Tuesday, January 7, 2014
PENGARUH SYIAH DALAM TARIQAT DAN TASAWUF
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah kita dapat dipertemukan oleh Allah dalam ruangan ini. Tajuk ini tidak kurang pentingnya iaitu Pengaruh Syiah Dalam Tasawuf dan Tarekat.
Pada dasarnya kita menerima tasawuf sebagai ajaran nabi berupa akhlak dan ihsan. Tetapi tasawuf sebagaimana fiqh, tauhid dan usul telah diresapi dengan aqidah Syiah. Adapun perkataan tasawuf itu tidak tersebut di mana-mana al-Quran mahupun hadis. Firman Allah:
أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ
Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya". Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar. (Az-Zumar: 3)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
أَلاَ أُنَبِّؤُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ؟ [ثَلاَثًا]، قَالُوْا: قُلْنَا: بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ، قَالَ: اْلإِشْرَاكُ بِاللهِ ...
“Mahukah aku khabarkan kepada kalian tentang dosa besar yang paling besar (3 x)?” Mereka berkata, “Ya, wahai Rasulullah!” Beliau bersabda,” Menyekutukan Allah”.
(Muttafaq Alaih, Al-Bukhari, Hadits no. 2511.)
Adapun dalam perbezaan furuiyyah itu adalah kerana ijtihad ulama berbeza-beza. Tetapi persoalan usul aqidah, perlulah kita memandang ia sebagai serius!
Kononnya orang yang menentang tarekat tasawuf itu wahabi. Saya tidak mengatakan kumpulan wahabi itu sempurna kerana setiap manusia tidaklah sempurna. Mari kita bersihkan dahulu minda kita dengan syarahan saya tentang Tarekat Tasawuf yang telah bercampur baur hingga hilang identiti agama Islam itu sendiri. Berapa banyak yang masih baik dan mengikuti sunnah berbanding yang telah terpesong jauh? Kenapa masih ada ulama dan guru agama mengambil tarekat tasawuf? Sikap masyarakat yang memandang ulama tanpa tarekat itu tidaklah seorang ulama yang hebat menyebabkan ulama mencari tarekat tasawuf untuk dibawa pulang dan disebarkan.
Fahami bahawa tarekat tasawuf tercemar dan keji kerana adanya fahaman dan ajaran asing yang telah menyerap masuk. Tasawuf itu telah dipengaruhi dengan agama Kristian, Hindu, Buddha, Syiah Ismailiah dan Imamiah dan lain-lain lagi.
Antaranya dalam sumber Kitab Tasawuf Ibrahim bin Adham kelihatan lebih kurang sama seperti Buddha hingga ramai ulama salaf beranggapan ianya benar-benar bercirikan agama Buddha atau mungkin Ibrahim bin Adham itu beragama Buddha atau mungkin sejarah Buddha ditiru dan dimasukkan ke dalam Tarekat. Itu belum lagi, dalam Tarekat yang lain, terlalu memuja Nabi Isa dan ia mencerminkan ciri-ciri Kristian.
Banyak lagi yang lain-lainnya tetapi di sini saya ingin fokuskan terhadap pengaruh Syiah.
Pengaruh Syiah Dalam Tarekat Tasawuf
Inilah perangkap dan jerat yang menjerut tarekat tasawuf. Betapa ajaran tasawuf telah terpengaruh dengan fahaman Syiah. Saya huraikan secara ringkas 10 huraiannya iaitu:
1. Jika kita lihat silsilah dan sanadnya tasawuf, memang kita nampak ciri-cirinya datang dari Imam-imam pujaan Syiah.
Ali Ar-Rida - Musa al-Kazim - Ja’far As-Siidq - Muhammad bin Baqir - Imam Zainal Abidin-Ali bin Husain, -Imam Husain bin Ali - Ali bin Abi Thalib. Sanad ini ialah sanad Imamiah.
2. Pemujaan terhadap Sayidina Ali.
“Ya Ali Maddad”. Mereka mengagungkan dan memuji Sayidina Ali melebih rasulullah dan tidak menghiraukan langsung jasa-jasa Abu Bakar dan Sayidina Umar. Antara yang sangat jelas ialah melalui tokoh sufi yang sering dirujuk dan dipuja dunia sufi Timur dan Barat, Jalaluddin ar-Rumi. Katanya :
"Telah pun ada Ali ketika alam ini mula dibentuk
Telah pun ada Ali ketika bumi ini dilakar dan masa pun bermula
Itulah Ali penakluk yang telah mencabut pintu gerbang benteng Khaibar dengan hanya satu pukulan
Bila saja ku renungi, ku perhatikan ufuk-ufuk alam
Yakinlah aku bahawa Ali berada pada segala maujudat
Orang yang wujudnya sejati,
Ketiadaannya melenyapkan alam maujud, itulah dia Ali
Sessungguhnya rahsia dua alam zahir dan batin yang tersingkap pada Syamz Tabrez, itulah dia Ali
(halaman 16, dipetik dari buku Ghazliyyat Syams Tabrezi)
Nota : Jalaluddin ar-Rumi ialah seorang ahli sufi Farsi (Iran).
3. Kepercayaan kepada Imam Mahdi Syiah.
Ibnu Taimiyyah Al-Harrani Minhaj As-Sunah Jil 4/87 mengatakan: “Sesungguhnya Muhammad bin Jarir Al-Tabari, Abdullah Al-Baqi bin Qani’ dan selain daripada mereka berdua daripada ahli ilmu ansab dan sejarah mengatakan bahawa Imam Hasan Al-Askari tidak mempunyai keturunan dan penerus, manakala golongan Syiah Imamiyah yang mengakui bahawa ia mempunyai anak lelaki, mereka mendakwa bahawa ia telah memasuki sardab di Samarra sedangkan ia masih kecil, sebahagian daripada mereka mengatakan ia berusia dua tahun, ada di kalangan mereka mengatakan ia berusia tiga tahun, sebahagian daripada mereka pula mengatakan lima tahun”.
Mana mungkin Imam Mahdi ada, tetapi tidak nampak-nampak? Ghaib dalam gua? Dalam masa tidak sedar, kita menolak Imam Mahdi Syiah tetapi kita menerima bahawa Nabi Khidir masih hidup. Inilah perangkap dan jerat Syiah yang membuatkan kita musykil.
4. Para Imam bermimpi atau bertemu Allah atau menerima wahyu atau dapat ke langit.
Wali tasawuf beberapa kali mikraj ke langit mengalahkan rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Ini mengecilkan taraf nabi kita sendiri kerana nabi kita hanya sekali mikraj ke langit sedangkan wali tasawuf beberapa kali, malah ada yang beratus kali mikraj ke langit. Ada juga mendakwa menerima wahyu baru dari Allah. Yang lebih pelik, mereka berkata dapat bertemu Allah. Sampai begitu sekali racun tasawuf pada aqidah umat Islam.
5. Melebihkan wali dari nabi.
Mereka memberi syafaat, semua Imam mampu memberi syafaat. Satu lagi persamaan rapat antara sufi dan Syiah ialah melebihkan kedudukan dari nabi. Dalam keyakinan Syiah, imam-imam mereka adalah maksum sama seperti nabi, bahkan dalam banyak hal lebih baik berbanding nabi.
Buktinya :
“Wahai para nabi! Diberikan kamu gelaran sedangkan, sedangkan kepada kami diberikan apa yang tidak diberikan kepada kamu” (halaman 36, dipetik dari Insan Kamil)
6. Mempercayai para wali itu maksum.
Al-Imam As-Syeikh Abul Hasan asy-Syazili menyebutkan:
وَمَن لَّمْ يَتَغَلْغَلْ فِي عِلْمِنَا هَذَا، فَمَاتَ مُصِرًّا عَلَى الْكَبَائِرِ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ
“Dan sesiapa yang tidak tenggelam dalam ilmu sufi kami ini, maka orang ini takut-takut nanti dia kekal meninggal dalam dosa besar, sedangkan dia tidak mengetahui.”
Kepercayaan bahawa para wali yang telah meninggal dunia dapat memenuhi hajat dan membebaskan manusia dari berbagai kesulitan. Kerana kepercayaan ini, mereka bertawasal kepada para wali yang telah meninggal dunia.
7. Nabi Khidir
Bagaimana kita boleh terima Nabi Khidir tidak mati, maka Syiah memasang perangkap bahawa "sedangkan Imam Mahdi ghaib baru sahaja 1000 tahun lebih, mungkin Nabi Khidir lebih dari itu".
Ikhwan yang dikasihi, Nabi Khidir sudah wafat dan tiada Nabi sesudah Muhammad al-khatamul anbiya'!
Bila dijawab oleh Syiah, "Nabi Isa tidak mati", kita terus keliru dan buntu kerana pernah mendengar bahawasanya nabi-nabi itu tidak mati di sisi Allah.
Wahai saudaraku yang dikasihi,
nabi Isa diangkat ke langit dan ada beberapa nabi lagi diangkat ke langit. Yang di bumi telah tiada lagi selepas Nabi Muhammad. Inilah kekeliruan yang perlu kita peka. Inilah jalan Syiah dengan mewujudkan kisah Nabi Khidir di dalam tasawuf untuk mendekatkan ahlu sunah dengan Imam Mahdi Syiah.
8. Fanatik Ahlu Bait
Tiada Imam lain yang layak memberi syafaat di Padang Mahsyar kelak. Dalil hadis palsu yang direka syiah iaitu "Sesiapa yang tidak sempat mengenal Imamnya di mana-mana zaman ia hidup; maka ia akan MATI di dalam 72 Cabang Munafik". Lalu mengaitkan dengan hadis riwayat At-Thabarani iaitu dari Jabir ibnu Abdullah RA yang menceritakan beliau sendiri dengar dari Rasulullah SAW dalam suatu khutbah antara lain menyebut: ” Hai manusia, barang siapa membenci kami, ahlul-bait, pada Hari Kiamat Allah akan menggiringnya sebagai orang Yahudi.”
Maka sesiapa yang terbaca hadis ini, lalu mereka patuh dan taat kepada ahlu al-bait yakni keturunan nabi. Lantas penulis ingin menerangkan, penulis juga di kalangan ahlulbait. Apakah tuan-tuan membodohkan diri untuk menghormati penulis dengan ketinggian hormat?
9. Penyelewengan Nur Muhammad
“Disebutkan dalam satu riwayat Allah menciptakan satu pohon kayu yang mempunyai empat dahan. Pohon kayu itu dinamakan “Syajaratul Muttaqin”. Kemudian ia menjadikan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seperti burung merak dan diletakkan burung merak itu di atas pohon tadi, maka bertasbihlah Nur di atas pohon itu selama 70,000 tahun.
Setelah itu Allah menjadikan cermin malu, diletakkan cermin itu berhadapan dengannya. Bila burung merak itu menilik dirinya di dalam cermin itu, dilihatnya rupanya sangat cantik dan sangat elok. Maka malulah ia kepada Allah lalu berpeluh dan bertitiklah daripadanya enam titik peluk. Satu titik jadi roh Abu Bakar, satu titik jadi roh Umar, satu titik jadi roh Uthman, satu titik jadi roh Ali. Titik yang kelima dan keenam dijadikan bunga ros dan padi”.
10. Silisilah atas
Silisilah atas yang dimaksudkan di perenggan tujuh ialah seperti berikut:
Ali Ar-Rida memakai sufiyyah dari ayahnya Musa al-Kazim, menerima dari ayahnya Imam Ja’far As-Siidq, darinya Muhammad bin Baqir menerima dari ayahnya Imam Zainal Abidin, menerima dari ayahnya Ali bin Husain, menerima dari ayahnya Imam Husain bin Ali yang menerimanya dari ayahnya Ali bin Abi Thalib yang menerimanya dari Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam. Sanad ini ialah sanad Imamiah.
Inilah unsur-unsur Syiah yang menyerap dalam tasawuf. Sudah semestinya wali tarekat tasawuf menafikan mengambil tarekat ini dari Syiah kerana ulama Sunni sendiri yang mengijazahkannya iaitu dari Imam Hasan Al-Basri. Mari kita perhatikan, semua silsilah tarekat semuanya sampai kepada Ali sama ada melalui Hasan Al-Basri mahupun cucu-cucu Ali. Contohnya Rifaiyah, Naqshahbandiah, Syaziliah, Chistiyah dan lain-lain yang mana sanadnya semua silsilah Imamiah.
Tarekat Tasawuf Tersepit Hendak Keluar Dari Syiah
Ada juga tarekat tasawuf yang mendakwa sanad mereka bersandarkan kepada Abu Bakar kepada Salman Al-Farisi. Sebenarnya kajian ulama ahlu sunnah mendapati, ia direka dan tidak dapat dibuktikan walaupun dengan hadis Daif. Malah, tokoh tarekat Naqhshahbandiah sendiri menyangkal dakwaan ini. Maka, sanad dari Sayidina Abu Bakar ini terbatal secara automatik.
Ali Menyerah Qirqah pada Abu Hasan Al-Basri?
Sayidina Ali paling zahid di kalangan sahabat menurut ahli tasawuf dan merupakan maqam wali yang sanggup mengorbankan diri. Inilah konsep wilayah dalam rukun Syiah. Syiah mendakwa, Sayidina Ali (wafat 41H) menyerahkan qirqah (khirqa - sejenis jubah Imam Syiah) kepada Abu Hasan Al-Basri dan bukan kepada anaknya. Persoalannya:
1. Kenapa tiada anak Sayidina Ali menerima qirqah?
2. Kenapa sahabat nabi atau tabiin yang sezaman dengan Sayidina Ali tidak menerima qirqah itu?
3. Sayidina Ali menyerahkan tarekat kepada Abu Hasan Al-Basri (21H) sedangkan Abu Hasan Al-Basri tidak pernah sempat bertemu Sayidina Ali.
Ini kerana, sahabat nabi yang telah dikafirkan Syiah itu tak layak menerima qirqah. Tambahan pula, dengan menyebut nama Abu Hasan Al-Basri, maka ulama ahlu sunnah akan menerima tarekat dengan hati terbuka. Ibnu Khaldum berkata, fenomena ini adalah kerana ulama sunni terpengaruh dengan dakyah Syiah. Ibnu Taimiyah mengatakan manusia yang paling baik selepas Nabi Muhammad ialah Abu Bakar dan Umar. Sedangkan Syiah berkata, Sayidina Ali yang paling baik, malah Jibril tersalah memberi wahyu kepada Muhammad yang sepatutnya diberikan kepada Sayidina Ali.
Apakah Pencemaran Tasawuf?
Tasawuf adalah kesucian hati dari pencemaran ketidakselarasan. Ilmu yang menekankan pembinaan akhlak dan corak hidup tertentu. Tahap ilmu tasawuf ini ialah zikrullah, ibadat dan ilmu ketuhanan (makrifat). Namun begitu, ilmu tasawuf telah melewati sempadan itu dan telah bercampur aduk dengan ciri-ciri ratapan (Yahudi), penebus dosa (Kristian), khayalan (syiah), falsafah (Greek dan Yunani), logik (muktazilah) dan warisan daripada musyrikin terdahulu (Buddha dan Hindu).
Pangkat dan Darjat Dalam Tasawuf
1. Al-Aqtab
Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu.
2. Al-A immah
Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin.
3. Al-Autad
Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak.
4. Al-Abdal
Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan.
5. An-Nuqaba’
An Nuqaba’ berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum.
6. An-Nujaba’
An Nujaba’ berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia.
7. Al-Hawariyun
Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong.
8. Al-Rajbiyun
Ar Rajbiyun berasal dari kata tunggal Rajab. Wali Rajbiyun itu adanya hanya pada bulan Rajab saja.
9. Al-Khatamiyun
Al Khatamiyun berasal dari kata Khatam yang mempunyai erti penutup atau penghabisan. Maksudnya darjat AlKhatamiyun adalah sebagai penutup para wali.
10. Rijalul Ghaib
Di antaranya pula ada yang diberi pangkat Rijalul Ghaib atau manusia-manusia misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh orang di setiap masa.
11. Rijalul Quwwatul Ilahiyah
Di antaranya pula ada wali yang dikenal dengan nama Rijalul Quwwatul Ilahiyah ertinya orang-orang yang diberi kekuatan oleh Tuhan. Jumlah mereka hanya lapan orang sahaja di setiap zaman.
12. Rijalul Hanani Wal Athfil Ilahi
Di antaranya pula ada jenis wali yang dikenal dengan nama Rijalul Hanani Wal Athfil Illahi ertinya mereka yang diberi rasa kasih sayang Allah. Jumlah mereka hanya ada lima belas orang di setiap zamannya.
13. Rijalul Haibah Wal Jalal
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Haibah Wal Jalali. Jumlah mereka hanya empat orang di setiap masa.
14. Rijalul Fathi
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Fathi. Ertinya rahsia-rahsia Allah swt selalu terbuka bagi mereka.
15. Rijalul Ma’arij Al’-‘Ula
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam kelompok Rijalul Ma’arij Al ‘Ula. Jumlah mereka hanya tujuh orang di setiap masa. Mereka termasuk wali-wali tingkatan tinggi, hampir setiap saatnya mereka naik ke alam malakut, mereka adalah orang-orang pilihan.
16. Rijalu Tahtil Asfal
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu Tahtil Asfal, iaitu mereka yang berada di alam terbawah di bumi. Jumlah mereka tidak lebih dari 21 orang di setiap masa. Ciri khas wali ini, hati mereka selalu hadir di hadapan Allah.
17. Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kaun
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kauni, iaitu mereka yang selalu mendapat kurniaan Ilahi.
18. Ilahiyun Rahmaniyun
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Ilahiyun Rahmaniyun, iaitu manusia-manusia yang diberi rasa kasih sayang yang luar biasa.
19. Rijalul Istithaalah
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Istithaalah, iaitu manusia-manusia yang selalu mendapat pertolongan Allah.
20. Rijalul Ghina Billah
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Ghina Billah, iaitu orang-orang yang tidak memerlukan kepada manusia sedikit pun.
21. Rijalu ‘Ainut Tahkim Waz Zawaid
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu ‘Ainut Tahkim Waz Zawaid. Jumlah mereka hanya sepuluh orang di setiap zamannya. Mereka senantiasa meningkatkan keyakinannya terhadap masalah-masalah yang ghaib.
22. Rijalul Isytiqaq
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan RijalulIsytiqaq, iaitu mereka yang selalu rindu kepada Allah. Jumlah mereka hanya lima orang di setiap zamannya.
23. Al-Mulamatiyah
Di antaranya, ada yang termasuk dalam golongan Al Mulamatiyah. Mereka tergolong dari wali darjat yang tinggi, pimpinan tertingginya adalah Nabi Muhammad
24. Al-Fuqara’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan AlFuqara’. Jumlah mereka ada kalanya meningkat dan ada kalanya berkurangan. Ciri khas mereka ini selalu merendahkan diri.
25. As-Sufiyyah
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam kelompok As Sufiyyah. Jumlah mereka tidak terbatas.
26. Al-‘Ibaad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al ‘Ibaad. Di antara mereka ada yang mahu bekerja, tetapi kebanyakan dari mereka meninggalkan semua kegiatan duniawi
27. Az-Zuhaad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Az Zuhaad. Mereka termasuk orang-orang yang suka meninggalkan kesenangan duniawi.
28. Rijalul Maa’i
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Rijalul Maa’i. Mereka adalah para wali yang senantiasa beribadah di pinggir-pinggir laut dan sungai.
29. Al-Afrad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Afrad. Mereka termasuk wali-wali berkedudukan tinggi. Di antara mereka adalah Syeikh Muhammad Al ‘Awani, sahabat karib Syeikh Abdul Qodir Al Jailani.
30. Al-Umana’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Umana’ artinya orang-orang yang dapat diberikan kepercayaan. Mereka jarang dikenal manusia, kerana mereka tidak pernah menonjol di tengah masyarakatnya.
31. Al-Qurra’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Qurra’. Mereka ahli membaca Al Quran. Syeikh Sahal Bin Abdullah At Tusturi termasuk di antara mereka.
32. Al-Ahbab
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Ahbab, iaitu orang-orang yang dikasihi. Mereka mencapai tingkatan ini disebabkan mereka melaksanakan segala ibadah dan takarrub kerana cinta kepada Allah.
33. Al-Muhaddathun
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Muhaddathun, iaitu orang-orang yang selalu diberi ilham oleh Allah.
34. Al-Akhilla’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Akhilla’. Mereka adalah orang-orang yang dicintai Allah, sebab segala ibadah yang mereka lakukan selalu didasari cinta kepada Allah.
35. As-Samra’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan As Samra’. Erti kata As Samra’ adalah berkulit hitam manis.
36. Al-Wirathah
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Wirathah, iaitu mereka yang mendapat warisan dari Allah.
Siapa Yang Membenci Ibnu Taimiyah, Awas! Berhati-hati!
Mengapa Syiah teramat membenci Ibnu Taymiyah? Kerana Kitab Majmuk Fatawa telah banyak membersihkan minda ahlu sunah dari fahaman syiah. Semua golongan Syiah sangat membenci Ibnu Taimiyah dan mereka menggelarkannya dengan nama Tokoh Wahabi Yang Menyesatkan.
“Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Asy Syeikh - Al Ashbahani rahimahullah dengan sanadnya dari Muhammad bin Sirin rahimahullah bahawasanya telah sampai kepadanya berita tentang orang-orang yang mengutamakan pakaian yang terbuat dari bulu domba, maka beliau pun berkata: “Sesungguhnya ada orang-orang yang mengutamakan pakaian yang terbuat dari bulu domba dengan alasan untuk meneladani Al Masih bin Maryam! Maka sesungguhnya petunjuk Nabi kita lebih kita cintai (dari/dibanding petunjuk Al Masih), baginda salallahulaihiwasalam biasa mengenakan pakaian yang terbuat dari bahan kapas dan yang selainnya.” (Diringkas dari Majmu’ Fatawa, karya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah Juz 11, hal. 6,16 ).”
Ibnu Taimiyyah di dalam kitab Majmu’ Fatawa berkata:
أن أصل الرفض من المنافقين الزنادقة، فإنه ابتدعه ابن سبأ الزنديق و أظهر الغلو في علي بدعوى الإمامة و النص عليه و ادعى العصمة له.
مجموع الفتاوي لإبن*تيميه، ج4، ص435 Golongan Rafidhah berasal daripada kaum munafiq dan zindiq, yang bernama Abdullah bin Saba al-Zindiq, beliau melahirkan ketaksuban yang berlebihan tentang Ali dengan dakwaan kononnya ia adalah Imam, kemudian membawa bukti (bahawa Nabi melantiknya sebagai Imam), serta mendakwa kemaksumannya. -Ibnu Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, jilid 4 halaman 435
Pendapat Ibnu Taimiyah Tentang Tarekat Tasawuf
Beliau seterusnya membahagikan golongan sufi kepada tiga golongan iaitu:
1. Pertama: Golongan Sufi Al-Haqo’iq (benar).
Meraka adalah golongan yang berijtihad untuk mentaati Allah s.w.t.. Ijtihad mereka ada yang tepat dan ada yang sampai maksdnya tetapi tidak tepat sebagaimana yang dikehendaki daripada ijtihad tersebut. (rujuk nota kaki Majmu’ Fatawa bil 419 m/s 385). Ciri-ciri mereka adalah: menunaikan yang fardu dan meninggalkan yang haram, berakhlak dengan akhlak Islam dan menjauhi akhlak-akhlak bid’ah dan tidak terpaut dengan duniawi (Majmu’ Fatawa 11/19).
2. Kedua: Ahli-ahl Sufi “Al-Arzaq”
Mereka adalah golongan yang bergantung hidup mereka dengan hasil wakaf orang ramai. Mereka tinggal di Khawaniq sedangkan golongan sufi Al-Haqo’iq tidak semestinya tinggal di Khawaniq. (Ibid 11/19-20)
3. Ketiga: Ahli Sufi “Ar-Rasm”
Mereka adalah golongan yang mementingkan soal pakaian sedangkan akhlak mereka merupakan akhlak yang dibuat-buat, atau berakhlak dengan akhlak bid’ah, yang tidak selaras dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah. (Ibid 11/20-21).
SIKAP IMAM ASY-SYAFI’E TERHADAP SYI’AH
Dari Yunus bin Abdila’la, beliau berkata: Saya telah mendengar asy-Syafi’i, apabila disebut nama Syi’ah Rafidhah, maka ia mencelanya dengan sangat keras, dan berkata: “Kelompok terjelek! (terhodoh)”. (al-Manaqib, karya al-Baihaqiy, 1/468. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)
“Saya belum melihat seorang pun yang paling banyak bersaksi/bersumpah palsu (berdusta) dari Syi’ah Rafidhah.” (Adabus Syafi’i, m/s. 187, al-Manaqib karya al-Baihaqiy, 1/468 dan Sunan al-Kubra, 10/208. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)
“asy-Syafi’i berkata tentang seorang Syi’ah Rafidhah yang ikut berperang: “Tidak diberi sedikit pun dari harta rampasan perang, kerana Allah menyampaikan ayat fa’i (harta rampasan perang), kemudian menyatakan: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami”. (Surah al-Hasyr, 59: 10) maka barang siapa yang tidak menyatakan demikian, tentunya tidak berhak (mendapatkan bahagian fa’i).” (at-Thabaqat, 2/117. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/487)
SIKAP IMAM ASY-SYAFI’E TERHADAP KAUM (ORANG-ORANG) SUFI
“Seandainya seorang menjadi sufi (bertasawwuf) di pagi hari, niscaya sebelum datang waktu Zuhur, engkau tidak dapati ia, melainkan telah menjadi orang bodoh.” (al-Manaqib lil Baihaqiy, 2/207. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/503)
“Tidaklah seorang sufi menjadi sufi, hingga memiliki empat sifat: malas, suka makan, sering merasa sial, dan banyak berbuat sia-sia.” (Manaqib lil Baihaqiy, 2/207. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/504)
“Asas tasawwuf adalah kemalasan.” (al-Hilyah 9/136-137. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/504)
Wallahu a’lam.
sumber: http://ibnnajib.blogspot.com/2012/01/pengaruh-syiah-dalam-tarekat-dan-tasawuf.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak tahu jgn bercakap..nangis dulu kerana allah taala..
ReplyDeleteHanya kehendak Allah Subana Wataala saja yg mana di kehendaki mendapat petunjuk yg lain itu marry go around about sampai tumbang....nak di marah dan dikutuk pun tak guna sudah begitu dari Azali....ikut bahagian masing²...tengok kan saja dan di doakan semoga mendapat petunjuk dan sufa'at dari Muhammad....
ReplyDeleteKalau di beritahu pun di hujah nya juga..lama² kita sama jadi macam kaum itu payah lah sudahnya...buat apa yg kita tahu jgn cerita pada kaum ini duduk diam² A'syikun dgn Allah itu lebih baik dari berkata² dgn Tiang lampu atau dinding batu jenis ini....baling Bola getah ke dinding kita yg kena bslik kantunan nya....jaga la Kubur masing² cukup masa perkhimatan di Tamatkan no more servis to be needed.Wassallam
siapa belajar agama tdk ada guru gurunya saeton siapa belajar agama hanya sareatnya saja spt orang nasrani siapa belajar agama hanya hakekotnya saja spt orang yahudi umat islam yg kafah ya sareat torekot [metode mendekatkan diri pd Alloh ] dan hakekot makrifat itu pertolongan Alloh siapatg putus tentang kalifah [guru mursit dlm dunia torekot ] dan tdk baiat walo ibadahnya baik puasanya baik sodakohnya baik hajinya baik maka mati dlm keadaan kafir jahiliyah , dan siapa yg merebut kekalifahan yg pertama maka tdk sah dan wajib dibunuh sedangkan satu satunya ajaran yg tdk pernah putus tentang baeat adalah ajaran torekot dan terbentuknya kalifah [ guru mursit ] berdasarkan nilai nilai ketakwaan dn terekot tdk pernah ada perebutan kekalifahan [ kemursidan ] semua aliran mengakuinya dan apa bila putus satu saja sanatnya bukanlah torekot dan kususnya torekot sadaliyah koqiriyah sarat menjadi mursit harus mimpi berjumpa rosululloh 7 x minimal coba buka blok pusat kekalifahan torekot sadzaliyah qodiriyah yogyakarta ini kalo anda berfikiran jernih dan iklas dari dalil sanat sanat kalifah ini saja berarti paling benar menurut hadist torekot dong
ReplyDeletesikap imam safii itu fitnah yg keji dalam torekot kami ada tawasul juga kepd imam safii ini jelas jelas fitnah yg secara tdk sadar telah menggiring anda kedalam api neraka ini blok hanya milik orang idiot
ReplyDeletejanganlan engkau jadikan ilmumu usahamu ikhtiyarmu dll sebagai tuhanmu beribadahlah menurut perintah Alloh dan Rosulnya dan yakinlah pd jaminan Alloh
ReplyDeleteYg ku pelajari slama ini mreka kbnyakan berebut tentang paling benar diantara73 golongan, golongan yg msuk surga, yg apalah..
ReplyDeleteBomat dah,, yg paling penting adalah menanamkan cinta kpd Allah. Supaya nanti mau ditaro dineraka atau di surga bisa ikhlas dan ridho..
manusia cuman debu alam semesta..
mau Allah taroh di neraka semua ya terserah Allah..
manusia belom ke akhirat kok udah ngaku2 golongan paling bener gimana ceritanya?
islam itu satu,,
salam
Assalamu Alaikum Wr. Wb.
ReplyDeletetulisan tentang sufism ini adalah fitnah. Sufisme itu menganut paham tauhid yg haqiqi yg benar2 mendalam ... n mengenai islam terbagi dlm 73 golongan n hanya 1 yg benar, memang sdh begitu n itu hadits ....
Jika anda yakin akan keyakinan anda itu benar, maka peganglah n jgn menjatuhkan apalagi fitnah .... menuntut ilmu tanpa akal itu bodoh, berilmu tanpa Al Quran n hadits itu adl sesat ....
Semoga Allah Ta' Ala senantiasa membimbing kita n membukakan pintu2 hidayah n taufiq nya
.... Wassalam
tengok dulu asal usul sufi...jangan ikut sangat hal-hal berkaitan dengan stail ahli falsafah yunani
DeleteTerima kasih penukis. Bagi pandangan aku berbeza. Tasauf bagi aku tiada masalah. Yang jadi masalah adalah mereka yang mengikuti tareqat. Tasauf adalah pembentukan akhlak. Tetapi ramai yang mengikuti tareqat telah berubah daei pembentukan akhlak kepada taksub. Lihat saja dalam komen2 di atas, bagaimana ingin menggambarkan ciri2 akhlak yang baik jika penuh dengan cemuhan dan tuduhan sesat kepada semua orang yang tidak sealiran dengan mereka. Nie maksud penulis sebenar. Bukan menuduh semua tareqat itu salah. Tetapi nak menjelaskan bahawa ada sesetengah tareqat mula dicemari dengan unsur2 yang bukan datang dari baginda nabi, sahabat dan Islam itu sendiri. Semua berpunca dari ketaksuban. Tolong fahami isi kandungan penulis. Penulis hanya menukilkan bahawa sesetengah tareqat dan unsur2 luar yang menyerap dan merosakan tareqat. Bukan kesemua tareqat yg ada adalah salah. Benda ini harus dibersihkan kerana ia boleh mewujudkan satu gerakan bahaya sama seperti yang wujud ketika Syiah terbentuk. Wallahualam
ReplyDeleteSetuju pendapat tuan. Tarekat tidak menjadi masalah. Yang bermasalah bila ilmunya sudah bercampur baur dengan syiah dan ilmu pelik2. Sedangkan Islam yang Rasulullah SAW bawa sudah cukup bahkan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Masih banyak perkara sunnah kita masih belum kuasai, mengapa perlu diberatkan dengan amalan² tambahan? Bahkan ada sesetengah daripadanya taksub sehingga menolak mentah² urusan keduniaan sedangkan Rasulullah SAW sendiri pun terlibat dalam pentadbiran, ekonomi, ketenteraan dan sebagainya. Aneh bukan?
Delete