Thursday, February 7, 2013

TIPS MEMILIH PEMIMPIN....

   Pilihanraya semakin dekat. Demokrasi yang ada sekarang bukanlah 100% tepat menurut Islam. Namun bak kata Dr. Yusof Qaradawi, kita mahu melihat apakah yang ada dalam demokrasi ini. Adakah apa2 yang boleh kita pakai bagi tujuan meninggikan Islam, jua tidak terus meninggalkannya kerana mungkin orang lain akan menggunakan demokrasi untuk memudaratkan Islam.

        Oleh itu kita sebagai orang awam, kita  memerlukan panduan atau tips bagi tujuan memilih pemimpin kita sendiri. Haruslah ada panduan yang berdasarkan nas2 al Quran dan Sunnah jua ijtihad.

       Di bawah saya bawakan tips dari Dr, Mohd. Asri Zainul Abidin:



video



Intipati penjelasan Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam klip video di atas ialah:


1) Imam Bukhari menyebut kata-kata Umar al-Khattab,  "Hendaklah kamu faqih mempelajari agama, memahami hukum hakam, mempelajari ilmu sebelum kamu dilantik menjadi pemerintah.”

2)  Orang jahil tidak boleh menjadi pemerintah atau pemimpin.
Sebagai umat Islam, kita hendaklah bijak memilih pemimpin.

3)  Barang siapa yang selalu menghadirkan diri dalam pengajian di masjid dan mendengar pengajian yang benar serta mendekatkan diri kepada Allah , maka dia layak untuk kita pilih sebagai pemimpin. Ini kerana dia telah menjadikan dirinya sebagai seorang yang memahami agama.

4)  Seseorang pemimpin mestilah memahami agama, memahami syariat Allah dan mesti memahami hukum hakam syarak dan tidak sesekali terlibat menghancurkan majlis agama.

5)  Orang yang layak dipilih sebagai pemimpin tidak semestinya seorang ulama, atau ada PhD (dalam bidang agama) atau berkelulusan agama, tapi yang penting, dia mestilah faham agama dan zahir pada dirinya ciri-ciri kesolehahan. Penampilan dirinya pula membuktikan dirinya sebagai orang-orang yang tunduk dan rukuk kepada Allah.

6)  Begitu juga dengan pakaiannya, pakaian anak dan isterinya hendaklah menunjukkan dia faham hukum hakam agama.
Umat Islam perlu menggunakan akal dan iman dalam menentukan kepimpinan.


Berpaksikan akal waras dan wajar yang dipandu oleh ilmu dan iman, umat islam mestilah berhati-hati dalam membuat pengundian. Jadilah pengundi yang bijak. Pelbagaikan bahan bacaan dan lihatlah sumber yang pelbagai untuk memperluaskan horizon pemikiran, dan seterusnya membolehkan kita ‘berijtihad’ untuk memilih pemimpin.

No comments:

Post a Comment