Friday, January 3, 2014

MUHAMMAD PASTI MENGGUNAKAN MIKROSKOP!





DR. Keith L. Moore MSc, PhD, FIAC, FSRM adalah Presiden AACA (American Association of Clinical Anatomi ) antara tahun 1989 dan 1991. Ia menjadi terkenal kerana literaturnya tentang mata pelajaran Anatomi dan Embriologi dengan puluhan kedudukan dan gelaran kehormatan dalam bidang sains.

BAHAYANYA BIDAAH KEPADA ISLAM



Oleh: Ust. Abid Annuriy

SESETENGAH penghafaz hadis mentakrifkan bidaah sebagai perkara yang menyalahi al-Quran, sunnah atau ijmak Salaf dalam kepercayaan dan ibadat, seperti keyakinan khawarij, rawafidh, qadariyyah, jahmiyyah dan seperti orang-orang yang beribadah dengan tarian, nyanyian di masjid-masjid, juga seperti orang-orang yang beribadah dengan mencukur janggut, makan ganja atau lalang, dan lain-lain yang menyalahi al-Quran dan sunnah.

Bidaah mendapat perhatian besar ulama Islam kerana ia adalah satu bentuk syirik, menyamai sifat Tuhan dalam mencipta agama (yakni seolah-olah agama ALLAH belum sempurna).

ADAKAH NABI MASIH HIDUP?


Adakah Nabi masih hidup?
Oleh : Dr. Fathul Bari Mat Jahya

DALAM hadis perpecahan umat, Rasulullah SAW mengkhabarkan umat Islam akan terpecah kepada 73 golongan. Semuanya akan singgah ke neraka kecuali hanya satu terselamat dari neraka dan terus masuk ke syurga, iaitu golongan yang mengikuti jalan Nabi dan sahabat.

Ini menjadi petunjuk tidak semua umat Islam akhir zaman ini berada di atas jalan benar. Zaman ini begitu jauh dari zaman Nubuwwah dan pelbagai kefahaman serta tokok tambah meresapi ajaran Islam yang asal.

Thursday, January 2, 2014

PATUTKAH POLITIK DICAMPUR AGAMA?




Oleh:
Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Semalam ada pihak yang bertanya saya tentang mereka yang memakai kasut semasa solat.
Soalan itu merujuk kepada kumpulan anak-anak muda yang membantah kenaikan harga barang yang bersolat dalam keadaan memakai kasut di tempat mereka berkumpul. Ada pula yang cuba menyatakan solat itu tidak sah, bahkan ada yang menyatakan itu seperti menghina solat.

Wednesday, January 1, 2014

5 ‘AMALAN BID’AH TERHADAP JENAZAH DI SISI MAZHAB ASY-SYAFI’I (YANG SERING DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU)



Oleh: Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Ada beberapa amalan di dalam masyarakat kita, yang selalu dilakukan dan sudah menjadi adat (yang bukan dari syarak) apabila ada sesuatu kematian. Kita masih mempercayainya bahawa ia adalah amalan yang baik dan patut dilakukan. Tetapi sebenarnya tiada didalam amalan para salfussolaeh terdahulu. Antaranya:

KESESATAN AKIDAH GLOBAL IKHWAN (UMMU JAH)



Mereka masih mempercayai Asaari al Kazaab hanya ghaib!

Antara perkara besar yang menjadi faktor penyelewengan akidah dalam Jemaah Aurad Muhammadiah (Rufaqa, kini Global Ikhwan) adalah pengamalan istighathah (is-ti-gha-thah). Istighathah adalah sesuatu yang berbeza dengan tawasul dan kajian mendapati Asaari dan pengikutnya telah terkeliru dan salah tafsir konsep tawasul. Mereka menyangka mereka bertawasul dan berkeras mempertahankannya. Sedangkan, pengamalan mereka itu sebenarnya adalah istighathah.

Bagi membincangkan isu ini, kami menukilkan pendapat ulama Ahli Sunnah dari kalangan Khalaf dan Salaf sebagai satu bukti bahawa seluruh ulama menentang kesesatan akidah.

Tuesday, December 31, 2013

KEUTAMAAN SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT DAN HUKUM MENYEBAR HADIS PALSU

Hadis ke-1387:
(Kitab Riadhussolihin)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرو بْنِ الْعَاصِ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


“Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempat duduknya di Neraka.” (Riwayat Al-Bukhari)

HABIB MENDAKWA KETURUNAN RASULULLAH



Dijawab oleh: Syaikh Dr. Amin Al-Sa’di, Pensyarah di Jabatan Akidah, Uni. Islam Madinah, Arab Saudi

Diterjemah oleh: Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman




Soalan:
Para pengikut ajaran-ajaran majlis-majlis habib khususnya di Malaysia berbangga dengan mengangkat habib yakni guru-guru mereka sebagai keturunan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Apakah ini mempunyai persamaan dengan Syiah?


APAKAH SEBENARNYA WAHABI?




Kaum sufi berdoa  kepada orang mati.


Oleh: Ust. Idris Sulaiman

Soalan: Benarkah wahabi tidak sesat?

Jawapan:

Kena tahu apa itu Wahabi dululah. Kalau Wahabi maksudnya hantu, hantu memang syaitan dan syaitan memang sesat. Jadi kena tahu apa itu Wahabi.

Monday, December 30, 2013

BERKENAAN BERDOA KEPADA WALI (YG TELAH MENINGGAL)




Suatu ketika,
penulis berbincang-bincang dengan seorang ustadz di kampung. Perbincangan sampai kepada masalah ‘ritual manaqib’ dan permasalahan-permasalahan yang ada di dalamnya. Dia bercerita bahwa salah seorang tokoh Manaqib mengatakan bahwa jika seseorang meminta kepada Allah dengan cara bertawasul kepada Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani, ini adalah tawasul kelas TK! Tawasul (baca: istighatsah[minta tolong]) yang tingkat tinggi adalah langsung meminta kepada Syaikh Abdul Qadir tanpa Allah.


Sampai di sini saya terperanjat. SI ustadz itu juga bingung. Ketika bertanya-tanya tentang masalah ini, saya mendapat khabar bahwa banyak yang memiliki pemahaman seperti ini. Yaitu meminta tolong kepada mayat secara langsung adalah bentuk tawasul yang top.

BEGINILAH SEHARUSNYA SIKAP SEORANG SALAFI (ASWJ)





Sebagian orang berpandangan bahwasanya dakwah Salafiyah atau Ahlus Sunnah wal Jama’ah di negeri kita ini terkesan sebagai dakwahnya orang-orang yang gemar buat kacau/bikin ribut  dan tidak pernah akur, bahkan di antara sesama mereka sendiri. Mereka saling menjatuhkan. Kelompok yang satu mencela dan mendiskreditkan kelompok yang lain. Padahal mereka sama-sama mengaku Salafi (pengikut Sahabat Nabi). Buku-buku mereka pun sama, para ulama yang mereka jadikan rujukan juga sama. Namun ternyata mereka justru saling jatuh-menjatuhkan . Anggapan ini tidaklah seratus persen benar. Akan tetapi itulah sebagian fakta yang ada di dalam pandangan masyarakat.



Saudaraku, kita semua perlu bercermin kembali. Penisbatan kepada Salaf adalah penisbatan yang sangat mulia. Salaf bukanlah sebuah kilang  atau yayasan, yang dengan mudah pihak atasan memecat anak buahnya yang dinilai keras kepala dan suka membantah (suka ngotot dan membantah). Oleh sebab itulah pada kesempatan ini kami ingin menyampaikan sebuah fatwa salah seorang Imam Ahlus Sunnah wal Jama’ah pada masa kini yaitu Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah sebagai pelajaran dan koreksi bagi kita semua. Semoga Allah memberikan taufik kepada kita untuk menggapai apa yang dicintai dan diridhai-Nya.

Pertanyaan:

Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah pernah ditanya, “Apakah karakteristik paling menonjol dari Golongan Yang Selamat (Al Firqah An Najiyah)? Dan apakah adanya kekurangan (yang ada pada diri seseorang) dalam salah satu di antara karakter ini lantas mengeluarkan orang tersebut dari Golongan Yang Selamat?”

APA ITU MANHAJ SALAF?



بسم الله الرحمن الرحيم

Mengapa Harus Bermanhaj Salaf ?

Orang-orang yang hidup pada zaman Nabi adalah generasi terbaik dari umat ini. Mereka telah mendapat pujian langsung dari Allah dan Rasul-Nya sebagai sebaik-baik manusia. Mereka adalah orang-orang yang paling faham agama dan paling baik amalannya sehingga kepada merekalah kita harus merujuk.

Manhaj Salaf, bila ditinjau dari sisi kalimat merupakan gabungan dari dua kata; manhaj dan salaf.
Manhaj dalam bahasa Arab sama dengan minhaj, yang bermakna: Sebuah jalan yang terang lagi mudah. (Tafsir Ibnu Katsir 2/63, Al Mu’jamul Wasith 2/957).