Monday, January 2, 2012

Meninggalkan Solat Jemaah, Meninggalkan Sunnah

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MELAKSANAKAN SOLAT JEMAAH.

Muslim yang baik cuba sedaya upaya untuk solat berjemaah di Masjid walau di manapun dia berada, kerana Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Jika seorang muslim itu berwuduk dengan sempurna, kemudian keluar dengan niat untuk solat di Masjid,maka setiap langkah yang diambilnya, akan ditinggikan kedudukannya dalam syurga dengan satu tingkatan dan dihapus dosa-dosanya.

Bila dia solat, malaikat sentiasa mendoakannya :

‘Ya Allah, rahmatilah dia, kasihanilah dia’selagi dia tetap berada di tempat solatnya dan wudhuknya masih ada, dia dikira sedang solat sepanjang menanti waktu solat tiba’.(H.R. Bukhari Muslim)

Rasulullah s.a.w. menjanjikan syurga kepada orang yang suka solat berjemaah di Masjid pada waktu pagi dan malam. Baginda bersabda : ‘ Allah akan mnyediakan sebuah tempat di Syurga untuk orang yang pergi Masjid di waktu pagi dan malam, setiap kali dia pergi masjid’. (H.R Bukhari Muslim).

Para sahabat selalu menghadiri solat berjemaah di Masjid.
Mengenai hal ini Abdullah bin Mas’ud r.a berkata :
‘Sesiapa ingin bertemu Allah sebagai seorang Muslim, maka hendaklah dia tetap ke Masjid bila sampai waktu solat. Allah telah menunjukkan jalan yang lurus kepda Nabimu, dan solat ini ( di Masjid) adalah sebahagian daripadanya. Sekiranya kamu solat di rumah-rumah kamu seperti orang ini yang solat di rumahnya, maka kamu telah meninggalkan sunnah Nabimu, maka kau telah SESAT.

Telah ada masa apabila hanya orang munafik yang solat di rumahnya. Pada masa itu, seorang lelaki dipimpin oleh dua sehingga dia berdiri dalam saf’. (H.R. Muslim).

Rasulullah s.a.w. sangat memberi perhatian terhadap pentingnya solat berjemaah di Masjid sehingga Baginda mahu membakar rumah-rumah mereka yang enggan ke Masjid.

‘ Demi Dia yang jiwaku berada di dalam genggaman-Nya, aku ingin menyuruh supaya dikumpulkan kayu api dan dibawa kepadaku, lalu menyuruh supaya azan, kemudian menyuruh aku menyuruh seseorang menjadi Imam, maka aku pergi ke rumah orang-orang yagn enggan datang berjemaah lalu aku bakar rumah-rumah mereka.(H.R. Bukhari Muslim).

Para sahabat tidak pernah menjadikan jauh tempat tinggal mereka sebagai alas an untuk tidak berjemaah di Masjid. Mereka tetap datang apabila mendengar seruan azan, tidak kira berapa jauh pun jarak rumah mereka dari Masjid. Solat berjemaah sangat disukai mereka sehingga mereka gembira dengan jarak jauh antara rumah mereka dengan Masjid yang terdekat. Kerana hal itu dicatit sebagai amalan yang memberi ganjaran pahala yang besar.

Ubay bin Ka’ab berkata :
‘ seorang lelaki Ansar yang yang rumahnya agak jauh dari Masjid berbanding rumah orang lain yang aku tahu, tetapi dia tidak pernah tinggal solat berjemaah. Seseorang bertanya kepadanya :’ ‘ Mengapa kamu tidak membeli keldai untuk ditunggangi bila malam atau ketika cuaca sangat panas?’ Dia menjawab : ‘Aku tidak suka rumahku bersebelahan dengan Masjid, kerana aku mahu berjalan kaki semasa pergi dan pulang agar dicatit sebagai perbuatan yang mulia’. Rasulullah s.a.w bersabda : ‘Allah telah memberi kamu pahala untuk hal itu’.

Oleh itu , dengan sekuat hati saya mengajak diri saya dan saudaraku sesama muslim supaya bersegera mendirikan solat berjemaah di mana sahaja azan dilaungkan demi mematuhi saranan Nabi kita s.a w yang sangat2 menuntut supaya kita mendirikan solat secara berjemaah. Apabila kita lulus dalam hal ini maka Allah akan permudahkan dalam hal yang lain. Insya Allah..

Wassalam.

No comments:

Post a Comment