Saturday, January 4, 2014

TELAH KAHWIN MENGAKU BUJANG

 

 
  Ada sesetengah lelaki mengaku bujang kerana sesuatu tujuan, samada baik ataupun sebaliknya, tetapi sebenarnya telah berkahwin. Adakah perbuatan bohongnya itu akan membuatkan jatuh talak kepada isterinya yang ada? Kita cari jawapannya dari Majlis Fatwa Kebangsaan.


Tarikh Keputusan: 29 May, 1988

Huraian Tajuk/Isu:

Jatuh atau tidak talak, jika seseorang yang sudah kahwin tetapi mengaku bujang dengan tujuan bergurau sahaja.

Keputusan:

Seseorang yang menyatakan ia masih bujang atau belum berkahwin sedangkan ia telah berkahwin samada dengan tujuan memperolok-olokkan atau mempersenda gurau, mesyuarat berpendapat bahawa ia adalah termasuk dalam erti kata pembohongan dan tidak membabitkan gugur talak.


sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/telah-kahwin-tetapi-mengaku-bujang
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

No comments:

Post a Comment