Tuesday, August 20, 2013

Kedahsyatan Pembunuhan di Medan Rabiatul Adawiya




Oleh : Dr Hafidzi Mohd Noor

Lebih 2,200 rakyat Mesir terbunuh syahid dan 10,000 cedera dalam satu hari di Rabiah dan beberapa tempat lain.

Untuk mendapat gambaran betapa dahsyatnya pembunuhan di Rabiah, saya nak bandingkan dengan Omaha beach, France pada 6 Jun 1944 dalam operasi D-Day Perang Dunia ke dua. Bilangan tentera US yang terbunuh dan cedera di sepanjang pantai Omaha pada 6 Jun itu ialah lebih kurang 3,000 orang. Tentera Jerman yang terkorban dalam lingkungan 1200 orang. Untuk mendapat gambaran yang agak baik tentang landings di Omaha ini boleh tonton Savings Private Ryan.

Dan jangan lupa apa yang berlaku di Omaha ialah pertempuran. Di mana 43,000 tentera Amerika yang mendarat berdepan dengan 7000 tentera Jerman dengan 85 machine gun points (MG 42 yang memuntahkan peluru pada kadar 1,200 butir seminit) dan lain-lain senjata berat. Kedua-dua pihak bersenjata dan mempunyai peluang untuk menyerang dan melawan.


Jumlah kematian dan kecederaan yang dialami di medan Rabiah adalah 4 kali ganda kematian tentera US di Omaha dalam sehari. Ini menunjukkan betapa dahsyatnya pembantaian ke atas rakyat Mesir. Dan ingat ini adalah pembantaian bukan pertempuran.

Anda boleh bayangkan mereka yang berada di medan Rabiah menjadi sasaran peluru sniper yang menembak dari tempat-tempat yang secure dan selamat. Di samping di hambur dengan peluru machine gun di jalan-jalan. Sedang senjata untuk mempertahankan diri tiada di tangan. Sekiranya anda berada di medan perang, anda ada harapan untuk mempertahankan diri secara anak jantan walaupun anda di hujani peluru yang bersimpang siur. Tetapi di medan Rabiah anda adalah 'sitting duck', hapless dan hanya menunggu peluru yang datang singgah dari arah yang tidak diketahui dan pembunuh yang tidak kelihatan.

Sebab itu veteran Omaha dan D-Day layak dinobat sebagai pahlawan (heroes) tetapi tentera Mesir yang terlibat dalam operasi Rabaah adalah pembunuh-pembunuh pengecut yang tidak layak dilahirkan sebagai lelaki. Kalau mereka punya maruah, mereka tidak akan muncul di khalayak kerana merasa malu yang amat. Hiduplah kamu dalam penuh kehinaan sebelum kamu pulang kepada Tuhan kamu dengan kehinaan bertimpa-timpa untuk dicampak ke dalam api neraka buat selama-lamanya (maksud hadis).

Sumber : Dr Hafidzi Mohd Noor
‪#‎mesirkini‬
‪#‎R4BIA‬

No comments:

Post a Comment