Saturday, December 5, 2015

Taubat Seorang Artis Dan Penari Terkenal Mesir, Haalah ash-Shaafy

    Image result for jalan pulang

   Di Malaysia ku khususnya, dan negara jiran seperti Indonesia, masih ramai mereka yang digelar artis, yang menghabiskan waktunya dalam kebencian Allah. Ada seorang artis Mesir yang telah diberi hidayah oleh Allah untuk kembali kepangkal jalan. Ikuti kisahnya:


Seo
rang artis terkenal yang juga penari, Haalah ash-Shaafy menceritakan kisah kenapa ia meninggalkan kariernya di dunia seni dan memilih untuk bertaubat serta bagaimana ketenangan jiwa yang ia rasakan ketika kembali ke rumahnya dan ke kehidupannya. Dengan gaya bahasa yang amat menyentuh, ia menceritakannya dalam sebuah wawancara di salah sebuah majalah,

Monday, May 25, 2015

AMALAN YANG TERTOLAK




Dari Ummul Mukminin Ummu Abdillah ‘Aisyah radhiyallahu’anha beliau berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang mengada-adakan suatu perkara di dalam urusan [agama] kami ini yang bukan berasal darinya, maka ia pasti tertolak.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Monday, April 20, 2015

HUKUM ZIKIR SAMBIL MENARI



Mukadimah

Isu ini hangat diperkatakan oleh semua pihak. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Facebook kami, kami mahu membincangkannya secara khusus seperti yang telah dijanjikan. Bersama dengan isu ini, banyak tajuk berkaitan yang lain dan kami tidaklah membincangkannya kecuali tajuk ini sahaja supaya ia lebih terfokus dan sampai kepada sasaran. Justeru, Bayan Linnas pada kali ini kami namakan dengan Penjelasan Berhubung Hukum Zikir Menari.

Thursday, February 19, 2015

APAKAH TAWASSUL DAN HUKUMNYA





TAWASSUL

Dalam kehidupan seharian kita, dua perkara terpenting yang wajib kita titik beratkan adalah ibadat dan doa, kerana dua perkara inilah yang menjadi tunjang utama bagi kebahagian kita di dunia dan juga di akhirat. Kehidupan kita seharian pun sebenarnya berlegar antara dua perkara ini: ibadat dan doa. Kepentingan ibadat dan doa ini Allah zahirkan melalui intipati surat Al-Fatihah, iaitu ayat kelima yang juga merupakan ayat terpenting di dalam surah ini.



Iyyaka Na’budu Waiyyaka Nasta’in


إِيَّاكَ نَعْبُدُ

"Hanya kepada Engkaulah kami sembah"

وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

"dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan."

Monday, February 16, 2015

10 AMALAN YANG AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA!

Semua orang mahu berubah menjadi baik, tapi mungkin tak tau jalan mana harus diikut. Nah ! Ini saya tunjukkan jalan yang akan mengubah hidup anda kelak......

1) Berusahalah untuk bertahajjud (kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya). Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis:

Tuesday, January 20, 2015

KISAH WANITA TUA DAN SESEKOR KUCING





Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.


Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Wednesday, December 24, 2014

KEBAIKAN YANG MUNGKIN MEMBAWA KE NERAKA




Oleh: Dr. MAZA

DOSA membawa insan ke neraka. Perbuatan baik pula membawa insan ke syurga. Itulah hasil yang sepatutnya. Dosa adalah perbuatan salah yang dimurkai ALLAH SWT. Kebaikan adalah perbuatan baik yang disukai ALLAH.

Pun begitu dalam kehidupan insan tidak mustahil untuk dosa menyebabkan seseorang itu mendampingi ALLAH sehingga membawanya ke syurga. Juga tidak mustahil kebaikan membuatkan seseorang melupai ALLAH sehingga membawa pengamalnya ke neraka.

Tuesday, October 28, 2014

11 AMALAN BID'AH DI BULAN MUHARRAM





Berikut adalah beberapa amalan bid’ah (tidak ada tuntunan) yang ada di bulan Muharram yang masih laris manis di tengah-tengah kaum muslimin di tanah air.


Pertama: Keyakinan bahwa bulan Muharram bulan keramat

Keyakinan semacam ini masih bercokol pada sebagian masyarakat. Atas dasar keyakinan ala jahiliyyah inilah banyak di kalangan masyarakat yang enggan menikahkan putrinya pada bulan ini karena alasan akan membawa sial dan kegagalan dalam berumah tangga[1]!!. Ketahuilah saudaraku, hal ini adalah keyakinan jahiliyyah yang telah dibatalkan oleh Islam. Kesialan tidak ada sangkut pautnya dengan bulan, baik Muharram, Shafar atau bulan-bulan lainnya.

Friday, October 24, 2014

NASIHAT KEPADA IBU-BAPA YANG SUKA MARAH-MARAH


.
Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.
.
1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
.
2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

Saturday, August 16, 2014

Wajah Sebenar ISIS Terbongkar!






Bendera ISIL




Nama ISIS atau ISIL tetiba popular dan menjadi sebutan harian media apabila mereka didakwa menakluk Mosul pada 10 Jun 2014. ISIL (Islamic State in Iraq and Lavent) atau juga dikenali sebagai ISIS (Islamic State in Iraq and Syria). Dua istilah ini terjadi apabila diterjemahkan dari nama Arabnya “al-Dawlah al-Islāmīyah fī al-ʻIrāq wa-al-Shām”. Syams secara mudahnya diterjemahkan kepada Syria tetapi secara sejarahnya meliputi Syria, Jordan, Lebanon bahkan Palestin. Sebelum terbentuknya Negara-negara tersebut selepas Perang Dunia Pertama, kawasan ini dikenali sebagai Levant atau Mediterranean Timur.

Saturday, August 2, 2014

SEBAHAGIAN DARIPADA KISAH-KISAH LUAR BIASA DI GAZA...





Perang Hari ke-22


Sebahagian kisah di medan perang diceritakan oleh sebahagian para pejuang Palestin ketika bertempur di barisan hadapan selama 22 hari pertempuran darat.


Kisah Komando 1

Skuad khas komando Briged Izzuddin Al-Qassam ketika ditugaskan menyerang tentera penjajah Israel di pinggir Bandar Gaza, mereka menunggu masa untuk menyerang di dalam sebuah lubang, namun pintu lubang tersebut dijadikan tempat parking segerombolan kereta kebal tentera penjajah Israel(tanpa mereka sedari kewujudan pejuang di bawahnya). 4 orang komando yang terperangkap berpuasa selama 10 hari tanpa minuman dan makanan serta bertahan menunggu kereta kebal tersebut beredar supaya mereka dapat keluar, akhirnya mereka berjaya keluar selepas hari yang ke 10.

Wednesday, July 30, 2014

10 KESILAPAN BESAR ISTERI TERHADAP SUAMI...




Rumahtangga adalah satu bentuk hubungan mesra diantara seorang lelaki dan wanita sebagai suami dan isteri dalam perjalanan menuju kebahagiaan dalam kehidupan dan untuk mendapatkan redha Allah.

Tetapi ramai yang tidak menyedari akan beberapa perkara yang merupakan satu kesilapan besar dilakukan oleh isteri terhadap suami mereka. Iaitu:

1. Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna
Sebelum menikah, seorang wanita membayangkan pernikahan yang begitu indah, kehidupan yang sangat romantis sebagaimana ia baca dalam novel mahupun ia saksikan dalam drama sinetron.