Wednesday, July 10, 2013

PEMBUHUNAN KEJAM TANPA PERI KEMANUSIAAN TENTERA MESIR




Dalam kejadian
pembunuhan penyokong Morsi di hadapan Bangunan Pengawal Republik waktu subuh semalam juga, turut menyaksikan terdapat ramai tentera yang tidak sanggup bersekongkol dengan Al-Sisi.

Difahamkan mereka enggan melepaskan tembakan ke arah penyokong Morsi walaupun diarah berbuat demikian oleh pihak atasan tentera.


Bagaimanapun mereka kemudiannya dilaporkan ditangkap dan dibunuh kerana ingkar kepada arahan pegawai atasan tersebut.

Antara tentera yang dilaporkan dibunuh oleh pegawai tinggi mereka termasuk Subhi Mohammed Ibrahim El-Bahrawi yang baru berusia 22 tahun.

Sementara itu, beberapa negara telah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan kudeta Mesir.

Terbaru, Belgium mengumumkan memanggil balik duta besarnya di Kaherah.

Sebelum ini Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataannya sejurus rampasan kuasa berkata, Turki hanya berurusan dengan presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat.

Dalam perkembangan sama, Al-Sisi juga turut menerima tekanan apabila Parti Nur dilaporkan telah menarik diri dari meneruskan kerjasama dengan kerajaan 'haram' yang dilantik pihaknya.

Penarikan dari berkekrjasama itu dinyatakan juruckap rasmi parti itu Nadir Bakkar melalui Twitter semalam.

Parti Nur sebelum ini juga menolak perlantikan Ziyad Bahauddin sebagai Perdana Menteri dan Dr.Mohammed El-Baradei sebagai Naib Presiden seperti diumumkan Presiden sementara Adli Mansour.
Sementara itu menurut Ikhwanonline:

Sumber yang dekat dan dipercayai maklumat rahsia bahawa operasi pembunuhan beramai-ramai "Solat Subuh" di hadapan Kelab Pengawal Republik awal Subuh kelmarin adalah desakan dari kumpulan "Tamarrud".

Menurut sumber berkenaan, kumpulan "Tamarrud" yang meminta askar agar segera meleraikan himpunan menyokong Mursi kerana dilihat ia mampu memberi ancaman kepada kumpulan Tamarrud berdasarkan bilangan yang menyertai himpunan saban hari semakin meningkat.

Untuk makluman, "Tamarrud" merupakan sebuah jawatankuasa kempen bagi mendesak Mursi meletak jawatan dan berusaha mengumpulkan tandatangan rakyat bagi menggulingkan Mursi. "Tamarrud" bermaksud "pemberontakan".-Akhukum Abdul Malik

No comments:

Post a Comment