Sunday, January 15, 2012

Kelebihan Sedekah:




1. Hadith daripada Abu Hurairah ra, katanya : Aku dengar Rasulullah saw bersabda : “Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir.” Kata seorang sahabat : Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir : Jawab Nabi : “ Bahawa mereka adalah makhluk Allah, sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman.”

2.                      Malaikat berseru : Hai Tuhanku! Segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yang enggan ( bakhil ) bersedekah hartanya .                              (Al-Hadith)

3.                      Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan sedekah berterang-terangan itu pengadang neraka.                                  (Al-Hadith)

4.                      Kata ulama : Sedekah itu 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .

·    Lima di dunia

-       Mencucikan hartanya
-       Mencucikan badannya
-       Menolak bala dan penyakit
-       Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
-       Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .

·    Lima di akhirat :

-       Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
-       Ringan hisabnya
-       Berat timbangannya (amalan) di akhirat
-       Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
-       Bertambah darjatnya di dalam syurga

5.                        Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan 
                            (al hadith)


6.                       Takutlah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma, kiranya tidak berupaya, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik (menjadi sedekah juga bagimu )                        (Al-Hadith)

7.                            Bersedekahlah kamu ke atas dirimu dan atas orang yang mati daripada kamu walaupun dengan semangkuk air.  Kalau tiada berkemampuan, bacalah satu ayat Kitab Allah, kalau tidak tahu membacanya, maka berdoalah kamu kepada mereka dengan minta diampuni dan dirahmati Allah kepada mereka .

8.                            Jangan menghinakan berbuat kebajikan (sedekah) walau sedikit sekalipun.  Bersedekahlah pada awal-awal hari, kerana bala itu tiada melangkah ia akan sedekah.  Apabila datang peminta sedekah kepadamu, janganlah ditolak akannya dengan jahat walaupun sedikitpun.  Berbahasalah dengan manis muka.  Jangan mencaci dan menengking kepada peminta sedekah, kerana dosamu menyakiti hatinya lebih besar dosanya daripada pahala sedekahmu itu separuh daripada hartamu.  Dan jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu, kerana kadang-kadang yang datang kepadamu itu bukan manusia, hanya jin hendak melihat betapa kamu lakukan pada barang yang diberi Allah daripada nikmatNya (rezeki) kepadamu .

9.                          Barangsiapa menengking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh Malaikat pada hari Qiamat .                                   (Al-Hadith)

10.              Maskahwin bidadari itu (sedekah) segenggam buah kurma dan sebelah roti .           (Al-Hadith)

11.              Tiada kurang harta dari sedekahnya itu. (Di dunia ditambah berkat hartanya dan menolak bala, di akhirat diberi pahala, diampun dosanya dan dikurniakan Syurga )                       (Al-Hadith)

12.              Sabda Nabi saw :
.
“ Sedekah itu adalah sesuatu yang amat besar.”diulangi oleh Nabi  tiga kali .(Begitu sekali Nabi menekan kebesaran kelebihan bersedekah )

13.              Sedekah menolak bala dan memanjangkan umur                      (Al-Hadith )

14.              Dari sebuah Hadith mengisahkan : Bahawa seorang membuat jamuan (kenduri) maka Allah menyuruh Malaikat datang empat puluh hari sebelum diadakan jamuan.  Malaikat itu merupakan burung putih, dua sayapnya panjang di antara masyriq dan maghrib.  Dia berhenti di pintu rumah, lalu menyeru ahli rumah, lalu dijawab oleh Jibril : Apa maksudmu dengan ahli rumah itu? Maka jawab Malaikat itu : Aku diutus oleh Allah kepada ahli rumah ini untuk menggembirakan mereka bahawa jamuan (kenduri) mereka pada hari…. Inilah rezeki bersamaku dari syurga dan bersama burung itu surat termetri pada mulutnya.  Bertanya Jibril : Surat apakah ini? Jawabnya : Di dalamnya tertulis mereka ahli rumah itu terlepas daripada neraka.  Lalu diambil oleh Jibril surat itu dan dibukanya –tertulis di dalamnya : “ Allahul Wahidul Qahhar melepaskan ahli rumah daripada api neraka .     Bagaimana, adakah menggembirakan engkau? Jawab Jibril : Ya, menggembirakan aku-gembira Jibril dan bercahaya mukanya kerana umat Nabi Muhammad saw terlepas daripada api neraka.  Kata Jibril : Allah utuskan aku, bahawa aku tulis bagi mereka beberapa kebajikan, aku gugurkan mereka beberapa kejahatan, aku angkatkan mereka beberapa darjat sehingga berhenti jamuan itu.  Maka Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang hidup dan yang mati dari ahli rumah itu dan yang hadir dalam jamuan itu .
(dari kitab Raudhul Ulama’)

15.              Orang yang taat kepada Allah dengan lidahnya dan taat kepada ibu bapanya, tetapi bakhil- ia tiada bersedekah, maka ia diazab atas dosa bakhilnya di akhirat.  Dia dimasukkan ke dalam neraka .

16.              Berfaedah sedekah apabila sedekahnya daripada harta yang halal, maka diampunkan dosanya, diberi pahala kepadanya, dilepaskan daripada bala, dilepaskan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.  Apabila ia bersedekah dengan harta yang haram tiadalah apa-apa faedah baginya melainkan azab Allah ke atasnya, kerana memberi yang haram kepada orang. Bersabda Nabi saw :

“ Di dalam neraka jahanam ada sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ disediakan oleh Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta haram.”
                                                                                                               (Al-Hadith )

17.              Telah bersabda Nabi saw :
“ Orang yang memberi makan atau sedekah dengan satu suap daripada yang haram maka Allah akan memberi kepadanya daripada besi yang dihancurkan daripada api neraka jahanam hingga cair seperti air.  Apabila dimakannya putuslah isi perutnya.  Masuk makanan itu daripada mulutnya, keluar daripada duburnya.  Maka berserulah Malik Zabaniah : Inilah balasan orang yang berusaha mendapatkan rezeki yang haram dan memakan ia daripadanya dan bersedekah ia daripadanya.”       (Al-Hadith)

18.              Yang lebih afdal bersedekah ialah barang yang disayanginya.  Firman Allah Taala : “ Tidak kamu peroleh kebajikan sehingga kamu belanjakan (sedekah,hadiah) dari apa yang kamu sayangi .”  (Al Quran)



3 comments: