Saturday, February 18, 2012

SUSU IBU BUKTI KEBENARAN AL QURAN

                             Budi bonda

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.

“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.

manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.

Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.

Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.

Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak:

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.
wallahu’alam….

Wednesday, February 15, 2012

Keajaiban Hadis Lalat Mendahului Kajian Saintifik

                                   Lalat jenis musca domestica
                                   (lalat rumah)
                                              
                              
Pernahkah anda mendengar Hadith Rasulullah SAW mengenai Lalat,di dalam sebuah hadith Baginda SAW menjelaskan bahwa jika ada lalat yang jatuh ke dalam minuman, kita hendaklah mencelupkan lalat tersebut sepenuhnya ke dalam minuman kemudian membuangnya, kerana diantara salah satu sayapnya mempunyai racun dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penawar.


Hadis Lalat Dan Sains
Mengikut riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, nabi bersabda, “Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minum salah seorang antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah. Benarkah pada lalat terdapat punca-punca penyakit serta penawar?


Lalat memang dikenali di seluruh dunia. Pada tahun 1964, ahli-ahli sains mengenal pasti 80,000 spesies lalat di seluruh dunia. Lalat rumah dikenali sebagai Musca domestica. Lalat ini mudah ditemui di mana-mana termasuk di kepulauan Arab. Luther West dalam buku The Housefly – Its Natural History, Medical Importance, And Control, terbitan New York pada tahun 1951, menyatakan lalat jenis Musca domestica banyak terdapat di kawasan Timur Tengah. Justeru, apabila nabi bersabda tentang lalat, besar kemungkinan baginda sedang menceritakan tentang lalat dari jenis ini.


Lalat buah atau fruit-flies yang kadang kala dikenali juga sebagai lalat arak atau wine flies serta lalat cuka atau vinegar flies, juga banyak terdapat di Timur Tengah. Jenis yang agak terkenal daripada kumpulan ini ialah yang bernama Drosophila melanogaster. Kajian di dalam bidang entomologi mendapati lalat jenis ini jinak dengan manusia dan sering terdapat di kawasan buah-buahan yang banyak berlaku proses fermentasi. Justeru, arak merupakan tarikan kepada lalat jenis ini.

 Di samping itu ia juga menyukai suhu yang tinggi seperti yang disebutkan oleh Harold Oldroyd dalam buku The Natural History of Flies. Mekah dan Madinah mempunyai suhu yang tinggi. Persekitarannya subur dengan pohon-pohon kurma dan anggur dan kedua-dua ini digunakan untuk membuat arak. Minuman arak, apatah lagi di zaman jahiliah, merupakan budaya hidup orang-orang Arab. Tidak akan meriah sesuatu majlis tanpanya. Orang Arab begitu memuja arak hinggakan bahasa arab mempunyai lebih kurang 250 kalimat yang melambangkan arak. Hal ini disebutkan dalam Tafsir al-Azhar oleh Hamka. Ketika Islam datang arak belum diharamkan. Islam hanya mengharamkannya selepas berlakunya hijrah ke Madinah dan selepas diwajibkan ibadah solat. Justeru, persekitaran yang seperti ini yang kaya dengan arak cukup sesuai untuk pembiakan lalat Drosophila melanogaster.


Apa yang signifikan ialah, lalat daripada kedua-dua jenis ini, iaitu Musca domestica dan Drosophila melanogaster (terutamanya Drosophila melanogaster), menjadi bahan kajian utama para ahli sains pada hari ini bertujuan untuk mengenali penyakit-penyakit manusia serta penawar baginya. Justeru, fokus nabi tentang lalat dalam konteks penyakit dan penawar, amat relevan dengan isu kesihatan dan perubatan pada hari ini.


Lalat dan Penyakit
Sabda nabi yang bermaksud, “Pada sebelah sayapnya mengandungi penyakit,” adalah satu pernyataan umum yang menunjukkan lalat merupakan agen pembawa penyakit kepada manusia. Ia juga mengisyaratkan bahawa lalat mengandungi banyak kuman yang memudaratkan. Sabda nabi ini hanya dapat difahami pada abad-abad terkemudian. Pada tahun 1577, Mercurialis melontarkan pandangan tentang kemungkinan lalat merupakan serangga pembawa penyakit kepada manusia, tetapi pendapat ini tidak dapat dikukuhkan dengan bukti.

Hanya pada abad kesembilan belas sahaja kajian yang mendalam dilakukan untuk mengesahkan perkara ini, contohnya, kajian yang dilakukan oleh Profesor J. Leidy pada tahun 1871. Beliau yang merupakan seorang pakar dalam bidang ilmu serangga atau entomologist mendapati lalat adalah pembawa pelbagai kuman kepada manusia. Pada tahun 1929, H.Y. Yao, I.C. Yuan dan D. Huie mengkaji lalat-lalat di Beijing dan mendapati luarannya mengandungi lebih kurang 3,683,000 kuman bakteria dan dalamannya mengandungi 6-8 kali ganda kuman berbanding luarannya. Hal ini disebutkan dalam buku Insect Immunology oleh Edward A. Steinhaus terbitan New York.


Pada tahun 1912, risalah pendidikan kesihatan di Amerika memperkenalkan lalat sebagai ‘serangga paling berbahaya yang pernah dikenali manusia selama ini’. Lalat dikenal pasti sebagai agen pembawa penyakit demam kepialu, taun, cirit birit, sakit mata, dan banyak lagi.


Lalat Memiliki Penawar
Sabda nabi, “Dan pada sebelah sayap (lalat) ada penawar,” menunjukkan, walaupun lalat ialah agen pembawa kuman serta penyakit, namun tubuh lalat yang sama juga memiliki penawar serta bahan anti kuman yang bermanfaat bagi manusia.
Hal ini disahkan oleh para saintis pada abad ke-20. Sebagai contoh, Shope pada tahun 1927, dan Glaser 1938, mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan lalat yang berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. Kajian ke atas lalat rumah Musca domestica menunjukkan, ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman Staphylococcus muscae, Escherichia coli, Salmonella paratyphi dan Eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama di dalam serangga dan ia merangsang kepada penemuan-penemuan yang lain.


Sebelum itu, pada tahun 1926, J.I. Duncan menemui bahan-bahan aktif pembunuh bakteria di dalam usus lalat rumah. Pada tahun 1939 pula, Lal, Ghosal dan Mukherji mendapati lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain yang tidak berbahaya. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku The Housefly – Its Natural History, Medical Importance, And Control oleh Luther West.
Penemuan sains pada abad ke-20 juga menyedarkan manusia tentang betapa benarnya sabda nabi yang bermaksud, “Celuplah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar.” Pusingan hidup lalat bermula dengan telur. Telur menetas dan mengeluarkan larva, kemudiannya berubah kepada pupa dan kemudian barulah menjadi lalat dewasa. Semua ini adalah proses yang perlu dilalui oleh seekor lalat. Lalat di dalam bentuk larva (maggots) amat bermanfaat pada manusia.


Sebagai contoh, M.A. Stewart, pada tahun 1934, mendapati lalat berbentuk larva, ketika ‘dicelupkan’ ke dalam luka-luka, mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Di dalam keadaan ini kuman-kuman dapat dibunuh di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel.

Di samping itu larva-larva ini berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya. S.W. Simmons pada tahun 1935 pula mendapati, lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti Staphylococcus aureus, Haemolytic streptococci dan Clostridium welchii. Tambahan daripada itu, pada tahun yang sama, W. Robinson mendapati larva juga mengeluarkan allantoin. Allantoin merupakan bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku Insect Immunology karangan Edward Steinhaus.


Penemuan-penemuan ini menjadikan larva lalat begitu popular digunakan bagi merawat luka-luka terutamanya pada tahun 1930-an. Walau bagaimanpun popularitinya mula menurun selepas penemuan ubat-ubat antibiotik. Baru-baru ini, bermula tahun 1982, penggunaan larva menjadi popular semula berdasarkan kajian-kajian saintifik terkini. Hal ini dilaporkan oleh Fakulti Perubatan Universiti Indiana di www.soundmedicine.iu.edu.


Sebagai contoh, ia dicadang untuk digunakan bagi merawat luka disebabkan kencing manis. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Diabetes Health terbitan Mac 1995. Antara institusi perubatan yang telah menggunakan pendekatan ini ialah Long Beach Veterans Affairs Medical Center. Di Belanda pula pakar-pakar perubatan melaporkan mereka berjaya merawat sebelas kes luka yang teruk dengan menggunakan larva lalat. Kaedah ini berjaya mengawal infeksi kuman dan menyelamatkan kes-kes ini dari pembedahan amputasi. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases.
Kuasa penawar yang ada pada lalat memang menakjubkan. Dalam sebuah buku karangan Dr. Ghyath Hasan al-Ahmad bertajuk al-Tibb al-Nabawi fi Daw al-Ilm al-Hadith (Prophetic Medicine in the Light of Modern Science) terbitan tahun 1955, dilaporkan tentang satu eksperimen yang dilakukan oleh Dr. Nabîh Da’ish di Universiti Raja Abdul Aziz di Riyadh. Beliau menyediakan sepuluh kultur bakteria (bacterial cultures) dan dimasukkan seekor lalat ke dalamnya tanpa dicelupkan lalat itu ke dalam kultur. Beliau kemudiannya menyediakan 10 lagi kultur bakteria dan dimasukkan serta dicelupkan lalat ke dalamnya sebanyak sekali. 

Selepas itu disediakan pula lagi 10 kultur bakteria dan pada kali ini lalat dicelupkan ke dalam kultur sebanyak dua kali. Perbuatan ini disusuli dengan penyediaan 10 lagi kultur bakteria dan lalat dicelupkan ke dalamnya sebanyak tiga kali. Dr. Nabîh Da’ish mendapati kuman terus hidup dan membiak dalam kultur yang pertama yang mengandungi lalat yang tidak dicelup. Dalam kultur yang kedua kuman-kuman tidak mampu membiak malah sebahagiannya terbunuh dan aktiviti antikuman ini meningkat dalam kultur ketiga dan keempat.

 Penemuan ini menunjukkan pengeluaran bahan antikuman tertentu oleh lalat ada perkaitan dengan perbuatan mencelup lalat ke dalam cecair. Ia selari dengan sabda nabi yang disebutkan sebelum ini.
 (Untuk perincian sila baca buku ‘Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden’ karangan Dr. Danial bin Zainal Abidin, terbitan PTS Publication).

Nukilan: Dr. Danial bin Zainal Abidin

Monday, February 13, 2012

BINTANG ALL BLACK PELUK ISLAM

                                                  Bill William 'All Black'

Menjadi sensasi dalam liga ragbi remaja, kemudian menyertai skuad bintang All Black, dan pada waktu yang sama menjadi peninju heavyweight yang berbakat. Tidak setakat itu, Sonny Bill Williams juga telah memeluk Islam.

Sekalipun terdapat khabar angin tentang bintang berusia 25 tahun ini memeluk Islam, namun akhbar Herald, Ahad lalu, mendedahkan bahawa beliau telah bersyahadah sejak dua tahun yang lalu.

Sejak itu, beliau menjadi Muslim pertama yang mengenakan jersi All Black, dan meminta makanan halal semasa kempen jelajah Hemisfera Utara tahun lepas.


Bulan Ramadan pada tahun ini akan jatuh dalam bulan Ogos – semasa All Black mengambil bahagian dalam pertandingan Tiga Negara. Di sinilah fasa terakhir persediaan pasukan bagi menyiapkan diri bertanding dalam Piala Dunia.
Menurut sahabatnya, Williams sering hadir menunaikan sembahyang Jumaat di sebuah masjid di Christchurch.
Naib presiden Persekutuan Pertubuhan Islam NZ, Javed Khan, berkata bahawa komuniti Muslim memang sedia maklum tentang hal itu.

“Beliau mengamalkan agama dan beliau telah menjadi contoh yang baik untuk remaja. Kami berdoa supaya beliau akan memenangi Piala Dunia untuk kami. Semua orang bercakap tentangnya. Dalam komuniti Islam, setiap kami mengenali setiap seorang yang lain.”

Kedua-dua pengurus William, Khoder Nasser dan mentornya yang juga bintang liga dan peninju, Anthony Mundine (gambar mereka bertiga), adalah Muslim, begitu juga dengan adiknya Johnny, yang tinggal dengan beliau di Christchurch.

Kawan William, Tairek Smith berkata yang dia selalu bersembahyang bersama William sejak beliau memeluk Islam Sunni dalam satu majlis di masjid Regent’s Park di barat Sydney pada 2008, iaitu masjid yang juga dihadiri oleh Hazem El Masri (gambar), bekas rakan sepasukannya dalam Kelab Canterbury Bulldogs.

Me and my bro on our way to celebrate eid with the community! Can't wait alhamdulillah - via Sonny Bill Williams Official FB

Pengurus All Black, Darren Shand (gambar) berkata kepercayaan agama bintang tersebut mempunyai kesan yang “minima” kepada pasukan.

Katanya: “Beliau telah memberitahu kami tentang keperluan dietnya dan kami memang telah beri kelonggaran. Kami sediakan daging halal dan lain-lain dan beliau tidak memperbesar-besarkan isu itu.

“Kami tidak membawa agama dan benda yang berkaitan dalam sukan ini. Itu adalah kehidupan peribadi mereka dan mereka yang menentukannya.”

Bila ditanya jika amalannya itu bercanggah dengan falsafah All Blacks yang menggalakkan pemain-pemain supaya berfikiran bebas dan berdikari, Shand berkata Williams adalah seorang yang jenis “menyerap” informasi.

“Itulah sebabnya beliau berjaya dalam semua sukan yang diceburi. Beliau hanya tandakan semua kotak. Dia ingin menjadi yang terbaik.”

Sejak memeluk Islam, Williams berusaha untuk tidak mengulangi insiden-insiden memalukan yang berkaitan dengan alkohol.

Beliau sekarang ini sedang menjalani latihan bersama kelab Crusaders bagi menghadapi kempen Super Rugby dan tidak dapat dihubungi untuk mengulas dengan lebih lanjut.


Saturday, February 11, 2012

NEOCON, IRAN DAN BOM

Mungkinkah Iran akan di serang?

Israel's defence minister, Ehud Barak, has said the moment is approaching when any military intervention to halt Iran's nuclear programme will come too late, in a strong indication that the Jewish state is closer than ever to authorising action. – The Guardian, London, 3 Februari 2012

Ehud Barak menteri perang Israel kini sedang mengolah pandangan dunia untuk melancarkan perang terhadap Iran. Perancangan untuk menyerang Iran ini bukan satu yang baru.

Pada tahun 1997 di Amerika Syarikat, satu gerombolan puak kanan yang dikenali sebagai NeoCon telah mengeluarkan kenyataan prinsip yang dikenali sebagai Project For The New American Century atau Projek Amerika Alaf Baru.

Gerombolan NeoCon ini telah mencadangkan:

- Amerika wajib menambah belanjawan pertahanan, memodenkan alat persenjataan untuk mengawal dunia di masa hadapan.

- Amerika wajib memperkukuh hubungan dengan negara rakan yang mengamal demokrasi dan menentang rejim seteru yang berlawanan dengan kepentingan dan nilai Amerika.

- Amerika wajib mengembang dan memperluaskan kebebasan politik dan ekonomi perdagangan bebas di luar negara.

- Amerika wajib menerima tanggungjawab yang unik untuk memastikan dunia antarabangsa selari dengan kepentingan keselamatan, kekayaan dan prinsip Amerika.

Perserikatan Zionis


Sosok-sosok berfahaman kanan ini bernaung di bawah lambang NeoCon. Neo bermakna baru, manakala Con adalah singkatan dari perkataan conservative. NeoCon bermakna fahaman Konservatif Baru. Dari segi ideologi, NeoCon ini berhaluan kanan. Mereka menyokong dasar ekonomi kapitalis – pasaran bebas, penswastaan dan menolak negara berkebajikan. Mereka tidak mahu daulah campurtangan dalam urusan ekonomi. Gerombolan NeoCon ini melihat kuasa imperialis Amerika sebagai sebagai kuasa mutlak dunia sesudah Union of Soviet Socialist Republic (USSR) runtuh.

Adalah salah untuk melonggokkan semua benggolan NeoCon ini sebagai Yahudi. Mereka terdiri dari White Anglo Saxon Protestant (WASP ). Ada ramai Yahudi. Malah Zalmay Khalilzad wakil Bush Junior ke Afghanistan adalah contoh NeoCon yang beragama Islam. Agama tidak penting di sini. Justeru bukan semua NeoCon beragama Yahudi tetapi semua NeoCon adalah Zionis. NeoCon adalah perserikatan intim antara Yahudi Zionis dan Kristian Zionis. Nabi mereka ialah Irving Kristol – seorang pemikir Yahudi dan intelektual kanan. Rukun iman NeoCon ialah memastikan kesejahteraan Isreal.

Secara sedar NeoCon telah merancang dan menyusun. Mereka menubuhkan kumpulan pemikir, kumpulan pelobi, bersarang di media dan di dunia akademia. Mereka mula berjaya menyusup masuk ke dalam pentabiran Rumah Putih di zaman Ronald Reagan. Gerombolan ini telah mengajukan pandangan mereka untuk dijadikan dasar Amerika. Justeru dunia diberitahu tentang Clash of Civilisation atau Bentrokan Peradaban ( 1993) karya Samuel Huntington dan The End Of History atau Tamatnya Sejarah (1992) oleh Francis Fukuyama. Dua buku ini adalah contoh ideologi kanan yang menjadi rujukan NeoCon.

Presiden Ronald Reagan telah di gantikan pula oleh Bush Senior. Ini adalah zaman kegemilangan gerombolan NeoCon. Parti Republican yang berhaluan kanan dan konservatif telah sedia menerima pandangan dan cadangan dari NeoCon untuk dijadikan dasar. Apabila Bush Senior digantikan oleh Bill Clinton dari Parti Demokrat, gerombolan NeoCon mengalami sedikit kemunduran. Tetapi apabila masuk Bush Junior ke Rumah Putih, maka inilah masa dan ketika di mana semua dasar dan Projek Alaf Amerika Baru diimplementasi.

Memasuki tahun 2008, Rumah Putih telah diduduki oleh Barack Obama dari Parti Demokrat. Seharusnya Parti Demokrat ini memiliki dasar yang berlawanan dengan dasar kanan NeoCon. Tetapi politik Amerika telah beralih jauh ke kanan. Hari ini garis dan dasar yang membezakan Parti Republikan dengan Parti Demokrat amat tipis. Malah ada beberapa dasar Parti Republikan kelihatan lebih baik dari Demokrat. Contohnya, Bush Junior secara terbuka melarang Israel mendirikan perkampungan baru di tanah dan wilayah Palestin yang telah dirampas. Barack Obama hingga ke saat ini langsung tidak berani bersuara terhadap keganasan Israel.

Jangan silap baca. Barack Obama dinaikan ke tahta Rumah Putih adalah sebahagian dari perancangan untuk mengabui mata rakyat dunia. Dia tidak akan dituduh rasis apabila membenarkan kapal terbang mengebom Libya atau Syria dan membenarkan Drones membunuh Anwar al-Awlaki, warga Amerika sendiri di Yaman.

Tata Dunia Baru

Belum pun habis satu penggal, Obama juga telah mengarahkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk menggunakan Drones dan meledakan bom di Utara Pakistan. Lebih banyak bom jatuh di Utara Pakistan di zaman Obama berbanding dengan dua penggal Bush Junior di Rumah Putih.

Mengikut falsafah NeoCon, wajib diwujudkan satu kumpulan kelas elit pemerintah yang bijak bestari untuk mengendalikan sesebuah negara. Manakala orang ramai dan warga negara hanyalah menjadi pengikut. Orang ramai hanya wajib menerima arahan dari pemimpin yang bijak pandai ini.

Jika falsafah ini diterjemahkan untuk dunia, maka kelas elit yang berkeupayaan berfikir untuk memimpin dunia hanyalah NeoCon yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Negara-negara lain dalam dunia ini hanya perlu mengikut perintah. Jika falsafah ini diikuti, maka dunia mengikut pandangan NeoCon akan aman makmur. Inilah yang mereka namakan New World Order atau Tata Dunia Baru yang sedang dirancang untuk diwujudkan.

Tetapi apa sangkut pautnya semua ini dengan Iran?

Di zaman Shah Ahmad Reza Pahlevi dahulu Iran dianggap sebagai negara sahabat Amerika. Shah Reza menjadi pembeli senjata Amerika yang kedua terpenting sesudah Arab Saudi. Iran sanggup menjadi 'tok sarjan' yang setia untuk mengawal Selat Hormuz menjaga keselamatan lalulintas kapal tangki minyak di perairan ini. Hampir 40 peratus minyak dunia melintasi selat ini. Hampir 60 peratus minyak untuk Jepun lalu di selat ini. Iran menjadi negara yang amat penting untuk keselamatan perjalanan minyak yang menjadi asas sistem ekonomi kapitalis.

Justeru, apabila Shah Reza dihalau keluar dan Iran menjadi republik pada tahun 1979, maka Iran terus dicap sebagai musuh Amerika. Kerajaan Iran dicap sebagai pengganas.

Mengikut ideologi NeoCon, tidak akan dibenarkan lagi muncul mana-mana negara yang berkemungkinan bangun untuk menentang atau berani engkar tidak mengikut telunjuk Amerika Syarikat. Tidak juga Iran, tidak juga China, tidak juga Rusia akan dibenarkan menggugat kepentingan Amerika dalam dunia hari ini.

Dunia unipolar

Era dua negara super/ two super powers – Amerika dan Soviet Union seperti di zaman Perang Dingin dahulu tidak akan dibenarkan muncul lagi. Yang wujud hari ini adalah dunia unipolar – dunia Amerika dan empayar Amerika.

Justeru, apa yang kita lihat berlaku di Iraq, di Libya dan di Syria adalah contoh di mana rejim-rejim yang engkar atau culas dan tidak berkiblat ke Rumah Putih sedang dilupuskan. Semua ini adalah perancangan NeoCon. Semua yang berlaku hari ini adalah strategi perancangan mengimplementasikan Projek Amerika Alaf Baru.

Ketika tulisan ini digarap, media antarabangsa sedang berdondang sayang tentang kemungkinan Iran berjaya menjadi kuasa nuklear. Saban hari rakyat dunia diberitahu betapa kita dalam bahaya jika Iran memiliki senjata nuklear. Tidak cukup dengan dondang sayang ini, kita juga dapat membaca komen-komen dari pegawai tentera Amerika yang telah bersara. Mereka memberi amaran agar ‘dilakukan sesuatu’ (baca: serang) terhadap Iran sebelum terlambat.

Kita juga berpeluang membaca komen dari bekas tim risikan Amerika dan Britain. Mereka mengabsahkan bahaya yang akan menimpa dunia jika Iran memiliki bom nuklear. Jika semua ini tidak meyakinkan dunia maka Isreal dan Mossad akan mengeluarkan data dan gambar tentang loji nuklear bawah tanah sebagai bukti yang Iran sedang membuat bom nuklear.

Pada ketika ini semuanya sedang diatur mengikut perancangan. Di Pulau Socotora yang terletak di antara Laut Merah dengan Telok Aden, bala tentera Amerika sedang dikumpulkan. Pada akhir bulan Mac ini akan cukup 100,000 bala tentera Amerika dari semua pasukan berkampung di Socotora. Jumlah 100,000 ini sama dengan jumlah tentera Amerika ketika Bush Junior ingin menyerang Iraq dalam tahun 2003 dahulu.

Sebelum perang pecah dan Iran diserang, para zionis saperti Ehud Barak terus mengolah persetujuan orang ramai agar melihat Iran sebagai musuh dunia. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu akan mengenakan sekatan ekonomi seperti yang telah dilakukan kepada Iraq dahulu.

Media pro-Zionis akan terus berdondang sayang untuk memastikan rakyat dunia akan melihat Ahmadinejad presiden Iran sebagai Hitler baru. Bila label telah dibubuh maka amat senang untuk ditembak.





Friday, February 10, 2012

SIFAT LELAKI/SUAMI YANG DIBENCI WANITA:

                                                     "Siapakah lelaki terbaik?"

Mungkin secara sedar atau tidak, beberapa sikap dan perangai lelaki tidak disukai wanita. Cuba lihat penampilan dan gaya anda dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...

Adakah sesuatu yang tak kena? Gaya rambut, misai, gigi atau pakaian, adakah semuanya dalam keadaan baik?

Mungkin bagi sesetengah lelaki perkara-perkara begini dianggap remeh tetapi tidak bagi wanita. Pun begitu ada beberapa sikap atau perangai yang tidak menyenangkan kaum wanita atau si isteri, antaranya:


PENIPU
Sikap ini memang sinonim dengan lelaki. Menipu sekali sekala tidak mengapa tak kira dalam apa jua keadaan tetapi jika sudah selalu, wanita akan mengetahuinya juga. Wanita dapat menghidu segala kecurangan anda. Jangan buat seribu alasan. Ia akan menampakkan anda sangat biasa berbohong.


Penipuan paling besar ialah jika anda sudah berpunya tetapi mengaku solo, tidak kira samada anda sudah berkahwin ataupun sudah mempunyai teman istimewa. Tetapi jika anda tidak mengaku dan wanita dapat tahu selepas itu, sampai bila-bila pun dia tidak akan mempercayai anda!

PERASAN

Ada yang sanggup jalan mendabik dada tatkala lalu dihadapan wanita kononnya dirinya macho. Mulalah 'control macho' tidak tentu pasal. Itulah dinamakan perasan.


Lelaki yang tidak perasan akan bersikap low profile dan tidak menunjuk-nunjuk dan akan merendah diri sahaja. Paling penting cara anda menampilkan diri anda dikhalayak ramai. Lelaki kacak tidak semestinya disukai wanita. Ingat juga jika anda berduit, ada wanita yang hanya inginkan wang anda dan bukannya diri anda sebenarnya.



PELUPA

Ini adalah satu masalah yang sering melanda lelaki. Mereka sering lupa segala hal berkaitan dengan tarikh harijadi atau ulang tahun menyebabkan wanita sering merasa kecil hati. Lelaki sering memandang remeh temeh hal-hal sebegini tetapi lain bagi wanita. Lebih-lebih lagi jika tarikh harijadi atau ulang tahun tidak diambil kisah. Wanita akan cepat marah kerana bagi mereka, jika tarikh pun susah nak ingat, bagaimana pula dengan hal-hal lain yang lebih besar dan berat. Oleh itu kaum lelaki jangan ambil ringan hal ini.



PANAS BARAN

Ini adalah satu sikap yang sememangnya tidak disukai oleh mana-mana wanita. Mereka cukup takut jika terpilih teman lelaki yang panas baran kerana silap gaya diri sendiri yang merana. Lebih-lebih lagi jika lelaki yang mudah angkat tangan setiapkali hal yang tidak disukai berlaku. Ingat!
wanita bukan tempat untuk melepaskan geram dan anda tidak berhak menampar atau menendang sesuka hati. Jika tidak dapat menahan geram, tumbuk sahaja dinding batu, baru tahu mana yang lebih kuat, tangan anda atau batu.


Tubuh wanita bukan tempat melepaskan geram. Jadi sangat malu jika wanita yang anda kasihi sentiasa dikeji atau dimaki. Lebih baik jangan mengasihi jika diri sendiri tiada sifat penyayang itu. Jadi gentlemen dan bukannya gangster.


Amat malu jika anda melayan wanita sebegitu rupa jika dibandingkan dengan kekuatan anda. Silap gaya anda sendiri akan dibawa ke lokap kerana wanita sekarang lebih bijak. Banyak badan kemasyarakatan yang bertindak jika mereka didera. Jadi fikirkanlah.... jika tidak mahu merasa tidur dilokap, jangan biarkan sikap panas baran anda itu merasuk fikiran anda.

PENGOTOR

Sesetengah lelaki tidak sedar bahawa mereka sebenarnya pengotor. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan amalan itu dulu. Antara perbuatan yang dianggap pengotor ialah tidak mengemas misai, bulu hidung panjang, meludah, batuk, membuang kahak merata-rata, mencungkil gigi, membuang putung rokok bersepah, bau ketiak yang tidak menyenangkan, memakai baju yang sama setiap kali keluar bersama. Ada juga yang berbau rokok setiap kali bercakap. Itupun sudah dikira pengotor. Jadi tukarkan penampilan anda yang pengotor itu jika ingin menambat hati wanita yang anda sukai.

AWAS lelaki, walaupun anda merasa ia perkara biasa, ia tidak bagi wanita.............


Untuk renungan dan ikutan para suami , kita lihat suasana yang berlaku dalam rumahtangga Nabi s.aw
  yang terpuji ini:



Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
 "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan  keluar melalui celah-celah jari mereka". 

Rasulullah s.a.w. selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda s.a.w. acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri Baginda s.a.w. pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

 Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah s.a.w. agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga.  

Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri -isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

8C YANG PATUT DIJAUHI OLEH WANITA/ISTERI:



8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yang mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa-masa  tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 8C tu.

Ini dia 8c tersebut:


C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata…


C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan tutur kata isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata- yang tidak baik pada mertua…


C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pula nampak yang comel-comel aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit-sikit  dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
lewat overtime dah syak yang bukan-bukan…


C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang ada class aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….


C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka tertekan  dengan situasi sebegini.



      Diharap mereka yang bergelar isteri dapat memenafaatkan 8 tips dia atas kerana banyak krisis rumahtangga berlaku di sekitar 8 perkara diatas. Keharmonian rumahtangga dapat dicapai dengan masing-masing suami dan isteri mengikis segala macam sifat negatif atau buruk yang melekat pada diri masing-masing. Kerana umpama kanser, jika tidak segera diubati, akhirnya akan merebak dan terus membunuh diri pesakit itu sendiri.
     Kepada Allah jua kita memohon pertolongan…

Tuesday, February 7, 2012

KARIERKU, KELUARGAKU

                                      Ibu dan anaknya

Bagi wanita yang bekerja, banyak yang akhirnya mengeluh akan keterbatasan fikiran dan fizikal mereka dalam mengurus rumah tangga . Tidak hanya sampai disana saja, sering kali efek akhirnya adalah mereka harus menghadkan keterlibatan mereka dalam melayani hal-hal urusan rumahtangga yang seharusnya mereka lakukan sebagai tanggungjawab.


Memanglah, dari kebanyakan pendapat para wanita, jika mereka bekerja tujuannya adalah hanya untuk kebahagiaan anak- anak dan membantu suami, serta memberi sumbangan  tenaga dan ilmu kita kepada masyarakat. Namun apa jadinya jika dengan semua itu, justru ada yang satu terbengkalai dan yang lain lebih di optimal?

Karier dan keluarga seharusnya menjadi bagian yang tidak terpisah dari  seorang wanita, kerana keluarga yang bahagia adalah karier terbaik seorang wanita di dunia dan di akherat. Kalau definisi karier hanya terbatas pada kesuksesan pekerjaan kita di luar rumah, maka untuk apa kita dipanggil sebagai ibu?


...Menjadi seorang ibu yang menjadikan keluarganya bahagia adalah karier terbaik bagi seorang wanita...


Berbahagialah ketika anda  tercipta sebagai wanita, iaitu yang menjadi pemulia kehidupan suami dan anak- anak kita. Maka sayang sekali jika semua itu hanya terbatas kemuliaannya, pada hanya sekadar terhenti dalam nilai  wang,  pekerja atau ketua  kepada  sebuah jabatan.

Lalu bagaimana jika seorang wanita yang pendidikannya tinggi, tapi lebih memfokuskan dirinya untuk menjadi seorang ibu? Subhanallah, bahkan seorang anak dan para suami akan lebih bangga jika mereka memiliki ibu dan isteri yang bergelar pengusaha sukses, tapi masih sempat menyuapi anaknya makan, seorang pengusaha sukses yang lebih memfokuskan diri sebagai seorang ibu. 


Sudah barang tentu hal ini sangat lebih baik dari pada menjadi seorang pengusaha yang hebat, tapi tidak sempat melihat apa yang disuapkan ke mulut anaknya, karena mungkin menyuapi makan sambil sibuk menerima telefon dan berbual dengan partner bisnesnya.

Benar  , karier anda (wanita)  yang pertama adalah tentang keluarga. Karena tidak ada keberhasilan tanpa berhasilnya keluarga untuk menjadi bahagia dan damai atas kehadiran anda sebagai seorang ibu dan isteri di tengah- tengah mereka.

Ingatlah, bahwa seorang wanita itu adalah seharusnya menjadi pemandangan terindah bagi suaminya, apalagi jika dia dia berganding dan kemudian mampu mengindahkan dan menjadi penutup kekurangan suaminya. Bukan berarti dengan ini semua beban jadi tertumpu pada diri wanita, tetapi menjadikan wanita itu lebih kuat dari berbagai kelemahan yang melekat pada dirinya. 

Sebuah Alat, akan berfungsi dengan baik, jika digunakan dengan tepat oleh penggunanya. Seperti halnya sebuah pekerjaan, dimana dia akan memuliakannya, jika kita tahu bagaimana cara tepat memperlakukannya.  

Biarkan para suami berfikir, bahwa  anda  juga adalah hadiah bagi mereka, kerana kemantapan hati anda  dalam mengurus rumah tangga, dan kecerdasan kita dalam bekerja, yang tidak lain pada akhirnya adalah untuk memuliakan hidup mereka. Dan dengan semua itu, tanpa harus menanyai dan mereka- reka apakah mereka masih akan menyayangi kita, maka para suami justru akan lebih tahu cara terbaik untuk memuliakan kita.

(Syahidah/voa-islam.com)

Saturday, February 4, 2012

MENDIDIK ANAK : PESAN SAIDINA ALI R.A


Alhamdulillah, perbanyakkan kesyukuran jika anda telah mempunyai cahaya mata. 


Baiklah pada post kali ini, saya ingin kongsikan cara mendidik anak  seperti yang di ajarkan oleh Saidina Ali r.a.. Kaedah ini bukan sahaja bersesuaian digunakan untuk ibu bapa, malah, para guru, abang, kakak, jiran tetangga dan sebagainya.



7 Tahun Pertama (Awal kelahiran sampai umur 7 tahun)
  • Bermainlah denganya dan bergurau senda.
  • Bergurau dalam lingkungan umur ini dapat menjalinkan rasa kasih dan sayang dengan ibubapa.
  • Kanak-kanak amat senang dengan permainan dan ketawa ria.
  •  
7 Tahun Kedua  (Selepas Kelahiran 7-13 Tahun)
  • Disiplinkan anak-anak anda.
  • Sebab itu Nabi bersabda : “Dan ajarkan Anak-anak kamu bersolat ketika umurnya 7 tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka tidak mahu menunaikan solat pada ketika umur mereka 10 tahun”.
  • Pada ketika ini minda anak-anak sedang belajar buruk dan baik,  berkembang dan perlu dipimpin.
  • Sebab itu kita dapat lihat kanak-kanak ketika ini boleh meluruskan barisan dan berdiri tegak bila menyanyikan lagu negaraku. kerana dia telah di disiplinkan oleh guru-gurunya.
  • Ketika ini ibubapa boleh mengendalikan mereka kerana mereka masih dibawah pengaruh ibubapa.
  • Bak kata pepatah “Lentur buluh biarlah dari rebungnya”.
  •  
7 Tahun Ketiga(13 – 19 Tahun)
  • Berkawanlah dengan mereka.
  • Ketika ini pengaruh rakan sebaya adalah ancaman utama.
  • pendekatan psikologi harus digunakan oleh ibubapa.
  • Ketika ini mental mereka akan berubah serta perubahan fizikal nampak ketara. Dikala ini mereka sedang tercari-cari identiti mereka.
  • Emosi mereka juga mudah terusik.. Ketika ini mereka memerlukan teman meluahkan segalanya.
  • Jadilah teman yg baik kepada mereka. Jgn memperkecilkan emosi mereka.
  • Bersedialah dengan jawapan yg bernas apabila ditanya oleh mereka. Belajarlah konsep keibubapan. Supaya senang mengendalikan masalah anak.
  • Kalau kita tidak dapat menjawab pertanyaan mereka maka jangan salahkan orang lain kalau anak-anak ini mencari jawapannya sendiri. Mungkin dia mencarinya dari kawan-kawan  atau membuat rumusannya sendiri.
  •  
7 Tahun Keempat  (19 Tahun- Sehingga dia berumah tangga)
  • Layanlah mereka seperti seorang dewasa.
  • Pada ketika ini mereka sudah tahu apa yang mereka inginkan dalam hidup.
  • Elakkan melayan mereka seperti anak-anak kecil.
  • Pada ketika ini tegurlah mereka dengan cara dewasa.
  • Ketika ini mereka boleh dibawa berbincang.
InsyaAllah,  jika mereka di didik dengan cara begini sejak kecil, masalah kerosakan akhlak anak-anak dapat kita atasi bersama.

Wednesday, February 1, 2012

SAINTIS TEMUI PASAK BUMI (BUKTI KEBENARAN AL QURAN)


Naica Giant Crystal Cave


Assalamualaikum dan salam pembaca, pernahkah anda membaca terjemahan ayat -ayat suci ini.

Allah SWT berfirman (maksud):



"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)" (Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32)

Allah SWT berfirman (maksud):

"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)


Dan Allah SWT berfiman juga berfirman (maksud):

"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu." (Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)


dalam sesetengah tafsir disebut


”Dan Dia menancapkan gunung-gunung di Bumi supaya Bumi itu tidak berguncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.”


Sebagai orang islam kita yakin setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam Qur'an pasti betul.Sekarang tengok gambar ni pula.
Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua yang terletak di Naica Mexico, gua ini dipenuhi dengan batu-batu kristal yang berbentuk seperi pasak atau pancang seperti yang biasanya dipasang pada bangunan bangunan besar ada yang sampai dengan 12 meter panjang. Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak-pasak yang dijumpai.

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave


Dikatakan sejak penemuan gua bawah tanah ini sudah ramai saintis seluruh dunia yang datang untuk melakukan kajian.

Pengarang buku The Earth" ("Bumi"). yang menjadi rujukan di banyak universiti-universiti di seluruh dunia. Dr. Frank Press. (Beliau juga pernah menjadi penasihat sains kepada bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter).

"Menyatakan bahawa gunung-ganang hanyalah saebahagian daripada sebuah ‘binaan yang besar’ dimana akarnya memanjang jauh ke dalam perut bumi. Dr. Press menulis lagi bahawa gunung-gunung sangat penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi." Inilah yang diperkatakan oleh Al-Quran mengenai gunung-ganang sejak 1400 tahun dahulu.
Gambar 7. Gunung-gunung memiliki akar yang dalam di bawah permukaan tanah. (Earth, Press dan Siever, hal. 413)
Gambar 7. Gunung-gunung memiliki akar yang dalam di bawah permukaan tanah. (Earth, Press dan Siever, hal. 413)
Gambar 8. Bagan potongan melintang. Gunung-gunung, sebagaimana pasak, memiliki akar yang menghunjam di bawah tanah. (Anatomy of the Earth, Cailleux, hal. 220)
Gambar 8. Bagan potongan melintang. Gunung-gunung, sebagaimana pasak memiliki akar yang menghunjam di bawah tanah. (Anatomy of the Earth, Cailleux, hal. 220)

Subahanallah,benarlah firman Allah Yang Maha Genius.


http://www.youtube.com/watch?v=my0pDEzyjBc&feature=related