Thursday, January 19, 2012

PUNCA DAN TIPS KEBAHAGIAAN


Rasulullah bersabda yg bermaksud: 4  perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah,rumah yang luas,jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.(Riwayat Ibnu Hibban)

Semua orang mahukan kehidupan yg sempurna.Kehidupan yg selesa adalah sesuatu bentuk kehidupan yg dialu-alukan oleh Islam,yg memerlukan 4 elemen asas yg penting iaitu:
Wanita yang solehah; iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna. 

Rumah yang  luas; yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak disamping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang. 
Jiran yg baik; kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga,dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah keluarga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain. 

Kenderaan yang selesa; kerana itu akan memberikan kemudahan dalam segala urusan.
Bagaimanapun antara tabiat buruk yg mengancam kebahagiaan hidup adalah sikap berfoya-foya dengan kehidupan mewah,boros harta dan membazir ketika berbelanja.Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain.Mungkin mewah pada suatu ketika dahulu,tidak dianggap mewah pada hari ini,kerana perbezaan masa,suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.
Namun yg penting, bersederhanalah dalam  dalam setiap hal yang di buat.
(Petikan dari majalah NUR)


LAGI TIPS KEBAHAGIAAN:


Untuk membahagiakan kehidupan anda tidaklah sesukar yang difikirkan.   Saya  akan menyenaraikan 12 perkara yang insya Allah dapat membantu untuk meningkatkan rasa kebahagiaan dan membuat hidup anda lebih memuaskan.


1)    Rangkaian sosial atau perhubungan
 adalah cara mudah untuk kebahagiaan hidup anda. Setiap manusia adalah berbeza-beza, terima mereka seadanya, cuba elakkan pertengkaran, perselisihan faham, pergaduhan, permusuhan dan pasti anda akan merasai nikmat kebahagian.  Sesiapa yang dapat membahagiakan orang lain, maka ia akan mendapat kebahagiaan yang sama.

2) Bersyukur
adalah satu sikap yang terpuji. Sekiranya anda sentiasa mempunyai sifat ini, pasti anda tidak akan pernah rasa kesal terhadap apa yang anda miliki sekarang. Ia juga membantu seseorang untuk lebih bersikap positif tanpa banyak memikirkan kekurangan diri masing-masing. Apabila anda bersyukur, pasti bebanan yang anda tanggung dapat dikurangkan dan ini membantu untuk kebahagian hidup anda.


3)Berita
 (akhbar/media masa) boleh memberikan anda tekanan, Fokuskan kepada pencarian maklumat yang berunsur motivasi atau yang tidak melibatkan permasalahan.


4) Agama
 adalah penting untuk pegangan hidup seseorang. Dekatkan diri dengan agama dan pasti anda bahagia.  Ayat suci al Quran adalah kata-kata yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.  Ia adalah kata-kata dari Allah swt. Maka dengan  sentiasa membaca   berterusan akan memberi  ubat, penawar kepada jiwa manusia.


5) Uruskan masa
anda dengan bijak. Masa adalah sesuatu yang bernilai yang tidak mampu dibeli dengan wang, Jangan sia-siakan masa anda. Penuhilah ia dengan perkara yang paling penting dahulu.  Anda tidak akan merasa kerugian jika masa anda telah digunakan dengan sebaik-baiknya.


6) Ketawa
 adalah satu resipi kebahagiaan. Lakukan sesuatu yang mampu membuatkan anda ketawa, janganlah terlalu bersikap serius.  Tetapi bukanlah dengan ketawa berdekah-dekah, kerana ketawa nabi hanyalah  setakat tersenyum sahaja.  Dan Nabi tidak bergurau, kecuali perkara yang benar sahaja.


7) Luahkan perasaan anda, kasih sayang, persahabatan dan semangat kepada orang-orang di sekeliling.


8) Jangan sesekali pendam perasaan marah.
 Cuba luahkannya dengan cara yang betul tanpa menyakiti diri anda sendiri dan orang lain. Marah adalah umpama api yang akan membakar. Jadi hindarilah dengan cara yang dianjurkan oleh nabi kita.


9) Bekerja keras
 memberi kepuasan peribadi. Ia juga mampu memberi keyakinan kepada anda untuk menyelesaikan tugasan yang perlu disiapkan. Apabila anda berkerja keras, pasti anda merasakan bahawa masa amat berharga.


10) Belajar
adalah suatu perkara yang sangat menyeronokkan. Pastikan anda sentiasa belajar mengenai perkara baru pada setiap hari. Jangan sesekali menjadikan faktor umur sebagai alasan untuk anda berhenti belajar, kerana ia bermakna anda menghadkan kebahagiaan diri sendiri.


11) Berlari, berjalan, bersenam, beriadah
 adalah salah satu fungsi tubuh anda dicipta. Jangan sesekali mensia-siakannya. Nikmatilah setiap detik hidup anda. Tubuh yang sihat akan mempengaruhi jiwa anda.


12) Elakkan pendedahan terhadap unsur-unsur negatif
 seperti bunyi bising, kesibukan kerja, dan tempat-tempat yang terlalu ramai orang. Kerana ia akan mengganggu ketenangan hidup anda.  Ini juga termasuk kata-kata yang buruk seperti mengumpat, fitnah dan kata bohong.  Jauhi dari perkara-perkara yang negatif  ini.

No comments:

Post a Comment