Saturday, March 10, 2012

MADU DAN CAP JARI: BUKTI KEBENARAN AL QURAN



Madu lebah telah terbukti secara saintifik sebagai penyembuh berbagai penyakit

Lebah mengasimilasikan estrak dari pelbagai jenis bungaan dan buahan dan darinya  menghasil  madu, yang tersimpan dalam bentuk cecair yang likat. Hanyalah sehingga beberapa abad yang lalu manusia mengetahui bahawa madu dihasilkan oleh lebah, sedangkan fakta ini telah di sebutkan di dalam Al-Quran 1400 tahun yang lepas, di dalam Surah An-Nahl, yang mafhumnya:






Ertinya: "Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. " (An-Nahl, 68-69)

 
Kita kini menyedari bahawa madu mempunyai nilai penyembuhan dan juga sedikit nilai antiseptik.Tentera  Russia menggunakan madu untuk menutup luka pada askar-askar mereka yang tercedera ketika perang dunia ke 2. Luka itu akan kekal lembap dan akhirnya hanya meninggalkan parut yang kecil. Di sebabkan sifat madu yang likat, tiada kulat atau bakteria yang akan membiak di dalam madu.


Seseorang yang menghidap alahan terhadap sesuatu tumbuhan boleh diberikan madu untuk mengurangkan alahan tersebut. Madu kaya dengan fruktosa dan vitamin, dan membantu membina ketahanan tubuh.


Maka, dapat disimpulkan di sini bahawa, sifat-sifat dan asal penghasilan madu di ceritakan di dalam Al-Quran lama sebelum faktanya di temukan oleh manusia.  Adakah ini suatu ketidaksengajaan ?  Tidak! Bahkan memang benarlah bahawa al Quran itu adalah kata-kata dari Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.



 CAP JARI:

Firman Allah swt:




Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (Al-Qiyamaah, 3-4)



Golongan yang tidak mempercayai hari kebangkitan mempersoalkan bagaimana manusia boleh di hidupkan semula apabila tulang-temulang telah lebur ke dalam bumi dan bagaimana mereka akan dikenali pada hari kiamat. Allah menjawab bahawa DIA bukan sahaja mampu menyusun kembali tulang-temulang malah menjadikan semula hung-hujung jari dengan sempurna.





Cap jari manusia adalah tidak sama antara satu sama lain




Mengapakan Al-Quran menyebut secara spesifik mengenai hujung jari? Pada tahun 1880, cap jari telah menjadi sebuah kaedah saintifik untuk identifikasi. Tiada 2 orang dalam dunia yang boleh memiliki cap jari yang sama. Maka, siapakah yang mungkin mengetahui mengenai keunikan cap jari manusia ini, jika bukan Tuhan yang maha pencipta?




(sumber: Al-Dzulfiqar) 

No comments:

Post a Comment