Wednesday, November 6, 2013

MENGENAL SELOK BELOK BID'AH (2): ADAKAH BID'AH HASANAH?



[Bagian Kedua dari 4 Tulisan]

Setiap bid’ah adalah tercela. Inilah yang masih diragukan oleh sebagian orang. Ada yang mengatakan bahwa tidak semua bid’ah itu sesat, ada pula bid’ah yang baik (bid’ah hasanah). Untuk menjawab sedikit kekeliruan ini, marilah kita menyimak berbagai dalil yang menjelaskan hal ini.



[Dalil dari As Sunnah]

Diriwayatkan dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:
              “Jika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkhutbah matanya memerah, suaranya begitu keras, dan kelihatan begitu marah, seolah-olah beliau adalah seorang panglima yang meneriaki pasukan ‘Hati-hati dengan serangan musuh di waktu pagi dan waktu petang’. Lalu beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jarak antara pengutusanku dan hari kiamat adalah bagaikan dua jari ini. [Beliau shallallahu 'alaihi wa sallam berisyarat dengan jari tengah dan jari telunjuknya]. Lalu beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

MENGENAL SELOK-BELOK BID'AH (1) : PENGERTIAN BID'AH



Kategori: Manhaj


[Bagian Pertama dari 4 Tulisan]

Saudaraku yang semoga kita selalu mendapatkan taufik Allah, seringkali kita mendengar kata bid’ah, baik dalam ceramah maupun dalam untaian hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Namun, tidak sedikit di antara kita belum memahami dengan jelas apa yang dimaksud dengan bid’ah sehingga seringkali salah memahami hal ini. Bahkan perkara yang sebenarnya bukan bid’ah kadang dinyatakan bid’ah atau sebaliknya. Tulisan ini -insya Allah- akan sedikit membahas permasalahan bid’ah dengan tujuan agar kaum muslimin boleh  lebih mengenalnya sehingga dapat mengetahui hakikat sebenarnya. Sekaligus pula tulisan ini akan sedikit menjawab berbagai kekeliruan  tentang bid’ah yang timbul beberapa saat yang lalu di website kita tercinta ini. Sengaja kami membahagi tulisan ini menjadi empat bagian. Kami harapkan pembaca dapat membaca tulisan ini secara sempurna agar tidak muncul keraguan dan salah faham. Semoga kita selalu mendapatkan ilmu yang bermanfaat.


Monday, November 4, 2013

Hikmah sembelihan binatang cara Islam dari sudut sains





Saya petik tulisan Dr Zakir Abdul Karim Naik secara ringkas untuk memberi kita gambaran dan jawapan paling jelas untuk tanda tanya ini dari sudut sains .

Zakkaytum adalah asal dari verb (=doushi) perkataan zakka yang membawa makna mensucikan . Penyembelihan haiwan cara ISLAM menghendaki pematuhan syarat berikut :

1) Haiwan disembelih dengan objek yang tajam (pisau) – supaya haiwan mati cepat dan serta merta .

AMALAN MEMUDAHKAN MASUK SYURGA DAN JAUH DARI NERAKA



Dari Mu’az bin Jabal radhiallahuanhu dia berkata :
Saya berkata : Ya Rasulullah, beritahukan saya tentang perbuatan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari neraka,
beliau bersabda: Engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar, dan perkara tersebut mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah ta’ala, : Beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukannya sedikitpun, menegakkan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji.
Kemudian beliau (Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam) bersabda:
Maukah engkau aku beritahukan tentang pintu-pintu surga ?;
Puasa adalah benteng,
Sodaqoh akan mematikan (menghapus) kesalahan sebagaimana air mematikan api,
dan shalatnya seseorang di tengah malam (qiyamullail),
kemudian beliau membacakan ayat (yang artinya) : “ Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya….”.

Monday, October 28, 2013

AMALAN YANG DICINTAI ALLAH




Memasukkan Rasa Gembira di Hati Muslim

Ibnu Umar r.a. berkata bahwa Rasulullah saw bersabda : “Amal ibadah yang paling dicintai Allah ‘Azza wa jalla adalah engkau memasukkan rasa gembira kepada orang muslim atau menghilangkan kesulitan darinya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau mengusir rasa lapar darinya.” (HR At Thabrani)

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi Muhammad saw bersabda : “Barangsiapa menghilangkan kesulitan dari seorang mukmin dari kesulitan-kesulitan dunia, maka Allah akan menghilangkan darinya kesulitan dari kesulitan-kesulitan pada hari kiamat. Allah akan selalu menolong seseorang selama ia menolong orang lain.” (HR Muslim, Ahmad, dan At Tirmidzi)

Wednesday, October 23, 2013

Kisah Jenazah Wanita Yang Mengumpat Sukar DiKafankan


http://www.blogammar.com/wp-content/uploads/2013/08/Kafan-Mayat.jpg


Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adalah satu sifat yang suka memburuk-burukkan individu tertentu di hadapan orang lain.

Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.

Tuesday, October 22, 2013

AMAL YANG DICINTAI ALLAH: LEMAH LEMBUT (RIFQU)



Aisyah r.a. berkata bahwa Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah swt menyukai sifat lemah lembut dalam setiap urusan.” (HR Bukhori, Muslim, dan Ahmad)

ArRifqu bermakna lemah lembut, wajah ceria, dan lapang dada.


REZEKI HARAM UNDANG MUDHARAT...



SOALAN

SEPERTI yang diketahui umum, wang (pendapatan) daripada hasil judi, arak, bertenung nasib adalah haram hukumnya. Tetapi yang menimbulkan kekeliruan kepada saya yang mungkin masih cetek soal hukum hakam agama ialah ada pula yang mengatakan ia boleh dinikmati oleh orang Islam atas nama bantuan kebajikan. Mohon pihak ustaz menjelaskan perkara ini agar tidak menimbulkan kekeliruan yang lebih parah lagi?

JAWAPAN

Sekiranya orang Islam mengetahui bahawa rezeki atau duit yang mereka terima itu jelas daripada sumber yang haram maka haram bagi umat Islam memakannya.

Thursday, October 17, 2013

PENDEKATAN DAKWAH FLEKSIBEL

Oleh Siti Zarinah Sahib


Apabila membicarakan mengenai mualaf atau saudara baru isu kebajikan sering menjadi persoalan. Ini kerana terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui golongan ini sebaik melafazkan dua kalimah syahadah.


Dibuang keluarga dan tiada tempat bergantung antara isu besar yang dihadapi mereka. Lebih menyedihkan apabila umat Islam sendiri tidak membantu meringankan bebanan yang ditanggung ditambah kerenah birokrasi dalam jabatan agama Islam sehingga menyebabkan mualaf mengalami gangguan emosi dan tekanan jiwa. Jika keadaan ini dibiarkan berlarutan tidak mustahil akan mengakibatkan golongan ini kembali kepada agama asal mereka.

Monday, October 14, 2013

ARAFAH, TEMPAT MUSTAJAB MEMOHON KEAMPUNAN DARI NYA


Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu.
Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)

WAKTU WUKUF


Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.

Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.

Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"




Wukuf adalah puncak  haji. Secara fizikal, wukuf Arafah adalah puncak berkumpulnya seluruh jamaah, yang berjumlah jutaan, dari penjuru dunia dalam waktu bersamaan. Secara amaliah, wukuf Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji kita. Di Arafah inilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, kerana tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat.