Thursday, July 18, 2013

IBADAH DAN LAPANG DADA





Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

"Wahai anak Adam! Luangkan dirimu untuk beribadat, nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan, dan Aku menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya Aku membuatkan diri kamu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiran kamu." (Riwayat al-Tirmizi)

     Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa mencari rezeki yang halal, disamping itu ia tetap melakukan amal ibadah samada yang wajib atau yang sunat. Apabila mereka mendapat rezeki mereka tahu dan sedar bahawa ianya datang dari Allah. Lalu mereka bersyukur dan hati mereka lapang kerana kelapangan itu didatangkan oleh Allah.

      Manakala mereka yang tidak mahu mengerjakan ibadat yang wajib apalagi yang sunat, maka mereka kehilangan fokus terhadap rezeki yang dikurniakan Allah. Mereka lalai dari bersyukur, lupa untuk berterimakasih, lalu Allah sempitkan dadanya dengan keresahan dan tak sudah2 mengejar kekayaan. Maka jadilah ia seperti orang yang fakir yang sentiasa rasa tidak mencukupi. Lalu hilanglah rasa lapang di dalam hatinya dan sentiasa kelihatan resah dan gelisah.

        Maka sebaik2 orang mukmin itu adalah yang kaya hatinya dan kaya tangannya. Ia tak lupa mengerjakan ibadah walaupun wang dan harta ada disekelilingnya. Ia sentiasa bersyukur dengan menginfakkan hartanya dijalan Allah. Berwakaf, bersedekah dan berderma. Maka Allah lapangkan hidupnya di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment