Friday, March 23, 2012

APA BERLAKU DI SYRIA KINI? ( Mac 2012)


 
GAMBAR diperoleh semalam menunjukkan askar-askar Syria yang belot dan menyertai Tentera Pembebasan Syria yang dianggotai penduduk awam bagi menentang pemerintahan Presiden Syria, Bashar Al-Assad di Idlib, Syria.


Alhamdulillah, sahabat saya Irfan Masiri dan beberapa sahabat seperjuangan yang lain sempat mendengar taklimat khas mengenai revolusi Syria yang disampaikan oleh Syeikh Hassan Al-Hindawi. Beliau telah di hantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam misi menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria.

Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?
  Ini adalah untuk menerangkan perkara-perkara berikut:
 


1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oeh media-media. So, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.



2) Media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah putarbelitkan fakta.

3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman,  teman itu berkata dia lihat di paper bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. Tv di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Assad ini mempunyai ramai penyokong.


4) Jangan terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.


Punca Revolusi.


Puncanya apabila ada sekumpulan kanak-kanak  dalam 28 orang bermain-main  dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak  ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berrevolusi  Bila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak  itu telah meninggal dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak  itu serta meminta kanak-kanak  yang lain dilepaskan. 

Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak-kanak  itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak  kerajaan ini. Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan.  Lantas berlakulah revolusi di Syria.

Rakyat Marah.


1) Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas (sekarang Mac 2012)


2) Jumaat lepas, lebih 3 Juta rakyat Syria keluar berdemo.


3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.


4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.


5) Rakyat Mahu Presiden dihukum .  Itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.



Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad)


1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat. Ini serius kejam.


2) 39,000 orang telah cedera. Mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.


3) Bunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.


4) 9000 tahanan ditahan.


5) 413 orang telah syahid didalam penjara.


6) Wanita-wanita  diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang-abang , ayah, anak-anak  dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.


7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni. Beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!


8) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.


9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!


Berita Baik.


1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang  yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.


2) Pertubuhan-pertubuhan  Arab telah ambil pendirian untuk menentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai-pegawai  Syria untuk memasuki tanah mereka. Tapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.


3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.


4) 95% ulama' Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.


Ini sahaja yang mampu saya beritahu perihal apakah sebenarnya yang berlaku di Syria sana.


Semoga kalian dapat menyebarkan ia kerana ia merupakan perkara benar dan manusia-manusia diluar sana harus tahu tentang ini.


semoga Allah redha akan usaha kita.



Sumber : Ali Abu
http://www.facebook.com/tomatosusu/posts/335531349793697

No comments:

Post a Comment