Sunday, October 28, 2012

JANGAN EKSKLUSIFKAN ISLAM....




Amat memeritkan perasaan apabila melihat sesetengah pihak menyebut: "Nak faham Islam ini susah, kami tidak cukup masa, ada macam-macam kena buat masa muda ini. Tunggulah kami dah tua".

Ungkapan ini lahir dari salah tanggapan mereka bahawa Islam adalah agama yang sukar difahami dan sukar untuk diamalkan. Ini berpunca dari cara pengajarannya yang susah dan isi yang dipayah-payahkan oleh sesetengah pihak.

Dengan kita akur untuk menjadi pakar ilmu-ilmu Islam memanglah tidak mudah, bahkan menjadi pakar apa-apa ilmu pun tidak mudah. Namun memahami dan mengamalkan Islam secara umumnya adalah mudah dan mampu dicapai oleh setiap lapisan manusia.

Jika tidak bagaimana mungkin Islam menjadi agama sejagat yang diutuskan untuk setiap insan tanpa mengira lantar kehidupan dan pendidikan.


Antara cuai dengan memayahkan

Memang, mudah-mudahkan agama dalam erti kata melaksanakannya dalam keadaan yang cuai dan tidak menepati kehendak nas-nas al-Quran dan hadis yang sahih adalah kesalahan dalam agama.

Namun begitu, menjadikan agama begitu payah dan sukar hingga melampaui batasan yang diperuntukkan oleh nas-nas agama juga satu kesalahan. Firman Allah (maksudnya):

Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAW) nabi yang ummi, yang mereka dapati dia tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. (Surah al-‘Araf: 157)



Firman Allah lagi (maksudnya): Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Surah al-Baqarah: 185).


Firman Allah juga (maksudnya): Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah al-Nisa: 28).


Menyusahkan gambaran Islam

Saya tidak ingin membicarakan tentang golongan yang cuai terhadap agama. Ini telah banyak diperkatakan oleh ustaz-ustaz kita. Saya bicarakan tentang sikap sesetengah pihak yang cuba menonjolkan Islam seakan ia agama yang begitu sukar untuk dihayati, dan seakan tidak akan sampai ke dataran Islam ini melainkan beberapa kerat manusia sahaja.

Maka hukum-hakam yang mereka ajar kelihatan begitu susah untuk difahami, apatah lagi untuk dihayati. Lihat sahajalah, haji yang hanya beberapa hari untuk ditunaikan, tetapi kursus yang dibuat berbulan-bulan lamanya.

Ia diajar dengan cara yang sukar disebabkan berbagai faktor. Salah satunya; tokok tambah ajaran agama yang menyebabkan orang awam sentiasa keliru dan tidak mampu kerana terpaksa menghafal berbagai ayat dan peraturan yang sebahagian besarnya tidak pernah diajar pun oleh hadis-hadis Nabi SAW yang sahih.

Ini seperti menetapkan berbagai bacaan khas bagi setiap pusingan tawaf. Lalu mereka buat bisnes pula bagi yang tidak mampu menghafal dengan menjual buku atau alatan tertentu.

Demikian juga kecenderungan sebahagian pengajar hukum-hakam syarak untuk menjatuhkan hukuman haram dan batal amalan seperti terbatal akad nikah hanya kerana terputus nafas, atau terbatal solat kerana pergerakan lebih dari tiga kali, terbatal puasa kerana berenang dalam kolam dan seumpamanya.

Sedangkan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak pun menyatakan demikian. Di samping itu, kecenderungan memperincikan perkara yang tidak perlu sehingga ramai yang jadi keliru. Umpamanya memperincikan syarat niat yang bukan-bukan.

Sehingga ada buku yang menetapkan puluhan syarat niat. Bukannya menjadikan orang faham maksud niat, sebaliknya bertambah kabur. Pada hal setiap aktiviti insan secara sedar mempunyai niat.

Maka dengan itu kita katakan "membunuh dengan niat", sekalipun si pembunuh tidak melafazkannya secara lisan ketika hendak membunuh atau menghafal syarat niat. Malangnya, akibat salah ajaran, seseorang berulang kali bertakbir dalam solatnya.

Kononnya, belum masuk niat. Padahal, jika dia tidak berniat solat, bagaimana mungkin dia boleh berada di saf untuk solat?

Demikian juga memperincikan tentang jenis-jenis air dalam berwuduk berbulan perbahasannya sedangkan solat diperlukan lima kali sehari. Inilah yang menyebabkan ada yang baru masuk Islam tidak solat berbulan kerana bab wuduk belum habis dibincangkan.


Ekslusifkan agama

Pendekatan ini menyebabkan Islam menjadi eksklusif seakan hanya untuk sekelompok manusia sahaja. Sementara selain mereka hanyalah manusia yang terpaksa bertaklid buta disebabkan kononnya tidak mampu untuk memahami apa sahaja hal ehwal agama ini kerana akal mereka tidak kesampaian.

Sebenarnya, bukan tidak kesampaian, tetapi pendekatan pengajaran yang telah melanggar garis panduan Nabi SAW lantas menyanggahi logik insan. Hal ini berbeza dengan arahan baginda SAW.

Baginda bersabda: "Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka." (Riwayat al-Bukhari)


Pendekatan Nabi SAW adalah pendekatan mudah yang membolehkan sebanyak mungkin manusia merasai kebersamaan mereka dalam Islam ini.

Antaranya baginda mengkritik imam yang memanjangkan solatnya, tanpa meraikan keadaan makmun yang berbagai di belakangnya. Baginda bersabda:

"Wahai manusia! sesungguhnya di kalangan kamu ada yang menyebabkan orang lari. Sesiapa di kalangan kamu yang bersolat (menjadi imam) untuk orang ramai, maka ringkaskanlah, kerana di kalangan mereka ada yang tua, lemah dan yang mempunyai urusan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Pendekatan yang menyukarkan ini berlarutan sehingga dalam masalah pengajian akidah. Sesetengah perbincangan akidah dipengaruhi oleh falsafah lama yang kadangkala tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan sahaja.

Ini seperti Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafah-falsafahnya yang memeningkan.

Keletihanlah anak-anak muda untuk memahaminya. Bahkan kadang-kala guru yang mengajar pun tidak faham.

Untuk mengelakkan dia dipersoalkan dia akan berkata: "Barang siapa banyak bertanya maka lemahlah imannya."

Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada?

Maka akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah.

Akidah itu mudah difahami
Akidah Islam adalah akidah yang bersih dan mudah difahami. Bacalah al-Quran dan al-Sunah, lihatlah perbincangan akidah dalam kedua sumber agung itu, sangat jelas dan tidak berbelit-belit.

Dalam hanya beberapa ayat seperti isi al-Ikhlas, al-Quran menyerlah konsep akidahnya, tidak perlu memayah-mayah. Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan akidah adalah perkara yang paling mudah dan senang untuk difahami oleh semua lapisan umat.

Ini kerana memahami akidah satu kemestian termasuk yang buta huruf, Badawi di padang pasir sehinggalah kepada golongan yang terpelajar dan cerdik pandai.

Maka tidak hairanlah pada zaman Nabi SAW, para perwakilan yang datang mengambil ajaran Islam dari baginda dalam beberapa ketika sahaja, namun mampu mengislamkan keseluruhan kabilahnya. Sebab, konsep yang jelas dan mudah.

Kalaulah perbahasan akidah begitu sukar dan susah seperti yang difahami oleh golongan ahli kalam dan falsafah, bagaimana mungkin golongan awam yang buta huruf atau tidak memiliki kecerdasan akal yang tinggi untuk memahaminya?

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah....Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunani dan cara Yunani dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka." (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da'iyah, ms. 92, Beirut: Muassasah al-Risalat)

Sebab itu, barangkali dakwah kepada akidah Islam di tempat kita tidak subur. Sebaliknya cerita keluar Islam yang disuburkan. Proses pemulihan akidah pun dalam banyak rekodnya adalah gagal.

Ini kerana kita banyak berfalsafah dari membahaskan akidah berdasarkan al-Quran dan al-Sunah. Maka bacalah buku-buku akidah yang jelas membimbing jiwa dan akal secara fitrah. Bukan falsafah yang menyusahkan.


Ruang untuk semua

Ramai orang muda atau profesional yang menghadiri kelas-kelas pengajian saya. Saya katakan kepada mereka hadirlah dengan kebiasaan anda dan fahamilah apa yang hendak disampaikan.

Anda tidak diwajibkan berkopiah, atau berjubah. Pakailah apa sahaja yang anda selesa. Bukan syarat masuk ke masjid mesti berketayap. Jangan kita letakkan syarat hendak memahami agama ini yang bukan-bukan.

Nanti ramai yang tidak sampai maklumat Islam kepadanya. Atau syarat-syarat itu akan menjadi peraturan yang dianggap agama, akhirkan diwajibkan secara tidak sedar. Lihat saja sebahagian wanita Muslimah kita, mereka sekalipun telah menutup aurat, namun jika tidak memakai telekung mereka rasa sukar untuk solat.

Bahkan ada yang rasa tidak boleh bersolat tanpa telekung. Padahal telekung itu, hanyalah budaya Asia Tenggara. Solatlah dengan pakaian anda selagi menutup aurat.

Kehidupan Islam praktikal

Demikian sebahagian buku atau filem menggambarkan seorang saleh dalam rupa yang sempit. Digambarkan insan yang beramal dengan Islam itu terpaksa mengasingkan hidupnya dan beruniform berbeza dengan orang lain.

Ini seperti apabila ditonjolkan watak orang saleh ialah lelaki yang berserban, tangan memegang tasbih sentiasa, tidak bergaul dengan manusia biasa, sebaliknya hanya berjalan sendirian. Itulah wali kononnya.

Adakah Nabi SAW dan para sahabahnya berwatak demikian sehingga kita jadikan itu ciri-ciri orang saleh? Tidakkah berjalan dengan sentiasa memegang tasbih lebih menampakkan ciri-ciri riyak dalam amalan?


Sebab itu al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) mengkritik sebahagian dari sikap ini dengan menyatakan:

"Di kalangan golongan zuhhad (golongan sufi) ada mereka yang memakai baju yang koyak tidak dijahit dan membiarkan serban dan janggutnya tidak berurus untuk menunjukkan dia tidak mementingkan dunia. Ini sebahagian dari riyak (menunjuk-nunjuk)." (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, ms 179-180, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

Lebih buruk lagi, penonjolan watak yang seperti itu menjadikan Islam tidak praktikal untuk semua manusia, sebaliknya hanya untuk beberapa kerat manusia ajaib sahaja.

Demikian juga, kadang-kala buku-buku kerohanian menggambarkan untuk mendekatkan diri kepada Allah begitu sukar sehingga seakan tidak akan dicapai oleh manusia biasa.

Pengamal Islam itu seakan manusia maksum seperti malaikat. Bebas dari urusan dunia. Ini boleh mematahkan semangat orang awam dari menghayati Islam.

Padahal Nabi SAW dan para sahabah tidak demikian rupa kehidupan mereka. Sehingga Dr Yusuf al-Qaradawi mengkritik beberapa pandangan al-Imam al-Ghazali RH dengan katanya:

"Apa yang dapat difahami dari himpunan kitab-kitab sufi al-Ghazali yang mengandungi pengaruh kezuhudan yang kuat - sekalipun secara tidak langsung - bahawa insan contoh di sisi al-Ghazali dan golongan sufi secara amnya bukanlah insan yang dikenali oleh para sahabah RA, yang difahami dari al-Quran, al-Sunah dan sirah.

Insan contoh yang difahami oleh para sahabah ialah insan yang menghimpunkan antara dunia dan akhirat, antara hak dirinya dan Tuhannya, antara meningkatkan roh dan berkhidmat kepada masyarakat, antara menikmat nikmat dunia dan bersyukur kepada Allah Taala, antara beribadah dan berjalan serta bertebaran atas muka bumi mencari kurniaan rezeki-Nya, yang bekerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beramal untuk akhirat seakan akan mati esoknya." (Dr Yusuf al-Qaradawi, al-Imam al-Ghazali: Baina Madihih wa Naqidih, ms 164, Beirut: Muassasah al-Risalah)


Mesti bersifat alternatif

Apabila ada wartawan bertanya saya tentang; adakah ubat tertentu haram kerana kononnya ada najis tertentu, saya jawab, begitulah kita berterusan, jika asyik mencari perkara untuk dihukum haram sedangkan dalam masa kita tidak berusaha menjadi pengeluar.

Maka sempitlah umat ini dengan keputusan-keputusan haram dalam banyak perkara. Sebelum menjawab saya ingin kata: kita semua hidup dalam keadaan haram kerana selalu bergantung kepada orang lain dan tidak menunaikan fardu kifayah memerdekakan umat.

Sehingga akhirnya masyarakat dunia kata; kita hanyalah umat yang tahu mengharamkan, bukan menghasilkan produk untuk kebaikan manusia.


Dalam usaha menarik semua lapisan mendekati Islam, marilah kita mempersembahkan kepada masyarakat, Islam yang mudah dan praktikal seperti mana wajahnya pada zaman teragungnya iaitu era Nabi SAW dan para sahabah baginda.

Jika tidak, agama ini akan menjadi begitu eksklusif hanya untuk kelompok tertentu sahaja dan ditinggalkan lautan umat yang dalam kesesakan.

sumber : Dr Mohd Asri Zainal Abidin  ( Dr MAZA)

     

Sunday, October 21, 2012

TIDUR YANG TERBAIK...



SEMUA mahluk hidup pasti memerlukan istirehat setelah melakukan berbagai aktiviti, salah satunya adalah dengan tidur. Selama kita tidur, tubuh kita akan mengganti sel-sel yang rosak disebabkan  aktiviti dengan sel-sel yang baru. Selain itu bahan buangan serta wap kotor yang terjadi pun dibuang oleh tubuh saat kita tidur.

Tidur adalah kurniaan  Allah bagi manusia. Oleh kerananya dalam Islam terdapat adab-adab tidur yang dicontohkan oleh Rasulullah.

1) Qoylullah,
iaitu istirahat di pertengahan siang. Qoylullah dilakukan setelah sholat zuhur/sholat jum’at. Kebiasaan ini dilakukan oleh para sahabat nabi.

2)  Tidur di awal malam setelah sholat Isya, kemudian bangun lagi di awal sepertiga malam.

3)  Jangan tidur sebelum waktu isya kerana Rasul membencinya (khawatir terlajak  hingga pagi), dan Rasul juga membenci percakapan yang tanpa manfaat setelah sholat isya.

4)  Menutup pintu, mematikan api/lampu dan menutup piring-piring makanan dan minuman sebelum tidur. Perintah ini mengandung kebaikan duniawi dan ukhrowi iaitu menjaga diri dan harta dari orang-orang yang hendak berbuat jahat terlebih lagi dari syaitan.

5)  Berwudhu sebelum tidur. Hal ini dilakukan agar kita berada dalam keadaan suci bila sewaktu-waktu dipanggil ke hadiratNya dalam keadaan tidur. Selain itu dengan berwudhu kita akan dijauhkan dari gangguan syaitan dan rasa takut.

6)  Mengibas  tempat tidur dengan hujung sarung/selimut sebanyak 3 kali sambil membaca basmalah. Ini dilakukan untuk mengusir serangga atau makhluk ghaib yang berada di atasnya.
Dari Abu Hurairah bahwasannya Rasulullah bersabda :
Apabila salah seorang dari kalian hendak tidur maka kibaslah tempat tidurnya dengan hujung sarungnya kerana sesungguhnya ia tidak tahu apa yang akan menimpa kepadanya.

7)  Jangan tidur satu selimut antara laki-laki dengan laki-laki (dewasa), perempuan dengan perempuan (dewasa).

8) Berbaring ke sisi kanan ketika tidur, posisi tangan kanan di tekuk di bawah pipi kanan. Posisi tidur seperti ini paling bagus untuk manusia, kerana organ-organ dalam tubuh tidak saling bertumpang tindih, semua pada tempatnya.

9)  Membaca ayat Kursi, surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, Annas, dan 2 ayat terakhir Al-Baqoroh sebelum tidur.

10)  Membaca doa sebelum tidur “Bismika Allahumma ahya, wa bismika aamuut”.

sumber: zilzaal
Diposkan oleh Muhammad Ismail 

Wednesday, October 17, 2012

MEMASARKAN ISLAM KEPADA UMAT MODEN





Sama ada dahulu atau sekarang, seseorang tidak akan dapat menjadi insan yang adil terhadap sesuatu hakikat dan maju ke hadapan jika dia bersifat jumud dan menutup pemikirannya dari mendengar dalil dan fakta disebabkan sesuatu sentimen.

Sikap yang seperti itu dinamakan dengan fanatik atau taksub. Mereka yang taksub kepada pendapat seseorang, enggan mendengar pendapat orang lain sekalipun pihak yang lain itu telah memberikan hujah dan dalil yang kukuh.

Sesuatu pendapat itu sepatutnya diterima bukan atas nama individu tetapi atas alasan atau fakta yang diberikan.


Keburukan fanatik

Fanatik ini telah berlaku di kalangan sesetengah umat Islam sejak dahulu. Ia sehingga membawa kepada permusuhan sesama Islam dek perbezaan pendapat dalam hukum syarak.

Sehingga dalam era ketaksuban dahulu, di Masjidil Haram, Mekah umat Islam bersolat dengan empat imam dan setiap imam mewakili mazhab masing-masing. Setiap makmum akan memilih imam yang sesuai dengan mazhabnya.

Seakan-akan solat di belakang imam lain tidak sah. Hal ini berterusan, sehinggalah gerakan pembaharuan pemikiran agama berjaya menghapuskan kekarutan tersebut. Bayangkanlah jika hal tersebut berterusan sehingga hari, di kala umat Islam begitu lemah dan berpecah.

Selepas Rasulullah SAW wafat, baginda meninggalkan ramai para sahabah yang merupakan ilmuwan besar bagi umat ini. Namun, tiada seorang di kalangan para sahabah yang agung itu menyatakan sesiapa yang mengambil pendapat saya maka dia tidak boleh mengambil pendapat orang lain.

Perkara yang seperti itu tidak pernah didakwa oleh khalifah yang empat, atau ‘Abd Allah bin Masud, ‘Abd Allah bin ‘Umar, atau ‘Abd Allah bin ‘Abbas atau selain mereka. Padahal mereka jauh lebih memahami syariat Rasulullah SAW dari orang selepas mereka.

Malangnya, apabila muncul imam-imam mazhab seperti al-Imam Abu Hanifah (80H-150H), al-Imam Malik bin Anas (93H-179H), al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'i (150H-204H), al-Imam Ahmad bin Hanbal (164H-241H) dan lain-lain tokoh lagi, tiba-tiba ada di kalangan pengikut mereka yang taksub mendakwa bahawa sesiapa yang mengambil pendapat dari salah seorang imam ini tidak boleh lagi mengambilnya dari imam lain.

Ini seperti pengikut fanatik Mazhab Hanafi yang membantah orang Pakistan mengambil pendapat selain dari Mazhab Hanafi. Atau pengikut fanatik Mazhab Malik yang menghalang membantah Maghribi mengambil pendapat selain dari Mazhab Malik.

Atau pengikut fanatik Mazhab al-Syafie yang membantah orang Malaysia mengambil selain dari Mazhab al-Syafie. Kontradiknya, dalam masa yang sama mereka mengakui bahawa imam-imam tersebut kesemuanya adalah tokoh-tokoh sarjana ahli Sunnah, tetapi menolak keilmuan mereka hanya kerana faktor daerah atau negara.

Padahal, para imam itu sendiri tidak pernah mengajar demikian dan negara-negara yang wujud ini belum pun terbentuk pada zaman mereka apatah lagi pada Rasul SAW.

Tokoh terkenal, Dr ‘Abd al-Karim Zaidan berkata:

"Pendapat mazhab-mazhab yang muktabar diterima oleh pengikut mereka di atas andaian benar dan menyampaikan seseorang kepada hukum Allah. Hendaklah difahami bahawa andaian benar ini dikongsi oleh semua mazhab islamiah yang muktabar, bukan hanya terkumpul pada satu mazhab.

"Maka tidak harus untuk pengikut salah satu mazhab ini menganggap bahawa telah terhimpun dalam mazhabnya kebenaran dalam setiap pandangan. Lalu menganggap salah sesiapa yang menyanggahi mazhabnya.

"Ini perkara yang tidak pernah diucapkan oleh mana-mana mazhab, tidak pernah mereka menyandarkan hal seperti ini kepada diri mereka dan tidak pernah menganggap kebenaran hanya terkumpul dalam ijtihad mereka. Bagaimana mungkin pengikut mereka pula mendakwa perkara yang seperti ini! (Dr Abd al-Karim Zaidan, Al-Sunan al-Ilahiyyah, ms 147, Beirut: Muassasah al-Risalah)


Menyanggahi norma Ilmu

Dalam dunia akademik tulen, perbuatan seperti itu dianggap menyanggahi norma-norma keilmuan yang menuntut keluasan minda dan penelitian fakta. Alangkah ruginya sikap sedemikian, yang bererti kita telah menghalang perkembangan pengetahuan dan kesarjanaan hanya kerana perbezaan nama tokoh dan daerah yang kita tinggal.

Padahal dalam kehidupan biasa kita berkempen agar mengambil manfaat dari dunia lain. Di Malaysia, kita pernah berkempen "Dasar Pandang ke Timur", sekalipun majoriti Jepun dan Korea bukanlah Muslim.

Kita mengambil ilmu dan menggerakkan negara dari ilmu Barat atau Timur yang membolehkan kita maju ke hadapan, tanpa mengira latar agama.

Tiba-tiba dalam masa yang sama, ada pula yang menyatakan, anda tidak boleh mengambil pendapat al-Imam Ahmad, atau al-Imam Malik atau al-Imam Al-Auza'i atau al-Imam Ibn Hazim al-Andalusi atau Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, atau al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah, atau tokoh moden seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Mustafa al-Zarqa, Ibn Baz, al-Albani, al-Uthaimin atau selain mereka kerana mereka bukan Mazhab al-syafi'i.

Pada hal dunia ilmuwan akur akan kesarjanaan mereka. Bahkan pendapat mereka itu boleh dinilai kualitinya berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan mereka. Jika kita menolak pendapat mereka hanya kerana nama bukan kerana fakta, maka itu sentimen puak atau kejumudan minda bahkan itu adalah pengkhianatan ilmiah juga penghapusan khazanah ilmu.


Dr Yusuf al-Qaradawi dengan jelas dalam masalah ini menyebut:

"Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian.

"Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syariat dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka.

"Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi.

"Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (penganalisis) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah." (Dr Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru' wa al-Tafarruq al-Mazmum , ms 202, Kaherah: Dar al-Sahwah)


Penilaian semula

Pandangan mazhab sebahagian besarnya adalah ijtihad yang terdedah untuk dinilai oleh pihak yang lain. Maka kita pula berhak untuk mengambil pandangan lain yang pada penilaian kita lebih dekat kepada fakta dan lebih mampu menterjemahkan wajah Islam yang sebenar.

Umpamanya, pendapat dalam mazhab al-Syafie, yang membolehkan bapa berkahwin dengan anak zinanya, barangkali tidak wajar untuk dipertahankan terutama ketika menerangkan Islam kepada dunia. Apakah Islam yang mengharamkan mengahwini seseorang wanita hanya kerana susuan akan menghalalkan anak zina? (lihat: Ibn Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra, 3/200, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Demikian juga jika pendapat awal ulama al-Syafie dikekalkan yang mensyaratkan setiap urusan jual beli mempunyai lafaz, tentu sukar untuk kita di zaman moden ini membeli minuman atau makanan dari mesin-mesin canggih yang ada.

Bahkan di sana banyak perkara yang menuntut seorang Muslim melihat luar dari kerangka mazhabnya terutama tentang hubungan dengan non-Muslim, zakat, wakaf, perkahwinan dan berbagai lagi.

Bahkan pandangan-pandangan agama yang menyusahkan tanpa dalil dari al-Quran dan al-Sunah patutlah dielakkan terutama untuk generasi moden yang mula fobia dengan agama. Apatah lagi kepada yang baru menganut Islam.

Dr Yusuf al-Qaradawi juga pernah menyebut: "Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ia bukan sesuatu yang wajib seperti yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al-Sunah.

"Kedua-duanya tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang Muslim bebas dari terikat dengan mana-mana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuwan sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun.

"Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah seseorang yang baru menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang tidak diwajibkan Allah Taala. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fikah yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu." (Dr Yusuf al-Qaradawi, Kaif Nata'amal Ma' al-Turath, ms 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah).


Taklid mazhab

Tokoh fikah semasa lain yang terkenal Dr Wahbah al-Zuhaili pula menyebut:

"Kata majoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafie atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab.

"Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan Rasul-Nya. Allah dan Rasul-Nya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan hanya tokoh tertentu, dan bukan yang lain.

Firman Allah (maksudnya): "Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmuwan jika kamu tidak mengetahui." (an-Nahl:43)

Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabah dan tabiin tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanyakan sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja. Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam, atau mengikut mazhab tertentu dalam semua masalah.

Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat. Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh. Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan kukuh di sisi Ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu.

Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan -seperti yang dijelaskan. Berdasarkan ini, maka pada asasnya tidak menjadi halangan sama sekali pada zaman ini untuk memilih hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh mazhab-mazhab yang berbeza tanpa terikat dengan keseluruhan mazhab atau perinciannya." (Al-Zuhaili, Dr Wahbah, al-Rukhas al-Syar'iyyah, ms 17-19, Beirut: Dar al-Khair).


Luas bermazhab

Sebelum ini saya telah jelaskan, betapa keterikatan atau sempit dengan satu-satu pendapat tanpa melihat kepada dalil dan logik akan menjadikan kita tidak ilmiah, bahkan boleh menyanggahi sifat Islam yang suka kemudahan untuk umatnya.

Umpamanya, ada yang memberitahu saya bimbang makan dari bekas hidangan bukan Muslim, kalau-kalau pernah terkena khinzir dan belum dibasuh tujuh kali serta air tanah.

Saya katakan, pertama; kita tidak patut mengandaikan perkara yang kita tidak nampak. Kedua; pendapat yang mewajibkan membasuh kesan khinzir dengan air tanah hanya pendapat mazhab.

Sedangkan majoriti ulama berpendapat memadai dibasuh dengan air tanpa memerlukan tanah. Apa yang penting hilang kesannya. Tidak ada dalil pun yang menyatakan khindir wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan termasuk air tanah.

Pendapat ini disokong oleh tokoh besar Mazhab al-Syafie sendiri -walaupun berbeza dengan mazhabnya- iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) yang banyak mensyarahkan mazhab tersebut dan diterima pakai banyak karyanya di Nusantara ini.

Kata Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi'i (meninggal 780H):

"Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali. Inilah pendapat yang paling sah dalam Mazhab al-Syafi'i. Kata al-Nawawi: Yang lebih tepat dari segi dalil memadai membasuh kesan khinzir sebanyak sekali tanpa tanah.

"Inilah pendapat kebanyakan ulama dan inilah pendapat yang diterima pakai. Ini kerana asal sesuatu perkara tidak wajib melainkan adanya dalil syarak". (Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi'i, Rahmah al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah, ms 9, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).


Bagi saya pendapat majoriti ulama ini di samping lebih kuat, ia juga memudahkan kita berurusan dalam hidup terutama bagi yang makan di hotel, kapal terbang, bertandang ke rumah jiran atau kenalan bukan Muslim.

Namun yang menfatwakan supaya diminum air tanah bagi sesiapa yang telah termakan sosej khinzir beberapa tahun lepas, tidak ada akal yang sejahtera yang dapat menyokong hal itu. Apatah lagi dalil syarak.

"Sepatutnya, kenyataan seperti itu jangan disiarkan dalam media. Hanya memalukan umat Islam. Tiada seorang sahabah pun yang masuk Islam, lalu baginda Nabi SAW memerintah dia meminum air tanah. Bersikap terbukalah kita dengan mendengar dalil orang lain. Islam dengan tafsiran yang sempit sukar untuk dipasarkan kepada umat moden.

sumber: Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Malaysiakini)

  

Saturday, October 13, 2012

LUPA ITU NIKMAT....!




Selama ini, jika kita mendengar kata nikmat, maka yang terbayang adalah makanan yang enak, wang yang banyak, tubuh yang sihat dan lain sebagainya.


Tapi tahukah anda, bahwa sifat lupa yang melekat pada setiap manusia itu, ternyata nikmat yang juga patut kita syukuri. Wah, benar  gitu ?



Setiap kita, tentu saja tidak akan lepas dari berbagai persoalan hidup yang melilit kita, berbagai persoalan ini akan  menimbulkan bermacam perasaan di hati kita, rasa marah, rasa benci, dendam dan sakit hati.

Dan tahukah anda bagaimana perasaan yang tidak enak itu berangsur hilang, bahkan lenyap dari hati anda ?? Ya dengan sifat lupa itu !!

Seseorang yang baru saja mendapatkan kritikan, teguran bahkan cacian dan penghinaan, boleh jadi memendam rasa sakit hati, yang tentu saja mempengaruhi kondisi emosionalnya bahkan hingga mau tidurpun masih terngiang-ngiang ucapan yang pedas itu di telinganya,. Tapi dengan berlalunya waktu, perasaan itu hilang dari hatinya, kerana apa?  Kerana dia telah melupakannya !



Boleh  anda bayangkan jika anda tidak memiliki sifat lupa? Berbagai peristiwa akan terus tertancap dalam memori anda, yang jelas-jelas akan melemahkan  energi dan emosi anda, hal ini tentu saja kontra produktif dengan semangat kita untuk terus maju dan berkerja.



Lupa adalah anugerah Tuhan , sayangnya kita sering lupa bersyukur “


Bagaimana tidak, begitu banyak nikmat Allah yang diberikan kepada kita, dari bangun tidur hingga tidur lagi, tapi sudahkah kita menjadi hamba yang bersyukur ?? Walau pun kita sholat, tapi kita sholat terkejar-kejar, itupun sudah di hujung-hujung waktu, itu baru satu contoh.



Maka tidak salah Allah berulang kali mengingatkan dalam berbagai ayat :



“Amat sedikit hambaKU yang bersyukur ”



Kerana tabiat manusia yang mudah lupa, lalai, terpengaruh dan cenderung pada apa yang dimaui hawa nafsu , maka dalam ayat lain Allah mengingatkan :



فَذَكِّرْ إِنْ نَفَعَتِ الذِّكْرَى



”Berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfa’at ” (Q.S Ala’la:9)



Maka ‘Lupa’ boleh  jadi
Nikmat bagi kita untuk saling mengingatkan, dan saling menguatkan. Bukan sebaliknya !


Oleh kerana itu, kalau hari ini, anda masih memendam luka dan dendam akibat peristiwa di masa lalu, sungguh anda telah merugi. Tidak ada jalan terbaik bagi anda selain melupakannya, kalau anda tidak sanggup, maka ketahuilah, ada nikmat yang hilang dari diri anda !



Mari syukuri sifat lupa yang ada pada diri kita, sebagai kurniaan dari Allah, tapi awas, jangan menjadi orang ‘pelupa’ apalagi kalau mau bayar hutang !!!



Wassalam..

sumber: pepisusanti

17 ALASAN ULAMA ISLAM MENGKAFIRKAN SYIAH!





SEJUMLAH tujuh belas doktrin Syi'ah yang selalu mereka sembunyikan dari kaum muslimin sebagai sebahagian dari pengamalan doktrin taqiyah (menyembunyikan Syi'ahnya). Ketujuh belas doktrin ini terdapat dalam kitab suci Syi'ah:


1) Dunia dengan seluruh isinya adalah milik para imam Syi'ah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya dari siapa yang dikehendaki (Ushulul Kaafi, hal.259, Al-Kulaini, cet. India).


Jelas Doktrin semacam ini bertentangan dengan firman Allah SWT QS: Al-A'raf 7: 128, "Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, Dia dikaruniakan kepada siapa yang Dia kehendaki". Kepercayaan Syi'ah diatas menunjukkan penyetaraan kekuasaan para imam Syi'ah dengan Allah dan doktrin ini merupakan aqidah syirik.


2) Ali bin Abi Thalib yang diklaim sebagai imam Syi'ah yang pertama dinyatakan sebagai dzat yang pertama dan terakhir, yang dhahir dan yang bathin sebagaimana termaktub dalam surat Al-Hadid, 57: 3 (Rijalul Kashi hal. 138).


Doktrin semacam ini jelas merupakan kekafiran Syi'ah yang berdusta atas nama Khalifah Ali bin Abi Thalib. Dengan doktrin semacam ini Syi'ah menempatkan Ali sebagai Tuhan. Dan hal ini sudah pasti merupakan tipu daya Syi'ah terhadap kaum muslimin dan kesucian aqidahnya.


3)  Para imam Syi'ah merupakan wajah Allah, mata Allah dan tangan-tangan Allah yang membawa rahmat bagi para hamba Allah (Ushulul Kaafi, hal. 83).



4)  Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib oleh Syi'ah dikatakan menjadi wakil Allah dalam menentukan syurga dan neraka, memperoleh sesuatu yang tidak diperoleh oleh manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara terperinci yang pernah terjadi dahulu maupun yang ghaib (Ushulul Kaafi, hal. 84).



5) Keinginan para imam Syi'ah adalah keinginan Allah juga (Ushulul Kaafi, hal. 278).



6)  Para imam Syi'ah mengetahui bila  datang ajalnya dan mereka sendiri yang menentukan saat kematiannya karena bila imam tidak mengetahui hal-hal semacam itu maka ia tidak berhak menjadi imam (Ushulul Kaafi, hal. 158).



7)  Para imam Syi'ah mengetahui apapun yang tersembunyi dan dapat mengetahui dan menjawab apa saja bila kita bertanya kepada mereka kerana mereka mengetahui hal ghaib sebagaimana yang Allah ketahui (Ushulul Kaafi, hal. 193).



8)  Allah itu bersifat bada' yaitu baru mengetahui sesuatu bila sudah terjadi. Akan tetapi para imam Syi'ah telah mengetahui lebih dahulu hal yang belum terjadi (Ushulul Kaafi, hal. 40).


 Menurut Al-Kulaini (ulama besar ahli hadits Syi'ah), Bahwa Allah tidak mengetahui bahwa Husein bin Ali akan mati terbunuh. Menurut mereka Tuhan pada mulanya tidak tahu kerana itu Tuhan membuat ketetapan baru sesuai dengan kondisi yang ada. Akan tetapi imam Syi'ah telah mengetahui apa yang akan terjadi. Oleh sebab itu menurut doktrin Syi'ah Allah bersifat bada' (Ushulul Kaafi, hal. 232).


9)  Para imam Syi'ah merupakan gudang ilmu Allah dan juga penerjemah ilmu Allah. Para imam Syi'ah bersifat Ma'sum (Bersih dari kesalahan dan tidak pernah lupa apalagi berbuat Dosa). Allah menyuruh manusia untuk mentaati imam Syi'ah, tidak boleh mengingkarinya dan mereka menjadi hujjah (Argumentasi Kebenaran) Allah atas langit dan bumi (Ushulul Kaafi, hal. 165).



10)  Para imam Syi'ah sama dengan Rasulullah Saw (Ibid).



11)  Yang dimaksud para imam Syi'ah adalah Ali bin Abi Thalib, Husein bin Ali, Ali bin Husein, Hassan bin Ali dan Muhammad bin Ali (Ushulul Kaafi, hal. 109)



12)  Al-Qur'an yang ada sekarang telah berubah, dikurangi dan ditambah (Ushulul Kaafi, hal. 670). Salah satu contoh ayat Al-Qur'an yang dikurangi dari aslinya yaitu ayat Al-Qur'an An-Nisa': 47, menurut versi Syi'ah berbunyi: "Ya ayyuhalladziina uutul kitaaba aaminuu bimaa nazzalnaa fie ‘Aliyyin nuuran mubiinan". (Fashlul Khitab, hal. 180).



13)  Menurut Syi'ah, Al-Qur'an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad ada 17 ribu ayat, namun yang tersisa sekarang hanya 6660 ayat (Ushulul Kaafi, hal. 671).



14)  Menyatakan bahwa Abu Bakar, Umar, Utsman bin Affan, Muawiyah, Aisyah, Hafshah, Hindun, dan Ummul Hakam adalah makhluk yang paling jelek di muka bumi, mereka ini adalah musuh-musuh Allah. Siapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada Allah, Rasul-Nya dan imam-imam Syi'ah (Haqqul Yaqin, hal. 519 oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi).



15)  Menghalalkan nikah Mut'ah, bahkan menurut doktrin Syi'ah orang yang melakukan kahwin mut'ah 4 kali derajatnya lebih tinggi dari Nabi Muhammad Saw. (Tafsir Minhajush Shadiqin, hal. 356, oleh Mullah Fathullah Kassani).



16)  Menghalalkan saling tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, imam Ja'far berkata kepada temannya: "Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku." (Al-Istibshar III, hal. 136, oleh Abu Ja'far Muhammad Hasan At-Thusi).



17)  Rasulullah dan para sahabat akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi sebelum hari kiamat akan datang dan dia membongkar kuburan Abu Bakar dan Umar yang ada didekat kuburan Rasulullah. Setelah dihidupkan maka kedua orang ini akan disalib (Haqqul Yaqin, hal. 360, oleh Mullah Muhammad Baqir al-Majlisi).


Ketujuhbelas doktrin Syi'ah di atas, apakah boleh dianggap sebagai aqidah Islam sebagaimana dibawa oleh Rasulullah Saw. dan dipegang teguh oleh para Sahabat serta kaum Muslimin yang hidup sejak zaman Tabi'in hingga sekarang? Adakah orang masih percaya bahwa Syi'ah itu bagian dari umat Islam? Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad, barangsiapa yang tidak MENGKAFIRKAN aqidah Syi'ah ini, maka dia termasuk Kafir.

Semua kitab tersebut diatas adalah kitab-kitab induk atau rujukan pokok kaum Syi'ah yang posisinya seperti halnya kitab-kitab hadits Imam Bukhari, Muslim, Ahmad bin Hambal, Nasa'i, Tirmidzi, Abu Daud, dan Ibnu Majah bagi kaum Muslimin. Oleh karena itu, upaya-upaya Syi'ah untuk menanamkan kesan bahwa Syi'ah adalah sebahagian dari kaum Muslimin, hanya berbeda dalam beberapa hal yang tidak prinsip, adalah dusta dan harus ditolak tegas !!!.

sumber: arrahmah.com

Sunday, October 7, 2012

KEAJAIBAN SHOLAT TAHAJUD...





“Jika matahari sudah terbenam, aku gembira dengan datangnya malam dan manusia tidur kerana inilah saat hanya ada Allah dan aku.”

Sejarah telah mencatat bahwa Rasulullah Saw dan para sahabat selalu melaksanakan shalat tahajud. Shalat tahajud adalah shalat yang sangat mulia. Keajaiban melaksanakan shalat tahajud telah tercatat dalam alquran. Ada beberapa keajaiban shalat tahajud berikut ini:


1. Shalat Tahajud sebagai tiket masuk surga ...



Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk syurga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).


2. Amal yang menolong di akhirat ...


Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman surga dan di mata air-mata air, seraya mengambil apa yang Allah berikan kepada mereka. Sebelumnya mereka adalah telah berbuat baik sebelumnya (di dunia), mereka adalah orang-orang yang sedikit tidurnya di waktu malam dan di akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah).” (QS. Az Zariyat: 15-18)


Ayat di atas menunjukkan bahwa orang yang senantiasa bertahajud Insya Allah akan mendapatkan balasan yang sangat nikmat di akhirat kelak.




3. Pembersih penyakit hati dan jasmani ...


Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah shalat malam, kerana sesungguhnya shalat malam itu adalah kebiasaan orang-orang shaleh sebelum kamu, (shalat malam dapat) mendekatkan kamu kepada tuhanmu, (shalat malam adalah) sebagai penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)


4. Cara  meraih kemuliaan ...


Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahwa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah shalat waktu malam dan tidak bergantung keperluannya  kepada  orang lain.” (HR. Al Baihaqi)


5. Jalan mendapatkan rahmat Allah ...


Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan shalat dan  membangunkan isterinya. Jika sang isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)


6. Cara Pengabulan permohonan ...


Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan shalat tahajud dengan ikhlas. Rasulullah Saw Bersabda,


“Dari Jabir berkata, bahwa nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)


7. Penghapus dosa dan kesalahan ...


Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)


8. Jalan mendapat tempat yang terpuji ...


Allah berfirman,


“Dan pada sebagian malam bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al-Isra’:79)


9. Pelepas ikatan syaitan ...


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di shalat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”


10. Waktu utama untuk berdoa ...


Amru Ibn ‘Abasah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah! Malam apakah yang paling di dengar?”, Rasulullah Saw menjawab, “Tengah malam terakhir, maka shalat lah sebanyak yang engkau inginkan, sesungguhnya shalat waktu tersebut adalah maktubah masyudah (waktu yang apabila bermunajat maka Allah menyaksikannya dan apabila berdoa maka didengar doanya)” (HR. Abu Daud)


11. Meraih kesihatan jasmani ...


“Hendaklah kalian bangun malam. Sebab hal itu merupakan kebiasaan orang-orang saleh sebelum kalian. Wahana pendekatan diri pada Allah Swt, penghapus dosa, dan pengusir penyakit dari dalam tubuh.” (HR. At-Tarmidzi)


12. Penjaga kesihatan rohani ...


Allah SWT menegaskan bahwa orang yang shalat tahajud akan selalu mempunyai sifat rendah hati dan ramah. Ketenangan yang merupakan refleksi ketenangan jiwa dalam menjalani kehidupan sehari-hari di dalam  masyarakat.


Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)


Keajaiban shalat tahajud sudah terbukti, maka bertahajudlah!


Mungkin masih banyak lagi keajaiban shalat tahajud yang mungkin terlewat dari tulisan ini. Yang pasti shalat tahajud merupakan shalat yang bagus sebagai ibadah tambahan bagi kita.


Subhanallah .. Shalat tahajud benar-benar dahsyat dalam meraih kebaikan dunia akhirat ..




sumber :  zilzaal

Saturday, October 6, 2012

Turki Dan Erdogan...




Recep Tayyip Erdogan...

TURKI kini menjelma menjadi kekuatan baru yang diperhitungkan di dunia internasional. Situasi ini tak lepas dari sosok kepemimpinan Recep Tayyip Erdogan, sang Perdana Menteri. Malaui  Adalet ve Kalkinma Partisi (AKP) atau Partai Keadilan dan Pembangunan, Erdogan berupaya merealisasikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat Turki. Tentu saja upaya ini tidak mudah. Sejak berdekad silam, berbagai upaya memunculkan Islam di panggung politik Turki selalu dipatahkan oleh kalangan sekularis dengan dukungan militer Turki.

Kini situasi berubah. Erdogan berhasil memberi pelajaran mahal kepada militer agar dapat menghormati supremasi sivil. Larangan jilbab dicabut. Perbuatan zina juga diusulkan menjadi pelanggaran jenayah. Ekonomi Turki yang sebelumnya terpuruk, memingkat  pesat. Mata wang Lira yang dulu terkapar, kini bertaji. Posisi Turki di kawasan maupun di dunia Islam, makin diperhitungkan. Turki bahkan menjelma menjadi momok menakutkan bagi arogansi Israel di Timur Tengah.



Erdogan bersama koleganya di AKP adalah pejuang dengan setumpuk cita-cita yang belum selesai: mengembalikan umat Islam sebagai pemimpin peradaban. Dan, cerita itu sudah dimulai sekarang. Hidayatullah.com, menuliskan perubahan ini secara bersiri pada pembaca
:

Turki seperti terlahir kembali di tangan Erdogan. Ia menundukkan  kesombongan  sekularisme Turki yang diasaskan  oleh Kemal Ataturk.


Ada yang tak biasa pada Perdana Menteri Turki sekarang. Di mana pun berada, ia kerap didampingi wanita cantik yang senantiasa berjilbab. Wanita itu tetap kukuh dengan jilbabnya, sekalipun kecaman datang bertubi-tubi. Dialah Emine Erdogan, isteri Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.


Bagi Turki pemandangan seperti itu aneh. Kerana, jilbab adalah simbol keagamaan.


Sedangkan Turki sudah membuang simbol-simbol keagamaan sejak 88 tahun lalu, yakni sejak Turki menerapkan sekularisme dalam kehidupan bernegara dan berbangsa. Sejak itu, jilbab dilarang keras.


Namun kini, kondisinya terbalik. Semarak jilbab telah mewarnai kembali kehidupan masyarakat Turki. Jilbab tampak dimana-mana. Sebagian kalangan menilai, semaraknya jilbab itu pertanda kebangkitan Islam di Turki. Di sisi lain, sekularisme yang ditancapkan Mustafa Kemal Ataturk mulai pudar.





Blue Mosque, Istanbul.

Membaca fenomena kebangkitan Islam di Turki tak lepas dari sosok-sosok seperti Necmettin Erbakan, Recep Tayyip Erdogan, Abdullah Gul dan Ali Babacan dan juga Adalet ve Kalkinma Partisi (AKP) atau Partai Keadilan dan Pembangunan.


AKP lahir dalam kebuntuan politik, ketika partai Islam digagalkan  oleh kaum sekular yang disokong  oleh rejim militer. Berbagai alasan dibuat untuk melumpuhkan  setiap upaya membangunkan bangsa Turki agar kembali kepada Islam. Dimulai dari saat Partai Keselamatan Nasional (Milli Selâmet Partisi) pimpinan Necmettin Erbakan dibubarkan pada dekade 1990-an. Kemunculan Partai Refah sebagai penggantinya, yang juga digagas oleh Erbakan, juga tak berlangsung lama. Partai Refah dibubarkan oleh rejim militer pada tahun 1997.


Kemenangan


Erdogan adalah murid sekaligus pengagum Erbakan. Pengalaman pahit dibubarkannya partai Islam sebanyak dua kali, ditambah makar kaum sekular yang membuatnya dihumbankan ke dalam penjara, memaksanya untuk berfikir lebih cerdas dan strategis. Akhirnya, bersama Abdullah Gul dan Ali Babacan, Erdogan membentuk partai AKP pada 14 Agust 2001.


Erdogan dan AKP mampu mempertahankan diri di atas panggung politik Turki selama lebih dari satu dekad. AKP mulai membangun kekuasaan politiknya sejak 2002, ketika AKP memenangkan pilihanraya umum  parlimen (34 persen). Disusul pilihanraya  2007, AKP kembali memenangkan pilihanraya dengan suara majoriti di parlimen (47 persen). Lalu pada pilihanraya  2011, AKP kembali memenangkan suara majoriti , hampir 50 persen (326 kursi) parlimen. Ini merupakan prestasi politik luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah Turki modern.


Banyak faktor di balik kesuksesan AKP di panggung politik Turki. Pertama, kepemimpinan dalam Partai AKP dibangun atas dasar visi, integriti, kredibiliti, dan komitmen yang tinggi. Para pemimpin AKP bukanlah orang-orang yang haus kekuasaan. Tiga tokoh atasannya, Erdogan, yang menjadi Perdana Menteri, Abdullah Gul, yang menjadi Presiden Turki, dan Ali Babacan, yang menjadi Timbalan  Perdana Menteri, bukanlah orang-orang yang mencari peluang untuk hidup mewah sehingga terjun ke dalam politik.


Mereka adalah cendekiawan yang berlatar belakang ekonomi dan pernah bekerja di lembaga dunia. Gul, misalnya, pernah bekerja di IDB (Islamic Development Bank), dan Bank Dunia.


Erdogan juga pernah bekerja di IDB dan bekas Gabenor  Istanbul yang sukses. Sementara itu, Ali Babacan adalah ekonom genius yang kini menjadi Timbalan  perdana menteri sekaligus ketua tim negosiator Turki dengan negara Uni Eropa.


Faktor kedua, AKP di bawah pimpinan Erdogan berhasil membangun stabilit ekonomi dan politik secara bersama-sama. Pendapatan per kapita rakyat Turki meningkat pesat, inflasi diturunkan dan pertumbuhan ekonomi dilonjakkan . Turki juga berhasil menurunkan angka pengangguran hingga lebih dari 3 persen dalam setahun. Turki menjelma menjadi salah satu kekuatan ekonomi besar di Eropah. 

 
The Economist, sebuah majalah terkemuka di Amerika, tak ketinggalan memuji keberhasilan “kaum Islamis AKP” dalam memimpin Turki.


Erdogan maupun AKP memang tidak mengusung ahli-ahli syariah di lapangan. Walau begitu, faktanya, AKP berhasil membatalkan undang-undang yang melarang jilbab, mengajukan RUU agar zina termasuk dalam tindakan jenayah , menghapuskan pelacuran , memerangi rasuah 
dan kemiskinan.

Erdogan dikritik oleh sebagian kalangan kerana menyebut Turki bukanlah negara agama. Ia juga dikecam oleh sebagian kalangan kerana berkata, “Demokrasi, sekularisme, dan kekuasaan negara yang diatur oleh undang-undang adalah prinsip utama dalam sebuah negara republik. Jika ada salah satunya yang hilang, maka tiang  bangunan negara akan runtuh. Tidak ada kelompok manapun yang meresahkan tiang-tiang  itu. Dengan keinginan masyarakat, maka tiang-tiang  itu akan hidup seterusnya.” Ia mengungkapkan hal itu di hadapan para aktivis AKP, April 2007 silam.


Adakah yang keliru dari pernyataan di atas?

 Jika kita menyemak ungkapan pertama tentang negara republik, bukankah itu merupakan deskripsi terhadap fakta yang saat ini tengah terjadi di Turki dan di berbagai belahan dunia lainnya. Bukankah memang fakta yang belum dapat  diubah hingga kini ---dan bukan berarti tidak akan berubah--- bahwa Turki bukanlah negara agama? Bukankah pernyataan itu tidak menafikan kemungkinan nyata bahwa partainya tengah memperjuangkan nilai-nilai Islam?

Sebagai bukti terhadap analisis ini, survei yang dilakukan sebuah lembaga penelitian sosial dan ekonomi bernama TESEV beberapa waktu lalu, menunjukkan bahwa jumlah orang yang menyatakan diri mereka sebagai Muslim meningkat 10 persen antara tahun 2002 dan 2007, dan hampir setengah dari mereka yang disurvei menyebut diri mereka islamis.


Ringkasnya, apa yang dinyatakan dan dilakukan Erdogan itu cuma sekadar strategi AKP untuk menggagalkan  rejim sekular Turki yang begitu berurat-berakar dalam ruang politik Turki.


Yang dilakukan oleh AKP juga adalah “strategi potong generasi”. Sulit mengubah paradigma sekularisme yang dibangun sejak Kemal Ataturk memproklamasikan Republik Turki. Kerana itu, AKP berkonsentrasi merekrut kader-kader dari kalangan muda. Terutama, mereka yang berusia 25-35 tahun. AKP juga gigih memperkuat jaringannya dengan mendirikan pejabat-pejabat perwakilan hingga ke pelosok desa.


Perjalanan Erdogan bersama AKP dan para aktivis Islam di Turki masih panjang.
Terlepas dari berbagai kritik yang ditujukan terhadap berbagai langkah politiknya bersama para koleganya di AKP, Erdogan sukses meruntuhkan dominasi kaum sekular di Turki, bahkan tampil sebagai pembela terdepan bagi dunia Islam. Erdogan berhasil menghancurkan warisan Ataturk tanpa mengeluarkan sebutir peluru pun.

Malaysia bagaimana........?

sumber: zilzaal
(dengan alih-bahasa)

Thursday, September 27, 2012

Sebab Utama Laki-laki di Tarik Wanita ke Neraka...







"Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat ... ..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...
kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana  ibu juga insan biasa... tak  lepas dari melakukan dosa...
selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
..................................................
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."



Pengirim :

anifkauman - anifdownload@yahoo.com


sumber: dudung.net

Tuesday, September 25, 2012

Perkara Haram Yang Dianggap Biasa...



 


Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan sebagainya.

Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara (bapa saudara) lebih mudah daripada minum air.



Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara’ tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:


“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)

Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


“Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, beliau mengatakan:


“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ahmad)

Beliau juga bersabda:


“Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ath Thabrani)

Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:


“Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai’at mereka dengan perkataan.” (Hadis riwayat Muslim)

Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan lawan jenis meskipun memakai alas hukumnya tetap HARAM.



Sumber: http://www.halaqah.net/

Wednesday, September 19, 2012

PENGARUH MAKANAN YANG HARAM....




Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Sebagian muslim tidak mempedulikan apa yang masuk dalam perutnya. Asal enak dan ekonomik, akhirnya dimakan. Tidak tahu manakah yang halal, manakah yang haram. Padahal makanan, minuman dan hasil nafkah dari yang haram sangat berpengaruh sekali dalam kehidupan seorang muslim, bahkan untuk kehidupan akhiratnya setelah kematian. Baik pada terkabulnya do’a, amalan sholehnya dan kesihatan dirinya boleh  dipengaruhi dari makanan yang ia makan  setiap harinya. Oleh kera
na itu, seorang muslim begitu urgent untuk mempelajari halal dan haramnya makanan. Dan yang kita bahas kali ini adalah sekitar  pengaruh makanan yang haram bagi diri kita. Moga bermanfaat.

Pertama: Makanan haram mempengaruhi do’a

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ ( يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّى بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ) وَقَالَ (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ) ». ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ ».

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu thoyyib (baik). Allah tidak akan menerima sesuatu melainkan dari yang thoyyib (baik). Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: 'Wahai para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal shalih. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.' Dan Allah juga berfirman: 'Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu.'" Kemudian Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam menceritakan tentang seorang laki-laki yang telah menempuh perjalanan jauh, sehingga rambutnya kusut, masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit seraya berdo'a: "Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku." Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dari yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan do'anya?" (HR. Muslim no. 1015)

Begitu pula Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan pada Sa’ad,

أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة

“Perbaikilah makananmu, maka do’amu akan mustajab.”

 (HR. Thobroni dalam Ash Shoghir. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini dho’if jiddan sebagaimana dalam As Silsilah Adh Dho’ifah 1812)

Ada yang bertanya kepada Sa’ad bin Abi Waqqosh,

تُستجابُ دعوتُك من بين أصحاب رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ؟ فقال : ما رفعتُ إلى فمي لقمةً إلا وأنا عالمٌ من أين مجيئُها ، ومن أين خرجت .

“Apa yang membuat do’amu mudah dikabulkan dibanding para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lainnya?” “Saya tidaklah memasukkan satu suapan ke dalam mulutku melainkan saya mengetahui dari manakah datangnya dan dari mana akan keluar,” jawab Sa’ad.

Dari Wahb bin Munabbih, ia berkata,

من سرَّه أنْ يستجيب الله دعوته ، فليُطِب طُعمته

“Siapa yang bahagia do’anya dikabulkan oleh Allah, maka perbaikilah makanannya.”

Dari Sahl bin ‘Abdillah, ia berkata,

من أكل الحلال أربعين يوماً أُجيبَت دعوتُه

“Barangsiapa memakan makanan halal selama 40 hari, maka do’anya akan mudah dikabulkan.”

Yusuf bin Asbath berkata,

بلغنا أنَّ دعاءَ العبد يحبس عن السماوات بسوءِ المطعم .

“Telah sampai pada kami bahwa do’a seorang hamba tertahan di langit kerana sebab makanan jelek (haram) yang ia makan.”

Gemar melakukan ketaatan secara umum, sebenarnya adalah jalan mudah terkabulnya do’a. Sehingga tidak terbatas pada memakan makanan yang halal, namun segala ketaatan akan memudahkan terkabulnya do’a. Sebaliknya kemaksiatan menjadi sebab penghalang terkabulnya do’a.

Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullah berkata, “Melakukan ketaatan memudahkan terkabulnya do’a. Oleh kerananya pada kisah tiga orang yang masuk dan tertutup dalam suatu gua, batu besar yang menutupi mereka menjadi terbuka kerana sebab amalan yang mereka sebut. Di mana mereka melakukan amalan tersebut ikhlas kerana Allah Ta’ala. Mereka berdo’a pada Allah dengan menyebut amalan sholeh tersebut sehingga doa mereka pun terkabul.”

Wahb bin Munabbih berkata,

العملُ الصالحُ يبلغ الدعاء ، ثم تلا قوله تعالى : { إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُه }

“Amalan sholeh akan memudahkan tersampainya (terkabulnya) do’a. Lalu beliau membaca firman Allah Ta’ala, “Kepada-Nya-lah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya.” (QS. Fathir: 10)

Dari ‘Umar, ia berkata,

بالورع عما حرَّم الله يقبلُ الله الدعاء والتسبيحَ

“Dengan sikap waro’ (hati-hati) terhadap larangan Allah, Dia akan mudah mengabulkan do’a dan memperkanankan tasbih (dzikir subhanallah).”

Sebagian salaf berkata,

لا تستبطئ الإجابة ، وقد سددتَ طرقها بالمعاص

“Janganlah engkau memperlambat terkabulnya do’a dengan engkau menempuh jalan maksiat.” 
(Dinukil dari Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, Ibnu Rajab Al Hambali, 1: 275-276)

Kedua: Rezeki dan makanan halal mewariskan amalan sholeh


Rezeki dan makanan yang halal adalah bekal dan sekaligus pengobar semangat untuk beramal shaleh. Buktinya adalah firman Allah Ta’ala,

يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

"Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang thoyyib (yang baik), dan kerjakanlah amal yang saleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Mu’minun: 51). Sa’id bin Jubair dan Adh Dhohak mengatakan bahwa yang dimaksud makanan yang thoyyib adalah makanan yang halal (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Katsir, 10: 126).

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Allah Ta'ala pada ayat ini memerintahkan para rasul 'alaihimush sholaatu was salaam untuk memakan makanan yang halal dan beramal sholeh. Penyandingan dua perintah ini adalah isyarat bahwa makanan halal adalah pembangkit amal shaleh. Oleh karena itu, para Nabi benar-benar memperhatikan bagaimana memperoleh yang halal. Para Nabi mencontohkan pada kita kebaikan dengan perkataan, amalan, teladan dan nasihat. Semoga Allah memberi pada mereka balasan kerana telah memberi contoh yang baik pada para hamba." (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 10: 126).

Bila selama ini kita merasa malas dan berat untuk beramal? Alangkah baiknya bila kita mengoreksi kembali makanan dan minuman yang masuk ke perut kita. Jangan-jangan ada yang perlu ditinjau ulang. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الْخَيْرَ لاَ يَأْتِى إِلاَّ بِخَيْرٍ أَوَ خَيْرٌ هُوَ

"Sesungguhnya yang baik tidaklah mendatangkan kecuali kebaikan. Namun benarkah harta benda itu kebaikan yang sejati?" (HR. Bukhari no. 2842 dan Muslim no. 1052)


Ketiga: Makanan halal sebagai pencegah dan penawar berbagai penyakit

Allah Ta'ala berfirman,

وَآَتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا

"Berikanlah mas kawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari mas kawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang hanii’ (baik) lagi marii-a (baik akibatnya)." (QS. An Nisa': 4).

Al Qurthubi menukilkan dari sebagian ulama' tafsir bahwa maksud firman Allah Ta'ala “هَنِيئًا مَرِيئًا” adalah, "Hanii’ ialah yang baik lagi enak dimakan dan tidak memiliki efek negatif. Sedangkan marii-a ialah yang tidak menimbulkan efek samping pasca dimakan, mudah dicerna dan tidak menimbulkan penyakit atau gangguan." (Tafsir Al Qurthubi, 5:27). Tentu saja makanan yang haram menimbulkan efek samping ketika dikonsumsi. Oleh kerananya, jika kita sering mengidap berbagai macam penyakit, koreksilah makanan kita. Sesungguhnya yang baik tidaklah mendatangkan kecuali kebaikan.


Keempat: Di akhirat, neraka lebih layak menyantap jasad yang tumbuh dari yang haram

Dari Abu Bakr Ash Shiddiq radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

مَنْ نَبَتَ لَحْمُهُ مِنَ السُّحْتِ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ

“Siapa yang dagingnya tumbuh dari pekerjaan yang tidak halal, maka neraka lebih layak untuknya.”
 (HR. Ibnu Hibban 11: 315, Al Hakim dalam mustadroknya 4: 141. Hadits ini shahih kata Syaikh Al Albani dalam Shahihul Jaami’ no. 4519)

Lihatlah begitu bahayanya memakan  makanan haram dan dampak dari pekerjaan yang tidak halal sehingga mempengaruhi do’a, kesihatan, amalan kebaikan, dan terakhir, mendapatkan siksaan di akhirat dari daging yang berasal dari yang haram.

اللَّهُمَّ اكْفِنَا بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنَا بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

[Allahummak-finaa bi halaalika ‘an haroomika, wa agh-ninaa bi fadh-lika ‘amman siwaak]

"Ya Allah, limpahkanlah kecukupan kepada kami dengan rezeqi-Mu yang halal dari memakan harta yang Engkau haramkan, dan cukupkanlah kami dengan kemurahan-Mu dari mengharapkan uluran tangan selain-Mu.” 
(HR. Tirmidzi no. 3563 dan Ahmad 1: 153. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Wallahu waliyyut taufiq was sadaad.[1]


sumber:
@ Ummul Hamam, Riyadh, KSA, 17 Shafar 1433 H

Artikel Kajian Umum di Dammam, KSA, Jum’at 19 Shafar 1433 H

www.rumaysho.com

Wednesday, September 12, 2012

Percakapan Syeikh Dr. Muhammad Hasan dengan Seorang Pemuda yang Keras dalam Beragama



SYEIKH Dr. Muhammad Hasan, semoga Allah menjaganya, berkata:

Aku berdiskusi dengan seorang pemuda yang keras (dalam ber-agama):

Maka aku bertanya, “Apakah meledakkan kelab malam di suatu negara muslim halal atau haram?”

Dan dia menjawab, “Tentu saja halal, dan membunuh mereka pun diperbolehkan.”

Aku bertanya lagi, “Kalau kamu membunuh mereka yang bermaksiat ke mana mereka akan kembali?”

Dia menjawab, “Sudah pasti ke neraka.”

Lalu aku bertanya lagi, “Sedangkan ke mana tujuan syaitan menggoda manusia?”

Dia menjawab, “Pasti ke neraka juga.”

Maka aku berkata padanya, “Bererti kalian bersekutu dengan syaitan dalam satu tujuan yaitu menjerumuskan manusia ke dalam neraka!”

Dan aku berikan dia satu hadits Rasulullah SAW ketika ada jenazah orang Yahudi yang lalu  di hadapannya kemudian Beliau menangis, maka para sahabat bertanya: “Apa yang membuatmu menangis ya Rasulallah?” Beliau menjawab: “Aku telah membiarkan satu orang masuk neraka…”

Maka aku berkata lagi pada pemuda itu, “Perhatikan perbedaan pola fikir kalian dengan Rasulullah SAW yang berusaha untuk memberikan hidayah kepada manusia dan menyelamatkannya dari siksa Api neraka? Kalian di satu lembah, sedangkan Rasulullah SAW dan Islam di lembah yang lain.

sumber: zilzaal

ps: Seperti di dalam matematik ,kita perlu  memberikan  jawapan langkah demi langkah dengan betul, barulah akan diterima sebagai betul dan diberi markah,
     begitu juga dalam berjuang di dalam agama ini, memerlukan sifir2 yang betul supaya ianya diterima di sisi Allah. Kalau tidak ,akan sia2 bahkan akan diberi tanda 'merah' oleh Allah.


Saturday, September 8, 2012

Islamnya Lauren Booth, Ipar Tony Blair....

Adik Ipar Tony Blair
Lauren Booth
 



Barang kali antum sekalian sudah tau dengan perkhabaran seorang ipar dari  mantan perdana menteri Inggeris,  Tony Blair ,iaitu Lauren Booth yang sudah menjadi muslimah, namun bagaimana proses muallafnya Lauren Booth dan itulah yang akan kita beritakan disini.

Khabarnya belum sebulan ia menjadi seorang muallaf yang membuat gegar  bangsa Inggeris serta kalangan Muslim sendiri, diberitakan bahwa Lauren Booth kembali diterpa isu bahwa ia menganut Islam Syi’ah garis keras yang dituding berdasarkan diketika  Lauren Booth melakukan perjalanan ke Iran dan mengatakan saat berada disanalah ia menjadi seorang muslim.

Setelah keislamannya juga banyak orang yang beranggapan bahwa dia menjadi seorang muslim hanyalah untuk mencari populariti atau untuk mencari perhatian publik sahaja.

Namun untuk menepis semua tuduhan – tuduhan itu, Lauren Booth malah menulis sepucuk  surat secara umum kepada publik tentang rasa syukurnya menjadi seorang muslimah yang kemudian suratnya tersebut pun dimuat dalam  harian Daily Mail tak berapa lama setelah surat tersebut ditulis. Surat tersebut terdiri dari beberapa bahagian, dan berikut adalah kutipan bahagian ke-2 dari isi surat tersebut :

Bagaimana tentang perjalanan spiritual? Itu tak pernah terjadi pada saya. Meskipun saya suka berdoa dan sejak kecil sudah mendengar cerita tentang Jesus dan para nabi sebelumnya. Saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat sekuler.

Mungkin apresiasi saya tentang budaya Islam, terutama pada wanita muslim, yang menarik saya mengapresiasi Islam. Perempuan Islam yang saya lihat di Inggeris adalah yang menutup seluruh tubuhnya dari kepala hingga hujung kaki, kadang berjalan dibelakang suami mereka, dengan anak-anak berbaju panjang  disekitar mereka. Ini sungguh kontras dengan kondisi wanita profesional Eropah yang pada umumnya sangat memperhatikan penampilannya. Saya, misalnya sangat bangga dengan rambut perang saya, dan ya, belaham dada saya.  Ini seolah2  menjadi jualan utama kami.

Saat bekerja didunia Broadcast television , betapa hal itu makin jelas terasa; presenter wanita menghabiskan waktu hingga satu jam untuk merias wajah dan penampilan  mereka, hanya untuk membahas satu topik “serius” yang memakan waktu tak lebih dari 15 minit. Apakah ini sebagai bentuk liberation?

Saya mulai bertanya – tanya seberapa banyak penghormatan bagi gadis – gadis dan perempuan dalam masyarakat bebas kita.

Pada tahun 2007 saya pergi ke Lebanon. Saya menghabiskan waktu empat hari bersama para mahasiswi disana, sebagian dari mereka menggunakan tudung , mereka tetap menawan dan mandiri, dan bebas berpendapat. Mereka tidak semua gadis pemalu, atau mereka akan dipaksa segera untuk menikah, seperti yang kita dengar di barat. Suatu waktu mereka menemani saya mewawancarai seorang syaikh yang disebut – sebut dekat dengan militia Hizbullah. 
Saya sangat terkejut tentang bagaimana dia memperlakukan para gadis yang menemani saya ini. Saat Syekh Nabil — yang menggunakan serban dan jubah coklat – berbicara tentang topik  tentang pertukaran tawanan, mereka teruja untuk angkat bicara. Mereka bebas bertanya dan menyatakan apapun, termasuk angkat tangan untuk menyela sang Syekh yang tengah berbicara.

Ada hal lain yang berubah kemudian. Semakin banyak waktu saya habiskan di Timur Tengah, semakin sering saya minta dihantar ke masjid. Hanya untuk bersiar-siar, begitu selalu saya meyakinkan pada diri saya, walaupun faktanya, saya mendapatkan lebih dari sekadar melancong.

Bebas dari aneka patung dan bangku, saya melihat mereka duduk begitu saja dengan anak – anak bermain disekitarnya, beberapa memakan bekal mereka, dan wanita tua duduk diatas kerusi roda mereka membaca Al-Qur-an. Mereka membawa kehidupan mereka ke masjid, dan membawa masjid kedalam rumah – rumah mereka.

Dan tibalah suatu malam saat saya mengunjungi kota Qom, dibawah kubah emas yang disebut Fatimah Mesumah (Fatimah sang teladan), sama seperti perempuan lainnya disana, tiba - tiba saya bergumam nama Allah beberapa kali, ketika memegang pagar makam Fatimah. Ketika saya duduk sebuah kenikmatan spiritual menyergap saya, bukan kenikmatan yang seolah – olah mengangkat kita dari tanah, tapi kenikmatan yang memberi kedamaian penuh. Saya duduk disana untuk waktu yang lama. Seorang wanita muda disamping saya membisikkan, “sesuatu keajaiban terjadi pada anda”.

Ya, saya tahu saya bukan lagi “touris dalam Islam”. Tapi pengembara di dalam umat, sebahagian dari komuniti muslim dan terkait dengan seluruh muslimin.

Untuk pertama kalinya saya merasakan ingin lari dari situasi ini, kerana beberapa alasan. Apakah betul saya sudah siap berpindah agama? Apa yang akan ada dalam pikiran teman-teman dan keluarga  kalau saya menjadi muslim? Apakah saya siap untuk mengubah banyak hal dalam perilaku  seharian saya?

Dan terjadilah hal yang benar – benar aneh. Saya tidak merasa khawatir tentang hal-hal itu. Kerana entah bagaimana menjadi muslim sangat mudah – meskipun masalah yang akan saya hadapi sangat berbeda, tentu saja. Untuk memulai, Islam menuntut banyak belajar, namun saya ibu dua anak  dan bekerja penuh waktu. Anda diharapkan untuk membaca Al-qur-an dari awal hingga akhir, ditambah dengan bertemu imam dan segala macam aturan bagi orang yang tercerahkan. Kebanyakan orang akan menghabiskan berbulan – bulan bahkan bertahun – tahun sebelum menyatakan keislamannya. Dan saya boleh  melaluinya..”

Hikmah :

 
Wahai ukhti sekalian..seorang  seorang non muslim  tertarik untuk memeluk Islam oleh karena melihat kesucian dan hijab yang dikenakan oleh para wanita muslimah, namun bagaimanakah gerangannya dengan para ukhti sekalian??  Padahal hijab itu hukumnya adalah wajib, dan hanya Islamlah yang meninggikan derajat wanita didunia dengan mensyucikan keindahan-keindahan mereka yang harganya tidak terbeli dengan apapun.
 Namun, sayangnya..sebahagian para muslimah hanya bertuliskan di kad pengenalannya saja. Kebanyakan justru berpakaian minima yang di haramkan oleh ALLAH dan rasul-Nya yang bahkan di ancam tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium bau syurga, karena murahnya harga lekak-lekuk tubuh mereka dengan berpakaian yang mempertontonkan aurat mereka. Sedang hijab dan jilbab didalam Islam hukumnya adalah wajib, selain itu Hijab dan Jilbab adalah identitas bukan hanya untuk pengenalan  dunia melainkan juga untuk pengenalan akhirat. Namun bagi para ukhti yang masih suka berpakaian yang mempertontonkan aurat anti, apakah karena anti tidak ingin atau mungkin malu disebut sebagai seorang Muslimah??

Firman ALLAH Ta’ala :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.
 Al-Ahzaab : 059.

Wallahu Ta’ala A’lam

sumber: http://tausyah.wordpress.com