Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia dimiliki muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Oleh: Dr. MAZA
DOSA membawa insan ke neraka. Perbuatan baik pula membawa insan ke syurga. Itulah hasil yang sepatutnya. Dosa adalah perbuatan salah yang dimurkai ALLAH SWT. Kebaikan adalah perbuatan baik yang disukai ALLAH.
Pun begitu dalam kehidupan insan tidak mustahil untuk dosa menyebabkan seseorang itu mendampingi ALLAH sehingga membawanya ke syurga. Juga tidak mustahil kebaikan membuatkan seseorang melupai ALLAH sehingga membawa pengamalnya ke neraka.

Berikut adalah beberapa amalan bid’ah (tidak ada tuntunan) yang ada di bulan Muharram yang masih laris manis di tengah-tengah kaum muslimin di tanah air.
Pertama: Keyakinan bahwa bulan Muharram bulan keramat
Keyakinan semacam ini masih bercokol pada sebagian masyarakat. Atas dasar keyakinan ala jahiliyyah inilah banyak di kalangan masyarakat yang enggan menikahkan putrinya pada bulan ini karena alasan akan membawa sial dan kegagalan dalam berumah tangga[1]!!. Ketahuilah saudaraku, hal ini adalah keyakinan jahiliyyah yang telah dibatalkan oleh Islam. Kesialan tidak ada sangkut pautnya dengan bulan, baik Muharram, Shafar atau bulan-bulan lainnya.
.
Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.
.
1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
.
2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
Bendera ISIL
Nama ISIS atau ISIL tetiba popular dan menjadi sebutan harian media apabila mereka didakwa menakluk Mosul pada 10 Jun 2014. ISIL (Islamic State in Iraq and Lavent) atau juga dikenali sebagai ISIS (Islamic State in Iraq and Syria). Dua istilah ini terjadi apabila diterjemahkan dari nama Arabnya “al-Dawlah al-Islāmīyah fī al-ʻIrāq wa-al-Shām”. Syams secara mudahnya diterjemahkan kepada Syria tetapi secara sejarahnya meliputi Syria, Jordan, Lebanon bahkan Palestin. Sebelum terbentuknya Negara-negara tersebut selepas Perang Dunia Pertama, kawasan ini dikenali sebagai Levant atau Mediterranean Timur.

Perang Hari ke-22
Sebahagian kisah di medan perang diceritakan oleh sebahagian para pejuang Palestin ketika bertempur di barisan hadapan selama 22 hari pertempuran darat.
Kisah Komando 1
Skuad khas komando Briged Izzuddin Al-Qassam ketika ditugaskan menyerang tentera penjajah Israel di pinggir Bandar Gaza, mereka menunggu masa untuk menyerang di dalam sebuah lubang, namun pintu lubang tersebut dijadikan tempat parking segerombolan kereta kebal tentera penjajah Israel(tanpa mereka sedari kewujudan pejuang di bawahnya). 4 orang komando yang terperangkap berpuasa selama 10 hari tanpa minuman dan makanan serta bertahan menunggu kereta kebal tersebut beredar supaya mereka dapat keluar, akhirnya mereka berjaya keluar selepas hari yang ke 10.

Rumahtangga adalah satu bentuk hubungan mesra diantara seorang lelaki dan wanita sebagai suami dan isteri dalam perjalanan menuju kebahagiaan dalam kehidupan dan untuk mendapatkan redha Allah.
Tetapi ramai yang tidak menyedari akan beberapa perkara yang merupakan satu kesilapan besar dilakukan oleh isteri terhadap suami mereka. Iaitu:
1. Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna
Sebelum menikah, seorang wanita membayangkan pernikahan yang begitu indah, kehidupan yang sangat romantis sebagaimana ia baca dalam novel mahupun ia saksikan dalam drama sinetron.

Assalamualaikum,
Menjelang tiba 1 syawal 1435H tak berapa lama lagi, eloklah kita semak kembali cara Rasulullah menyambut Aidilfitri kerana ianya adalah cara yang yang paling tepat untuk kita jadikan panduan. Dan sudah tentu kita mendapat pahala jika kita mengikuti cara (sunnah) tersebut. Ini lah yang Rasulullah lakukan:
Bertakbir
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah yang bermaksud :
Orang yang mati syahid atau syuhada' ialah mereka yang ikhlas berperang dengan orang-orang kafir untuk membela agama Islam, lalu dia terbunuh dalam peperangan itu. Demikian juga orang yang terluka dalam peperangan tersebut lalu dia mati (di luar peperangan) hasil akibat luka tersebut, juga dianggap syahid sebagaimana orang yang terbunuh dalam peperangan.

BRIGED AL QASSAM: GENERASI MUDA PERINDU SYAHID | Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.

-Di zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti perang Badar, dan berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat
- Kini Ramadhan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adalah pesta makanan
-Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga
Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa:

Oleh: Dr. Fathul Bari Mat Jahya
ISLAM itu sunnah dan sunnah itu Islam, demikian ungkapan masyhur ulama salaf, Imam Al-Barbahahi Rhm (wafat 329H) dalam kitabnya, Syarh Al-Sunnah yang menjadi rujukan Ahli Sunnah wal Jamaah hingga ke hari ini. Daripada kaedah ini, dapat difahami apa jua urusan ibadat secara khususnya yang menyelisihkan sunnah Nabi Muhammad SAW dan sahabat RA adalah bukan daripada ajaran Islam.