
Kita di nusantara ini memang biasa dengan perayaan maulid nabi. Ada orang mempertikaikannya. Daku pun hairan pada mulanya mengapa orang membid'ahkannya.
Akhirnya dengan sedikit pengajian dan pembacaan, daku temui jawapannya. Tuan2 dipersilakan mau bersetuju atau tidak. Tapi bila daku dalami secara tekun, ada logiknya dan ada dalilnya. Dipersilakan membaca di bawah:
Oleh : Ust. Idris Sulaiman
Saya tertarik dengan satu kenyataan seorang Ustaz yang bernama Ahmad Fauzan. Dia menyebutkan tentang Syiah yang menarik perhatian saya, “Tak kenal maka tak benci”. Ini realiti tentang Syiah, di mana kita merasa dukacita apabila tak kurang ramai orang yang kurang maklumat, kurang pengetahuan, kurang kesedaran tentang siapa sebenarnya Syiah ini; apakah pegangan mereka, apakah ideologi yang mereka bawa, sejauh mana mereka boleh diserasikan dengan Islam, adakah mereka ini dianggap masih dalam Islam, ataupun mereka ini perlu ditolak sama sekali dalam Islam. Masih ada yang kurang jelas, masih ada yang teragak-agak apabila hendak menyatakan pendirian mereka terhadap Syiah.