Showing posts with label hormat. Show all posts
Showing posts with label hormat. Show all posts

Tuesday, January 28, 2014

LARANGAN MEMBERI HORMAT DENGAN CARA BERDIRI





Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam bersabda:


مَنْ أَََََََحَبَّ أَنْ يَتَمَثَّلَ النَّاسُ لَهُ قِيَامًا فَلْيَتَبَّوَأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ


“Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,

“Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam (hadir), mereka tidak berdiri untuk beliau. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa beliau membenci perkara tersebut.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, hadis sahih)