Wednesday, December 4, 2013
Tuesday, December 3, 2013
Tiga Negara Diperintah Dajjal Sudah Bergabung
Isu sebenar yg berlaku di Syiria..
3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:
1)Keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Beranding dgn Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, kematian rakyat palastine 60 ribu orang alam tempoh 60 tahun..
Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kan.. yang ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yang tidak direkod berpuluh2 ribu lagi kematian..
Sunday, November 24, 2013
AKAL MENGUKUR MAKLUMAT
Oleh: Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Cabaran paling besar dalam kalangan sesetengah yang memakai gelaran ‘agamawan' atau tokoh agama adalah apabila mereka tidak memiliki manhaj atau method yang betul dalam memahami sesuatu fakta yang dikaitkan dengan Islam.
Lalu,
atas kurang teliti, atau ‘kurang fikir' atau ‘memang tak mahu fikir'
mereka menelan semua perkara yang dikaitkan dengan agama, sama ada hasil
percakapan orang atau bahan bacaan yang mereka temui.
Dari situlah lahirnya khurafat, karut marut, tokok tambah, kekartunan pemikiran yang diberikan lebel agama. Jika hal itu berterusan, maka kekeliruan terhadap agama akan berkembang lantas agama akan dipersenda dan didustai.
Dari situlah lahirnya khurafat, karut marut, tokok tambah, kekartunan pemikiran yang diberikan lebel agama. Jika hal itu berterusan, maka kekeliruan terhadap agama akan berkembang lantas agama akan dipersenda dan didustai.
Saturday, November 23, 2013
KESESATAN ASAARI, AL ARQAM , RUFAQA DAN GLOBAL IKHWAN
Buku terbaru tulisan Khatijah Amm, isteri ketiga Asaari, "Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya" telah menggemparkan Malaysia. Buku ini menjadi bukti jelas bahawa Asaari masih terus mengamalkan Aurad Muhammadiah di samping mencipta pelbagai ajaran baru dan perkara bid'ah dalam akidah. Biarpun Asaari dan para pengikutnya menafikan, namun buku ini menjadi bukti yang sangat jelas KESESATAN MEREKA. Kami paparkan bukti kesesatan mereka! Ini jelas membuktikan bahawa Asaari telah BERDUSTA di media!
Berikut adalah kesalahan yang kami kesan dan petikannya:
1. Mendakwa Asaari Muhammad adalah mujaddid dan diyakini sebagai pembantu Imam Mahdi.
“Allah lahirkan duta-Nya bertaraf mujaddid, pembawa Imam Mahdi yang kini amat diyakini, kemuliannyalah menyebabkan Malaysia jadi mulia.”
Hlm. vi, baris 12-16.
Friday, November 22, 2013
BEBERAPA AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Ajaran sesat muncul dalam masyarakat Islam hasil daripada perancangan rapi yang ditaja oleh musuh-musuh Islam dengan tujuan untuk merosakkan agama Islam dan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam menerusi perbezaan dan percanggahan fahaman.
Di negara kita, ajaran sesat memang telah dikesan sejak dahulu lagi dan pengaruhnya meresap masuk ke dalam masyarakat Islam menerusi gerakan batiniah atau yang bertopeng di sebalik nama tarikat-tarikat Sufiah yang dikenali di kalangan masyarakat negara ini. Ajaran tersebut lazimnya bergerak secara berkumpulan dan diketuai oleh guru atau pembawa ajaran itu yang dianggap mursyid serta kononnya mempunyai martabat yang tinggi pada pandangan pengikut-pengikutnya. Guru itu sendiri adakalanya menggunakan ilmu batiniah untuk meyakinkan pengikut-pengikutnya seperti menunjuk kekebalannya, mengeluarkan air dari jari, boleh merawat penyakit ganjil dan sebagainya.
Wednesday, November 13, 2013
HIMPUNAN HADIS-HADIS PALSU (1)
1. SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN
Ertinya : Sembahyang dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 25 sembahyang yang tidak memakai serban dan sekali sembahyang Jumaat dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 70 kali sembahyang Jumaat dengan tidak memakai serban . Dan sembahyang dengan memakai serban itu ganjarannya sama dengan melakukan 10,000 kebaikan
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Syihabuddin Ahmad bin Muhamamd Abdis Salaam Al-Manafi (murid kepada Al-Hafiz As-Sakhaawi ) telah mengatakan bahawa semua riwayat yang berhubung dengan masalah ini adalah Maudhu atau Palsu , bukan termasuk hadis dari Nabi s.a.w.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 29
2. SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN PUTIH
Ertinya : Sesungguhnya bagi Allah ada beberapa malaikat yang ditugaskan untuk menjaga pintu - pintu ( masjid ) jamik pada hari Jumaat . Mereka akan memohon maghfirah kepada Allah untuk orang - orang yang suka memakai serban putih .
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Monday, November 11, 2013
HUKUM QASIDAH BURDAH: FATWA LAJNAH DAIMAH ARAB SAUDI
SOALAN:
ما حكم الكتاب المسمى بـ[البردة
المديح] التي تستعمل في الدعاء في وطننا، وهل هذا الكتاب إذا قرأته تثاب أم لا،
وهل قراءة هذا الكتاب تصل إلى النبي صلى الله عليه وسلم كما يقول بعض الناس أم لا؟
Maksudnya:
"Apakah hukum Kitab yang dinamakan seagai al-Burdah al-Madih (Qasidah Burdah) yang digunakan sebagai doa di negara kami, adakah kitab ini jika aku membacanya mendapat pahala atau tidak? Adakah membaca kitab ini (pahalanya) akan sampai kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam seperti yang dikatakan sebahagian manusia atau tidak?"
"Apakah hukum Kitab yang dinamakan seagai al-Burdah al-Madih (Qasidah Burdah) yang digunakan sebagai doa di negara kami, adakah kitab ini jika aku membacanya mendapat pahala atau tidak? Adakah membaca kitab ini (pahalanya) akan sampai kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam seperti yang dikatakan sebahagian manusia atau tidak?"
Sunday, November 10, 2013
YANG RUNSING MENANTI JODOH....
Kegelisahan belum mendapatkan jodoh lebih sering kita temui menerpa muslimah. Ketika ditanya, apakah standard calon suami yang diharapkan terlalu tinggi? Rata-rata jawabannya adalah tidak.
PERMUDAHKAN URUSAN PERKAHWINAN
Oleh: Dr Mohd Asri
Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegah yang makruf dan mencegah yang mungkar.
MENGENAL SELOK-BELOK BID'AH (4): KESAN BURUK BID'AH

[Bagian Keempat dari 4 Tulisan]
Sudah sepatutnya kita menjauhi berbagai macam bid’ah mengingat dampak (kesan) buruk yang ditimbulkan. Berikut beberapa dampak buruk dari bid’ah.
[Pertama, amalan bid'ah tertolak]
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak.” (HR. Bukhari no. 20 dan Muslim no. 1718)
Orang yang berbuat bid’ah inilah yang amalannya merugi. Allah Ta’ala berfirman,
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
“Katakanlah: Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.” (QS. Al Kahfi [18] : 103-104)
Saturday, November 9, 2013
MENGENAL SELOK-BELOK BIDAAH (3): BERBAGAI ALASAN DALAM MEMBELA BIDAAH
[Bagian Ketiga dari 4 Tulisan]
Sebelumnya kami telah menyampaikan sanggahan mengenai bid’ah hasanah yang dasarnya adalah dari perkataan Umar bahwa sebaik-baik bid’ah yaitu shalat tarawih ini. Berikut kami sajikan beberapa alasan lain dalam membela bid’ah dan jawabannya.
[1] Kereta, HP dan Komputer termasuk Bid’ah?
Setelah kita mengetahui definisi bid’ah dan mengetahui bahwa setiap bid’ah adalah tercela dan amalannya tertolak, masih ada suatu kekeliruan di tengah-tengah masyarakat bahwa berbagai kemajuan teknologi saat ini seperti kereta, komputer, HP dan pesawat dianggap sebagai bid’ah yang tercela. Di antara mereka mengatakan, “Kalau memang bid’ah itu terlarang, kita seharusnya memakai unta saja sebagaimana di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam”.
Subscribe to:
Posts (Atom)

