumpai saudara-saudari muslimmu yang lain yang kamu kenal ataupun yang tiadalah kamu mengenalnya, baik dijalan, tempat umum dan sebagainya.Oleh kerana tiadalah yang lebih utama perkaranya, apabila seorang mukmin berjumpa dengan saudara yang seiman dengan dia maka hendaklah ia mengucapkan salam kepadanya.

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda :

Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash radhiallahu ‘anhuma bahawasanya ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Manakah amalan Islam yang terbaik?” Beliau menjawab: “Iaitu engkau memberikan makanan dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang sudah engkau kenal dan orang yang belum engkau kenal.” (Muttafaq ‘alaih)

dan siapakah yang hendaknya terlebih dahulu mengucapkan salam itu di antara kamu apabila ia berjumpa dengan saudaranya..? maka..dialah sesiapa yang merasa hendak lebih dekat kepada ALLAH dengan sekalian Rahmat-Nya.

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda :

Dari Abu Umamah iaitu Shudai bin ‘Ajlan al-Bahili r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya seutama-utama manusia dengan Allah – yakni yang lebih berhak mendekat kepada Allah – ialah orang yang memulai memberikan salam di kalangan mereka itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad yang baik. Ini juga diriwayatkan oleh Imam Termidzi dari Abu Umamah pula, demikian riwayatnya: Rasulullah s.a.w. ditanya: “Ya Rasulullah, ada dua orang yang saling bertemu muka, maka manakah di antara keduanya itu yang memulai bersalam.”
Beliau s.a.w. menjawab: “Ialah yang lebih utama di antara keduanya itu dengan Allah Ta’ala” maksudnya orang yang lebih mendekatkan dirinya kepada Allah dengan mentaatiNya, sebab yang memulai itulah yang lebih dulu berzikirnya kepada Allah. Jadi lebih berhak untuk mendekatkan diri kepadaNya.


Mengucapkan Salam Jika Ingin Bertamu Kerumah Orang Lain


Kemudian apabila kamu hendak bertamu kerumah saudara-saudari yang lain, maka hendaklah kamu mengucapkan salam dan janganlah kamu masuk kepada rumah itu sebelum salammu itu dijawab oleh sang ahli rumah.

ALLAH Subahana wa Ta’ala Ber-Firman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتاً غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat. An-Nuur : 027.

لَيْسَ عَلَى الْأَعْمَى حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْأَعْرَجِ حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ وَلَا عَلَى أَنفُسِكُمْ أَن تَأْكُلُوا مِن بُيُوتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ آبَائِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أُمَّهَاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ إِخْوَانِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَخَوَاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَعْمَامِكُمْ أَوْ بُيُوتِ عَمَّاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَخْوَالِكُمْ أَوْ بُيُوتِ خَالَاتِكُمْ أَوْ مَا مَلَكْتُم مَّفَاتِحَهُ أَوْ صَدِيقِكُمْ لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَأْكُلُوا جَمِيعاً أَوْ أَشْتَاتاً فَإِذَا دَخَلْتُم بُيُوتاً فَسَلِّمُوا عَلَى أَنفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِندِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُون

Tidak ada halangan bagi orang buta, tidak (pula) bagi orang pincang, tidak (pula) bagi orang sakit, dan tidak (pula) bagi dirimu sendiri, makan (bersama-sama mereka) di rumah kamu sendiri atau di rumah bapak-bapakmu, di rumah ibu-ibumu, di rumah saudara-saudaramu yang laki-laki, di rumah saudaramu yang perempuan, di rumah saudara bapakmu yang laki-laki di rumah saudara bapakmu yang perempuan, di rumah saudara ibumu yang laki-laki di rumah saudara ibumu yang perempuan, di rumah yang kamu miliki kuncinya atau di rumah kawan-kawanmu. Tidak ada halangan bagi kamu makan bersama-sama mereka atau sendirian. Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah-rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang berarti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat (Nya) bagimu, agar kamu memahaminya. An-Nuur : 061.


Para Ahli Syurgapun Mengucapkan Salam


Dinegeri keselamatan tiap-tiap muslimin dan muslimah yang beramal sholeh iaitu Syurga, tiadalah di negeri terdapat kata-kata yang tiada berfaedah antara sesama mereka. Melainkan ucapan selamat daripada ALLAH Tabaraka wa Ta’ala lagi para Malaikat – malaikat-Nya.

ALLAH Subahana wa Ta’ala Ber-Firman :

لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْواً إِلَّا سَلَاماً وَلَهُمْ رِزْقُهُمْ فِيهَا بُكْرَةً وَعَشِيّاً

Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam surga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezkinya di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang. Maryam : 062.

جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ وَالمَلاَئِكَةُ يَدْخُلُونَ عَلَيْهِم مِّن كُلِّ بَابٍسَلاَمٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ

(yaitu) surga `Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. (sambil mengucapkan): “Salamun `alaikum bima shabartum”. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. Ar-Ra’d : 23-24.


Pahala Bagi Yang Mangucapkan Salam

Jika mengucapkan salam adalah wajib, maka sesungguhnya segala kewajiban yang ALLAH Tabaraka wa Ta’ala dan Rasul-Nya tetapkan atas sekalian mukminin dan mukminah adalah suatu amalan ibadah bagi manusia. Sedang tiap-tiap amal ibadah kepada ALLAH Ta’ala, maka ALLAH Ta’ala telah menetapkan suatu ganjaran pahala menurut amalannya.

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda :

Dari Imran bin al-Hushain radhiallahu ‘anhuma, ia berkata : Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w., lalu ia mengucapkan: Assalamu ‘alaikum. Kemudian beliau s.a.w. membalas salam orang tadi lalu duduk terus bersabda: “Sepuluh,” maksudnya pahalanya dilipatkan sepuluh kalinya.
Selanjutnya datang pula orang lain lalu ia mengucapkan: Assalamu ‘alaikum warahmatullah. Beliau s.a.w. lalu membalas salamnya orang itu, lalu duduk lagi: “Dua puluh,” maksudnya pahalanya dilipatkan dua puluh kali. Seterusnya ada pula orang lain yang datang, lalu mengucapkan: Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Kemudian beliau s.a.w. membalas salam orang tersebut, lalu duduk terus bersabda: “Tiga puluh,” maksudnya pahalanya dilipatkan tiga puluh kali.

Jazzakumullahi Khoiraan Katsiraa..

sumber: tausyah.wordpress.com

Sunday, December 23, 2012

PENIAGA: ANTARA SYURGA DAN NERAKA...

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin



Melihat muslim menjadi peniaga terutama dalam negara ini amat menggembirakan. Betapa kita ingin agar kekuatan ekonomi umat Islam ini berkembang. Sejak dahulu, saya berkempen agar muslim membantu perniagaan muslim. Membeli dan menghulurkan sokongan agar mereka berjaya.
Ekonomi adalah satu kekuatan yang boleh menentukan perjalanan sesebuah masyarakat. Sementara kelemahan ekonomi pula mendedahkan sesebuah masyarakat kepada penghinaan dan percaturan pihak lain. Secara kolektif, disebabkan kita majoriti kita memiliki ‘purchasing power’ yang tinggi. Lihat saja, apabila umat Islam di negara ini ingin memboikot produk pro-zionis, syarikat-syarikat berkaitan mula gelisah dan cuba mencari pelbagai pendekatan menawan semula perasaan kita.

Jika kita tolong-menolong membantu perniagaan saudara kita, kita melaksanakan apa yang Nabi s.a.w sabda:


“Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sifat Peniaga Muslim

Apabila muslim berniaga, dia sepatutnya membawa nilai-nilai mulia yang diajar oleh Islam semasa mengendalikan perniagaannya. Peniaga yang baik dan jujur mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah pada hari Kiamat kelak. Betapa banyaknya pengorbanan dan kesungguhan diperlukan untuk menjadi peniaga yang jujur sehingga Nabi s.a.w bersabda:


“Peniaga yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid” (Riwayat al-TIrmizi, bertaraf ‘hasan’).

Hadis ini menggalakkan muslim berniaga tetapi hendaklah bersifat jujur dan amanah. Perniagaan di samping ia sumber rezeki, ia juga boleh menjadi sumber pahala yang membawa seseorang ke syurga dan darjat yang mulia.

Peniaga yang jujur lagi amanah pasti tidak akan terlibat dengan perkara-perkara yang haram, menipu, memungkiri apa yang dijanjikan, mengelirukan pembeli, memutar belit dalam urusan dan segala sifat-sifat yang buruk dan keji. Urusan perniagaan penuh kehormatan. Maka layaklah dia bersama dengan para nabi, siddiqin dan syuhada. Dalam konteks seperti Malaysia, dia boleh memberikan mesej yang baik tentang kemuliaan ajaran Islam kepada pihak lain.



Penipuan dan Khianat

Dalam masa yang sama, peniaga juga terdedah untuk menjadi pendusta dan pengkhianat jika dia tidak berakhlak. Menipu apa yang diberitahu kepada pembelinya dan mengkhianati mereka dalam keadaan mereka tidak sangka.



Dalam skala besar, ahli-ahli perniagaan yang mendapat projek-projek mega yang diwujudkan untuk kepentingan negara dan awam bukan sedikit yang menipu dalam pelbagai cara; kos, kualiti, pengurusan dan lain-lain. Ini sehingga negara dan rakyat terpaksa menanggung kos yang tinggi ataupun kualiti hasil kerja yang rendah, ataupun kedua-duanya sekali.
Penipuan harta awam dan kezaliman mereka mengakibatkan rakyat terpaksa menerima hasil yang tidak sepatutnya seperti jambatan, bangunan yang rosak dan bahaya. Dosa mereka ini terlalu besar. Tidak boleh dipadamkan dengan sekadar menderma untuk binaan masjid dan surau. Nabi s.a.w bersabda:


“Sesungguhnya para peniaga dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang jahat kecuali mereka yang bertaqwa, berbuat kebaikan dan benar”
(Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim dalam al-Mustadrak dll. Al-Hakim menyatakan sanadnya sahih. Ia dipersetujui oleh al-Zahabi)

Banyak contoh lain yang boleh kita sebut. Di Malaysia umpamanya, ramai orang melayu muslim menjual pelbagai ‘ubatan’, makanan tambahan dan seumpamanya. Pelbagai dakwaan yang sebahagiannya tidak terbukti benar tapi diwujudkan bagi menarik perhatian pembeli. Bahkan ada yang menggunakan nama Allah dan RasulNYA dalam melariskan jualan. Pelbagai firman dan sabda dikaitkan. Dusta atas dusta. Khianat atas khianat.

Perniagaan Makanan

Ramai muslim yang mengusahakan perniagaan makanan terutama kedai ataupun gerai makanan. Para pembeli hanya melihat makanan yang sudah siap, tetapi mereka tidak nampak bagaimanakah makanan itu disediakan. Ada pengusaha yang tidak mengambil berat soal kebersihan. Proses makanan itu disediakan jika dilihat sendiri oleh pelanggan tentu mereka tidak sanggup makan. Mereka tertipu dengan apa yang telah terhidang. Mereka tidak tahu mereka mungkin telah menelan makanan yang kotor, ataupun adanya bahan yang bahaya untuk kesihatan mereka.



Peniaga yang seperti ini merupakan penipu dan pengkhianat yang setiap hari perniagaannya menzalimi dan mengkhianati orang lain. Mereka terus berdosa dengan pelanggan mereka. Malangnya, kadang-kala mereka terlupa bahawa setiap hari mereka menambahkan dosa mereka dengan manusia lain yang itu semua akan dibawa ke hadapan Allah nanti. Mungkin juga dibalas di dunia ini, jika Allah kehendaki. Nabi s.a.w tidak menerima peniaga seperti ini sebagai pengikut baginda.

Suatu ketika, Rasulullah s.a.w melintasi satu bekas makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan baginda menjadi basah. Baginda pun bersabda:


“Apakah ini wahai empunya makanan (peniaga)?. Dia menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah!”. Baginda bersabda: “Mengapa engkau tidak jadikan bahagian yang basah itu di atas makanan supaya orang boleh nampak?! Sesiapa yang menipu, dia bukan dari pengikutku” (Riwayat Muslim).

Dosa


Peniaga yang menipu mata pembeli dengan ucapan, tulisan ataupun hiasan yang menawan sehingga pelanggan tertipu, akan menanggung dosa yang besar. Lebih buruk lagi, ramai peniaga kedai makanan yang meletakkan ayat al-Quran di dinding-dinding kedai mereka, bukan kerana ingin menghayatinya tetapi sekadar untuk menarik perhatian pelanggan. Padahal amalan perniagaan mereka tidak seiras dengan ajaran al-Quran. Mereka menzalimi pelanggan mereka yang datang dan mempercayai mereka. Mereka pula menyedia makanan yang tidak tergamak dimakan jika pelanggan mengetahui hakikatnya. Sedangkan al-Quran menegaskan: (maksudnya)


“dan orang-orang yang menyakiti lelaki-lelaki yang beriman dan perempuan-perempuan yang beriman tanpa kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul dosa menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata”. (Surah al-Ahzab, 58)

Jual beli yang mempunyai penipuan dan kezaliman adalah haram. Wang yang diperolehi juga adalah haram, walaupun dari segi undang-undang kelihatan macam halal. Sabda Nabi s.a.w:


“Muslim saudara muslim. Tidak halal seorang muslim menjual kepada saudaranya suatu jual yang ada kecacatan tanpa diterangkan” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dll. Al-Hakim menyatakan sahih dan disetujui oleh al-Zahabi).

Kita berbangga melihat muslim berniaga. Namun para peniaga muslim hendaklah beretika dalam perniagaan mereka selaras dengan ajaran Allah dan RasulNYA. Peniagaan satu punca pendapatan yang halal. Jika dikendalikan dengan jujur membawa ke syurga. Jika dikendalikan dengan tipuan dan khianat membawa ke neraka.

sumber: Minda Tajdid

PASSWORD KE SYURGA....

  
     Kalau kita tanyakan seseorang, sudah tentu ia mahu masuk syurga bukannya neraka. Kalau syurga dunia pun begitu indahnya, tentu syurga akhirat itu lebih2 lagi. Tapi bagaimana mahu menjejakkan kaki kepintu syurga? Apa kuncinya? Apa passwordnya?

Ibarat sebuah pintu, syurga memerlukan sebuah kunci untuk membuka pintu-pintunya. Namun, tahukah Anda apakah kunci syurga itu ?
Bagi yang merindukan syurga, tentu akan berusaha mencari kuncinya walaupun harus mengorbankan nyawa. Tetapi anda tidak perlu gelisah, Nabi Muhammad Sholallahu ‘alaihi wa sallam telah menunjukkan pada umatnya apakah kunci syurga itu, sebagaimana tersebut dalam sebuah hadits yang mulia, beliau bersabda (yang artinya):
“Barang siapa mengucapkan kalimat Laa ilaaha illalloh dengan penuh keikhlasan, maka dia akan masuk syurga. “
(HR. Imam Ahmad dengan sanad yang shohih).

Ternyata, kunci syurga itu adalah Laa ilaahaa illalloh, kalimat Tauhid yang begitu sering kita ucapkan.
Namun semudah itukah pintu syurga kita buka ? Bukankah banyak orang yang siang malam mengucapkan kalimat Laa ilaaha illalloh, tetapi mereka masih meminta-minta (berdo’a dan beribadah) kepada selain Allah, percaya kepada dukun-dukun dan melakukan perbuatan syirik lainnya ? Akankah mereka ini juga boleh membuka pintu syurga ?

Kunci Bergerigi

Tidak mungkin !
Dan ketahuilah, yang namanya kunci pasti bergerigi. Begitu pula kunci syurga yang berupa Laa ilaaha illalloh itu, ia pun memiliki gerigi. Jadi, pintu syurga itu hanya boleh dibuka oleh orang yang memiliki kunci yang bergerigi.

Al-Iman Al-Bukhori meriwayatkan dalam Shohih-nya (3/109), bahawa seseorang pernah bertanya kepada Al-Imam Wahab bin Munabbih (seorang Tabi’in terpercaya dari Shon’a yang hidup pada tahun 34-110 H) :
“Bukankah Laa ilaaha illalloh itu kunci syurga ? “Wahab menjawab : “Benar, akan tetapi setiap kunci yang bergerigi. Jika engkau membawa kunci yang bergerigi, maka pintu syurga itu akan di bukakan untukmu !”.

Lalu, apa gerangan gerigi kunci itu Laa ilaaha illalloh itu ? Ketahuilah, gerigi kunci Laa ilaaha illalloh itu adalah syarat-syarat Laa ilaaha illalloh !




Lapan Syarat

Syaikh Abdurrahman bin Muhammad bin Qoshim Al-Hambali An-Najdi rahimahullah, penyusun kitab Hasyiyyah Tsalatsatil Ushul, pada halaman 52 kitab tersebut menyatakan, syarat-syarat Laa ilaaha illalloh itu ada lapan, iaitu :

Pertama :
Al-‘Ilmu (mengetahui), maksudnya adalah Anda harus mengetahui erti (makna) Laa ilaaha illalloh secara benar. Adapun artinya adalah : “Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah”.

Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang ertinya): “Barang siapa mati dalam keadaan mengetahui bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, niscaya dia akan masuk surga.” (HR. Muslim).
Seandainya Anda mengucapkan kalimat tersebut, tetapi anda tidak mengerti maknanya, maka ucapan atau persaksian tersebut tidak sah dan tidak ada faedahnya.


Kedua :
Al-Yaqiinu (meyakini), maksudnya adalah anda harus menyakini secara pasti kebenaran kalimat Laa ilaaha illalloh tanpa ragu dan tanpa bimbang sedikitpun. Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang ertinya): “Aku bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak di sembah kecuali Allah dan aku adalah utusan Allah. Tidaklah seorang hamba bertemu dengan Allah sambil membawa dua kalimat syahadat tersebut tanpa ragu kecuali pasti dia akan masuk surga." (HR. Muslim).


Ketiga :
Al-Qobulu (menerima), maksudnya Anda harus menerima segala tuntunan Laa ilaaha illalloh dengan senang hati, lisan dan perbuatan, tanpa menolak sedikitpun. Anda tidak boleh seperti orang-orang musyirik yang di gambarkan oleh Allah dalam Al-Qur’an (yang ertinya): “Orang-orang yang musyrik itu apabila di katakan kepada mereka : (ucapkanlah) Laa ilaaha illalloh, mereka menyombongkan diri seraya berkata : Apakah kita harus meninggalkan sesembahan-sesembahan kita hanya kerana ucapan penyair yang gila ini ? “ (QS. As-Shoffat : 35-36).


Keempat :
Al-Inqiyaadu (tunduk atau patuh), maksudnya Anda harus tunduk dan patuh melaksanakan tuntunan Laa ilaaha illalloh dalam amal-amal nyata. Allah subhanahu wa Ta’ala (yang artinya): “Kembalilah ke jalan Tuhan mu, dan tunduklah kepada-Nya. “ (QS. Az-Zumar : 54). Allah Ta’ala juga berfirman (yang ertinya): “Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang pada buhul (ikatan) tali yang amat kukuh (yakni kalimat Laa ilaaha illalloh). “(QS. Luqman : 22). Makna “menyerahkan dirinya kepada Allah” yaitu tunduk, patuh dan pasrah kepada-Nya (ed.).
Iaitu menunaikan segala suruhanNya yang wajib dan meninggalkan segala yang dilarangNya


Kelima :

Ash-Shidqu (jujur atau benar), maksudnya Anda harus jujur dalam melaksanakan tuntutan Laa ilaaha illalloh, yakni sesuai antara keyakinan hati dan amal nyata, tanpa di sertai kebohongan sedikitpun. Nabi Sholallahu ‘alahi wa sallam bersabda (yang ertinya) : “Tidaklah seseorang itu bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak di sembah kecuali Allah dan Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya, dia mengucapkannya dengan jujur dari lubuk hatinya, melainkan pasti Allah mengharamkan neraka atasnya. “ (HR. Imam Bukhori dan Muslim).


Keenam :

Al-Ikhlas (ikhlas atau murni), maksudnya Anda harus membersihkan amalan anda dari noda-noda riya’ (amalan ingin di lihat dan dipuji oleh orang lain), dan berbagai amalan kesyirikan lainnya. Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah mengharamkan neraka bagi orang yang mengucapkan Laa ilaaha illalloh semata-mata hanya untuk mengharapkan wajah Allah Azza wa Jalla. “(HR. Imam Bukhori dan Muslim).


Ketujuh :
Al-Mahabbah (mencintai), maksudnya anda harus mencintai kalimat tauhid, tuntunannya, dan mencintai juga kepada orang-orang yang bertauhid dengan sepenuh hati, serta membenci segala perkara yang merusak tauhid itu.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (yang artinya): “Dan di antara manusia ada yang menbuat tandingan-tandingan (sekutu) selain Allah yang di cintai layaknya mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman, sangat mencintai Allah diatas segala-galanya). “ (QS. Al-Baqarah : 165).
Dari sini kita tahu, Ahlut Tauhid mencintai Allah dengan cinta yang tulus bersih. Sedangkan Ahlus Syirik mencintai Allah dan mencintai tuhan-tuhan yang lainnya. Hal ini tentu sangat bertentangan dengan isi kandungan Laa ilaaha illalloh.(ed,).

Ke-lapan :
Al-Kufru bimaa siwaahu (mengingkari sesembahan yang lainnya), maksudnya Anda harus mengingkari segala sesembahan selain Allah, yakni tidak mempercayainya dan tidak menyembahnya, dan juga anda harus yakin bahwa seluruh sesembahan selain Allah itu batil dan tidak pantas disembah-sembah.
Allah Subhanahu wa Ta’ala menyatakan (yang ertinya):
“Maka barang siapa mengingkari thoghut (sesembahan selain Allah) dan hanya beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang teguh pada ikatan tali yang amat kukuh (yakni kalimat Laa ilaaha illalloh), yang tidak akan putus….”(QS. Al-Baqoroh : 256).


Saudaraku kaum muslimin dari sini dapatlah anda ketahui, bahwa orang yang mengucapkan kalimat Laa ilaaha illalloh hanya dengan lisannya tanpa memenuhi syarat-syaratnya, dia bagaikan orang yang memegang kunci tak bergerigi, sehingga mustahil baginya untuk membuka pintu syurga, walaupun dia mengucapkannya lebih dari sejuta banyaknya. Kerana itu perhatikanlah ! Wallahu a’lamu bish showwab !.


Dinukil dari bulletin Dakwah Al-Bayyinah, edisi 07/02/20, diolah dan disusun kembali oleh Abu Abdirrahman. (BULETIN DAKWAH AT-TASHFIYYAH, Surabaya Edisi : 13 / Shafar / 1425)

via: mitfahulnurhusna.blogspot

Tuesday, December 18, 2012

Mengapa Ridha Suami Itu Syurga Bagimu Para Isteri.....




Ketaatan kepada dan ridha suami itu adalah anak kunci syurga bagimu wahai para isteri....mengapa? dan apakah sebab dan alasannya?

Mungkin di sini anda para isteri ketemukan jawabannya:
Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup.
Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kala rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.



Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia beranjak dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu,
perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

Suamimu ridha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan  anak-anakmu serta dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi solusi. Padahal boleh  saja disaat engkau mengadu itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar, namun tetap saja masalahmu di utamakan dibandingkan masalah yang dihadapi sendiri.

Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. Sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri...


Sumber : "Mimbar dakwah Islam"
via:  zilzaal

Monday, December 17, 2012

PENYAKIT JIWA....


Penyakit badan mudah di kenali dan diubati
bagaimana pula dengan penyakit bathin
atau jiwa?
Dengarkan apa kata
Dr Asri Zainul Abidin:




Terimakasih kerana
meluangkan sedikit masa disini....



Abusyafie
Klang
17/12/12

Friday, December 14, 2012

PAS DAN UMNO BERSAUDARA DALAM AGAMA...





 


 
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN:

Umno dan Pas tidak perlu berhenti bersaing jika persaingan mereka itu bertujuan menawarkan khidmat yang lebih baik kepada rakyat. Persaingan untuk memberikan khidmat adalah persaingan yang sihat dan memberikan kebaikan bukan negara.

Tidakkah kita lihat bahawa kewujudan persaingan di pasaran membolehkan orang ramai mendapat barangan yang lebih berkualiti. Sementara monopoli tanpa saingan akan merosakkan kualiti khidmat dan merugikan orang awam.


Persaingan Pas dan Umno jika atas dasar ingin menawarkan khidmat yang lebih baik, bukan kerana dendam dan permusuhan yang lahir dari politik kepuakan, akan memakmurkan masyarakat Muslim secara khusus dan negara secara amnya. Jika persaingan itu atas slogan yang ALLAH SWT firman (maksudnya) “Bersegeralah kepada kebaikan” (Surah al-Maidah, 48) maka ia menjadi pahala kebajikan untuk semua pihak yang terlibat.



Saingan politik


Seperti yang selalu ditegaskan, pada asalnya, Islam tidak suka perasaan tamakkan jawatan tanpa sebab yang berasas yang ALLAH reda. Keinginan mendapatkan kedudukan politik untuk kepentingan diri atau sebagai kebanggaan adalah dilarang dalam agama ini.


Ini jelas daripada hadis-hadis, antaranya sabda Nabi Muhammad SAW: “Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).


Baginda juga pernah menasihati `Abd ar-Rahman bin Samurah: “Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong).


Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Islam melihat kerakusan inginkan jawatan disebabkan perasaan sukakan kedudukan dan nama hanya akan penyesalan di akhirat dan melemahkan jawatan itu sendiri. Namun dalam masa yang sama, seseorang boleh berusaha mendapatkan jawatan politik jika dia merasakan dia dapat memberikan khidmat yang lebih baik daripada orang lain.

Ini seperti yang al-Quran ceritakan tentang permintaan Nabi Yusuf: (maksudnya) Yusuf berkata: “Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.

Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan”. (Surah Yusuf, 55-56).

Kata Ibn Taimiyyah rh (meninggal 728H):
“Nabi Yusuf meminta jawatan kepimpinan untuk kebaikan agama, itu bukan sesuatu yang mencanggahi pergantungan kepada ALLAH, tidak juga termasuk dalam permintaan jawatan yang dilarang” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 8/68, Riyadh: Maktabah al-Abikan)

Kata al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H) mengulas ayat ini: “..demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain” (Tafsir al-Qurtubi, 9/21, Beirut: Dar al-Fikr).


Saling memerlukan

Persaingan Pas dan Umno adalah sesuatu yang baik jika mengujudkan keadaan ‘check and balance’ antara penguasa dan rakyat. Ia akan menghidupkan suasana amar makruf dan nahi munkar (promoting good and forbidding evil).

Tindakan pemerintah akan diteliti oleh pembangkang dan tindakan pembangkang adalah mewakili kemaslahatan rakyat. Maka wujudlah pemerintah yang berkualiti dan pembangkang yang bermanfaat. Keduanya membawa kebaikan kepada rakyat dan keduanya berlumba-lumba untuk mencari pahala dalam lapangan politik.

Saya masih ingat pernah semasa saya berbual bersendirian dengan Tun Abdullah Badawi di London, beliau menyebut: “Umno memerlukan Pas. Kewujudan Pas menjadikan Umno sentiasa beringat dengan tindakan mereka."


Tanpa Pas, Umno akan terlupa dan tidak berhati-hati terutama berkaitan Islam”. Saya percaya itu ucapan yang bukan atas kepentingan politik. Dalam persada politik Malaysia, menghapuskan persaingan antara Pas dan Umno bukan sesuatu yang baik untuk rakyat dan umat.


Bahkan itu boleh menjurus ke arah monopoli, kerakusan, bertambah berleluasanya rasuah, hilangnya sifat berhati-hati dalam tindakan dan pelbagai lagi.




Apa yang perlu dihapuskan?

Malangnya, hal ini kadang-kala tidak berlaku. Persaingan politik dikendalikan atas kepentingan diri ataupun puak, bukan untuk kepentingan rakyat lagi. Perlumbaan melakukan kebaikan itu dipadamkan oleh banyaknya perlumbaan menghapuskan pesaing politik.


Berlakunya manipulasi isu dari kedua belah pihak. Kedua pihak akhirnya menerima padah; maruah dan nilai tercemar. Kelantan yang dikuasai Pas telah menjadi mangsa buli sekian lamanya. Hal yang sebaliknya juga berlaku apabila segala tindakan pemimpin Umno jarang dinilai positif oleh Pas. Politik prasangka memenuhi ruang. Kerakusan kuasa dan harta meruncingkan lagi permusuhan itu.


Persaingan yang bertujuan untuk menggalakkan kebaikan dan menghalang keburukan bertukar menjadi persaingan yang membawa keburukan dan menghalang kebaikan. Media kerajaan yang menggunakan wang rakyat hanya diberi ruang kepada satu pihak sahaja untuk mencerca pihak yang lain semahunya.

Idea-idea politik dan pembangunan dari pihak yang bersaing tidak mendapat ruang yang adil dalam media kerajaan. Padahal, jika niat benar-benar untuk pembangunan rakyat, apa salahnya idea-idea baik itu didengari oleh rakyat dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan sekalipun dari pembangkang.

Namun itu tidak berlaku. Politik idea dibunuh oleh politik permusuhan puak dan peribadi. Dalam masa yang sama, ceramah dan ucapan pembangkang juga banyak yang bukan mengemukakan cadangan dan idea yang bernas, tetapi lebih kepada menyerang keburukan-keburukan peribadi pihak lain.

Sedaya mampu hanya untuk mencari salah dan silap, sekalipun dalam perkara peribadi orang lain. Seakan mesejnya; ‘pilihlah kami, kerana mereka lebih buruk dari kami’. Sepatutnya, ‘pilihlah kami kerana kami dapat menawarkan service yang lebih baik’.


Sikap dan pendekatan yang seperti ini patut dihapuskan. Sikap yang lebih rasional dan insaf perlu disuburkan.

Di sebalik lambang

Dalam Umno dan Pas, ramai yang menilai pihak yang lain berdasarkan warna parti. Warna itu pula telah diberikan pelbagai persepsi permusuhan politik yang diapi-apikan oleh pelbagai keadaan dan pihak. Seakan, tiada lagi kebaikan yang boleh diharapkan di pihak yang satu lagi.


Hakikatnya, di sebalik nama dan lambang parti masing-masing, ahli-ahli Pas dan Umno adalah Muslim. Kehidupan ini bukan segalanya politik. Ya, ada Muslim yang baik dan ada yang tidak mengamalkan agamanya.


Sementara yang kuat beragama itu pula, bukan semestinya dia berjaya menghayati agama dalam setiap aspek. Setiap kita ada kelemahan dan kekurangan. Hal ini terpakai untuk semua orang tanpa mengira parti. Parti bukan agama. Parti mungkin berperanan dalam menggerakkan satu juzuk dari kehidupan bermasyarakat dalam negara ini.


Orang Pas dan Umno ada yang baik dan takutkan ALLAH. Ada yang cuba sedayanya mengamalkan agama apa yang mereka faham. Ada juga yang tidak pedulikan agama, ataupun mempergunakan agama. Berserban dan bersongkok bukan jaminan kebaikan untuk sentiasa dilakukan.


Bukan semua orang Umno jahat, bukan semua orang Pas baik. Begitu juga sebaliknya. Mereka tidak lahir atas lambang parti. Mereka kebanyakan lahir sebagai orang Muslim. Mereka mengakui Islam sebagai agama mereka.

ALLAH menamakan mereka semua Muslimin, sebelum mereka itu dikaitkan dengan nama parti mereka. Firman ALLAH:
(maksudnya) “dan berjihadlah kamu pada jalan ALLAH dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung kesusahan dalam agama, agama bapa kamu Ibrahim.


Dia menamakan kamu: ‘Muslimin’ semenjak dahulu dan di dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi untuk kamu, dan supaya kamu pula menjadi saksi untuk umat manusia. Maka, dirikanlah solat, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada ALLAH! Dia lah Pelindung kamu. maka (ALLAH Yang demikian sifatnya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan. (Surah al-Hajj: 78).


Kita bersaudara


Tidak menjadi masalah bersaing dalam politik. Tidak menjadi masalah juga bercita menukar kerajaan atau mengekalkannya. Namun, antara orang Pas dan Umno, di sebalik tembok parti, mereka kena ingat mereka saudara seagama.


Banyak perkara dalam kehidupan ini yang mereka berkongsi perkara yang sama. Mereka percaya pada ALLAH yang sama, Nabi yang sama, al-Quran yang sama dan seterusnya. Banyak perkara pokok dan asas yang mereka sama dibandingkan perkara yang mereka berbeza.


Walaupun pada juzuk politik mereka berbeza, mereka wajib menghormati hak sebagai saudara Muslim dalam kehidupan ini. Perbezaan parti tidak boleh menghalang mereka dalam masa yang sama untuk kasih saudara seagama.


Tidak wajar menghalang mereka untuk duduk berbincang dan berpakat yang perkara yang mereka sama-sama imani. Tidak wajar menghalangi mereka memberi salam dengan jujur dan melahirkan ukhuwwah islamiyyah tanpa dikaitkan dengan soal perbezaan pendekatan politik.


Sesiapa yang bersahabat dengan kedua pihak, akan menemui kebaikan yang wujud di kedua belah pihak. Mungkin kita tidak setuju dengan lambang tertentu, namun dalam kehidupan bukan semua yang disandarkan dengan lambang tertentu itu sentiasa seiras dengan lambangnya.

Sesiapa yang taklid buta dengan menganggap segala yang dibuat oleh partinya benar bererti dia telah memaksumkan partinya. Sesiapa yang mengikut dan bersetuju dengan segala yang baik dan buruk dalam partinya bererti dia bagaikan keldai yang tidak mampu menilai.

Maka, apabila seorang Muslim dari Pas atau Umno menghulurkan tangan kepada saudaranya, janganlah dipentingkan sangat partinya, lihatlah keluasan hidup ini dan hak-hak Muslim atas Muslim yang lain yang tercatat dalam agama ini. Akidah merentasi parti.

Sentiasalah kita ingat firman ALLAH: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana ALLAH, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertaqwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah: 8)

sumber: sinarharian.com 14/12/12