Saturday, August 2, 2014

SEBAHAGIAN DARIPADA KISAH-KISAH LUAR BIASA DI GAZA...





Perang Hari ke-22


Sebahagian kisah di medan perang diceritakan oleh sebahagian para pejuang Palestin ketika bertempur di barisan hadapan selama 22 hari pertempuran darat.


Kisah Komando 1

Skuad khas komando Briged Izzuddin Al-Qassam ketika ditugaskan menyerang tentera penjajah Israel di pinggir Bandar Gaza, mereka menunggu masa untuk menyerang di dalam sebuah lubang, namun pintu lubang tersebut dijadikan tempat parking segerombolan kereta kebal tentera penjajah Israel(tanpa mereka sedari kewujudan pejuang di bawahnya). 4 orang komando yang terperangkap berpuasa selama 10 hari tanpa minuman dan makanan serta bertahan menunggu kereta kebal tersebut beredar supaya mereka dapat keluar, akhirnya mereka berjaya keluar selepas hari yang ke 10.

Wednesday, July 30, 2014

10 KESILAPAN BESAR ISTERI TERHADAP SUAMI...




Rumahtangga adalah satu bentuk hubungan mesra diantara seorang lelaki dan wanita sebagai suami dan isteri dalam perjalanan menuju kebahagiaan dalam kehidupan dan untuk mendapatkan redha Allah.

Tetapi ramai yang tidak menyedari akan beberapa perkara yang merupakan satu kesilapan besar dilakukan oleh isteri terhadap suami mereka. Iaitu:

1. Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna
Sebelum menikah, seorang wanita membayangkan pernikahan yang begitu indah, kehidupan yang sangat romantis sebagaimana ia baca dalam novel mahupun ia saksikan dalam drama sinetron.

Friday, July 25, 2014

CARA (SUNNAH) MENYAMBUT AIDILFITRI





Assalamualaikum,

Menjelang tiba 1 syawal 1435H tak berapa lama lagi, eloklah kita semak kembali cara Rasulullah menyambut Aidilfitri kerana ianya adalah cara yang yang paling tepat untuk kita jadikan panduan. Dan sudah tentu kita mendapat pahala jika kita mengikuti cara (sunnah) tersebut. Ini lah yang Rasulullah lakukan:

Bertakbir

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah yang bermaksud :

Wednesday, July 23, 2014

KELEBIHAN MATI SYAHID







Orang yang mati syahid atau syuhada' ialah mereka yang ikhlas berperang dengan orang-orang kafir untuk membela agama Islam, lalu dia terbunuh dalam peperangan itu. Demikian juga orang yang terluka dalam peperangan tersebut lalu dia mati (di luar peperangan) hasil akibat luka tersebut, juga dianggap syahid sebagaimana orang yang terbunuh dalam peperangan.


Saturday, July 19, 2014

KENALI BRIGED AL QASSAM


SIAPA ITU BRIGED AL QASSAM?

BRIGED AL QASSAM: GENERASI MUDA PERINDU SYAHID | Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.

Thursday, July 3, 2014

RAMADHAN PESTA MAKANAN?




-Di  zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti perang Badar, dan berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat


- Kini Ramadhan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adalah pesta makanan


-Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga


Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa:

Friday, June 27, 2014

AMALAN BUKAN DARI AJARAN ISLAM


Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya tidak pernah mengadakan majlis kenduri tahlil untuk anak, isteri atau saudaranya yang meninggal. - Foto: Internet

Oleh:   Dr. Fathul Bari  Mat Jahya


ISLAM itu sunnah dan sunnah itu Islam, demikian ungkapan masyhur ulama salaf, Imam Al-Barbahahi Rhm (wafat 329H) dalam kitabnya, Syarh Al-Sunnah yang menjadi rujukan Ahli Sunnah wal Jamaah hingga ke hari ini. Daripada kaedah ini, dapat difahami apa jua urusan ibadat secara khususnya yang menyelisihkan sunnah Nabi Muhammad SAW dan sahabat RA adalah bukan daripada ajaran Islam.

Friday, June 13, 2014

10 CARA MENYAMBUT RAMADHAN...

 

 

  Ramadhan bakal menjelang tak lama lagi. Ia adalah bulan yang dinanti-nantikan bagi orang yang beriman. Kerana di sana terdapat banyak kelebihan dan kurniaan daripada Allah s.w t. Mereka menunggu-nunggu sejak setahun yang lepas. Agar mereka dapat bertemu di ramadhan kali ini.


Sunday, June 1, 2014

HIDAYAH DARI AZAN SUBUH: SEORANG BUDDHA MASUK ISLAM



Bermula dari terdengarnya adzan subuh setiap pagi, Johan Silitonga, seorang asal  Medan tergerak untuk masuk Islam. Melalui perenungannya tentang sebuah ketentuan bahwa Allah mematikan manusia pada malam hari dan menghidupkan pada pagi hari, Johan meyakini bahwa Adzan Subuhlah menjadi pertanda bahwa Allah menghidupkan kembali manusia.


Tidak  hanya itu, Johan juga  merenungi betapa Maha Pemurahnya Allah yang sudah memberikan rezeki, bukan berupa  wang atau logam mulia tetapi udara untuk bernafas, yang sungguh tak terhitung banyaknya, apalagi jika kita mau membandingkan dengan oksigen di hospital.



Dengan keyakinannya itu, pemuda  yang lahir 35 tahun yang lalu sebagai Buddha, melangkahkan kakinya menuju masjid An Nahl PT. Samsung Electronics Indonesia untuk mengikrarkan syahadat sebagai pertanda dirinya masuk Islam. Ditemui oleh Ketua Harian DKM AN NAHL Bapak Masud, Johan menceritakan jalan hidayah yang datang kepada dirinya. Pemuda  yang bergiat  menjual pernak-pernik di seputaran Lippo Cikarang dan tinggal di Tangerang ini pun akhirnya dibantu  untuk mengucapkan syahadat.



Dengan bimbingan Ustadz Dendy Wahyono, yang sebelumnya menanyakan keyakinan Johan, Johan pun mengucapkan dua kalimat syahadat. Johan yang mengaku sudah sempat belajar mengucapkan kalimat syahadat, dengan relatif lancar mengucapkan kalimat syahadat disaksikan oleh jamaah sholat dzuhur masjid An Nahl. Pasca pengucapan syahadat, Johan pun mendapatkan ucapan selamat dan doa dari para jamaah masjid An Nahl.

Selamat datang di dunia baru saudaraku, dunia Islam yang penuh keindahan.


Sumber: http://senyumislam.wordpress.com/2012/10/12/hidayah-dari-adzan-subuh-seorang-budha-masuk-islam/

Thursday, May 22, 2014

KEUTAMAAN SEDEKAH

Oleh: Dr Zaharuddin Abd Rahman



KEUNTUNGAN 'MEMBERI' :
1- Ketinggian martabat dan darjat pemberi sedeqah.
2- Memadamkan kemarahan Allah taala.
3- Memberi perlindungan kepada pemberinya dari bala dan kesusahan.
4- Penawar kepada kebanyakan penyakit rohani/hati.
5- Besarnya ganjaran dan pahalanya berlipat ganda
6- Menghapuskan kesalahan dan menebus dosa
7- Sedeqah membawa keberkatan kepada harta dan menambahkan rezeqi.
8- Pencegah dari azab dan jalan memasuki syurga.
9- Bukti kebenaran iman.
10- Menanggalkan sifat buruk dan menghiasinya dengan sifat terpuji.
11- Pintu segala amalan kebaikan.
12- Berada di bawah naungan sedeqahnya pada hari qiamat.


BENTUK SEDEQAH YANG TERBAIK
1. Sedeqah yang disembunyikan.
2. Amalan sedeqah ketika sihat dan kuat lebih baik dari wasiat selepas kematian atau ketika sakit dan nazak.
3. Amalan sedeqah yang dilakukan selepas menunaikan amalan wajib
4. Sedeqah kepada kaum kerabat, khususnya yang yatim dan yang kita tidak rapat atau kita kurang suka.
5. Pemberian sedeqah kepada jiran tetangga
6. Sedeqah yang diberikan kepada rakan sejawat/seperjuangan dan kawan yang berjuang di jalan Allah.
7. Sedeqah di jalan jihad pada jalan Allah sama ada jihad menentang orang kafir mahupun orang munafiq.
8. Sedeqah jariah/ sedeqah yang berterusan.
9. Pada waktu yang tepat dan terpilih

Monday, May 5, 2014

NASIHAT KEPADA SUAMI....



"Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya
derhaka pada suami.


Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?"
Jawapan Ustaz :
"BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah
suami derhaka pada isteri, tapi suami akan
ditanda Malaikat sbgai derhaka pd Allah
SWT."

Friday, May 2, 2014

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH s.a.w









1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.