Tuesday, July 30, 2013

APAKAH BAYARAN UNTUK MASUK SYURGA? Kisah wali Allah....



Hari ini adalah hari ke 21 bulan Ramadhan. Aku berlegar-legar  di ruangan Fb melihat posting yang berguna untuk dikongsikan bersama. Tiba-tiba terjumpa kisah ini, yang aku kira sangat memberi kesan bagi hati yang mahu  mengambil iktibar. Rupanya bagi hati yang dekat dengan Allah ini, apa  saja petanda yang ada di depannya akan membawa dia kembali kepada Allah.  Walaupun kisah seringkas masuk ketandas ini:


Suatu hari seorang wali Allah ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata wali itu pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Wali menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?"


'Ya , berapakah bayaran yang kita peruntukkan untuk masuk ke syurga Allah? Ia tentulah mahal yang tak terbayangkan oleh kita. Tapi ianya bukanlah berbentuk wang, tapi amal ibadah dan jariah kita . Namun, kalau kita punya wang yang banyak maka ada jalan untuk kita  laburkan wang itu untuk menjadi saham untuk meraih syurga Allah. Iaitulah dengan menginfakkannya kejalan Allah. Maka ia akan menjadi pahala yang akan membawa kepada rahmat Allah. Namun begitu, keikhlasan lah yang akan diperhatikan oleh Allah kelak.
Semoga ada menafaatnya....

No comments:

Post a Comment