Bismillahir-Rahmanir-Rahim ...
Saya yakin di antara kita sudah mengetahui keistimewaan waktu Subuh. Hari ini ada baiknya kita melihat waktu Subuh dengan kacamata yang lain, iaitu dari bahaya waktu Subuh bila kita tidak dapat memanfaatkannya.
Allah bersumpah dalam Al Fajr :
“Demi fajar (waktu Subuh)”.
Kemudian dalam Al Falaq Allah mengingatkan:
“Katakanlah! aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai waktu subuh”.
Ada apa dibalik waktu Subuh?
Mengapa Allah bersumpah demi waktu Subuh? Mengapa harus berlindung kepada yang menguasai waktu Subuh? Apakah waktu Subuh sangat berbahaya?
Ya, ternyata waktu Subuh benar-benar sangat berbahaya!
Waktu Subuh lebih kejam dari sekawanan perompak bersenjata api.
Waktu Subuh lebih menyengsarakan dari derita kemiskinan.
Waktu Subuh lebih berbahaya dari kobaran api yang disiram bensin…
Jika ada sekawanan perompak memecah masuk rumah anda, dan mengambil paksa semua barang anda. Emas dan semua perhiasan di gondolnya. Wang cash jutaan ringgit dicurinya. Laptop, yang berisi data-data penting anda juga dikebasnya. Eh, kereta yang belum habis bayar juga digasaknya. Bagaimana rasa pedih hati anda menerima kenyataan ini?

Ketahuilah,
bahwa waktu Subuh lebih kejam dari perompak itu. Kerana jika anda mensia-siakan waktu Subuh sampai melalaikan shalat fajar, maka anda akan menderita kerugian lebih besar dari sekedar laptop dan kereta . Anda kehilangan dunia dan segala isinya.
Ingat, “Dua rakaat solat fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya” (HR Muslim).
Waktu Subuh juga lebih menyengsarakan dari sekadar kemiskinan dunia.
Kerana bagi orang-orang yang mengambil ringan waktu Subuh hingga mengabaikan shalat Subuh berjamaah di masjid, maka hakikatnya, merekalah orang-orang miskin sejati yang hanya mendapatkan upah 1/150 (0,7%) saja pahala shalatnya.
“…dan barangsiapa yang shalat Subuh berjamaah, maka ia bagaikan shalat semalam suntuk” (HR Muslim).
Shalat semalam suntuk adalah shalat yang dikerjakan mulai dari tenggelamnya matahari sampai terbit fajar.
Fantastik! Shalat selama sepuluh jam…, atau kurang lebih 150 kali shalat! Betapa agung fadilah shalat Subuh berjamaah ini. Betapa malangnya orang yang mengambil ringan waktu Subuh, orang-orang yang mengabaikan shalat subuh berjamaah di masjid.
Waktu Subuh juga lebih berbahaya dari kobaran api yang disiram bensin.
Mengapa demikian? Tahukah anda bahwa nabi menyetarakan dengan orang munafik bagi yang tidak mampu melaksanakan shalat Subuh berjamaah?
“Sesungguhnya tiada yang dirasa berat oleh seorang munafik, kecuali melaksanakan shalat Isya dan shalat Subuh. Sekiranya mereka tahu akan keagungan pahalanya, niscaya mereka bakal mendatanginya (ke masjid, shalat berjamaah) sekalipun harus berjalan merangkak-rangkak” (HR Bukhari Muslim).
Orang yang tertinggal waktu Subuh hingga tak mampu mendatangi masjid untuk shalat berjamaah adalah orang yang dalam keadaan bahaya, kerana disetarakan dengan orang munafik. Padahal, ancaman bagi orang munafik adalah neraka Jahannam. “Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam” (An Nisa:140).
Bukankah Jahannam lebih berbahaya dari sekedar kobaran api yang disiram bensin?
Nah, agar tidak merasakan tindasan waktu Subuh yang lebih kejam dari perompakan, agar tidak terkena gilasan waktu Subuh yang lebih menyengsarakan dari derita kemiskinan, dan agar tidak tertelan tarikan waktu Subuh yang lebih berbahaya dari kobaran api,
maka: “Katakanlah! aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai waktu subuh” (Al Falaq:1). Iaitu dengan memanfaatkan waktu Subuh sebaik-baiknya. Lakukan shalat sunah (shalat fajar) dan shalat berjamaah di masjid.
Semoga bermanfaat dan dapat diambil Hikmah-Nya
Sumber : priendah.wordpress.com
via: zilzaal
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat empat ciri-ciri orang mukmin yang dikasihi dan diredai oleh Allah SWT.
Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Berlemah lembut sesama manusia.
Kedua : Bermanfaat kepada orang lain.
Ketiga : Ikhlas kerana Allah SWT.
Keempat : Menghormati makhluk Allah SWT.

Huraiannya :
Pertama : Berlemah lembut
Firman Allah SWT maksudnya : “Maka dengan rahmat Allahlah kamu lemah lembut terhadap mereka dan jika kamu kasar hati, nescaya mereka akan lari dari sisimu.” (Surah Ali ‘Imran ayat 159)
Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang muslim ialah, sifat sabar dan berlemah lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyiksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Halangan–halangan ini sering dihadapi oleh para petugas ‘amal Islami sehingga himmah mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah.
Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah hubungan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu."
Sifat berlemah lembut ini adalah sifat fitrah yang disukai oleh semua manusia kerana jiwa manusia menolak sifat manusia yang kasar, bengis dan tidak suka bertolak ansur.
Kedua : Bermanfaat kepada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredaannya di dalam hatinya pada hari kiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari kiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Adullah Al-Kadlrami ia berkata Ali bin Bahram berkata Abdul Malik bin Abi Kariimah berkata dari Ibnu Juraij, dari Atha' dari Jaabir, Rasulullah SAWbersabda "...Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi sesama manusia..." (Hadis Riwayat Thabrani dalam Al-Ausath) Derajat Hadis, Hadis di atas tingkat hasan.
Pernah juga Rasulullah SAW ditanya tentang manusia terbaik, maka baginda menjawab dengan jawapan yang sama. Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata: Rasulullah SAW ditanya: "Siapakah orang terbaik?" Baginda menjawab : "Yang paling bermanfaat bagi sesama manusia" [Ittihaaf Al-Khairat Al-Mihrah bi Zawaa'id Al-Masaanid Al-'Usyrah juz 5 hlm.191]
Ketiga : Ikhlas kerana Allah SWT.
Sifat ikhlas adalah antara sifat terpuji yang menghiasi peribadi muslim bertakwa. Keikhlasan juga adalah asas penilaian di sisi Allah sama ada amalan dilaksanakan setiap muslim diterima Allah atau sebaliknya.
Maknanya, keikhlasan menjadi penentu kepada kejayaan dan kebahagiaan muslim di dunia dan di akhirat.
Jika ditinjau rangkaian ayat suci al-Quran, kita dapati betapa ciri keikhlasan adalah ciri utama bagi perhiasan peribadi muslim bertakwa.
Di antaranya, firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya.” – (Surah al-Zumar, ayat 2).
Rasulullah tidak ketinggalan memperlihatkan kepada kita akan kepentingan sifat ikhlas dibajai dalam sanubari muslim melalui sabda bermaksud: “Sesungguhnya segala amalan itu tergantung atas niat. Sesungguhnya bagi seseorang itu di atas apa yang dia niatkan. Maka sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya, dan juga sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya itu terpulang kepada niatnya dari penghijrahannya itu.” – (Hadis riwayat Bukhari).
Keempat : Menghormati makhluk Allah SWT .
Firman Allah SWT maksudnya : “Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu”. (Surah an-Nisaa ayat 86)
Seorang mukmin itu akan menghormati semua makhluk Allah SWT samaada manusia, jin , binatang atau alam semesta.
Menghormati manusia bermakna tidak menzalimi manusia, memberi bantuan jika diperlukan dan melaksanakan semua hak-hak yang sepatutnya ditunaikan iaitu tidak mengambil haknya tanpa izin, tidak memfitnah dan mendedahkan aibnya dan sentiasa memberi nasihat yang baik.
Menghormati jin kita tidak buang air kecil dikawasan air tenang. Daripada Jabir r.a. daripada Nabi SAW: baginda melarang kencing dalam air (bertakung) tenang."(Hadis Riwayat Muslim (281), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji) kerana jin biasanya tinggal ditempat air tenang. Begitu juga tidak beristinjak dengan tulang kerana tulang adalah makanan jin.
Menghormati binatang bermakna sembeleh dengan pisau yang tajam dan tidak menyiksa binatang dengan mengurungnya tanpa diberikan makanan .
Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya ALLAH SWT telah mewajibkan supaya sentiasa bersikap ihsan (baik) terhadap segala sesuatu. Apabila kamu hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang paling baik. Apabila kamu hendak menyembelih haiwan, maka sembelihlah dengan cara yang paling baik iaitu dengan menajamkan alat sembelihan dan hendaklah meletakkan haiwan dalam keadaan yang selesa.” (Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW turut melarang memukul muka haiwan, melarang mencaci haiwan, berlaku kasar, menyakitinya, serta melarang melaknat atau mengejek haiwan.
Dari sini menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang sangat menganjurkan sikap ihsan bukan sahaja kepada sesama manusia, tetapi juga terhadap para haiwan. Bukan sahaja ketika haiwan tersebut hidup, tetapi juga ketika hendak menyembelihnya.
Menghormati alam semesta iaitu tidak mencemarkan alam dengan membuang bahan-bahan merbahaya di merata tempat tanpa kawalan.
Firman Allah SWT maksudnya : "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" (Surah Al-Rum ayat 41)
Sahabat yang dikasihi,
Jika kita ingin dikasihi Allah SWT dan dikasihi manusia maka perlulah melaksanakan empat sifat terpuji seperti dinyatakan di atas iaitu berlemah lembut, sentiasa memberi manfaat kepada orang lain, setiap amalan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan menghormati semua makhluk Allah SWT.
sumber: Makmum Sundari

Bismillah....
Ini satu lagi berita gembira yang kita nantikan saatnya...
Pemerintah Turki mencabut larangan tudung di sekolah-sekolah yang memberikan pelajaran agama. Sebuah keputusan yang dikecam oleh kelompok sekuler, yang menuding pemerintah memiliki agenda islamisasi tersembunyi atas negara Turki.
Berdasarkan peraturan baru yang diumumkan hari Selasa semalam dan akan berlaku mulai tahun persekolahan 2013-2014, siswa di sekolah-sekolah umum juga boleh mengenakan tudung saat mengikuti pelajaran al-Qur`an.
Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahwa perubahan peraturan tersebut, yang juga mengakhiri kewajiban memakai seragam sekolah, dilakukan atas permintaan masyarakat.
“Biarkan semua orang mengenakan anak mereka pakaian yang mereka suka, sesuai dengan fungsinya,” kata Erdogan dalam sidang media di Madrid, hari Selasa semalam sebagaimana di petik Reuters (29/11/2012).
Keputusan tersebut menyusul peraturan baru sebelumnya, yang pada bulan March silam memperbolehkan kombinasi kurikulum modern ke dalam kurikulum sekolah berbasis agama pencetak imam dan khatib. Pelajaran ilmu modern dapat diikuti oleh murid yang telah berusia 11 tahun dan bukan lagi 15 tahun.
Akhbar sekuler Turki, Cumhuriyet, menuding pemerintah memiliki agenda islamisasi di bidang pendidikan.
Egitim-Sen sebuah organisasi sekuler bidang pendidikan mengkritik keputusan pemerintah Erdogan atas kebijakan tersebut. Menurutnya, pemerintah menjadikan pendidikan bersifat relijius dan simbol-simbol agama yang bertebaran di sekolah dapat mempengaruhi psikologi perkembangan anak.
Berbeda dengan Egitim-Sen, Gurkan Avci dari Uni Edukator Demokrat (DES) mendukung keputusan pemerintah tersebut, yang dianggapnya mengakhiri simbol represif rejim militer 12 September 1980, dengan cara mengubah kebijakan seragam sekolah.
“Kita tidak akan dapat menyelamatkan sistem pendidikan dari akibat yang disebabkan oleh penindasan, ritual dan dogma serta cara bepikir era 'Perang Dingin', hingga para guru dan muridnya dibebaskan,” tegas Avci.
Bulan lalu, para pegawai militer datang ke acara jamuan di istana kepresidenan, di mana isteri presiden dan perdana menteri tampil mengenakan tudung, suatu pemandangan yang belum pernah di lihat di lingkungan pemerintahan negara Turki yang sekuler.(hidayatullah)
sumber : zilzaal

Sidang media Menteri Luar Negeri Mesir dan Amerika Syarikat petang, 21/11 semalam waktu setempat menyatakan bahwa gencatan senjata antara Palestin dan Israel dimulai pukul 9 malam ini.
Diantara butir-butir terpenting dalam sidang media tersebut adalah perbatasan Rafah dibuka. Lalu lintas di Rafah dipermudah baik untuk orang maupun barang & lainnya. Israel harus menghentikan serangan darat, udara, dan laut; juga operasi pembunuhan tokoh Palestin. Mesir bertindak menjadi ‘Ra’iyah’/Monitoring, Controlling, dan menjaga kesepakatan ini.
Menurut Komitte Nasional untuk Rakyat Palestin, melalui Twitter, butir-butir kesepakatan genjatan senjata tersebut menunjukkan kemenangan Palestin, jika Israel benar-benar berkomitmen dengan isi kesepakatan .Kesabaran rakyat Gaza, ketangguhan Mujahidin, dan do’a-munajat para shalihin, atas Rahmat Allah: “Embargo Atas Gaza Dihentikan!”
Al Jazeera melaporkan bahwa warga Palestin di Gaza menembak peluru ke atas bergembira atas kemenangan ini.
“Allahu Akbar! Allahu Akbar!” takbir terus berkumandang dari pengeras suara masjid-masjid di wilayah itu setelah gencatan senjata dilakukan.
Lima belas minit kemudian, suara dan cahaya kembang api perayaan menghiasi langit dan jalanan gelap di Gaza. Bendera-bendera Palestin pun berkibar di berbagai penjuru. Para pemimpin Hamas menyambut gembira perjanjian tersebut dan menyampaikan rasa terima kasihnya kepada Mesir.
Menteri luar AS, Hillary Clinton pun mengucapkan terima kasih kepada Presiden Mesir Muhammad Mursi untuk hasil mediasi yang menggembirakan ini.
Sementara itu, dalam pernyataannya, Ketua biro Politik Hamas Khalid Misy’al mengatakan, “Kemenangan (besar) adalah rangkaian dari kemenangan-kemenangan kecil. Saat ini adalah tahap baru menyongsong tahap-tahap ke depan. Awal hujan itu adalah tetesan dan rintikan lalu deras turun.”
“Israel sudah dua kali kalah. Ini bukan kekalahan pertama. Tahun 2008-2009 mereka kalah, saat ini setelah 8 hari mereka kalah lagi,” lanjutnya.
Untuk Amerika, juga negara-negara Eropah, juga Barat umumnya yang selalu mendukung Israel, Misy’al mengatakan, “Ingat, akan datang hari, kalian semua akui bahwa kami betul-betul mengalahkan Israel.”
“Kemenangan ini adalah bukti bahwa perlawanan adalah pilihan dalam menghadapi zionis,” pungkasnya.
sumber: zilzaal
Diposkan oleh Muhammad Ismail di Rabu, November 21, 2012

Bismillah...
Ini adalah sebuah kisah lucu yang terjadi di kala satu soal-jawab antara Syeikh Arifi dengan dengan seorang pemudi yang bertanya:
Seorang pemudi menelefon ketika siaran secara live.
Pemudi: "Wahai Syeikh, saya sudah bertaubat alhamdulillah. Tapi saya belum dapat melupakan teman lelaki saya."
Syeikh: "Berdoalah dengan suatu doa kepada Allah agar anda boleh melupakannya."
Pemudi: "Kalau begitu ajarilah saya sebuah doa, wahai Syeikh
Syeikh: "Bacalah doa:
اللهم إجعل في قلبي إيمان و في سمعي إيمان و في بصري إيمان و في طريقي إيمان
(ya Allah, jadikanlah IMAN di hatiku, IMAN di pendengaranku, IMAN ada di pandangan mataku, dan IMAN -selalu menyertai- jalanku)."
Serta merta pemudi itu menyela: "Wahai Syeikh, IMAN adalah nama teman lelaki ku!"
Lalu Syeikh itu ketawa dan tak mampu menahan tawa cukup lama, hingga shooting pun dihentikan sementara.
Sumber: zilzaal

Akhirnya, keamanan mula menjenguk ke selatan Filipina.
Perjanjian bersejarah ditandatangani kerajaan Filipina dan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang menguasai wilayah Mindanao menjadi titik tolak untuk menghentikan keganasan berpanjangan di negara itu.
Jika segalanya berjalan lancar, perjanjian itu akan menamatkan pemberontakan paling lama dan paling ganas di Asia.
Begitu bermakna perjanjian itu sehinggakan tentera MILF, yang digelar pengganas oleh dunia antarabangsa, turut mengalirkan air mata sebaik mendengar khabar gembira itu.
Selepas lebih 40 tahun bergelumang keganasan, penduduk dan tentera di Mindanao mengharapkan keamanan selepas kerajaan mengiktiraf hak mereka untuk memiliki identiti tersendiri di dalam sebuah negara yang sama.
“Hari ini, saya hulurkan salam persahabatan kepada orang Filipina... hari ini kami datang menamatkan kekeruhan antara Bangsamoro dan negara Filipina,” kata Ketua MILF, Murad Ebrahim dalam ucapannya pada majlis tandatangan di Istana Presiden di Manila, pada 15 Oktober lalu.
Murad dan delegasi MILF muncul daripada markas terpencil mereka di selatan Filipina untuk menyaksikan detik bersejarah itu.
Rundingan selama 15 tahun dibantu Malaysia akhirnya membawa Filipina ke anak tangga pertama dalam usaha menamatkan keganasan di wilayah yang berjiran dengan Sabah itu.
Perjanjian hanya sekeping kertas?
Ketua perunding MILF, Mohagher Iqbal mengakui perjanjian keamanan di Mindanao hanya akan menjadi sekeping kertas jika tidak dilaksanakan dari akar umbi.
“Persetujuan ini adalah perjanjian damai terbaik ditandatangani kedua pihak. Tetapi ia perlu diberi masa,” kata Iqbal selepas menandatangani perjanjian itu dengan ketua perunding kerajaan Filipina, Marvic Leonen.
Sementara itu, Leonen berkata, melalui perjanjian itu, Undang-Undang Asas Bangsamoro akan digubal bagi membentuk kuasa autonomi di selatan negara dengan 94 juta penduduk itu.
“Kami akan memulakan perbincangan awal, November depan dan berharap perjanjian akhir dapat dicapai sebelum akhir tahun ini,” katanya.
Perjanjian itu diumumkan Presiden Filipina, Benigno Aquino awal bulan ini, disambut dunia antarabangsa sebagai peluang terbaik untuk menamatkan pemberontakan yang telah membunuh 150,000 orang sejak 1970-an.
Dokumen 13 muka surat itu menggariskan persetujuan umum beberapa isu penting termasuk kuasa, hasil pendapatan dan pembahagian kawasan bagi mewujudkan satu wilayah baru dipanggil Bangsamoro, di mana MILF memegang kuasa terbesar.
Melalui perjanjian itu, MILF akan menggugurkan percubaan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan sebaliknya akan diberikan kuasa autonomi untuk mentadbir beberapa wilayah di Mindanao.
Suruhanjaya Peralihan dianggotai 15 wakil daripada kedua pihak akan merangka undang-undang asas untuk diserahkan oleh Parlimen kepada wilayah itu menjelang 2015.
Kemudian, penduduk wilayah autonomi itu perlu mengesahkan undang-undang baru itu dalam satu pungutan suara yang akan diadakan sebelum Aquino menamatkan penggal enam tahun pemerintahannya pada 2016.
Aquino mengumumkan beliau mahu membantu MILF menjadi parti politik yang dapat membantu peralihan wilayah itu kepada tempat yang aman dan progresif.
Perbezaan identiti punca konflik
Hanya dalam satu ayat, Murad merumuskan sejarah perjuangan orang Moro untuk mentadbir kawasan mereka sendiri.
“Kami telah melihat bagaimana sistem kesultanan Moro terhapus, bagaimana kedaulatan negara Moro dirampas, menyebabkan penurunan martabat kami yang kini hidup dalam tawanan sehingga identiti Bangsamoro terhakis serta negara milik nenek moyang kami dijadikan pecahan kecil yang dipanggil wilayah,” katanya.
Menurutnya, layanan tidak adil ini menyebabkan konflik Moro bermula dan melahirkan MNLF dan kemudian MILF.
Kumpulan pejuang Islam di Filipina telah bertempur sejak 1970-an untuk mendapatkan kemerdekaan Mindanao yang dianggap negara asal nenek moyang mereka sebelum orang Kristian dari Sepanyol menjajah negara itu bermula 1500-an.
Penduduk Islam di wilayah itu, dianggar seramai empat hingga sembilan juta orang, kini menjadi kaum minoriti di Mindanao selepas bertahun-tahun perpindahan orang Katolik ke wilayah itu.
Namun orang Islam akan menjadi kaum majoriti di wilayah autonomi baru yang sedang dirancang bersama itu.
Mereka juga mempunyai identiti jauh berbeza dengan kaum lain di selatan Filipina, antara punca utama konflik itu.
Pemberontakan dan peperangan berpanjangan menyebabkan kemiskinan dan keganasan bersenjata di kebanyakan kawasan di wilayah yang kaya dengan sumber asli itu.
Jalan di hadapan masih berliku
Tidak ada jalan mudah untuk menuju keamanan, dan perkara ini disedari MILF serta kerajaan Filipina.
Antara isu paling sensitif dalam perjanjian ini adalah pembubaran kuasa tentera MILF yang kini menguasai Mindanao.
Di bawah perjanjian itu, tentera Filipina akan memindahkan fungsi penguatkuasaan undang-undang kepada pasukan polis baru, dan fungsi tentera MILF seramai 12,000 anggota akan dibubarkan selepas perjanjian akhir dicapai.
Perunding MILF, Iqbal berkata, tidak semua pejuang dan tentera MILF memahami rangka kerja perjanjian antara kumpulan itu dengan Manila.

“Kami mengaku terdapat sedikit masalah komunikasi. Sebab itulah selepas ini, kami akan turun padang dan menerangkan kepada mereka,” katanya enggan mengulas penerimaan tentera MILF mengenai hakikat pasukan mereka akan dibubarkan.
Beberapa kumpulan kecil seperti Abu Sayyaf pula memulakan keganasan baru bagi menghalang perjanjian itu ditandatangani.

Abu Sayyaf didakwa bertanggungjawab ke atas beberapa serangan paling buruk di Filipina tetapi kumpulan kecil itu tidak terlibat dalam proses damai tersebut.
Sementara itu, beberapa pemimpin MNLF juga menyuarakan kemarahan selepas melihat perjanjian itu bakal melucutkan kuasa mereka dan memberi amaran pertempuran baru akan dilancarkan.
Selain itu, cabaran terbesar adalah pada peringkat kelulusan Parlimen.
Parlimen Filipina, yang didominasi pemimpin beragama Katolik, perlu meluluskan undang-undang untuk mewujudkan wilayah Islam Mindanao.
Namun ramai pakar berpendapat Aquino, antara presiden paling popular dalam sejarah Filipina, mampu meyakinkan penduduk majoriti Katolik di negara itu supaya menyokong rancangan damai itu.
Dan jika dilihat daripada suasana dan semangat ditunjukkan kedua pihak semasa perjanjian itu, pastinya apa pun cabaran yang timbul dapat diatasi.
sumber: sinar harian 29/10/12
A Kadir Jasin
24 Oktober 2012
SAYA merokok ikut-ikutan selama dua tahun apabila mula bekerja pada tahun 1969. Selepas itu berhenti terus. Saya nasihati orang yang rapat dengan saya jangan merokok, berhenti merokok atau kalau tak tahan sangat, cuba kurangkan merokok.
Saya benci sikap penghisap rokok yang tidak bertanggungjawab dan tidak sopan. Mereka tidak peduli orang yang tidak merokok. Mereka buang puntung rokok yang masih menyala sesuka hati.
Pengotor.
Jadi, saya sepatutnya mengalu-alukan kenaikan tiba-tiba harga rokok dan tembakau mulai 22 Oktober yang diumumkan oleh syarikat pengeluar rokok dengan persetujuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia), pengeluar terbesar, menaikkan harga semua produk sebanyak 20 sen. Ia berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 18 Oktober mengenai kebenaran menaikkan harga kilang rokoknya antara 26 peratus hingga 58 peratus bermula 19 Oktober.
Saya terus mengalu-alukan usaha mengurangkan tabiat yang merosakkan kesihatan itu, tetapi langkah menaikkan cukai melalui kenaikan harga itu “menceritakan” sikap kerajaan, khasnya Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak selain kemungkinan bahawa Perbendaharaan memerlukan pendapat segera.
Lazimnya, pengumuman kenaikan cukai rokok dan arak dibuat ketika pembentangan belanjawan negara. Tetapi, Mohd Najib tidak melakukannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 September lalu.
Jadi, kenapa agaknya beliau berbuat begitu?
Saya hanya berani dan boleh membuat andaian. Yang terlintas dalam fikiran adalah Mohd Najib mahu membentangkan belanjawan pilihan raya yang menyenangkan semua orang dan pihak. Beliau sendiri tidak menaikkan cukai rokok sebab beliau tahu banyak pengundi adalah perokok.
Tetapi, kenapa selepas 20 hari cukai rokok dinaikkan secara tidak langsung melalui kebenaran kenaikan harga oleh Kastam dan Eksais? Perokok lagi marah kerana mereka berasa tertipu. Dalam Belanjawan tak naik, tapi melalui prosedur Kastam dan Eksais naik.
Ada dua kemungkinan. Pertama, kerajaan memang hendak menaikkan harga dan cukai rokok, tetapi bukan melalui pengumuman belanjawan. Kedua, Perbendaharaan kekurangan wang atau kehabisan wang untuk tahun semasa (2012).
Dan ketiga, dengan membenarkan kenaikan harga dan dengan itu kenaikan cukai di luar belanjawan, kerajaan boleh memungut cukai serta-merta. Kalau dibuat melalui belanjawan, ia hanya boleh dilaksanakan apabila belanjawan diluluskan oleh Parlimen, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan arahan-arahan kewangan tertentu dikeluarkan.
Perbendaharaan Kesuntukan Duit?
Melihatkan kenaikan pintu belakang cukai rokok dan betapa cepatnya Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcment System- AES) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaksanakan serta saman dikeluarkan, nampaknya Perbendaharaan mungkin kesuntukan wang atau kekeringan wang untuk tahun semasa.
Saya dapat merasakan kemungkinan bahawa Perbendaharaan mengalami kesuntukan wang setelah secara kebetulan, bercakap dengan tiga orang bekas Menteri Kewangan, yang semua bimbang dengan kedudukan kewangan kerajaan.
Hari ini, dalam akhbar The Star tersiar surat Mohd Zakry Omar, Ketua Unit Perhubungan Korporat dan Awam, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bertajuk “AES Cameras Smart Enough” (kepintaran kamera AES memadai” dalam ruangan surat pembaca.
Setelah melihat saman yang dikeluarkan berikutan pelaksanaan AES, saya kurang yakin dengan kenyataan beliau. Sebaliknya, saya rasa sistem itu “is not smart enough” (tidak cukup pintar) apatah lagi meyakinkan.
Gambar yang disertakan hanya mempamerkan bahagian hadapan kenderaan dengan pelat nombornya sahaja. Gambar seperti itu boleh diambil di mana-mana pun. Kamera yang dikatakan pintar itu tidak mempamerkan dalam gambar tempat tangkapan, waktu dan tarikh tangkapan dan kelajuan (dalam kes melanggar had laju).
Kalau inilah hasil kamera AES, saya rasa kamera digital RM500 lebih “smart” kerana boleh pamerkan banyak maklumat atas gambar.
Terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana membangkitkan ketidaksenangan dan keraguan umum terhadap sistem ini. Daripada apa yang saya lihat, sistem itu bukan sahaja tidak meyakinkan, tetapi kesilapan boleh berlaku ketika menulis saman kerana bukti bergambar seperti yang saya sebutkan di atas tidak ada atau tidak disertakan.
Tetapi, seperti lampu isyarat yang dipasang di tempat-tempat yang tidak diperlukan dan tidak dinyalakan, kemungkinan berlaku pakatan dan persekongkolan antara pembekal sistem dengan pembeli (JPJ) tidak boleh ditolak bulat-bulat.
Namun begitu, jelaslah sistem ini boleh menjana hasil yang lumayan dan “cost effective” kepada Perbendaharaan berbanding tangkapan laju dan sekatan jalan raya oleh pihak polis. AES tidak memerlukan tenaga manusia, tidak tidur malam dan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
* Dipetik dari blog A. Kadir Jasin

Amat memeritkan perasaan apabila melihat sesetengah pihak menyebut: "Nak faham Islam ini susah, kami tidak cukup masa, ada macam-macam kena buat masa muda ini. Tunggulah kami dah tua".
Ungkapan ini lahir dari salah tanggapan mereka bahawa Islam adalah agama yang sukar difahami dan sukar untuk diamalkan. Ini berpunca dari cara pengajarannya yang susah dan isi yang dipayah-payahkan oleh sesetengah pihak.
Dengan kita akur untuk menjadi pakar ilmu-ilmu Islam memanglah tidak mudah, bahkan menjadi pakar apa-apa ilmu pun tidak mudah. Namun memahami dan mengamalkan Islam secara umumnya adalah mudah dan mampu dicapai oleh setiap lapisan manusia.
Jika tidak bagaimana mungkin Islam menjadi agama sejagat yang diutuskan untuk setiap insan tanpa mengira lantar kehidupan dan pendidikan.
Antara cuai dengan memayahkan
Memang, mudah-mudahkan agama dalam erti kata melaksanakannya dalam keadaan yang cuai dan tidak menepati kehendak nas-nas al-Quran dan hadis yang sahih adalah kesalahan dalam agama.
Namun begitu, menjadikan agama begitu payah dan sukar hingga melampaui batasan yang diperuntukkan oleh nas-nas agama juga satu kesalahan. Firman Allah (maksudnya):
Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAW) nabi yang ummi, yang mereka dapati dia tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. (Surah al-‘Araf: 157)
Firman Allah lagi (maksudnya): Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Surah al-Baqarah: 185).
Firman Allah juga (maksudnya): Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah al-Nisa: 28).
Menyusahkan gambaran Islam
Saya tidak ingin membicarakan tentang golongan yang cuai terhadap agama. Ini telah banyak diperkatakan oleh ustaz-ustaz kita. Saya bicarakan tentang sikap sesetengah pihak yang cuba menonjolkan Islam seakan ia agama yang begitu sukar untuk dihayati, dan seakan tidak akan sampai ke dataran Islam ini melainkan beberapa kerat manusia sahaja.
Maka hukum-hakam yang mereka ajar kelihatan begitu susah untuk difahami, apatah lagi untuk dihayati. Lihat sahajalah, haji yang hanya beberapa hari untuk ditunaikan, tetapi kursus yang dibuat berbulan-bulan lamanya.
Ia diajar dengan cara yang sukar disebabkan berbagai faktor. Salah satunya; tokok tambah ajaran agama yang menyebabkan orang awam sentiasa keliru dan tidak mampu kerana terpaksa menghafal berbagai ayat dan peraturan yang sebahagian besarnya tidak pernah diajar pun oleh hadis-hadis Nabi SAW yang sahih.
Ini seperti menetapkan berbagai bacaan khas bagi setiap pusingan tawaf. Lalu mereka buat bisnes pula bagi yang tidak mampu menghafal dengan menjual buku atau alatan tertentu.
Demikian juga kecenderungan sebahagian pengajar hukum-hakam syarak untuk menjatuhkan hukuman haram dan batal amalan seperti terbatal akad nikah hanya kerana terputus nafas, atau terbatal solat kerana pergerakan lebih dari tiga kali, terbatal puasa kerana berenang dalam kolam dan seumpamanya.
Sedangkan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak pun menyatakan demikian. Di samping itu, kecenderungan memperincikan perkara yang tidak perlu sehingga ramai yang jadi keliru. Umpamanya memperincikan syarat niat yang bukan-bukan.
Sehingga ada buku yang menetapkan puluhan syarat niat. Bukannya menjadikan orang faham maksud niat, sebaliknya bertambah kabur. Pada hal setiap aktiviti insan secara sedar mempunyai niat.
Maka dengan itu kita katakan "membunuh dengan niat", sekalipun si pembunuh tidak melafazkannya secara lisan ketika hendak membunuh atau menghafal syarat niat. Malangnya, akibat salah ajaran, seseorang berulang kali bertakbir dalam solatnya.
Kononnya, belum masuk niat. Padahal, jika dia tidak berniat solat, bagaimana mungkin dia boleh berada di saf untuk solat?
Demikian juga memperincikan tentang jenis-jenis air dalam berwuduk berbulan perbahasannya sedangkan solat diperlukan lima kali sehari. Inilah yang menyebabkan ada yang baru masuk Islam tidak solat berbulan kerana bab wuduk belum habis dibincangkan.
Ekslusifkan agama
Pendekatan ini menyebabkan Islam menjadi eksklusif seakan hanya untuk sekelompok manusia sahaja. Sementara selain mereka hanyalah manusia yang terpaksa bertaklid buta disebabkan kononnya tidak mampu untuk memahami apa sahaja hal ehwal agama ini kerana akal mereka tidak kesampaian.
Sebenarnya, bukan tidak kesampaian, tetapi pendekatan pengajaran yang telah melanggar garis panduan Nabi SAW lantas menyanggahi logik insan. Hal ini berbeza dengan arahan baginda SAW.
Baginda bersabda: "Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka." (Riwayat al-Bukhari)
Pendekatan Nabi SAW adalah pendekatan mudah yang membolehkan sebanyak mungkin manusia merasai kebersamaan mereka dalam Islam ini.
Antaranya baginda mengkritik imam yang memanjangkan solatnya, tanpa meraikan keadaan makmun yang berbagai di belakangnya. Baginda bersabda:
"Wahai manusia! sesungguhnya di kalangan kamu ada yang menyebabkan orang lari. Sesiapa di kalangan kamu yang bersolat (menjadi imam) untuk orang ramai, maka ringkaskanlah, kerana di kalangan mereka ada yang tua, lemah dan yang mempunyai urusan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Pendekatan yang menyukarkan ini berlarutan sehingga dalam masalah pengajian akidah. Sesetengah perbincangan akidah dipengaruhi oleh falsafah lama yang kadangkala tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan sahaja.
Ini seperti Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafah-falsafahnya yang memeningkan.
Keletihanlah anak-anak muda untuk memahaminya. Bahkan kadang-kala guru yang mengajar pun tidak faham.
Untuk mengelakkan dia dipersoalkan dia akan berkata: "Barang siapa banyak bertanya maka lemahlah imannya."
Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada?
Maka akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah.
Akidah itu mudah difahami
Akidah Islam adalah akidah yang bersih dan mudah difahami. Bacalah al-Quran dan al-Sunah, lihatlah perbincangan akidah dalam kedua sumber agung itu, sangat jelas dan tidak berbelit-belit.
Dalam hanya beberapa ayat seperti isi al-Ikhlas, al-Quran menyerlah konsep akidahnya, tidak perlu memayah-mayah. Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan akidah adalah perkara yang paling mudah dan senang untuk difahami oleh semua lapisan umat.
Ini kerana memahami akidah satu kemestian termasuk yang buta huruf, Badawi di padang pasir sehinggalah kepada golongan yang terpelajar dan cerdik pandai.
Maka tidak hairanlah pada zaman Nabi SAW, para perwakilan yang datang mengambil ajaran Islam dari baginda dalam beberapa ketika sahaja, namun mampu mengislamkan keseluruhan kabilahnya. Sebab, konsep yang jelas dan mudah.
Kalaulah perbahasan akidah begitu sukar dan susah seperti yang difahami oleh golongan ahli kalam dan falsafah, bagaimana mungkin golongan awam yang buta huruf atau tidak memiliki kecerdasan akal yang tinggi untuk memahaminya?
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah....Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunani dan cara Yunani dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka." (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da'iyah, ms. 92, Beirut: Muassasah al-Risalat)
Sebab itu, barangkali dakwah kepada akidah Islam di tempat kita tidak subur. Sebaliknya cerita keluar Islam yang disuburkan. Proses pemulihan akidah pun dalam banyak rekodnya adalah gagal.
Ini kerana kita banyak berfalsafah dari membahaskan akidah berdasarkan al-Quran dan al-Sunah. Maka bacalah buku-buku akidah yang jelas membimbing jiwa dan akal secara fitrah. Bukan falsafah yang menyusahkan.
Ruang untuk semua
Ramai orang muda atau profesional yang menghadiri kelas-kelas pengajian saya. Saya katakan kepada mereka hadirlah dengan kebiasaan anda dan fahamilah apa yang hendak disampaikan.
Anda tidak diwajibkan berkopiah, atau berjubah. Pakailah apa sahaja yang anda selesa. Bukan syarat masuk ke masjid mesti berketayap. Jangan kita letakkan syarat hendak memahami agama ini yang bukan-bukan.
Nanti ramai yang tidak sampai maklumat Islam kepadanya. Atau syarat-syarat itu akan menjadi peraturan yang dianggap agama, akhirkan diwajibkan secara tidak sedar. Lihat saja sebahagian wanita Muslimah kita, mereka sekalipun telah menutup aurat, namun jika tidak memakai telekung mereka rasa sukar untuk solat.
Bahkan ada yang rasa tidak boleh bersolat tanpa telekung. Padahal telekung itu, hanyalah budaya Asia Tenggara. Solatlah dengan pakaian anda selagi menutup aurat.
Kehidupan Islam praktikal
Demikian sebahagian buku atau filem menggambarkan seorang saleh dalam rupa yang sempit. Digambarkan insan yang beramal dengan Islam itu terpaksa mengasingkan hidupnya dan beruniform berbeza dengan orang lain.
Ini seperti apabila ditonjolkan watak orang saleh ialah lelaki yang berserban, tangan memegang tasbih sentiasa, tidak bergaul dengan manusia biasa, sebaliknya hanya berjalan sendirian. Itulah wali kononnya.
Adakah Nabi SAW dan para sahabahnya berwatak demikian sehingga kita jadikan itu ciri-ciri orang saleh? Tidakkah berjalan dengan sentiasa memegang tasbih lebih menampakkan ciri-ciri riyak dalam amalan?
Sebab itu al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) mengkritik sebahagian dari sikap ini dengan menyatakan:
"Di kalangan golongan zuhhad (golongan sufi) ada mereka yang memakai baju yang koyak tidak dijahit dan membiarkan serban dan janggutnya tidak berurus untuk menunjukkan dia tidak mementingkan dunia. Ini sebahagian dari riyak (menunjuk-nunjuk)." (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, ms 179-180, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)
Lebih buruk lagi, penonjolan watak yang seperti itu menjadikan Islam tidak praktikal untuk semua manusia, sebaliknya hanya untuk beberapa kerat manusia ajaib sahaja.
Demikian juga, kadang-kala buku-buku kerohanian menggambarkan untuk mendekatkan diri kepada Allah begitu sukar sehingga seakan tidak akan dicapai oleh manusia biasa.
Pengamal Islam itu seakan manusia maksum seperti malaikat. Bebas dari urusan dunia. Ini boleh mematahkan semangat orang awam dari menghayati Islam.
Padahal Nabi SAW dan para sahabah tidak demikian rupa kehidupan mereka. Sehingga Dr Yusuf al-Qaradawi mengkritik beberapa pandangan al-Imam al-Ghazali RH dengan katanya:
"Apa yang dapat difahami dari himpunan kitab-kitab sufi al-Ghazali yang mengandungi pengaruh kezuhudan yang kuat - sekalipun secara tidak langsung - bahawa insan contoh di sisi al-Ghazali dan golongan sufi secara amnya bukanlah insan yang dikenali oleh para sahabah RA, yang difahami dari al-Quran, al-Sunah dan sirah.
Insan contoh yang difahami oleh para sahabah ialah insan yang menghimpunkan antara dunia dan akhirat, antara hak dirinya dan Tuhannya, antara meningkatkan roh dan berkhidmat kepada masyarakat, antara menikmat nikmat dunia dan bersyukur kepada Allah Taala, antara beribadah dan berjalan serta bertebaran atas muka bumi mencari kurniaan rezeki-Nya, yang bekerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beramal untuk akhirat seakan akan mati esoknya." (Dr Yusuf al-Qaradawi, al-Imam al-Ghazali: Baina Madihih wa Naqidih, ms 164, Beirut: Muassasah al-Risalah)
Mesti bersifat alternatif
Apabila ada wartawan bertanya saya tentang; adakah ubat tertentu haram kerana kononnya ada najis tertentu, saya jawab, begitulah kita berterusan, jika asyik mencari perkara untuk dihukum haram sedangkan dalam masa kita tidak berusaha menjadi pengeluar.
Maka sempitlah umat ini dengan keputusan-keputusan haram dalam banyak perkara. Sebelum menjawab saya ingin kata: kita semua hidup dalam keadaan haram kerana selalu bergantung kepada orang lain dan tidak menunaikan fardu kifayah memerdekakan umat.
Sehingga akhirnya masyarakat dunia kata; kita hanyalah umat yang tahu mengharamkan, bukan menghasilkan produk untuk kebaikan manusia.
Dalam usaha menarik semua lapisan mendekati Islam, marilah kita mempersembahkan kepada masyarakat, Islam yang mudah dan praktikal seperti mana wajahnya pada zaman teragungnya iaitu era Nabi SAW dan para sahabah baginda.
Jika tidak, agama ini akan menjadi begitu eksklusif hanya untuk kelompok tertentu sahaja dan ditinggalkan lautan umat yang dalam kesesakan.
sumber : Dr Mohd Asri Zainal Abidin ( Dr MAZA)

SEMUA mahluk hidup pasti memerlukan istirehat setelah melakukan berbagai aktiviti, salah satunya adalah dengan tidur. Selama kita tidur, tubuh kita akan mengganti sel-sel yang rosak disebabkan aktiviti dengan sel-sel yang baru. Selain itu bahan buangan serta wap kotor yang terjadi pun dibuang oleh tubuh saat kita tidur.
Tidur adalah kurniaan Allah bagi manusia. Oleh kerananya dalam Islam terdapat adab-adab tidur yang dicontohkan oleh Rasulullah.
1) Qoylullah,
iaitu istirahat di pertengahan siang. Qoylullah dilakukan setelah sholat zuhur/sholat jum’at. Kebiasaan ini dilakukan oleh para sahabat nabi.
2) Tidur di awal malam setelah sholat Isya, kemudian bangun lagi di awal sepertiga malam.
3) Jangan tidur sebelum waktu isya kerana Rasul membencinya (khawatir terlajak hingga pagi), dan Rasul juga membenci percakapan yang tanpa manfaat setelah sholat isya.
4) Menutup pintu, mematikan api/lampu dan menutup piring-piring makanan dan minuman sebelum tidur. Perintah ini mengandung kebaikan duniawi dan ukhrowi iaitu menjaga diri dan harta dari orang-orang yang hendak berbuat jahat terlebih lagi dari syaitan.
5) Berwudhu sebelum tidur. Hal ini dilakukan agar kita berada dalam keadaan suci bila sewaktu-waktu dipanggil ke hadiratNya dalam keadaan tidur. Selain itu dengan berwudhu kita akan dijauhkan dari gangguan syaitan dan rasa takut.
6) Mengibas tempat tidur dengan hujung sarung/selimut sebanyak 3 kali sambil membaca basmalah. Ini dilakukan untuk mengusir serangga atau makhluk ghaib yang berada di atasnya.
Dari Abu Hurairah bahwasannya Rasulullah bersabda :
Apabila salah seorang dari kalian hendak tidur maka kibaslah tempat tidurnya dengan hujung sarungnya kerana sesungguhnya ia tidak tahu apa yang akan menimpa kepadanya.
7) Jangan tidur satu selimut antara laki-laki dengan laki-laki (dewasa), perempuan dengan perempuan (dewasa).
8) Berbaring ke sisi kanan ketika tidur, posisi tangan kanan di tekuk di bawah pipi kanan. Posisi tidur seperti ini paling bagus untuk manusia, kerana organ-organ dalam tubuh tidak saling bertumpang tindih, semua pada tempatnya.
9) Membaca ayat Kursi, surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, Annas, dan 2 ayat terakhir Al-Baqoroh sebelum tidur.
10) Membaca doa sebelum tidur “Bismika Allahumma ahya, wa bismika aamuut”.
sumber: zilzaal
Diposkan oleh Muhammad Ismail

Sama ada dahulu atau sekarang, seseorang tidak akan dapat menjadi insan yang adil terhadap sesuatu hakikat dan maju ke hadapan jika dia bersifat jumud dan menutup pemikirannya dari mendengar dalil dan fakta disebabkan sesuatu sentimen.
Sikap yang seperti itu dinamakan dengan fanatik atau taksub. Mereka yang taksub kepada pendapat seseorang, enggan mendengar pendapat orang lain sekalipun pihak yang lain itu telah memberikan hujah dan dalil yang kukuh.
Sesuatu pendapat itu sepatutnya diterima bukan atas nama individu tetapi atas alasan atau fakta yang diberikan.
Keburukan fanatik
Fanatik ini telah berlaku di kalangan sesetengah umat Islam sejak dahulu. Ia sehingga membawa kepada permusuhan sesama Islam dek perbezaan pendapat dalam hukum syarak.
Sehingga dalam era ketaksuban dahulu, di Masjidil Haram, Mekah umat Islam bersolat dengan empat imam dan setiap imam mewakili mazhab masing-masing. Setiap makmum akan memilih imam yang sesuai dengan mazhabnya.
Seakan-akan solat di belakang imam lain tidak sah. Hal ini berterusan, sehinggalah gerakan pembaharuan pemikiran agama berjaya menghapuskan kekarutan tersebut. Bayangkanlah jika hal tersebut berterusan sehingga hari, di kala umat Islam begitu lemah dan berpecah.
Selepas Rasulullah SAW wafat, baginda meninggalkan ramai para sahabah yang merupakan ilmuwan besar bagi umat ini. Namun, tiada seorang di kalangan para sahabah yang agung itu menyatakan sesiapa yang mengambil pendapat saya maka dia tidak boleh mengambil pendapat orang lain.
Perkara yang seperti itu tidak pernah didakwa oleh khalifah yang empat, atau ‘Abd Allah bin Masud, ‘Abd Allah bin ‘Umar, atau ‘Abd Allah bin ‘Abbas atau selain mereka. Padahal mereka jauh lebih memahami syariat Rasulullah SAW dari orang selepas mereka.
Malangnya, apabila muncul imam-imam mazhab seperti al-Imam Abu Hanifah (80H-150H), al-Imam Malik bin Anas (93H-179H), al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'i (150H-204H), al-Imam Ahmad bin Hanbal (164H-241H) dan lain-lain tokoh lagi, tiba-tiba ada di kalangan pengikut mereka yang taksub mendakwa bahawa sesiapa yang mengambil pendapat dari salah seorang imam ini tidak boleh lagi mengambilnya dari imam lain.
Ini seperti pengikut fanatik Mazhab Hanafi yang membantah orang Pakistan mengambil pendapat selain dari Mazhab Hanafi. Atau pengikut fanatik Mazhab Malik yang menghalang membantah Maghribi mengambil pendapat selain dari Mazhab Malik.
Atau pengikut fanatik Mazhab al-Syafie yang membantah orang Malaysia mengambil selain dari Mazhab al-Syafie. Kontradiknya, dalam masa yang sama mereka mengakui bahawa imam-imam tersebut kesemuanya adalah tokoh-tokoh sarjana ahli Sunnah, tetapi menolak keilmuan mereka hanya kerana faktor daerah atau negara.
Padahal, para imam itu sendiri tidak pernah mengajar demikian dan negara-negara yang wujud ini belum pun terbentuk pada zaman mereka apatah lagi pada Rasul SAW.
Tokoh terkenal, Dr ‘Abd al-Karim Zaidan berkata:
"Pendapat mazhab-mazhab yang muktabar diterima oleh pengikut mereka di atas andaian benar dan menyampaikan seseorang kepada hukum Allah. Hendaklah difahami bahawa andaian benar ini dikongsi oleh semua mazhab islamiah yang muktabar, bukan hanya terkumpul pada satu mazhab.
"Maka tidak harus untuk pengikut salah satu mazhab ini menganggap bahawa telah terhimpun dalam mazhabnya kebenaran dalam setiap pandangan. Lalu menganggap salah sesiapa yang menyanggahi mazhabnya.
"Ini perkara yang tidak pernah diucapkan oleh mana-mana mazhab, tidak pernah mereka menyandarkan hal seperti ini kepada diri mereka dan tidak pernah menganggap kebenaran hanya terkumpul dalam ijtihad mereka. Bagaimana mungkin pengikut mereka pula mendakwa perkara yang seperti ini! (Dr Abd al-Karim Zaidan, Al-Sunan al-Ilahiyyah, ms 147, Beirut: Muassasah al-Risalah)
Menyanggahi norma Ilmu
Dalam dunia akademik tulen, perbuatan seperti itu dianggap menyanggahi norma-norma keilmuan yang menuntut keluasan minda dan penelitian fakta. Alangkah ruginya sikap sedemikian, yang bererti kita telah menghalang perkembangan pengetahuan dan kesarjanaan hanya kerana perbezaan nama tokoh dan daerah yang kita tinggal.
Padahal dalam kehidupan biasa kita berkempen agar mengambil manfaat dari dunia lain. Di Malaysia, kita pernah berkempen "Dasar Pandang ke Timur", sekalipun majoriti Jepun dan Korea bukanlah Muslim.
Kita mengambil ilmu dan menggerakkan negara dari ilmu Barat atau Timur yang membolehkan kita maju ke hadapan, tanpa mengira latar agama.
Tiba-tiba dalam masa yang sama, ada pula yang menyatakan, anda tidak boleh mengambil pendapat al-Imam Ahmad, atau al-Imam Malik atau al-Imam Al-Auza'i atau al-Imam Ibn Hazim al-Andalusi atau Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, atau al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah, atau tokoh moden seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Mustafa al-Zarqa, Ibn Baz, al-Albani, al-Uthaimin atau selain mereka kerana mereka bukan Mazhab al-syafi'i.
Pada hal dunia ilmuwan akur akan kesarjanaan mereka. Bahkan pendapat mereka itu boleh dinilai kualitinya berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan mereka. Jika kita menolak pendapat mereka hanya kerana nama bukan kerana fakta, maka itu sentimen puak atau kejumudan minda bahkan itu adalah pengkhianatan ilmiah juga penghapusan khazanah ilmu.
Dr Yusuf al-Qaradawi dengan jelas dalam masalah ini menyebut:
"Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian.
"Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syariat dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka.
"Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi.
"Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (penganalisis) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah." (Dr Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru' wa al-Tafarruq al-Mazmum , ms 202, Kaherah: Dar al-Sahwah)
Penilaian semula
Pandangan mazhab sebahagian besarnya adalah ijtihad yang terdedah untuk dinilai oleh pihak yang lain. Maka kita pula berhak untuk mengambil pandangan lain yang pada penilaian kita lebih dekat kepada fakta dan lebih mampu menterjemahkan wajah Islam yang sebenar.
Umpamanya, pendapat dalam mazhab al-Syafie, yang membolehkan bapa berkahwin dengan anak zinanya, barangkali tidak wajar untuk dipertahankan terutama ketika menerangkan Islam kepada dunia. Apakah Islam yang mengharamkan mengahwini seseorang wanita hanya kerana susuan akan menghalalkan anak zina? (lihat: Ibn Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra, 3/200, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Demikian juga jika pendapat awal ulama al-Syafie dikekalkan yang mensyaratkan setiap urusan jual beli mempunyai lafaz, tentu sukar untuk kita di zaman moden ini membeli minuman atau makanan dari mesin-mesin canggih yang ada.
Bahkan di sana banyak perkara yang menuntut seorang Muslim melihat luar dari kerangka mazhabnya terutama tentang hubungan dengan non-Muslim, zakat, wakaf, perkahwinan dan berbagai lagi.
Bahkan pandangan-pandangan agama yang menyusahkan tanpa dalil dari al-Quran dan al-Sunah patutlah dielakkan terutama untuk generasi moden yang mula fobia dengan agama. Apatah lagi kepada yang baru menganut Islam.
Dr Yusuf al-Qaradawi juga pernah menyebut: "Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ia bukan sesuatu yang wajib seperti yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al-Sunah.
"Kedua-duanya tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang Muslim bebas dari terikat dengan mana-mana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuwan sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun.
"Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah seseorang yang baru menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang tidak diwajibkan Allah Taala. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fikah yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu." (Dr Yusuf al-Qaradawi, Kaif Nata'amal Ma' al-Turath, ms 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah).
Taklid mazhab
Tokoh fikah semasa lain yang terkenal Dr Wahbah al-Zuhaili pula menyebut:
"Kata majoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafie atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab.
"Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan Rasul-Nya. Allah dan Rasul-Nya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan hanya tokoh tertentu, dan bukan yang lain.
Firman Allah (maksudnya): "Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmuwan jika kamu tidak mengetahui." (an-Nahl:43)
Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabah dan tabiin tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanyakan sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja. Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam, atau mengikut mazhab tertentu dalam semua masalah.
Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat. Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh. Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan kukuh di sisi Ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu.
Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan -seperti yang dijelaskan. Berdasarkan ini, maka pada asasnya tidak menjadi halangan sama sekali pada zaman ini untuk memilih hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh mazhab-mazhab yang berbeza tanpa terikat dengan keseluruhan mazhab atau perinciannya." (Al-Zuhaili, Dr Wahbah, al-Rukhas al-Syar'iyyah, ms 17-19, Beirut: Dar al-Khair).
Luas bermazhab
Sebelum ini saya telah jelaskan, betapa keterikatan atau sempit dengan satu-satu pendapat tanpa melihat kepada dalil dan logik akan menjadikan kita tidak ilmiah, bahkan boleh menyanggahi sifat Islam yang suka kemudahan untuk umatnya.
Umpamanya, ada yang memberitahu saya bimbang makan dari bekas hidangan bukan Muslim, kalau-kalau pernah terkena khinzir dan belum dibasuh tujuh kali serta air tanah.
Saya katakan, pertama; kita tidak patut mengandaikan perkara yang kita tidak nampak. Kedua; pendapat yang mewajibkan membasuh kesan khinzir dengan air tanah hanya pendapat mazhab.
Sedangkan majoriti ulama berpendapat memadai dibasuh dengan air tanpa memerlukan tanah. Apa yang penting hilang kesannya. Tidak ada dalil pun yang menyatakan khindir wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan termasuk air tanah.
Pendapat ini disokong oleh tokoh besar Mazhab al-Syafie sendiri -walaupun berbeza dengan mazhabnya- iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) yang banyak mensyarahkan mazhab tersebut dan diterima pakai banyak karyanya di Nusantara ini.
Kata Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi'i (meninggal 780H):
"Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali. Inilah pendapat yang paling sah dalam Mazhab al-Syafi'i. Kata al-Nawawi: Yang lebih tepat dari segi dalil memadai membasuh kesan khinzir sebanyak sekali tanpa tanah.
"Inilah pendapat kebanyakan ulama dan inilah pendapat yang diterima pakai. Ini kerana asal sesuatu perkara tidak wajib melainkan adanya dalil syarak". (Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi'i, Rahmah al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah, ms 9, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Bagi saya pendapat majoriti ulama ini di samping lebih kuat, ia juga memudahkan kita berurusan dalam hidup terutama bagi yang makan di hotel, kapal terbang, bertandang ke rumah jiran atau kenalan bukan Muslim.
Namun yang menfatwakan supaya diminum air tanah bagi sesiapa yang telah termakan sosej khinzir beberapa tahun lepas, tidak ada akal yang sejahtera yang dapat menyokong hal itu. Apatah lagi dalil syarak.
"Sepatutnya, kenyataan seperti itu jangan disiarkan dalam media. Hanya memalukan umat Islam. Tiada seorang sahabah pun yang masuk Islam, lalu baginda Nabi SAW memerintah dia meminum air tanah. Bersikap terbukalah kita dengan mendengar dalil orang lain. Islam dengan tafsiran yang sempit sukar untuk dipasarkan kepada umat moden.
sumber: Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Malaysiakini)