Thursday, January 12, 2012
40 Nasihat Saidina Ali ibn Abi Talib k.w
Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.
1. Pendapat seorang tua (yg taqwa dan berhikmah) adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda
2.Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran
3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging
4.Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan
menjadi miskin
5.Jagalah ibubapa kamu,nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu
6.Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai
kepercayaan terhadap Allah
7.Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil (yang menguntungkan) dari seorang yang bakhil
8.Seorang yang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang yang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan
9.Ilmu adalah lebih baikdaripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai , sedangkan ilmu menjaga kamu.
10.Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam
12.Mengajar adalah belajar
13.Berkhairat lah mengikut kemampuan mu dan jangan lah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin
14.Insan terbahagi kepada 3 :
a. mereka yang mengenal Allah
b. mereka yang mencari kebenaran
c. mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing
15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah
16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah
17.Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain
18.Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya
19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati
20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.
21.Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas
22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya
23.Seorang yang membantu adalah sayap bagi seorang yang meminta
24.Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas
kehilangan hartanya
25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya
26.Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat
27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran
28.Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba
29.Orang yang dengki, marah kepada orang tidak berdosa
30.Penuh harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan
31.Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan
32.Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat
33.Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar
34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan
35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah
36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang
dikatakannya
37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.
38.Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan
39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya
40.Jika kamu telah menguasai musuhmu,maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment