Ibnu Umar r.a. berkata bahwa Rasulullah saw bersabda : “Amal ibadah yang paling dicintai Allah ‘Azza wa jalla adalah engkau memasukkan rasa gembira kepada orang muslim atau menghilangkan kesulitan darinya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau mengusir rasa lapar darinya.” (HR At Thabrani)
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi Muhammad saw bersabda : “Barangsiapa menghilangkan kesulitan dari seorang mukmin dari kesulitan-kesulitan dunia, maka Allah akan menghilangkan darinya kesulitan dari kesulitan-kesulitan pada hari kiamat. Allah akan selalu menolong seseorang selama ia menolong orang lain.” (HR Muslim, Ahmad, dan At Tirmidzi)
Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adalah satu sifat yang suka memburuk-burukkan individu tertentu di hadapan orang lain.
Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.
Aisyah r.a. berkata bahwa Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah swt menyukai sifat lemah lembut dalam setiap urusan.” (HR Bukhori, Muslim, dan Ahmad) ArRifqu bermakna lemah lembut, wajah ceria, dan lapang dada.
SEPERTI yang diketahui umum, wang (pendapatan) daripada hasil judi, arak, bertenung nasib adalah haram hukumnya. Tetapi yang menimbulkan kekeliruan kepada saya yang mungkin masih cetek soal hukum hakam agama ialah ada pula yang mengatakan ia boleh dinikmati oleh orang Islam atas nama bantuan kebajikan. Mohon pihak ustaz menjelaskan perkara ini agar tidak menimbulkan kekeliruan yang lebih parah lagi?
JAWAPAN
Sekiranya orang Islam mengetahui bahawa rezeki atau duit yang mereka terima itu jelas daripada sumber yang haram maka haram bagi umat Islam memakannya.
Apabila membicarakan mengenai mualaf atau saudara baru isu kebajikan
sering menjadi persoalan. Ini kerana terdapat pelbagai cabaran yang
terpaksa dilalui golongan ini sebaik melafazkan dua kalimah syahadah.
Dibuang keluarga dan tiada tempat bergantung antara isu besar yang
dihadapi mereka. Lebih menyedihkan apabila umat Islam sendiri tidak
membantu meringankan bebanan yang ditanggung ditambah kerenah birokrasi
dalam jabatan agama Islam sehingga menyebabkan mualaf mengalami gangguan
emosi dan tekanan jiwa. Jika keadaan ini dibiarkan berlarutan tidak
mustahil akan mengakibatkan golongan ini kembali kepada agama asal
mereka.
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan) WAKTU WUKUF
Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.
Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.
Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"
Wukuf adalah puncak haji. Secara fizikal, wukuf Arafah adalah puncak berkumpulnya seluruh jamaah, yang berjumlah jutaan, dari penjuru dunia dalam waktu bersamaan. Secara amaliah, wukuf Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji kita. Di Arafah inilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, kerana tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat.
Islam adalah gabungan kekuatan keruhanian dan kebendaan. Ia bukan
agama kerahiban yang hanya duduk bersila berzikir dan melupakan
tanggungjawab menjadi khalifah atas muka bumi ini. Juga, bukan
agama yang memisahkan dunia dan akhirat, sehingga kegiatan dunia
dibicara atau dilaksanakan dalam rupa yang berasingan dengan akhirat.
Tidak, sama sekali tidak!
Salah satu kisah menarik yang cukup baik untuk kita mengambil ikhtibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidil Haram.
gambar hiasan
Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya , jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.
MINGGU lalu, selaku Presiden, Dewan Perdagangan Islam
Malaysia, saya berpeluang mengisi ruangan mingguan Radio IKIM FM di
bawah program Inspirasi Usahawan. Di kesempatan itu, saya menegaskan
pentingnya bangsa Melayu mengintegrasikan sepenuhnya bisnes ke dalam
kehidupan individu dan masyarakat, sekali gus membudayakan zuhud dan
Jihad Bisnes.
Tanpa keupayaan menjana harta kekayaan mustahil umat Islam berjaya jadi
umat terbaik atau “khaira ummah”, iaitu umat “al yadul uliya” memiliki
“tangan di atas” (the upper hand).
REPUBLIKA.CO.ID, Oleh: Ustaz Hasan Basri Tanjung MA Kebahagiaan (as-sa’adah) adalah harapan meski difahami
berbeda oleh setiap insan sesuai keyakinan dan pemahaman hidupnya.
Kerana itu, jalan yang ditempuh untuk meraihnya pun berbeda pula.
Kebahagian harus dicari dan diusahakan, tidak datang dengan sendirinya (QS.28:77).
Makna
kebahagiaan seorang Muslim adalah pencapaian dunia dan akhirat,
material dan spritual, individual dan sosial, emosional dan intlektual.
Sebuah kebahagiaan yang utuh (integrated) dan menyeluruh (komprehensif).