Wednesday, February 12, 2014

6 RAHSIA KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA..





     Sebagaimana masalah matematik mempunyai jalan penyelesaiannya dengan mengikuti formula-formula yang tertentu, maka masalah kebahagiaan rumahtangga juga ada formula tertentu yang perlu kita ikuti bagi mencapai maksud dan tujuan tersebut. Inilah sebahagian ciri-ciri yang perlu kita ambil kira:


(1) Kejujuran
      Faktor ini adalah merupakan aspek penting di dalam sesuatu kebahagiaan hubungan rumah tangga. Pada kebiasaannya, pasangan yang berasa teraniaya atau dianiaya akan menyimpan dendam dalam setiap penipuan yang telah dilakukan. Masalah ini akan berbalas-balas sehingga menjadi punca keretakan di dalam sesuatu hubungan.

(2) Hormat
      Semua manusia yang hidup di muka bumi ini suka apabila diri mereka dihormati. Begitu juga dalam hubungan rumah tangga, suami menghormati isteri, dan isteri pula menghormati suami. Selagi perasaan hormat-menghormati ini menebal dalam diri, pasti tiada masalah untuk sesuatu pasangan untuk mengekalkan kebahagiaan mereka.

(3) Cinta
Apabila menyebut soal cinta, ia adalah satu perkara yang subjektif yang sukar untuk diterjemahkan. Cinta juga mungkin boleh disamaertikan dengan pengorbanan. Sekiranya anda betul-betul mencintai pasangan, sudah pasti anda akan sanggup untuk berkorban demi kebahagiaan mereka. Kebahagian yang pasangan anda miliki pula akan menjadi kebahagian untuk diri anda.


(4) Sabar
      Sifat pemarah adalah merupakan faktor utama yang menjadi punca dalam keretakan sesuatu hubungan. Anda perlu belajar untuk bersabar. Lakukan sesuatu dengan pertimbangan yang waras dan bukannya  dipengaruhi oleh emosi.


(5) Komunikasi
      Pasti anda semua menyetujui jika kami menyatakan bahawa lebih banyak mendengar adalah lebih baik berbanding lebih banyak bercakap. Berikan sepenuh perhatian apabila pasangan anda meluahkan perasaan untuk mereka merasakan diri mereka dihargai. Seseorang yang merasakan diri mereka dihargai akan tahu untuk menghargai orang lain.


(6) Memahami
      Apabila isteri anda seorang yang pemarah, anda perlu banyak bersabar. Bukannya anda juga turut serta untuk berasa marah. Apabila anda sudah memahami pasangan anda, ia juga bermakna anda akan mampu untuk bertolak ansur terhadap pasangan dalam apa jua situasi sekalipun. Tolak ansur juga penting dalam kebahagiaan rumah tangga.


sumber: https://www.facebook.com/peguamsyariah/posts/603160609701976

No comments:

Post a Comment