Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun mempunyai harta yang banyak.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman,
“Bukankah aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?”
Nabi Ayub menjawab,
“Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu”.
Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari.
“Carilah anak-anak yatim untuk diberikan sedekah. Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari”.
6. Ikhlaskan pemberian atau sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya.
“Pemberian tangan kanan tanpa diketahui oleh tangan kiri”
Sedekah mulakanlah dengan keluarga sendiri terlebih dahulu. Selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak orang lain.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib iaitu zakat perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.
Ini jelas dalam suran Al-Imran ayat,92:
لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنلَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ
“92.You will not attain unto piety until ye spend of that which ye love . And what ever you spend , Allah is aware thereof”
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat.
“Dunia untuk akhirat dan bukannya dunia untuk dunia”
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan).
Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%).
Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.
Yang satu menyeru,
“Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah”.
Yang satu lagi menyeru,
“Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)”
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.
Dalam hadith lain, nabi bersabda,
“Takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar”.
Dan sabdanya lagi,
“Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api”.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.
Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.
“Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan lagi ilmu itu”
Begitu juga harta.
“Belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui”
Sama samalah kita menyebarkan ilmu agama kerana Allah.
Sumber: http://rahsiasedekah.wordpress.com/2010/06/15/berkat-rezeki-kerana-bersedekah/

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Alhamdulillah wa shalaatu wa salaamu ‘ala Rosulillah wa ‘ala alihi wa shohbihi ajma’in.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
الْمُؤْمِنُ الْقَوِىُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِى كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلاَ تَعْجِزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَىْءٌ فَلاَ تَقُلْ لَوْ أَنِّى فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا. وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

PENDAHULUAN
Kehidupan modern yang materialistik dan hedonistik hanya menekankan aspek-aspek lahiriyah semata, yang mengakibatkan kehidupan manusia mengalami kegersangan spiritual dan dekandensi moral serta stres menjadi fenomena yang lumrah. Pada titik jenuhnya, manusia akan kembali mencari kesegaran rohaniah untuk memenuhi dahaga spiritualnya dan yang menarik bagi mereka adalah kehidupan yang memberikan ketenteraman hati dan kebahagiaan rohani. Oleh kerana itu banyak diantara mereka yang melirik ke dunia mistisisme, Tao, Budhis dan Tasawuf.

Dengan Nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Fanatik atau dalam bahasa arabnya disebut dengan “Ta’ashub” adalah anggapan yang diiringi sikap yang paling benar dan membelanya dengan membabi buta. Benar dan salahnya, wala’ (loyalitas) dan bara’ (benci)-nya diukur dan didasarkan keperpihakan pada golongan. Fanatik ini boleh terjadi antara kelompok, organisasi, dan madzhab, individu, negara dan sebagainya.
Adapun taklid adalah mengikuti pendapat orang lain tanpa mengetahui dasar dalil atau hujjahnya.(Mudzakkiroh Ushul Fiqih hlm. 490 oleh asy-Syinqithi).
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Khusyuk Solat
.
Khusyuk dalam solat itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Allah Ta‘ala menggelar mereka sebagai orang mukmin yang berjaya. Allah Ta‘ala berfirman:

Zaman yang sedang kita jalani dewasa ini merupakan zaman sarat fitnah. Banyak pesan Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam mengenai fitnah di akhir zaman yang sangat cocok menggambarkan zaman yang sedang kita lalui saat ini. Inilah zaman ketika giliran kemenangan di dunia bukan berada di pihak ummat Islam. Ini merupakan zaman di mana Allah subhaanahu wa ta’aala menguji orang-orang beriman. Siapa di antara mereka yang mengekor kepada orang-orang kafir, siapa di antara mereka yang emas imannya dan bahkan rela berjihad di jalan Allah subhaanahu wa ta’aala hingga meraih kemuliaan mati syahid.

Sihir secara bahasa berarti ungkapan tentang suatu perkara yang disebabkan oleh sesuatu yang samar dan lembut
Pembaca rahimakumullah,
sihir itu ada hakIkatnya dan terjadi dengan sebenarnya. Akan tetapi segala sesuatu tidak akan terjadi kecuali dengan izin Allah ‘azza wa jalla dan ini merupakan aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang didasarkan pada Al Qur`an dan Al Hadits sesuai dengan pemahaman Salaful Ummah (pendahulu umat ini). Berkata Abu Muhammad Al Maqdisi rahimahullah di dalam Al Kaafi setelah menyebutkan ayat (yang artinya):
“…dan dari kejelekan hembusan-hembusan para tukang sihir pada buhul-buhul”. (Al Falaq : 4)

Bashrah, sebuah kota di negeri Iraq, merupakan tempat kelahiran pertama bagi Tasawuf dan Sufi. Yang mana (di masa tabi’in) sebagian dari ahli ibadah Bashrah mulai berlebihan dalam
beribadah, zuhud dan wara’ terhadap dunia (dengan cara yang belum pernah dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam), hingga akhirnya mereka memilih untuk mengenakan pakaian yang terbuat dari bulu domba (Shuuf).

Surah ini Makkiyah, terdiri dari 4 ayat. Merupakan surah tauhid dan pensucian nama Allah Taala. Ia merupakan prinsip pertama dan pilar utama Islam. Oleh kerana itu pahala membaca surah ini disejajarkan dengan sepertiga Al-Qur’an. Kerana ada tiga prinsip umum:
tauhid, penerapan hudud dan perbuatan hamba,
serta disebutkan dahsyatnya hari Kiamat. Ini tidaklah menghairankan bagi orang yang diberi karunia untuk membacanya dengan tadabbur dan pemahaman, hingga pahalanya disamakan dengan orang membaca sepertiga Al-Qur’an.
1. Fokus sebelum mempelbagaikan perniagaan.
Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan
supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita
boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.

Oleh
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas
Termasuk iman kepada Allah adalah iman kepada apa yang diturunkan Allah Azza wa Jalla dalam Al-Qur-an yang telah diriwayatkan secara mutawatir dari Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam serta yang telah disepakati oleh generasi pertama dari ummat ini (para Sahabat Radhiyallahu anhum) bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala berada di atas semua langit[1], bersemayam di atas ‘Arsy[3], Mahatinggi di atas segala makhluk-Nya, Allah tetap bersama mereka dimana saja mereka berada, yaitu Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

Manusia yang dikasihi Allah adalah orang yang meninggalkan sifat dan perbuatan yang dibenci oleh Allah dan selalu mengamalkan perbuatan dan sifat yang dikasihi Allah. Dari Al-Quran dan hadis dapatlah dipetik beberapa golongan manusia yang dimurkai oleh Allah: